Posted on Tuesday, June 12 @ 08:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Raja AHmad Al Hiss
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman bahawa perbicaraan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berlangsung di Perancis bukan satu perkara yang diberikan perhatian serius oleh kerajaan Malaysia.
DPPM
merasa kesal kerana kerajaan Malaysia melihat kes rasuah Scorpene
sebagai tidak serius sedangkan rakyat melihatnya sebagai sesuatu yang
amat serius. Bahkan, masyarakat antarabangsa termasuk media mereka
memberikan liputan meluas terhadap kes ini. Kes ini melibatkan maruah,
imej, dan integriti kerajaan. Malah ia juga melibatkan aspek keselamatan
di mana rahsia keselamatan negara didakwa telah bocor kepada pihak lain
oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ia juga dikaitkan dengan
jenayah pembunuhan yang melibatkan seorang warga asing di negara
Malaysia. Kesemua dakwaan dan kaitan kes ini amat besar dan terlalu
serius yang perlu diberikan perhatian utama oleh kerajaan Malaysia.
Sepatutnya,
Datuk Seri Anifah aman merasa malu kerana nama baik Malaysia boleh
jatuh merudum di mata dunia kerana ia membabitkan nama pemimpin
tertinggi negara. Malah kewibawaan Datuk Seri Anifah sendiri turut
dipertikaikan sekiranya beliau menangani skandal ini dengan baik
sehingga gagal menutup aib Malaysia.
DPPM
mempersoalkan apakah Datuk Seri Anifah Aman menganggap kes rasuah
sebesar RM3.1 bilion sebagai bahan mainan dan senda gurau semata-mata.
Mungkin juga beliau tidak memandang serius kerana baginya nilai rasuah
yang dituduh terhadap PM tidak sebanyak rasuah pemimpin lain bernilai
berpuluh berbilion ringgit. Atau ia mungkin telah menjadi amalan dan
budaya pemimpin UMNO dengan rasuah serta sebati dengan jiwa
pemimpin-pemimpinnya sehingga dakwaan rasuah terhadap mana-mana pemimpin
negara telah biasa didengar dan kerajaan tidak lagi memandang ini
sebagai sesuatu yang serius.
Jika
beginilah sikap Menteri Luar Negeri Malaysia, DPPM tidak boleh
membayangkan bagaimana kerajaan Malaysia mampu menyelesaikan dan
menangani isu rasuah yang berleluasa yang membelit pemimpin-pemimpin
negara. Negara akan menuju kemusnahan, masyarakat akan hancur manakala
rakyat pula akan hilang pedoman sehingga hilangnya sikap toleransi,
amanah dan bertanggungjawab dalam diri mereka.
RAJA AHMAD AL HISSNaib Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Posted on Tuesday, June 12 @ 07:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Riduan Mohd Nor
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu.
Jika
benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak
diaibkan diperingkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan
skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM 3.1 bilion
ringgit, bakal menantunya pula kini dituduh menipu. Seolah-olah PM
Malaysia mempunyai terlalu ramai musuh dari dalam dan luar negara dan
semua pihak yang memusuhinya mahu sangat beliau tersungkur jatuh sebelum
PRU ke 13 sehingakan satu demi satu masalah peribadi beliau dan ahli
keluarganya dibongkarkan.
DPPM
merasakan Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri yang paling banyak
mencipta kontroversi peribadi terutama dalam keluarganya. Seperti
perumpamaan Melayu, ‘bapa borek, anak rintik’, beliau seperti turut mengheret sama ahli keluarga beliau dalam pelbagai skandal yang dihadapinya.
DPPM
juga meminta supaya PM berhati-hati dalam segenap aspek kerana dirinya
dan keluarganya sentiasa menjadi fokus media dan pengamal politik.
Jangan pula nanti, banyak lagi pekung yang terdedah melibatkan peribadi
beliau dan ahli keluarganya. DPPM tidak berharap, beliau dijatuhkan
kerana isu-isu remeh dan peribadi yang disebabkan kegagalan beliau
mengawal kehidupan keluarganya.
Justeru,
DPPM menasihatkan PM supaya menyiasat dengan teliti latar belakang
bakal menantunya supaya beliau tidak menyesal di kemudian hari. Ini
menepati dengan kehendak syariat Islam yang meminta ibu bapa bersikap
teliti dalam memilih pasangan hidup anak-anak mereka. Dalam keadaan
belum diijabkabulkan, bakal menantunya sudah menghadapi pelbagai
dakwaan, adakah Datuk Seri Najib mampu memastikan menantu beliau tidak
bermasalah dan mampu memberikan kebahagiaan kepada anaknya selepas
perkahwinan mereka nanti.
DPPM
percaya, Pakatan Rakyat akan berpolitik secara sihat dan matang dan akan
menentang beliau dalam Pru ke 13 dengan penuh maruah, bukan secara
politik kotor yang mengaibkan peribadi beliau sebagaimana yang dilakukan
pemimpin parti beliau terhadap pemimpin Pakatan Rakyat seperti yang
berlaku sekarang.
RIDUAN MOHD NORKetua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia
Posted on Tuesday, June 12 @ 06:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Khairul Faizi bin Ahmad KamilAssalamu'alaikum dan salam perjuangan, Apabila Kelantan mengistiharkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan membina sendiri lebuh raya yang akan menghubungkan Kota Bahru dan Kuala Krai maka pelbagai reaksi ditunjukkan oleh pelbagai pihak terhadap cita-cita besar tersebut.
Lebuh raya yang bakal menelan belanja sehingga mencecah lebih daripada RM 1 billion itu dilihat sebagai usaha PAS di Kelantan untuk meraih simpati pengundi-pengundi di negeri Serambi Mekah itu terus mengekalkan PAS sebagai pemerintah.
Lebuh raya sepanjang 77 km itu yang bakal beroperasi tanpa tol nanti diperlekeh oleh kepimpinan Umno khususnya di Kelantan kerana bersangka buruk bahawa lebuh raya tersebut diwar-warkan oleh PAS untuk meraih sokongan daripada pengundi. Bagi saya, itu adalah tanggungjawab pemerintah untuk memberikan yang terbaik kepada rakyatnya. Lagipun, lebuh raya tersebut sepatutnya telah lama dibina di lokasi tersebut tetapi disebabkan hati busuk kepimpinan Umno telah dengan sengaja melewatkan projek yang bermanfaat kepada rakyat.
Projek
lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di negeri Kelantan telah diluluskan
semenjak Rancangan Malaysia Ke-6 (1986-1990) dan sekali lagi diluluskan
di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan tetapi sehingga ke hari ini masih
belum dilaksanakan. Bermakna, kerajaan Pusat telah pun menyedari bahawa
lebuh raya tersebut sangat penting untuk rakyat di Kelantan, justeru
mengapa ditangguhkan sejak sekian lama? Saya berani untuk menyatakan di
sini bahawa ia berlaku kerana berdasarkan kepentingan politik Umno.
Sebab itu, tidaklah menjadi satu kehairanan mengapa kerajaan Kelantan diperlekeh dalam usaha yang murni ini. Saya tertunggu-tunggu jika ada menteri yang akan membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat sebenarnya 'sekadar menguji' kerajaan Kelantan sama ada mampu untuk membina lebuh raya sendiri atau tidak seperti mana Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan yang sama apabila pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ditangguhkan sebelum daripada ini.

Sebelum
itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa
Mohamed percaya bahawa cita-cita tersebut tidak mungkin dapat tercapai
mengikut realiti semasa dan percaya bahawa ia adalah gimik politik
semata-mata kerana beliau tidak percaya bahawa dengan hanya bergantung
kepada dana yang dikutip daripada rakyat walaupun tempoh berpuluh tahun
lagi pun tidak akan tercapai hasrat tersebut.
Begitu
juga dengan kenyataan daripada Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan, Datuk Noorzahidi Omar yang menganggap bahawa projek lebuh
raya rakyat ini akan menjadi satu lagi projek yang bakal disenaraikan
sebagai projek gagal. Projek yang mengharapkan wang ikhsan derma rakyat
ini ibarat satu lagi harapan palsu kepada rakyat di negeri itu. Beliau
juga percaya bahawa ia adalah projek gimik pilihan raya semata.
Apabila
menyebut tentang lebuh raya rakyat maka saya teringat tentang sebuah
kisah silam ketika saya masih bersekolah di STAR, Ipoh dalam tingkatan
empat ketika itu. Tahun 1989 menyaksikan bahawa Malaysia menjadi Tuan
Rumah kepada temasya Sukan SEA dan Ipoh menjadi tuan rumah kepada acara
Lumba Basikal dan Bola Tampar. Sebuah Velodrome diperlukan pada ketika
itu dan Presiden Lumba Basikal Perak, Datuk Seri Darshan Singh yang
telah memulakan projek pembinaan velodrome tersebut sejak tahun 1986
telah berjaya merealisasikan impian dan harapan rakyat tersebut pada
tahun 1989 dengan kos sebanyak RM 3.25 juta.
Media
massa memberikan ruang yang secukupnya untuk mempromosikan projek
Velodrome Rakyat dengan merangsang rakyat untuk sama-sama mengeluarkan
tabungan masing-masing . Malah, agensi kerajaan serta premis kerajaan
yang lain termasuklah sekolah menjalankan kutipan dana secara
besar-besaran untuk memastikan projek tersebut Berjaya.
Projek rakyat yang mendapat restu dan sokongan daripada Sultan Azlan Shah itu telah berjaya mengangkat martabat rakyat Malaysia yang bermurah hati untuk membina sebuah velodrome yang sebenarnya hanya digunakan oleh sebahagian kecil rakyat Malaysia. Itu projek membina velodrome rakyat, inikan lagi projek lebuh raya rakyat yang bukan sahaja bakal memberikan keselesaan kepada penduduk di Kota Bahru dan Kuala Krai malah kepada seluruh rakyat Malaysia amnya. Bermakna, jika semua pihak sanggup berkerjasama untuk menjayakan projek yang dilancarkan oleh MB Kelantan ini maka saya percaya ia dapat dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Di atas rasa tanggungjawab ini maka saya dan kepimpinan PAS di Kluang akan melancarkan Tabung Dana Lebuh Raya Rakyat KB-KK pada 22 Jun ini di Kluang dan akan disertai oleh Setiausaha Akhbar MB Kelantan iaitu Ustaz Fadli bin Shaari yang juga merupakan Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Saya
menggalakkan agar kepimpinan Kerajaan Kelantan dapat turun ke setiap
negeri untuk merealisasikan harapan ini. Pimpinan PAS kawasan-kawasan
juga perlu mengambil inisiatif tersendiri dan mengikut kekreatifan
masing-masing.
Ingatlah kepada Firman Allah,
"Wahai
orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian
dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami
keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu senghaja memilih yang
buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk
itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata
padanya. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa
Terpuji.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 267)
FirmanNya lagi,
“Kamu
tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu
sayangi.”
(Surah Ali ‘Imraan, ayat 92)
Mudah-mudah Allah memberikan kekuatan kepada kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk menunaikan impian dan harapzn rakyat ini.
Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
12 Jun 2012, 6.13 petang
Pemuda Pas Mahukan Pimpinan Pemuda Yang Berintegriti
Posted on Tuesday, June 12 @ 06:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Mohd Abdul HadiJALAN RAJA LAUT : Dewan Pemuda PAS Malaysia telah dikunjungi oleh Institut Integriti Malaysia yang diwakili oleh Mohd Ismail Bin Abd. Jalil selaku Pengarah Sektor Politik IIM dan penolongnya Fison Hamdi Bin Ahmad kira-kira jam 2.30 petang tadi.
--
Jazakallahu Khaira al-Jaza'

Kehadiran wakil dari
IIM adalah hasil dari pertemuan pertama Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan
pihak IIM dahulu. Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan
satu program bersama IIM untuk membina pimpinan pemuda yang
berintegriti.
“Kami berbincang dengan pihak IIM untuk mengadakan satu program
bersama yang bertujuan untuk menerapkan integrity dalam Pemuda PAS
Malaysia itu sendiri”, ulas Saudara Khairul Faizi selaku Setiausaha
DPPM.
DPPM mensasarkan untuk membentuk
lapisan pimpinan pemuda PAS yang memiliki nilai integriti dalam
kehidupannya dalam apa jua status dan platform yang dipegang oleh
mereka.
“Kami menyambut baik kerjasama seperti ini dan menantikan keputusannya dalam waktu yang terdekat”, jelas beliau.
Beliau
turut ditemani oleh Ustaz Syed Kadir selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM
dan saudara Yusapiza selaku Penolong Setiausaha 3 DPPM.
--
Jazakallahu Khaira al-Jaza'
PAS for ALL
Membangun Bersama Islam
Pengharaman Daging Babi: Jawaban Syeikh Abduh Yang Mengejutkan
Posted on Tuesday, June 12 @ 05:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Oleh: abuhikam
"Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar. Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.
Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran. Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.
Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.
Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.
Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.
Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.
Subhanallah!... JazakAllah Tuan Syeikh."

Mengulangi Sejarah Dahulu
Posted on Tuesday, June 12 @ 05:29:08 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh PemikirKritikal
Kita seringkali mendengar ungkapan " pelajarilah sejarah supaya kita tidak mengulanginya". Tetapi hakikat yang sebenarnya, tanpa kita sedari, kita telah mengulangi sejarah yang lalu. Kita telah didedahkan ketika zaman persekolahan dalam subjek sejarah bahawa Kaum Tua ialah golongan ortodoks islam yang terlalu taksub dengan adat sehingga mencampur adukkan adat dan agama. Pada ketika itu, golongan wanita tidak diberikan hak sewajarnya dan ditindas.
Antara hak yang tidak ditegakkan pada ketika itu ialah hak menuntut ilmu. Kaum Tua menganggap tempat yang sewajarnya untuk golongan wanita ialah dengan menjadi suri rumah dan golongan wanita tidak layak untuk menimba ilmu, sedangkan islam menyuruh umatnya untuk mencari ilmu agar agama islam tidak diperkecil-kecilkan. Contoh yang terbaik ialah Saidatina Aisyah, merupakan wanita yang menjadi rujukan hadith pada zamannya kerana beliau merupakan seorang yang rapat dengan Rasulullah S.A.W.
Golongan wanita juga tidak diberikan hak untuk mentadbir dan memimpin kerana Kaum Tua menganggap suara golongan wanita tidak penting. Pada ketika itu, hidup terlalu kearah keagamaan dan hal dunia telah dilupakan. Bukan itu satu perkara yang buruk, tetapi Allah telah memerintahkan manusia agar memakmurkan muka bumi ini agar agama Allah dapat tersebar luas. Golongan intelek yang belajar di luar negara terutamanya di timur tengah telah sedar akan kecacatan pemikiran Kaum Tua dan menganggap gaya pemikiran itu tidak lagi relevan. Golongan itu cuba untuk membuat revolusi pemikiran.
Mereka ialah Kaum Muda, golongan yang cuba untuk menyeimbangkan semula sistem pemikiran dan cuba untuk membuat pembaharuan. Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah menentang bid'ah, memperjuangkan hak pendidikan wanita dan menyeru umat islam agar kembali kepada ajaran islam sebenar. Kaum Muda jugalah yang meningkatkan kesedaran umat islam pada ketika itu untuk menuntut kemedekaan dan menentang penjajah. Kini, kita sedang menikmati keamanan, yang secara tidak langsung merupakan antara usul yang diperjuangkan Kaum Muda.

Sedarkah kita
bahawa sejarah telah berulang, tetapi episod sejarah ini telah mengalami
perubahan. Kita kian meninggalkan agama dan amalan sekular telah
diagung-agungkan. Islam hanya pada nama, tetapi, rasuah, arak, seks
bebas dan segala amalan jahiliyah tetap diteruskan. Kemungkaran ialah
makanan tegah hari kita. Kita perlu sedar bahawa ini merupakan petanda
buruk untuk kemakmuran negara kita. Kemajuan negara sebenarnya bukan
sahaja diukur melalui kemakmuran ekonomi dan kecanggihan teknologi,
tetapi juga kemajuan dalam beragama. Jadi adakah negara yang penuh
dengan korupsi layak dipanggil sebagai negara yang maju? Golongan yang
ingin memperjuangkan konsep hidup beragama juga telah ditentang dan
mereka ini dilabelkan sebagai alat pembangkang dan sebagainya. Golongan
ini ditindas sebagaimana Kaum Muda telah ditindas pada ketika
itu. Walaupun mata rakyat telah terbuka luas dan rakyat telah melihat
kepincangan dalam sistem pentadbiran, tetapi rakyat tidak mempunyai hak
untuk bersuara. Hak untuk bersuara yang terkandung dalam Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, Akta 597, hanyalah perisai kertas
yang diberi untuk berlawan dengan pedang. Jika digunakan, pastinya akan
kalah.
Jadi kita perlu sentiasa berfikir dan
membuat keputusan yang terbaik agar maruah agama dan negara kita tidak
tergadai. Kebolehan untuk membuat keputusan yang terbaik sangatlah
penting kerana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara
rakyat menjadi senjata utama. Jika berseorangan, kita pasti jatuh,
tetapi jika kita bersatu, pasti kita akan utuh bak kata pepatah, " Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh".
Kita perlu menanam keinginan untuk memperbetulkan apa yang salah dan
mengembalikan semula kegemilangan islam yang telah lama hilang. Tiada
guna jika menggelarkan negara kita negara Islam, tetapi tidak menekankan
hak-hak beragama dan undang-undang islam. Sedangkan perbankan islam
tertakluk dalam undang-undang sivil. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
Kapal Selam & Altantuya: Apakah Najib Masih Layak Untuk Bertanding Dalam Pr
Posted on Tuesday, June 12 @ 05:24:44 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Tok Janggut
Skandal kapal selam dan pembunuhan Altantuya bergema kembali apabila mahkamah Perancis memulakan siasatan dan perbicaraanya. UMNO khususnya Najib selama ini gembira dan ceria kerana cerita kapal selam dan kes Altantuya berjaya ditutupnya dengan menggunakan mahkamah dan berharap agar rakyat melupakanya tragedi berhantu buat Najib dan UMNO itu.
Rupa-rupanya anggapan mereka silap, kes ini bergema kembali dan rakyat akan bertanya dan memberi tumpuan untuk mengtahui lebih lanjut lagi kes ini yang ada kaitanya dengan si "haram jadah" Najib Altantuya ini.
Walaupun baru-baru ini bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengatakan kes pembunuhan Altantuya tiada kaitanya dengan Najib, kenyataan itu menggelikan hati rakyat. Mana mungkin dua orang polis UTK boleh membunuh orang tanpa arahan? Apakah kuasa Razak Baginda sehingga beliau punya kuasa mengarahkan polis itu melakukan pembunuhan yang tidak ada kaitan langsung dengan mereka berdua malahan mereka berdua tidak kenal pun Altantuya dan tiada sebab langsung untuk membunuhnya? Lucunya si Musa Hassan ni. Memanglah kita faham, Musa adalah antara manusia paling takut dan bimbang jika UMNO/BN tumbang dalam PRU13 ini nanti selain si Najib, Mahathir, Ghanai Patail, Rahim Nor kerana semua kes jenayah, penyalahguna kuasa mereka akan dibongkar semula nanti.
Soalnya, dalam keadaan Najib terpalit dengan berbagai kes rasuah dan jenayah itu, apakah masih ada manusia yang akan mengizinkan Najib bertanding lagi dalam PRU13 ini nanti? Jika dibenarkan bertanding dan UMNO/BN menang lagi, apakah beliau layak untuk menjadi PM lagi? Tidak malukah rakyat Malaysia jika masih melantik manusia sebegini untuk menjadi PM lagi? Rendahnya maruah orang Melayu UMNO.
Bagaimana pula jika UMNO/BN tumbang? Kenyataan sesetengah pihak bahawa UMNO akan istihar dharurat/mageran jika mereka kalah adalah kenyataan bodoh. Mereka dah kalah, mana mereka ada kuasa lagi untuk mengistiharkan dharurat apatah lagi untuk mengarahkan polis atau tentera untuk mengikut arahan UMNO lagi dah. Mereka bukan kerajaan lagi.
Apa hak UMNO untuk bertindak dengan begitu sekali, siapa yang nak layan dah? Dah kalah, jawatan dalam kabinet pun dah tak ada, nak guna kuasa apa lagi? Mereka bukan lagi pemerintah atau kerajaan. Semua kuasa dibawah Agung dah. Agung bukanya bodoh nak ikut telunjuk UMNO dah. Kalau puak UMNO bertindak ganas kelak kerana tak mahu terima kekalahan, biar FRU sembur gas, air kimia dan belasah puak mereka pula.
UMNO sebenarnya tidak punya perasaan malu dan tidak punya maruah. Mereka langsung tidak segan dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang yang berjaya mentadbir dengan baik dan bersih jika dibandingkan dengan pentadbiran UMNO samada di negeri atau di Pusat sekali pun. Mereka tidak rasa malu dengan kerajaan Kelantan dan Kedah yang kekurangan wang tetapi masih mampu mentadbir negeri dengan baik. Cuba bayangkan jika dengan kewangan yang sangat terhad di Kelantan dan Kedah dan masih diperintah oleh UMNO, pasti dah bangkrap lama dah. Kedah semasa zaman UMNO, nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun terpaksa minta sedekah dari kerajaan Pusat. Itu pun masih tak sedar diri lagi. Masih cuba berlagak hebat.
UMNO juga patut malu dengan MCA, Gerakan dan MIC kerana hampir 90% kes rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku dalam negara dan negeri semuanya melibatkan pemimpin dan orang UMNO. Penindasan terhadap orang Melayu, rampas tanah orang Melayu miskin dan roboh rumah orang Melayu, masjid dan surau adalah angkara UMNO, bukan MCA, Gerakan dan MIC. Ini bermakna pemimpin bukan Melayu lebih bermoral dan bermaruah dari pemimpin dan orang UMNO. Apakah golongan inikah yang Melayu hendak sokong lagi?
Sedarlah wahai orang Melayu UMNO. Sampai bila nak diperbodohkan oleh pemimpin kamu? Nak sampai negara dah tergadai kat zionis dan Yahudi? Jangan percayalah temberang pemimpin UMNO tu lagi. Dengan Allah pun mereka tak takut, apatah lagi dengan manusia bangsa Melayu yang selamanya telah diperbodoh dan di pertunggangkan. Bangkitlah dalam PRU13 nanti. Bersama kita tumbang dan hancurkan UMNO untuk selamnya. Insyaallah.
Cuma yang penulis musykil sejak dulu lagi ialah tentang kes rasuah kapal selam dan pembunuhan Altantuya. Apakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak tahu dan tidak terlibat dengan rasuah ratusan juta wang rakyat untuk membeli kapal selam ini? Mustahil! Apakah Perdana Menteri, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Pengarah Polis (UTK) ketika itu tidak tahu akan tindak tanduk dan penglibatan unit UTK dalam pembunuhan itu? Mustahil! Apakah mereka terlibat sama untuk melindungi Najib? Tak mungkin Razak Baginda yang mengarahkan UTK itu membunuh Altantuya. Bodohlah jika UTK tunduk dengan arahan Razak yang tidak ada kaitan dengan Polis, Kementeri Keselamatan dalam Negeri dan beliau juga bukanPegawai Tertinggi Polis. Jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas PRU13 nanti, semua kemusykilan ini akan terjawab dan terdedah.
Kita patut gembira keranasi Haram Jadah Najib Altantuya sekarang telah menjadi liabiliti yang besar buat UMNO untuk berdepan dengan PRU13. Pakatan Rakyat sepatutnya memohon Agung supaya memecat Najib dari jawatan Perdana Menteri dan di seret kemahkamah kerana selain terlibat dengan rasuah jutaan mungkin bilion ringgit dari jualan kapal selam, dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya dan kini didedahkan telah menjual dokumen raksia Pertahanan Negara pula. Ini jenayah besar dan sangat merbahaya, tetapi mengapa tidak ada orang yang berani mendesak Najib meletak jawatan?
Apakah mereka semua sudah kenyang kerana dapat bahagian wang rasuah kapal selam dulu? UMNO dikatakan juga mendapat habuan yang banyak juga dari hasil rasuah itu.
Insyaallah, jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya nanti, parti UMNO juga wajib diseret ke mahkamah kerana terlalu banyak menipu, rasuah dan melakukan penyelewengan dan diharap UMNO dapat di haramkan terus dari wujud di bumi Malaysia ini nanti. Wallahualam.

Objek Cahaya Misteri Muncul di Langit Syria
Posted on Tuesday, June 12 @ 05:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: ismanusa
"
Apakah UFO muncul di Syiria? Apakah satelit ataupun ujian senjata rahsia? Sebuah objek terbang yang tidak dikenali telah muncul di kebanyakan negara Timur Tengah pada malam Khamis lepas menimbulkan suasana panik di kalangan orang ramai, balai polis dinegara-negara tersebut telah dibanjiri dengan panggilan kemunculan UFO.

Objek
misteri bercahaya terang tersebut telah terbang dilangit berpusing
dengan mengeluarkan putaran seperti asap. Objek terbang misteri tersebut
dilapurkan dilihat di Israel, Armenia, Turki, Lebanon, Jordan dan
kebanyakan negara di rantau tersebut.
Kementerian pertahanan Israel mengeluarkan kenyataan menafikan mereka menjalan sebarang operasi ketenteraan di kawasan tersebut.
Sebahagian ahli astronomi berpendapat bahawa objek tersebut merupakan satelit yang meletup ketika memasuki orbit, lapur akhbar Times of Israel. Lapuran dari Lebanon menyatakan kemungkinan objek terbang tersebut adalah meteorite yang meletus dan mengeluarkan jejak debu yang bersinar di sepanjang laluannya.
Ada pihak mendakwa ia adalah ujian peluru berpandu rahsia, ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan Menteri Pertahanan Russia yang mengatakan bahawa negaranya telah berjaya melancarkan peluru berpandu jenis Topol merupakan peluru ballistic antara-benua yang berkeupayaan nuklear. Rangkaian berita Russia, Vesti-24 memetik sumber tentera mengatakan ujian peluru tersebut berjaya mengenai sasaran yang ditetapkan walaupun mempunyai trajektori luar biasa.
Penganalisis angkasa, Jim Oberg mengatakan, putaran Topol pada peringkat ketiga pelancaran adalah fungsi tambahan bukan kecacatan bertujuan mengelirukan sistem senjata anti peluru berpandu US. Walau apa pun objek misteri tersebut, ia mungkin membawa petanda sesuatu yang besar mungkin berlaku di kawasan tersebut. Apatah lagi jika ia merupakan ujian senjata pemusnah termoden Russia, ia menunjukkan Russia bersedia menghadapi perang besar-besaran di asia Barat!

Ibu Bapa Hari Ini Tidak Rungsing melepaskan anak daranya belajar jauh.....
Posted on Tuesday, June 12 @ 04:30:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: 5ambal
"
PETALING JAYA- Sepasang kekasih yang sedang leka bercumbuan tanpa seurat benang diruang tamu rumah melarikan diri ke dalam bilik selepas tersentak apabila pintu rumahnya diketuk oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Surau Al-Munawarah dan anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartment Lagoon Perdana, awal pagi semalam.
Pasangan itu yang pada mulanya enggan membuka pintu akhirnya akur dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tiada pertalian sah.
Mengejutkan, seorang gadis Melayu turut ditahan bersama seorang lelaki berlainan bangsa di sebuah bilik di unit apartmen sama.
Penolong Setiausaha Surau Al-Munawarah , Muhammad Syafiq Khor Abdullah berkata, serbuan dibuat berikutan aduan daripada jiran sekeliling yang curiga melihat rumah bujang wanita itu sering dikunjungi lelaki.
“Pada mulanya kedua-dua pasangan itu memberi alasan terpaksa tinggal serumah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan,” katanya.
Kedua - dua gadis itu yang berusia awal 20-an merupakan pelajar di sebuah universiti manakala lelaki pula sudah bekerja.
Dalam serbuan di sebuah lagi unit apartmen, sepasang kekasih turut dicekup kerana disyaki berkhalwat.
Muhammad Syafiq berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Pasangan itu akhirnya akur selepas diarahkan oleh polis.
Semua pasangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan