Ahad, 17 Jun 2012

HIDUP IBARAT RODA...DULU KITA DIATAS SEKARANG GILIRAN KITA DIBAWAH...NI SEMUA KETENTUAN ALLAH SWT...JADI..JIKA DIBAWAH ATAU DIATAS JANGAN LUPA BERSYUKUR...TAAT PADA ALLAH....TAQWA ...KALAU KITA INGIN JADI KEKASIH ALLAH...JIKA KITA MEMILIH SEBALIKNYA...MAKA MALANGLAH KITA....KITA TAK BOLEH BANTU SECARA SEGERA ETNIK ROHINGYA...YANG BOLEH KITA BANTU SEGERA ADALAH..'DOA'...DOA AGAR ALLAH BALAS SETIMPAL DENGAN KEJAHATAN SERTA KEZALIMAN MEREKA...DOA KETIKA SUJUD...INSYAALLAH MAKBUL..

Ribuan hadir Himpunan Hijau di Johor

Harakahdaily, 17 Jun 2012

LEDANG: Himpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat Negeri Johor yang diadakan semalam dianggap berjaya telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Ianya memperlihatkan rekod kehadiran ahli dan penyokong PAS cukup memberansangkan bermula seawal program sehingga kemuncak pada ceramah sebelah malamnya.

Program semalam bermula dengan jamuan rakyat pada paginya yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum disambung sebelah petangnya dengan majlis Hi-Tea bersama Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kemuncak program malam tadi di sebelah malamnya iaitu program munajat dan ceramah oleh pimpinan PAS khususnya mendengar amanat Presiden yang menyaksikan lebih 5,000 yang hadir.

Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Tuan Haji Ghazaley Ayub berkata, sasaran kehadiran ahli dan penyokong PAS semalam tercapai.

"Jadi kita anggarkan ahli dan penyokong yang hadir pada Himpunan Hijau ini bermula dari jamuan rakyat hingga ke program kemuncak adalah mencapai sasaran 10, 000 orang," katanya dipetik Nusajayakini.

Sambutan malam tadi ujarnya sesuatu perkembangan yang sangat baik buat politik negeri Johor apatah lagi rata-rata mereka yang hadir adalah golongan muda.

"Masyarakat pelbagai kaum juga cukup selesa dengan program kita sekarang. Ia mengambarkan PAS mula mendapat tempat di hati penduduk negeri Johor", ujar beliau lagi.

Selain Presiden PAS, pemimpin lain yang hadir termasuklah Naib Presiden Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Tuan Guru Abdullah Hussin dan Saudara Hassan Karim.

[Klik di sini untuk koleksi gambar himpunan malam tadi]

Biar gambar berbicara...Johor bukan lagi kubu Umno

http://omakkau.blogspot.com/, 17 Jun 2012

BIAR GAMBAR-GAMBAR BERBICARA... BUKTI JOHOR BUKAN LAGI KUBU PALING KUAT UMNO DALAM DUNIA...SEKITAR CERAMAH PAS DI SAGIL, MUAR, JOHOR SEBAGAI BUKTINYA.



Istilah UMNO kubu paling kuat dalam dunia dan deposit tetap untuk setiap pilihanraya boleh dipertikaikan kini.

Lihat saja gambar-gambar sebagai paparan mencuit minda.

Ceramah Perdana PAS di Sagil,  Muar, Johor malam tadi 16hb Jun 2012.

Gelaran pemimpin kudis terhadap YB Ir Nizar Jamaluddin langsung tidak menguncupkan sokongan rakyat kepada PAS/PR.

Rakyat sudah bertekad..maukan perubahan menyeluruh.

Insya'Allah negeri Johor bakal memiliki Menteri Besar yang baru.



Tutup sempadan: Shura dan Mapim kecam Bangladesh

Harakahdaily, 17 Jun 2012


(Etnik Rohingya bergelimpangan mati di Arakan)

KUALA LUMPUR: NGO Islam, Shura dan Mapim mengecam sikap tidak berperikemanusiaan keraJaan Bangladesh yang menyekat pelarian Rohingya untuk menyelamatkan diri masuk ke sempadan Bangladesh.
Ini kerana, etnik Rohingya yang beragama Islam yang menjadi mangsa keganasan oleh pihak keselamatan dan etnik Rakhine di Arakan, Myanmar tidak punya pilihan selain melarikan diri ke Bangladesh.

Sehingga semalam UNHCR telah mengesa agar sempadan Bangladesh dan Myanmar di buka untuk menyelamatkan nyawa  etnik Rohingya yang sedang menghadapi genocide yang diancarkan ke atas mereka.

Mengikut UNHCR, terdapat bukti yang kuat bahawa keadaan keganasan yang dilakukan oleh etnik Rakhine dan polis ke atas etnik Rohingya Muslim  sangat jelas dan kejam.

"Kami tidak faham kenapa kerajaan Bangladesh tidak mengambilkira keadaan orang Rohingya yang tidak punya pilihan melainkan melarikan diri ke negara yang terdekat," kata Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).

Mengikut UNHCR, seramai lebih 30,000 pelarian Rohingya sudah keluar dari kampung mereka yang telah diserang dan dibakar.

Keadaan setakat ini tdak menunjukkan keganasan akan reda. Oleh itu tidak ada sebab sempadan ditutup oleh Bangladesh, kata Abdul Ghani.

Katanya, pihak berkuasa Bangladesh sudah tentu tahu keadaan hidup mati yang sedang dihadapi oleh warga Rohingya.

"Kenapakah keselamatan Bangladesh mengambil tindakan yamg sama zalim dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar?" soal beliau.

SHURA dan MAPIM, katanya, mengutuk sikap Bangladesh yang tidak menunjukkan sikap persaudaraan yang sepatutnya dengan saudara seagama yang ditindas.

"Malah kami mengecam sekerasnya tindakan pihak keselamatan Bangladesh menghalau bot yang dimuat pelarian yang terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua serta mereka yang cedera akibat  ditembak," katanya.

Keadaan yang sangat meruncing ialah apabila pelarian tersepit di tengah-tengah dua pihak yang sama-sama zalim.

Amat malang, katanya, jika negara anggota OIC terus menonton tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamat nyawa etnik Rohingya Muslim yang berhadapan keadaan yang genting.

"Kami menuntut Bangladesh membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada pelarian.

"OIC juga perlu campur tangan kerana keadaan sudah terlalu parah bila dalam tempuh 2 minggu sejak rusuhan berlaku, lebih 2000 warga Rohingya telah dibunuh dengan kejam," katanya lagi.

Khir Toyo: Jangan hina penjawat awam lagi

Harakahdaily, 17 Jun 2012
SHAH ALAM: Dakwaan Dr Khir Toyo bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuasa sepenuhnya meluluskan kontrak menggunakan dana Geran Selangorku demi memperkukuh kedudukan politik diSelangor merupakan tuduhan jahat melampau.

Demikian kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika menjawab tuduhan Khir kononnya projek Geran Selangorku membelakangkan Pegawai Kewangan Negeri.

Menurut Faekah, Dr Khir sepatutnya berasa malu kepada rakyat Selangor kerana kegagalan beliau mengutip hutang yang dimilikirakyat Selangor.

Kata beliau, Geran Selangorku adalah hasil kebijaksanaan kerajaan Pakatan Rakyat mengutip hutang lapuk yang sengaja dilupakan Dr Khir semasa pemerintahannya atas sebab-sebab yang beliau dan seluruh kepimpinannya sahaja yang maklum.

"Setelah kita berjaya mengutiphutang tersebut dan mahu mengembalikan kembali kepada rakyat Selangor melalui Geran Selangorku, sekonyong-konyong Dr Khir mahu mengambil bahagian," katanya.

Malangnya Dr Khir terlupa membuat kajian tentang prosedur sebenar penggunaan dana Geran Selangorku yang berjumlah RM300 juta ini, tambah beliau.

Mengkritik sekadar mahu menunjukkan beliau masih lagi pemikir utama Umno Selangor.

"Apa-apapun, kita tidak hairan Dr Khir boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kita maklum pengalaman cetek beliau di dalam pentadbiran," jelasnya.

Beliau dilantik menjadi Menteri Besar pada penggal pertama dipilih sebagai ADUN. Pastinya beliau tiada pengalaman langsung dalam pentadbiran sama ada di negeri mahupun di peringkat Persekutuan sebelumitu.

Namun, beliau nasihatkan Dr Khir, kekurangan pengalaman tersebut tidak menghalalkan beliau membuat kenyataan bodoh dan berniat jahat.

Kata Faekah, untuk pengetahuan Dr Khir geran ini tidak termasuk dalam perbendaharaan negeri. Justeru, penggunaannya tidak memerlukan kelulusan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Perkara yang sama dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan di mana terdapat peruntukan yang dikelola terus dari Jabatan Perdana Menteri di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (Implementation Coordination Unit - ICU) dan tidak melalui KSN mahupun Perbendaharaan.

Di bawah projek ICU, semua permohonan cadangan dari ADUN dikemukakan kepada Pegawai Pembangunan Negeri (PPN ) untuk dipanjangkan kepada ICU.

Senarai projek dibincang bersama diantara pegawai ICU dan PPN dan keputusan dilakukan oleh pegawai ICU. Senarai projek yang telah diluluskan dipanjangkan semula kepada PPN untuk dikemukakan ke Pejabat Daerah berserta waran pelaksanaan.

Geran Selangorku pula diterajui oleh Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Jawatankuasa ini dianggotai oleh Ketua Pentadbir Perbadanan Menteri Besar (MBI), Jurutera dan Jurunilai dari Jabatan Kerja Raya, Pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri, akauntan dan jurutera bebas serta pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar.

Kesemua projek yang dikemukakan kepada Jawatankuasa ini diunjurkan oleh ADUN, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD),Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PBT dan PTD diberi tanggung jawab mengeluarkan tender terbuka. Melalui Geran ini juga Kerajaan Negeri telah berusaha menghidupkan semula Geng Jalan (Road Gang) di PBT bagi melaksanakan projek yang mudah dengan cepat seperti penurapan semula jalan-jalan.

Road Gang di PBT ini telah lama mati apabila kerajaan BN menswastakan semua projek pembaikan jalan.

Tidak seperti projek ICU, di bawah Geran Selangorku kelulusan projek dan sebut harga dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu yang tidak ada kepentingan.

Manakala pemberian kontrak pula dibuat olehPBT/PTD masing-masing dan pelaksanaan projek diaudit oleh badan bebas termasuk JKR sebelum bayaran boleh dibuat oleh MBI.

Tidak ada satu projek infrastruktur yang ditentukan oleh Menteri Besar sebaliknya diluluskan oleh Jawatankuasa yangdianggotai pegawai tinggi kerajaan.

"Adakah Dr Khir mahu menidakkan keupayaandan kepakaran pegawai kerajaan dalam membuat keputusan tentang keutamaan projek?" tanya Faekah.

Nampaknya beliau masih tidak insaf dengan penghinaan yang beliau lakukan dengan memberi hadiah penyapu kepada pegawai kerajaan dansekarang mahu mengulanginya dengan tuduhan melulu.

Bagi Faekah, lebih baik Dr Khir tutup mulut kerana beliau hanya akan membuka pekung di dada. Segala kesilapan dan kelemahan sepanjang dua penggal menjadi Menteri Besar akan habis terburai.

Kerana beliaulah, ratusan juta hutang syarikat pemaju kepada kerajaan negeri tidak dikutip dan ribuan ekar tanah di Bestari Jaya, Bukit Beruntung dan Bukit Jalil jatuh ke tangan pemaju dan tauke-tauke kaya.

"Kita faham ramai yang dengki dengan Geran Selangorku diurus secara telus dan teratur, sekali gus menutup ruangmana-mana pihak mengaut keuntungan atas angin sebagai orang tengah. Setiapprojek diberikan terus kepada kontraktor tanpa perlu ada pelobi," dakwanya.

Ini berbeza dengan zaman Dr Khirapabila projek-projek diberikan secara terus kepada kaum keluarga, biras, iparduai, suku sakat dan kroni.

Prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban langsungtiada, yang ada hanyalah prinsip mengkayakan diri, keluarga dan saudara mara. Amalan hina ini telah berkubur bersama terkuburnya pemerintahan UMNO pada 2008.

Kuasa ketiga juga ada pilihan politik – Dr Maszle

Aslani M, 17 Jun 2012

KOTA BHARU: Pensyarah UIAM, Dr Maszle Malik tidak yakin ada peranan kuasa ketiga dalam menentukan kemenangan sesebuah parti dalam pilihan raya kerana setiap orang ada kecederungan berpolitik sendiri.

Katanya, biar pun sebelum ini Presiden Jalur Ketiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali menggambarkan kepentingan kuasa ketiga, namun sebenarnya semua orang ada kecederungan mereka sendiri.

“Hanya ada satu pilihan sahaja iaitu parti yang menguasai kerajaan sekarang atau pembangkang. Kalau orang Melayu lebih banyak bergantung kepada bantuan kerajaan, dan dalam pilihan raya mereka ada pilihan sendiri.

“Misalnya berdasar kepada kajian didapati pengundi yang disifatkan ada di atas pagar sekitar 30 hingga 40 peratus, namun mereka tetap akan memilih parti yang memberi manfaat kepada diri mereka,” katanya pada program Bual Bicara anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam semalam.

Tiga lagi panelis iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Presiden Abim, Dr Yusri Mohamad dan Timbalan Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Fauzi Asmuni.

Ketua Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong bertindak sebagai moderator. Dewan Balai Islam penuh dengan kehadiran anak-anak muda. Motosikal dilihat berderetan di ruang parkir.

Hadir sama anggota Exco, Dr Mohammad Fadzli Hassan dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Maszle berkata, beliau lebih percaya kepada kuasa rakyat berbanding dengan apa yang disifatkan sebagai kuasa ketiga.

“Kalau hendak dikira kuasa ketiga, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Majlis Peguam Malaysia lebih awal bertindak sebagai kuasa ketiga pada pilihan raya umum lalu.

“Namun PSM bertanding di atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu di kerusi Sungai Siput, Perak,” katanya.

Beliau disifatkan penonton satu idealisme dengan Mohd Amar bertentangan dengan Dr Yusri dan Fauzi yang memperlihatkan kecederungan mengambil jalan tengah.

Bagaimanapun pendirian bekas Presiden Abim dan wakil Isma tidak disenangi ramai penonton sehingga mereka membebel di belakang ketika kedua-dua sedang berhujah.

Ketika awal hujahan Dr Maszle menyifatkan  ruang bual bicara, debat atau wacana merupakan proses ke arah lebih memantangkan pemikiran rakyat Malaysia.

Debat penting kepada semua parti yang bertanding. Dan ia selari dengan ajaran Islam.

“Apa yang ada di Kelantan sekarang begitu unik sekali. Bandar Raya Islam pertama di Malaysia ada di Kota Bharu. Menteri Besar juga unik tidak serupa dengan Menteri Besar di tempat lain.

“Begitu juga baginda Sultan yang ada sekarang begitu unik dilihat lebih soleh. Oleh itu rakyat Kelantan perlu mempertahankan keunikan yang ada sekarang,” katanya.

Zulkifli ketika menutup bual  bicara itu mempamerkan perangkaan hasil kajian Universiti Malaya mendapati kuasa muda menjadi penentu penting pemenang dalam pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Ustaz Yahya: Pimpinan Ikhwan titiskan air mata

Dr. Syed Azman Syed Ahmad, 17 Jun 2012

(Penulis bersama Saiful Islam)

KAHERAH: Putera sulung Syahid Hassan A-Banna, Ustaz Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila saya menyampaikan berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.

Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan penulis kepada Ustaz Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah kota Kaherah.

Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Al-Marhum Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70’an lagi sewaktu sama-sama menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia.

Ustaz Saiful Islam menyatakan bahawa; ”Kami sering bertemu di muktamar antarabangsa dan selalu bertukar pandangan. Beliau amat berlemah lembut ketika berhujah dan memberi pandangan.

"Saya amat sedih di atas pemergiaan sahabat baik saya ini. Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Mayaysia tetapi juga diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan kita”.

Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.

Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi 'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di  seluruh dunia dengan PAS di Malaysia.

Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan Islam yang lain.

Inilah contoh Sheikul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semuapimpinan gerakan Islam yang mengenali beliau.

Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti. Seluruh kepimpinan Ikhwan Musimin Mesirmenyampaikan ucapan takziah kepada keluarga beliau.

Selamat tinggal Mujahid Agong Ustaz Yahya Othman...

Kereta remuk langgar basikal terhangat

Harakahdaily, 17 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 17 Jun: Gambar-gambar lucu terutamanya bagaimana sebuah kereta remuk melanggar basikal yang disiarkan http://www.kachipemas.blogspot.com merupakan artikel paling popular di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-24.

Di tangga kedua, ialah artikel blog http://omakkau.blogspot.com mengenai misteri kehilangan Senator Ezam Mat Noor dan YB Zul Nordin Kulim daripada ceramah TIBAI di pejabat Adun Permatang Batu 3, Sg Terap Tanjung Karang yang didakwa akibat tidak sehaluan dengan ahli parlimen Umno Datuk Noh Omar.

Perbezaan papan-tanda projek antara kerajaan BN and PAS oleh blog http://batuvskayu.blogspot.com menduduki tangga ketiga.

Di tangga keempat, ialah artikel blog bergambar http://atsixty-zakriali.blogspot.com mengenai ketidakmunculan presiden Jati Datuk Hasan Ali di satu ceramah di Pantai Dalam.

Di tangga kelima pula ialah berita mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendedahkan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 10 Jun hingga 16 Jun, 2012.

1
Fulamak !!!! Peristiwa Pelik Tapi Benar (Gambar)
2
Gempar tapi benar...Ezam dan Zul Kulim boikot ceramah Tibai
3
Lihat perbezaan di antara Kerajaan PAS vs BN
4
Hassan Jati tak muncul di ceramah Pantai Dalam ....kesian pada beribu-ribu KERUSI...
5
Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin
6
Biar akhbar berbicara...siapa hina Raja Melayu
7
Gambar yang mampu buat anda menangis
8
Ingatkan masjid je... dalam hutan pun ada
9
Kes B Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskan
10
Bakal menantu Najib yang hebat

Tiada ulasan: