Jumaat, 29 Jun 2012

ALLAH MAHA KUASA...BANYAK PERKARA KITA TIDAK TAHU...KECUALI APA YANG ADA...YANG DIAJAR OLEH ALLAH...YANG DIBERI ILMU DAN FIKIRAN..YANG MANA BEGITU TERHAD LAGI TERBATAS...TENTU TAKDIR DALAM RAHSIA ALLAH...IAITU HUKUMAN2 YANG AKAN DITIMPA KEPADA MANUSIA INGKAR PERINTAH ALLAH MALAH TERLALU BONGKAK SERTA DEGIL.....

ISA SAMAD Tiada Kepentingan dalam Penyenaraian FGVH
Posted on Thursday, June 28 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: MelayuMerapu

"Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini.

Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.

800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!

Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.

Apapun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Warga Felda tidak boleh di perjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya utk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal.

Memetik kata2 Tan Sri Ramli Ngah Talib, bekas MB Perak; kenapa diketika Johor, Pahang, Tgnu dan negeri2 lain ghairah melancarkan Amanah Saham Negeri tapi Perak tidak berbuat demikian; dia mengatakan cukuplah Amanah Saham Nasional sudah ada. Saya tidak mahu rakyat negeri saya menanggung rugi. Betul, Amanah Saham Negeri2 jatuh. Sekurang2nya saya berjaya menyelamatkan wang rakyat saya
(wawancara dlm program 'In Person' di Astro Awani, siang tadi)

Biarlah orang kata ANAK kolot, tak mau transformasi, tolak kemajuan dll, yg penting kita ada prinsip. Kita bukan mcm Isa n kuncu2nya; yg berdegar2 cakap dgn peneroka, kami tak ada kepentingan apa2...

Tau2 dlm prosfektus FGVH...ratusan ribu unit saham. Itu yg nampak.
Seperti kata pelawak Ibrahim Pendek;.... Sape yang kena!!!

by: Mazlan Aliman

Sumber: berantogisify.blogspot.com"


 FELDA: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan Perumahan Gen 2
Posted on Thursday, June 28 @ 16:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: MelayuMerapu

"Sekretariat Task Force Felda Kerajaan Negeri Selangor sudah berada di peringkat akhir untuk membangunkan perumahan Gen 2 di felda Sg Tengi.

Bagi fasa pertama, ia melibatkan 360 unit rumah berkembar dengan harga tidak lebih RM50k.

Majlis pecah tanah, insyaallah akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Selangor sebelum ramadhan ini. Proses temuduga akan dimulakan tidak lama kemudian. Apa yg sangat penting ialah ketelusan dlm menemuduga calun2 yg layak utk memperolehi rumah berkenaan.

Kami bincang panjang lebar demi mempastikan keadilan ditegakkan. Siapa pun yg layak tanpa mengira latar belakang politik akan disaring secara beramanah. Kami belajar dari pengalaman negeri BN yg kelam kabut akibat tidak telusnya proses temuduga dibuat.

Yg dpt rumah anak beranak, suku sakat dan kaum kerabat. Wakil Rakyat BN dan Ketua Umno Bahagian tapis lagi. Jika penyokong pembangkang di pancung habis... Kami sepakat menjunjung prinsip Islam, siapa pun mereka; jika layak, mereka akan dapat walaupun penyokong kuat umno! Hatta, kalau anak Ketua cawangan PAS sekalipun; jika tidak layak, mereka tak akan dapat.

Intergriti PR akan hancur jika tindak tanduk mcm Umno yang sedia korup... Insyaallah, fasa kedua dan ketiga akan diteruskan setelah kejayaan fasa pertama, insyaallah.

Sumber: berantogisify.blogspot.com"


 Belum ada pegawai KGT disiasat polis
Posted on Thursday, June 28 @ 15:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: ismailjohari30

"KOTA BHARU 28 Jun 2012: Anehnya ada pihak mendakwa terdapat laporan polis mengenai penyelewengan membabitkan pegawai Kelantan Golden Trade (KGT) sejak Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai di syarikat berkenaan disiasat.

Lebih pelik pula laporan polis itu didakwa dibuat Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad. Beliau hanya meletak jawatan pada 17 Mei lalu.

Laporan media sebelum ini menyebut laporan polis dibuat Nik Mahani berhubung salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT.

Ketika itu juga pegawai kanan di KGT hanya Nik Mahani, kerana Prof Umar Vandillo hanya bertindak sebagai penasihat syarikat berkenaan sejak Disember 2011.

Nik Mahani juga merupakan seorang daripada lapan lembaga pengarah KGT.

Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar berkata, biar pun dakwaan polis dilapor dibuat pada 31 Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai atau kakitangan di KGT disiasat.

“Kebiasaannya kalau ada laporan polis pastinya ada siasatan dilakukan. Pihak polis juga tidak menghubungi kami sampai sekarang. Jadi kita hairan bagaimana ada pihak mendakwa ada laporan polis dibuat terhadap pegawai KGT.

“Ini menjadi satu persoalan, mungkin laporan akhbar sebelum ini semata-mata mahu memburukkan imej KGT yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sekarang,” katanya di sini.

Sebelum ini akhbar milik Umno mendakwa polis sedang menyiasat tiga laporan polis terhadap pegawai kanan KGT yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan.

Laporan itu mendakwa kononnya KGT berdepan dengan kemelut salah laku seorang pegawai kanan.

Mahadi juga berkata, berdasar siasatan audit dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK) tidak ditemui sebarang penyelewengan urus tadbir atau kewangan anak syarikatnya, KGT.

Katanya, kalau benar ada penyelewengan dan salah urus sudah tentu ditemui dalam laporan audit dalaman dan luaran yang dibuat sebelum ini.

“Jadi kita tidak tahu di mana asas didakwa berlaku penyelewengan membabitkan KGT kerana pihak polis pun belum datang menemui kami.

“Kita bimbang isu sengaja ditimbulkan kerana konflik individu tertentu sahaja dan cuba melepaskan perasaan terhadap KGT dengan mencipta tuduhan,” ujarnya.

www.dinarkel.net"

Selepas Kemenangan Mursi, Terusan Suez Untung US10 Juta Dalam Sehari
Posted on Thursday, June 28 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: halimislam

"Hanya selepas sehari Muhamad Mursi diumumkan sebagai presiden, Terusan Suez untung US10 juta dari hasil pendapatannya, kata seorang pegawai Terusan Suez, pada Isnin 25/6/12 lalu.

Pejabat itu menambah 37 buah kapal menyeberangi Terusan Suez, dengan 15 kapal dari arah utara berasal dari Mediterranean yang membawa muatan sebanyak satu juta tan, dan 22 kapal dari arah selatan datang dari Laut Merah dan membawa 1.3 juta tan.

Kapal terbesar adalah kapal Panama tercatat membawa muatan 158.000 tan dalam perjalanan dari Itali ke Jeddah.

Baca Sedikit Ringkasan Sejarah Tentang Terusan Suez SINI"


 Cara Mengetahui Juzuk Al-quran Melalui Matematik
Posted on Wednesday, June 27 @ 19:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: najibtun

"Tip yang nak di kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya.
Ada 2 perkara yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Jom sama-sama kita belajar…


Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, memang menakjubkan kan sahabat semua. Sama-sama kita kongsikan kepada sahabat handai kita, adik-adik kita, keluarga kita dan suadara-saudara kita supaya sama-sama mendapat pahala…

Baca Lagi disini: maths-catch.com"


 KEAJAIBAN MATEMATIK : Perkiraan Matematik Atom Besi (26) Dalam Al Quran.
Posted on Thursday, June 28 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: najibtun

"Al Quran telah menerangkan keajaiban daripada sudut matematik.

Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!


AL-QURAN DAN KAITANNYA DENGAN NOMBOR ATOM DAN ISOTOP BAGI BESI


Terdapat banyak rujukan tentang besi yang boleh didapati daripada al Quran. Antaranya ialah:

25. Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.(Al Hadid: 25)

Perkataan “inzal” di dalam Quran biasanya digunakan untuk menerangkan suatu perbuatan turunnya sesuatu dari langit. Besi hanya dapat dibuat dan dihasilkan dalam bintang-bintang yang jauh lebih besar dari matahari, yang suhunya mencapai beberapa ratus juta darjah celcius. Ketika jumlah besi telah melampaui batas tertentu dalam sebuah bintang, bintang tersebut tidak mampu lagi menanggungnya, dan akhirnya meledak melalui peristiwa yang disebut "nova" atau "supernova". Akibat dari ledakan ini, meteor-meteor yang mengandung besi bertaburan di seluruh penjuru alam semesta dan mereka bergerak melalui ruang hampa hingga mengalami tarikan oleh gaya graviti benda angkasa.Penemuan astronomi moden telah mengungkapkan bahwa logam besi yang ditemukan di bumi kita berasal dari bintang-bintang raksasa di angkasa luar. Oleh sebab itulah kita mendapati perkataan “ inzal” digunakan untuk menerangkan situasi ini.

Al Quran juga turut menerangkan keajaiban daripada sudut matematik. Nombor atom bagi besi ialah 26,dan terdapat beberapa persamaan dengannya yang telah ditunjukkan oleh kitab agung ini!

1.Nilai matematikal bagi perkataan “ hadiid”(besi) ialah 26.

Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 26


Atom iron (Ferum) = 26

2. Ayat yang menerangkan tentang besi ini ialah ayat ke-25 di dalam surah al Hadiid. Jika kita mengira bilangan ayat bermula daripada Basmalah di awal surah ke ayat tersebut, maka ia adalah ayat yang ke-26.

3. Nama Allah yang disebut di dalam surah ini sebanyak 26 kali sehingga ayat yang ke-25 tersebut.

4. Perkataan al Hadiid yang bermaksud “ besi itu” atau “the iron” mempunyai nilai matematikal 57. Dalam kaedah bahasa Arab, perkataan yang mempunyai awaln “Al” menyatakan sesuatu itu dengan lebih spesifik. 57 adalah nilai salah satu isotop besi.

Alif = 1
Lam = 30
Ha = 8
Da = 4
Ya = 10
Da = 4
Total = 57

5. Surah al Hadid adalah surah yang ke-57 dalam al Quran.

6. Jika dibilang dari belakang, bilangan surah ini adalah surah yang ke-58. 58 juga adalah salah satu isotop bagi besi.

7. Surah ini mempunyai ayat sebanyak 29.Bilangan ayatnya akan menjadi 30 jika Basmalah turut dikira. Nombor 30 adalah sama dengan bilangan neutron 2 isotop ini. Bilangan perkataan Allah dalam surah ini pula sama dengan bilangan neutron bagi 2 isotop yang lain.

Baca Lebih Banyak Artikel Matematik Menarik Lain DISINI

Maths-Catch.com/blog "


 KEAJAIBAN MATEMATIK : Matematik Dalam Solat
Posted on Thursday, June 28 @ 02:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: najibtun

"Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?

Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.


Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.

Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,

”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.

Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.

Baca Artikel Matematik Lain DISINI Maths-Catch.com/blog "


 Bakal Besan Najib diburu Interpol kerana enam tuduhan jenayah.. Ini warannya.
Posted on Thursday, June 28 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: AnakSgDerhaka

"
Gambar di Dubai sebelum ditahan.

Laporan yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Menurut The New York Post dokumen mahkamah Amerika Syarikat mendakwa warganegara Kazakhtan Daniyar Nazarbayev, yang bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, terlibat dalam penipuan.

Dan ibu kenapa Daniyar Nazarbayev pula menafikan dakwaan terhadap anaknya dan menyifatkan perkara itu manipulasi politik dan tidak masuk akal.

"Saya dan suami tidak pasti siapa sebenarnya di belakang dakwaan yang tidak masuk akal dan bersifat tuduhan ini.

"Ini urusan dalaman keluarga yang dimanipulasi dan dipergunakan oleh pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan politik," Maira Nazarbayev dipetik sebagai berkata dalam kenyataan melalui jurucakap perhubungan awam.

"Suami saya Bolat dan saya tetap memberikan komitmen kepada anak-anak kami, dan akan selesaikan perkara ini secara peribadi. Kami bangga dengan semua anak-anak kami.

‘Kami berbangga dengan anak kami!!’ kata Maira Nazarbayev bakal ibu mertua kepada anak Najib.

Kepada yang sering mengikuti Blog MiLo SuaM pasti akan terbaca sebuah artikel yang disiarkan olehnya dengan tajuk ‘ Panas! Bakal besan Najib diburu polis antarabangsa’ di (SINI)

Dalam artikelnya itu MiLo SuaM mendakwa Bakal besan Najib, Maira Nazarbayev dikatakan memiliki beberapa nama samaran dan kini sedang diburu oleh polis antarabangsa (interpol) dan pihak berkuasa Kazakhstan berhubung jenayah penculikan dan peras ugut.

Hari ini Free Malaysia Today telah menyiarkan satu artikel yang masih menjadi tanda tanya adakah benar Ibu kepada Daniyar telah ditahan di Dubai..

Ibu kepada bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , Daniyar Nazarbayev, dipercayai telah Ditahan di Dubai sebelum beliau terbang ke Eropah untuk bercuti.

Kerana menurut sumber FMT, wanita Kazakhstan berusia 50 tahun telah ditahan pada hari Jumaat lalu oleh polis Dubai berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Interpol, dan tindakan itu diambil oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Kazakhstan - keseluruhan terjemahannya sila baca di (SINI)

Waran yang dikeluarkan oleh Interpol Kazakhstan di bawah ini membuktikan bahawa Maira Nazarbayev atau nama sebenarnya Maira Saudabaevna Kurmangalieva, bakal besan kepada Najib dan Rosmah sememangnya diburu oleh pihak Interpol.

Beliau telah menjadi buruan pihak Interpol sejak dari Nov 2011 lagi kerana dituduh melakukan enam kesalahan jenayah..

Tengoklah!! Patutlah dia bangga dengan anaknya… anaknya dah ikut jejak dia rupanya…








Tak faham?? ha..ha..ha.. akupun tak faham jugak.. tapi tak apa kat bawah ni terjemahan waran yang telah disahkan...

Sila lihat di SINI"


Isteri Mohamed Mursi menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'
Posted on Thursday, June 28 @ 10:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: halimislam

"Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak digelar sebagai 'first lady of Egypt'. Gelaran itu menurutnya hanya berlaku untuk Jihan Sadat dan Suzan Mubarak. Ia lebih suka disebut sebagai Ummu Ahmed.

Menurutnya, Islam mengajar bahawa Presiden Mesir seterusnya adalah pelayan Mesir nombor satu, maka bermakna bahawa dirinya adalah merupakan pelayan wanita Mesir nombor satu.

Oleh sebab itu, Najla dengan tegas menyatakan, tidak ada istilah 'first lady of Egypt' dalam kamusnya.

"Islam tidak membezakan antara satu wanita dengan yang lain. Kita adalah orang Mesir semua dan kita harus bersatu untuk bangsa kita," katanya.

Najla mengatakan, dia lebih suka dipanggil "Ummu Ahmed" (ibu dari Ahmed) yang merujuk pada anak tertuanya atau "Hajjah," sebutan bagi wanita muslimah yang telah menyelesaikan ibadah haji ke tanah suci.

Selanjutnya baca SINI"



Pemuda tidak bergerak, Najib pula macam Syawal dalam Ahmad Albab
Posted on Thursday, June 28 @ 09:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: imamsurau

"Beberapa orang bertanya kepada saya samada saya benar-benar yakin yang BN akan kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mereka bertanya samada saya hanya berkata-kata untuk menyedapkan hati saya. Mereka bertanya samada saya komited dengan apa yang saya katakan yang UMNO Baru akan tumbang dalam pilihanraya ini.

Jawapan saya senang sahaja. Yang pasti UMNO Baru sudah pun tumbang kerana sekarang ini kita tidak nampak lagi ciri-ciri UMNO yang ada pada UMNO Baru yang tertubuh pada bulan Februari 1998 itu. Nama UMNO itu memang ada tetapi UMNOnya sudah tidak ada lagi.

Jika benar UMNO itu masih ada, kita tidak akan mengalami keadaan kegusaran di kalangan pemimpinnya kerana UMNO itu pada hakikatnya merupakan parti baik pada asalnya. Tetapi segala apa yang ada pada asasnya dalam UMNO itu sudah tidak wujud lagi. Jika UMNO itu masih wujud pilihanraya sepatutnya telah diadakan tetapi oleh kerana ‘attribute’ UMNO itu sudah tidak wujud lagi maka pilihanraya masih belum dapat di adakan.

Saya berkata demikian kerana UMNO yang hakiki itu tidak takut untuk memanggil pilihanraya kerana UMNO itu mempunyai ‘attribute’ yang baik pada asalnya dan rakyat tidak teragak-agak untuk menyokongnya. Tetapi parti yang bernama UMNO sekarang ini sentiasa dalam kegelisahan untuk menghadapi rakyat dan jika ia berada di dalam kegelisahan itu bukannya UMNO. UMNO itu hanya wujud pada kulitnya sahaja.

Lagi pula kita boleh lihat sekarang, kita tidak melihat ahli-ahli UMNO memakai baju-T parti itu lagi. Tidak seperti dulu... ahli-ahli UMNO sendiri malu untuk mengenakan baju-T parti itu kerana mereka tahu parti itu menjadi alat dan bahan lawak oleh rakyat yang sudah bermaklumat. Mereka tidak lagi memandang tinggi kepada UMNO itu dan ini disedari oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Kalau dahulu anak-anak muda berbangga mengenakan pakaian yang berlambangkan UMNO tetapi kini mereka tidak mahu mengenakan pakaian berlambangkan UMNO itu dikhalayak ramai. Selalunya apabila ‘mood’ pilihanraya sampai anak-anak muda akan mengenakan pakaian UMNO itu dengan bangga dan megah.

Sekarang ini pemuda-pemuda UMNO sendiri menyorok-nyorok apabila mengenakan pakaian UMNO itu. Ini merupakan keadaan yang sangat berlainan semasa dahulu. Itulah sebabnya saya katakan UMNO itu sudah mati dan tidak bernyawa lagi. Dalam pada kita sedang tertunggu-tunggu pilihanraya ini, kita tidak mendengar suara Ketua Pemuda nya akhir-ahir ini.

Saya kadang-kadang tidak teringat kepada Ketua Pemuda UMNO Kebangsaan kerana sudah lama kita tidak mendengar suaranya sekarang ini. Dalam pengalaman dahulu, dalam keadaan sekarang pemuda itulah yang nampak bergerak dan bergiat di mana-mana. Jika scenario ini berterusan maka saya berkeyakinan yang UMNO akan menjadi sejarah tidak lama lagi. Ketua Pemuda UMNO tidak nampak dimana-mana akhir-akhir ini. Mungkin beliau tidak berapa sihat agaknya.

Kita tidak nampak lagi pemuda-pemuda di cawangan-cawangan bergerak seperti dahulu. Yang bergerak sekarang hanyalah Presidennya dan kadangkala Timbalam Presidennya sahaja. Bagaimana sebuah parti yang mengaku gagah perkasa tidak bergerak diperingkat akar umbi?

Sekarang ini hanya Najib sahaja yang berusaha melakukan semua kerja sedangkan ahli-ahli dan pimpinan di bawah tidak berbuat apa-apa... Najib ini seperti peranan Syawal ibni Zulkaedah di dalam filem arahan P. Ramlee, Ahmad Albab… semua kerja Syawal yang buat..Najiblah manager, Najib jugalah postman, Najib jugalah kerani dan Najib jugalah jadi jaga! Syawal berkahwin dengan Mastura dengan mas kawinnya FREE.

UMNO mempunyai ahli seramai 3.3 juta orang, tetapi tidak bergerak diperingkat akar umbi. Jadi UMNO itu ibarat seorang yang gemuk dan mempunyai tubuh yang besar tetapi mereka tidak dapat bergerak kerana berat badan yang keterlaluan. Ia seolah-olah seorang badan yang besar tetapi apabila berjalan mengheret kaki dan tidak berdaya untuk membuka langkah.

Sesungguhnya UMNO mampu jika pemimpin-pemimpin sekarang mahu berkorban untuk menyelamatkan parti itu. Tetapi semua tahu yang mereka (pemimpin-pemimpin) tidak mahu berkorban untuk keselamatan parti mereka. Mereka sanggup melihat parti mereka tersungkur, namun untuk berkorban tidak sekali.

Barisan pimpinan tertinggi UMNO masih dalam ‘denial syndrome” dan tidak mahu mengaku yang mereka sedang ditolak oleh rakyat yang mengundi. Keahlian yang ramai berjuta orang itu tidak dapat membantu pimpinan untuk memenangkan UMNO itu. Malah keahlian yang ramai itu menjadi beban kepada parti itu dengan masalah dalaman yang berlaku disetiap peringkat parti itu.

Jika keahlian yang ramai itu boleh diharapkan untuk memenangkan UMNO tidak mungkin parti itu menjadi sebegini lemah. ‘Bottom line’nya ialah apakah keputusan rakyat apabila sampai dalam bilik mengundi itu.

Apabila sampai dalam bilik mengundi, semasa itu tidak ada lagi ahli UMNO atau apa-apa parti sekali pun. Pengundian akan digerakkan oleh perasaan yang ada dalam naluri masing-masing pengundi.

Kita mesti ingat seramai 1.5 juta ahli UMNO memilih untuk menyokong calon pembangkang dalam PRU yang lalu. Apakah UMNO mampu untuk menghalang perkara yang sama dari berlaku dalam PRU yang akan datang ini? ‘Intuition’ saya berkata tidak ada siapa yang mampu untuk menghalang ahli-ahli UMNO memberikan undi kepada calon pembangkang.

Najib dan Muhyiddin tidak mampu untuk menghalangnya walaupun berbagai-bagai cara untuk membeli perasaan rakyat sedang dilakukan oleh mereka. Kebarangkalian andaian saya ini salah adalah kecil. Walau bagaimana sesiapa pun boleh tidak bersetuju dengan pandangan saya ini.

Saya bukan orang pandai tetapi pengalaman menghadapi isu ini ada sikit-sikit kepada saya dan ramai lagi dari kalangan orang UMNO sendiri. Begitulah jawapan saya kepada beberapa orang yang bertanya saya semalam.

sumber"


 Dr.Muhammad Mursy Tetap Shalat Subuh Berjama’ah di Masjid
Posted on Thursday, June 28 @ 04:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuhikam

"Hari-hari awal setelah pengumuman terpilihnya Dr. Muhammad Mursy sebagai presiden Mesir, tidak ada yang berubah terutama dalam masalah shalat. Mursy yang juga penghafal Al Qur`an masih tetap menjaga shalat shubuh di masjid yang biasa beliau laksanakan di Masjid Kairo Jadidah.

Perkara ini, membuat para pengawal perlu mengamankan jalan dan menghentikan lalu lintas di jalanan yang dilalui Mursy setiap shubuhnya. Sedangkan Mursy sendiri menolak hal itu, dan ia memerintahkan kepada para pengawalnya untuk segara mencari cara pengamanan yang lebih tepat, demikian laporan Al Arabiya (27/7/2012).

Mursy sendiri memperhatikan apa yang dilakukan kedua pangawalnya yang rela berdiri lama di bawah terik matahari, hingga ia bertanya kepada ketua pasukan para pengawal, ”Berapa lama keduanya berdiri?” . Pemimpin tersebut menjawab, ”Lebih dari dua jam”. Akhirnya Mursy memarahinya dan memerintahkan agar kedua pengawal itu membubarkan diri dan menyampaikan bahwa cuaca Mesir saat itu cukup panas.

Mursy juga meminta agar pengamanan di tempat tinggalnya tidak diperketat. Dalam hal ini Mursy menyampaikan alasannya, ”Saya tidak menginginkan manusia tidak menyukai saya, hanya karena jabatan saya sebagai presiden”.

Bahkan diberitakan juga bahwa Mursy akan mengeluarkan keputusan agar fotonya tidak dipasang di kantor-kantor pemerintahan dan akan memberikan hukuman kepada siapa saja yang melakukan pelanggaran.

hidatatullah.com"


 Aduan pertukaran meter dan sikap pekerja TNB
Posted on Thursday, June 28 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"meter tnbAduan Rakyat 28 Jun 2012 - Saya tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Rasa, Hulu Selangor, Selangor, ingin membuat aduan tentang bil elektrik di rumah saya sangat tinggi setiap bulan mencecah RM500 lebih.

Saya bandingkan dengan rumah kawan saya di kuala lumpur rumah 2 tingkat dan mempunyai peralatan yang sama tetapi bil elektrik setiap bulan hanya RM200 lebih sahaja.

Saya telah membuat aduan di TNB dan pekerja TNB datang periksa tetapi pekerja TNB itu berkata peralatan di rumah saya “cap ayam” sebab itu bil elektrik tinggi.

Pekerja itu juga berkata sebenarnya dia bukan person in charge dan pekerja yang sebenar tidak dapat datang kerana mempunyai kerja lain. Adakah patut bukan bidang pekerja itu tetapi dia yang datang respon tentang aduan yang saya buat?

Dulu saya juga ada membuat aduan di TNB Rawang tentang sudah 3 bulan tiada pekerja meter reading datang ke kawasan perumahan saya tetapi pekerja disitu menyuruh saya mengumpul orang kampung dan membuat aduan di tv3.

Apakah fungsi mereka di situ?makan gaji buta? Saya harap ada pihak yang boleh menyelesaikan masalah ini kerana tiada guna membuat aduan di TNB.

Sekian, terima kasih.

By: liyana

aduanrakyat.com.my"


 Ulama' Arab Saudi fatwa haram berjihad ke Syria tanpa izin Pemerintah
Posted on Thursday, June 28 @ 00:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: halimislam

"Syaikh Ali Hakami, salah seorang ahli Dewan Ulama Senior Arab Saudi (Hai'ah Kibar Al Ulama) menfatwakan haramnya rakyat Saudi "Berjihad di Syria" tanpa izin dari kerajaan Arab Saudi.

Syaikh Ali Hakami, anggota Dewan Mahkamah Tertinggi mengatakan, "Kita harus bekerja sama dengan negara-negara mengenai pemberian sokongan terstruktur tanpa harus menentang Dasar pemerintah."

Seruan larangan 'berjihad' tanpa kebenaran kerajaan itu dikeluarkan Ali Hakami pada Khamis (7/6) pada beberapa minggu yang lalu, seperti dilaporkan dari France24. Sementara banyak ulama-ulama menyeru seruan jihad yang banyak beredar di laman rangkaian sosial di internet.

Syaikh Ali Hakami juga mengatakan dalam satu kenyataan yang diterbitkan oleh surat khabar tempatan "Asy-Syarq" bahawa "Sikap pemerintah Kerajaan Arab Saudi berkaitan isu Syria jelas dan positif, sehingga siapa pun tidak boleh menawarnya."

"Rakyat Syria yang tengah menghadapi kezaliman, ketidakadilan, penindasan, dan penekanan dari pemerintah yang sombong dan angkuh sangat memerlukan doa dan bantuan dengan segala cara yang tersedia, serta simpati pada mereka," tambahnya.

Namun ia menegaskan, "dalam medukung rakyat Syria harus selari dengan Dasar negara, dan semua hal harus terikat dengan peraturan mahkamah, sehingga tidak boleh bagi sesiapa pun melawan penguasa dan menyeru jihad dengan bentuk yang menunjukkan membangkang pada negara."

Selanjutnya baca SINI "

Tiada ulasan: