Ahad, 24 Jun 2012

BAGAIMANA YANG LAIN...TAK PAYAH SIASAT...ALLAH AKAN TANYA@SIASAT DIAKHIRAT...SEMUA YANG TERLIBAT...YANG MENYOROKKAN KES....JIKA SABIT....MASUK DALAM NERAKA LAH....ITU HUKUM ALLAH SWT....

Isu Scorpene: Tiada sepina ke atas PM, kata Khairy

  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:37PM Jun 24 2012
Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata sehingga ke hari ini, tiada sepina yang mengarahkan perdana menteri untuk tampil ke mahkamah di Perancis berhubung dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene.
Oleh itu dakwaan rasuah dalam pembelian dua kapal selam berharga RM7.3 bilion itu tidak melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia, katanya.

khairy jamaluddin bn youth volunteers 240612"Yang kena saman bukan perdana menteri atau kerajaan Malaysia. Tapi cuma sebut (nama) sahaja.

"Sampai ke hari ini, tidak ada sepina yang meminta perdana menteri tampil ke mahkamah," kata Khairy semasa menjawab pertanyaan daripada seorang peserta Bengkel Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) di PWTC petang ini.

Bercakap dalam program yang dihadiri kira-kira 300 orang, Khairy berkata, isu berhubung kapal selam ini juga telah banyak kali dijawab semasa perbahasan di Parlimen.
Khairy juga berpandangan bahawa isu tersebut hanya merupakan kes diantara seorang peguam Perancis dengan syarikat pertahanan di negara itu, DCNS.
"Tapi mereka seolah-olah buat (isu) seperti ini kes menentang perdana menteri.

"Ini adalah kes antara seorang peguam Perancis dengan satu syarikat Perancis yang melibatkan kita tetapi bukan kita yang didakwa dalam kes tersebut," kata Khairy lagi.

Suaram pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada kerajaan Malaysia sepuluh tahun lalu.
Hakim dalam inkuiri tersebut menerima senarai saksi yang dikemukakan NGO Suaram, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut Suaram, pendengaran itu bagi mengesahkan aduan dan menetapkan keperluan untuk membuat siasatan kehakiman terhadap bayaran RM7.3 bilion yang berlaku ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

Peguam Suaram, Joseph Breham berkata, mahkamah negara itu yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene tersebut mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.
Najib: Abaikan label 'pendatang'

  • Nigel Aw
  • 7:25PM Jun 24 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa masyarakat Cina supaya tidak tersinggung dengan golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang kerana kenyataan itu dibuat oleh "yang tidak berapa betul."

Katanya golongan yang mengeluarkan kenyataan seperti itu berniat untuk melukakan perasaan masyarakat Cina dan pentadbirannya tidak berkongsi pandangan sebegitu.

Dalam masyarakat mana sekalipun wujud segelintir individu seperti itu, katanya dalam dialog bersama kira-kira 2,000 anak muda masyarakat Cina di Universiti Malaysia petang ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab satu soalan daripada peserta berkenaan berhubung tindakan kerajaan ke atas golongan yang memanggil mereka sebagai pendatang.

Katanya lagi, malah di negara maju seperti Amerika Syarikat wujud seorang penceramah agama daripada gereja kecil di Florida yang mahu membakar al-Quran.

Tambahnya, pentadbiran beliau mengiktiraf golongan Cina sebagai warga Malaysia sepenuhnya di negara ini.
Khairy: Tiada keperluan untuk debat PM-Anwar

  • Zulaikha Zulkifli
  • 6:57PM Jun 24 2012
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang masih mengelak untuk mengadakan debat dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau memberi alasan, pada masa ini tiada kepentingan untuk mengadakan debat di antara pemimpin utama dalam sesebuah parti politik.

Namun sekiranya tiada interaksi langsung di antara Najib dan Anwar, barulah debat itu perlu diadakan, katanya ketika ditanya dalam sidang media hari ini.
 "Kalau sekiranya kita tak ada interaksi antara perdana menteri dan ketua pembangkang, jadi keperluan debat itu penting.

"Saya tak nampak keperluan yang terdesak untuk buat debat. Tapi sistem parlimen kita mengamalkan debat perbahasan di Parlimen dan ia selalu terjadi," kata Khairy.
Jelasnya, perbahasan yang dijalankan di Parlimen mempunyai unsur perdebatan apabila perdana menteri membentangkan usul atau menjawab soalan perwakilan dan dicelah oleh ketua pembangkang.

"Kita cari pemimpin, bukan cari pemidato. Setiap kali dalam Parlimen, kita membalas hujahan di Parlimen. Perdana menteri jawab, menggulung setiap soalan dalam perbahasan.

"Anwar antara yang akan bersoal-jawab. Itulah debat. (Ia) setiap kali berlaku di Parlimen," katanya lagi.
Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung kenyataan Najib pada Jumaat lalu bahawa debat bukanlah satu budaya politik di negara ini.
Calon MB mesra golongan muda
Dalam sidang media sama, Khairy turut ditanya mengenai desas-desus berhubung rancangan BN untuk melantik menteri besar di setiap negeri yang dikuasainya.
Khairy bagaimanapun berkata, perkara itu berada di luar bidang kuasanya.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau secara umum mengharapkan agar calon menteri besar itu mesra golongan muda.

"Itu saya tak boleh komen. Itu luar bidang kuasa saya. Cuma kita harapkan penampilan calon secara umum dapat mematuhi atau sehaluan dengan prinsip mesra kepada orang muda.

"Sesiapa calon saya harap dapat mesra kepada orang muda," kata Khairy.
Beliau terdahulu menyampaikan ucapan dalam Bengkel Sukarelawan Pemuda BN di Pusat Dagangan Dunia Putra petang ini.
Siswa ditahan di program dialog dengan PM
6:14PM Jun 24 2012
Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

“Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kessalah boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

"Jawapannya, 'ikut arahan (daripada) atas'. Jelasnya bahawa mereka menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan pelajar," kata peguam itu.
Utusan kait 'wanita misteri' dengan Anwar
3:13PM Jun 24 2012
Akhbar Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan foto seorang wanita yang didakwa mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai “akaun luar biasa RM3 bilion.”

Foto berkenaan, lapor akhbar itu, pada awalnya terbit di satu blog novandri.blogspot.com, selepas seorang anggota Umno, Ummi Hafilda mendakwa telah menyerahkan bukti kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatannya mencecah RM50 juta," laporan itu dipetik.

Ummi Hafilda seterusnya dilaporkan dalam edisi hujung minggu Utusan Malaysia itu sebagai berkata, wanita yang tidak dinamakan itu turut memiliki atau dikaitkan dengan 62 kondominium dan banglo mewah, kebanyakannya terletak di Pulau Pinang.

Akhbar New Straits Times pada Jumaat lalu melaporkan bahawa Ummi telah bertemu dengan pegawai SPRM dan menyerahkan bukti berkenaan, termasuk senarai hartanah dan foto wanita tersebut.

Dakwaan berkenaan timbul ketika era reformasi memuncak pada 1998, apabila bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid mendakwa Anwar memiliki 20 akaun utama mengandungi RM3 bilion dalam bentuk aset, saham dan wang tunai ketika menjadi timbalan perdana menteri
MB: Kedah lulus empat lesen hiburan baru
6:32PM Jun 24 2012
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini mengesahkan kerajaan negeri baru-baru ini telah mengeluarkan empat lesen baru kepada pengusaha pusat hiburan.

Azizan berkata kerajaan negeri tidak boleh menghalang rakyat negeri ini untuk berhibur tetapi perjalanan pusat-pusat tersebut adalah dalam kawalan pihak berkuasa tempatan.

"Kita bagi lesen untuk hiburan tetapi di bawah kawalan kerajaan negeri termasuk kawalan keselamatan, tatasusila dan sensitiviti kaum...," katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa kemunculan pusat-pusat hiburan 'secara berleluasa' di negeri ini.

Azizan berkata untuk rekod, di Alor Setar hanya empat pengusaha pusat hiburan itu dalam proses untuk memulakan perniagaan dan mereka diberikan lesen baru.

Selebihnya adalah pusat hiburan yang hendak aktif semula setelah lama tidak beroperasi.

Azizan tidak pula menyatakan jumlah pusat hiburan yang kembali aktif.

Azizan berkata semua pengusaha berkenaan akan diberi taklimat minggu depan mengenai etika perjalanan dan operasi pusat hiburan mereka.

Taklimat ini turut disampaikan pihak berkuasa tempatan dan polis.

"Kita akan panggil semua pengusaha pusat hiburan yang lama dan baru, tidak adil kalau kita bertindak terus, tetapi jika (selepas ini) mereka melanggar peraturan dan syarat ditetapkan, kemudian baru kita bertindak," jelas Azizan.

Diminta mengulas mengenai dakwaan wujudnya sebuah pusat hiburan baru terbesar di Mergong, Azizan berkata beliau tidak tahu tentang kewujudan pusat itu.

- Bernama
SPRM masih siasat Air Kelantan

  • Bernama
  • 8:40PM Jun 24 2012
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan terhadap Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) berhubung dakwaan kononnya berlaku penyelewengan melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi) Datuk Mohd Shukri Abdul berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berpandukan fakta dan bukannya berdasarkan kepada cakap orang.

"Siasatan ini tidak boleh ada jangka masa, apabila siasatan itu siap lengkap, kita akan maklumkan," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, di Kota Bharu hari ini.

Mohd Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan siasatan terhadap laporan yang dibuat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kepada SPRM pada 20 Mac lepas, berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat tersebut yang melibatkan peruntukan kerajaan pusat untuk program bekalan air bersih di negeri itu.

Beliau berkata apabila pihaknya menyiasat sesuatu kes dan sekiranya tidak dibawa ke mahkamah, bukan bermakna tiada kes tetapi mungkin disebabkan tidak cukup bukti.

Mengenai tindakan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang menghantar surat agar sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dengannya dipertimbangkan sebagai panel peguam di Permodalan Negeri Selangor Berhad, Mohd Shukri berkata pihaknya sedang meneliti perkara tersebut.

- Bernama
Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"

Tiada ulasan: