Isnin, 25 Jun 2012

TERLAU BANYAK NAK NAFI....BERPELUH2 NANTI...DIAKHIRAT LAGI TERUK TAKUT AIR PELUH MELEPASI TUBUH...TAK CAYA TANYA MUFTI....BAGAIMANA NANTI...KEADAAN DIPADANG MAHYSAR....PI NGAJI JANGAN BERPOLITIK HINGGA LUPA HUKUM ALLAH DIAKHIRAT....

Abdul Khalid tetap pertahan Faekah
RUWAIDA MD ZAIN
25 Jun 2012
Abdul Khalid tetap pertahan Faekah
Abdul Khalid tandatangani dokumen pengesahan penubuhan Kampung Melayu Batu Caves selepas program sambutan ke-43 kampung berkenaan, semalam.
SHAH ALAM - Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin tidak akan dikenakan sebarang tindakan walau apa pun pendedahan melibatkan beliau, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Mereka tetap akan buat pendedahan sama ada betul atau tidak.. tetapi bagi saya tiada siasatan terhadap Faekah kerana dari segi kerja yang dia buat adalah telus. Kami mempercayai ketelusan dalam organisasi,” katanya mengulas kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie yang mendesak Abdul Khalid menggantung sementara dan menyiasat Faekah mengenai isu surat sokongan.

Abdul Khalid berkata, pendedahan terhadap Faekah itu bukan berpunca dari anggota dalaman PKR namun beliau tetap menerima pendedahan tersebut sebagai ketelusan dalam pentadbiran.

Malah katanya, pendedahan itu tidak menimbulkan sebarang masalah kepadanya kerana berkemungkinan suatu hari nanti setiap aktiviti yang dilakukan Shuhaimi atau beliau sendiri akan didedahkan jika dikehendaki.

Beliau juga tidak percaya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Muda itu berkompromi dengan Umno untuk melakukan desakan tersebut.

“Tak ada, itu tak apa. Dari segi ketelusan kita terima, kita perlu terima ketelusan, esok pun akan berlaku ketelusan. Saya berpendapat perkara (pendedahan) ini baik kerana apa pun orang akan dapat tahu.

“Jadi, kita telah menerima ketelusan dan kita juga akan menggunakan apa yang dipanggil Freedom of Information Act yang kalau kita laksanakan semua maklumat ini boleh didedahkan,” katanya.

Sementara itu, dalam satu program di Batu Caves, Abdul Khalid mencadangkan supaya polis menyediakan satu kaunter khas untuk menerima laporan pemimpin Umno.

Katanya, kemudahan itu perlu untuk mudahkan polis asingkan tugas siasatan aduan berbaur politik dengan siasatan penting seperti jenayah.

Menurutnya, cadangan itu juga perlu dikaji selepas terdapat segelintir pihak yang kerap membuat laporan polis untuk setiap kenyataan yang dikeluarkan dalam media.

“Mereka jangan hanya buat laporan isu Faekah sahaja tetapi banyak lagi kes lain yang perlu dibuat laporan termasuk pimpinan Umno lain,"katanya.
Dakwaan berunsur fitnah, Pas nafi bertindak ganas
RAZIF ROSLI
25 Jun 2012
Dakwaan berunsur fitnah, Pas nafi bertindak ganas
Dakwaan penduduk yang disiarkan akhbar semalam.
IPOH – Pas Cawangan Sungai Rokam membuat laporan polis berhubung dakwaan ceramah Pas mengganggu ketenteraman penduduk kampung di kawasan berkenaan selain dakwaan berunsur fitnah yang mendakwa penganjur merampas kamera video Muhammad Amin Chik, 31, dalam satu ceramah yang dianjurkan.

Ketuanya, Mohamed Ali yang membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melalukan siasatan segera berhubung laporan tersebut keranaterdapat unsur memfitnah dan menggambarkan seolah-olah ceramah Pakatan Rakyat (PR) mengganggu ketenteraman awam dan bertindak ganas.

“Ini merupakan satu fitnah kerana selama PR mengadakan program ceramah, tidak pernah berlaku apa-apa insiden yang melibatkan rampasan harta benda daripada hadirin.

“Malah, jika terdapat barang yang dijumpai pasti akan diumumkan semasa ceramah untuk dikembalikan kepada tuan yang empunya.

“Dakwaan Muhammad Amin keterlaluan dan kita minta polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada individu yang melakukan laporan palsu dengan niat mahu menjejaskan kredibiliti penganjur,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sinar Harian semalam menyiarkan keluhan penduduk di Kampung Sungai Rokam yang mendakwa terganggu setiap kali ceramah anjuran Pas di kawasan berkenaan dianjurkan, malah berlaku kesesakan lalu lintas.

Ketua Kampung Sungai Rokam, Yahya Zainuddin turut membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

Mengulas isu ceramah mengganggu penduduk, Mohamed menambah, kenyataan Yahya supaya ceramah PR diadakan di tempat lapang nyata menjerat diri sendiri.

“Masalah ini boleh diselesaikan sekiranya kerajaan yang memerintah membenarkan penggunaan dewan orang ramai sedia ada kepada semua pihak termasuk PR namun adakah peluang itu akan diberikan pada Pas, jawapannya sama sekali tidak.

“Yahya sepatutnya membenarkan kami menggunakan dewan sedia ada di kampung tersebut jika benar beliau prihatin mengenai ketenteraman awam yang kononnya diganggu oleh ceramah PR. Kita tak dapat guna dewan ini dari dulu lagi,” katanya.

Kata Mohamed lagi, isu mengganggu orang ramai itu sengaja dibangkitkan oleh Umno hanya untuk menggagalkan usaha PR menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Beliau turut mendakwa, program mereka yang diganggu ceramah Umno bukan hanya di Sungai Rokam tetapi turut berlaku di Kampung Seri Jaya, Kampung Ara Payung dan Kampung Pisang.

“Apa yang kita nampak isu tergugat dengan ceramah PR datang dari Umno. Persoalannya adakah tergugatnya Umno bererti tergugatnya orang awam,” tegasnya.
Pas tetap perjuangkan SAR
Wartawan Sinar Harian
25 Jun 2012
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menegaskan bahawa Pas amat mengalu-alukan pendidikan agama termasuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Walaupun perkara tersebut dicemari dengan insiden bantahan SAR oleh Pakatan Rakyat (PR) di Perak sebagaimana disiarkan dalam akhbar arus perdana belakangan ini, beliau menganggap PR di negeri itu mempunyai alasan  tersendiri untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, isu yang berlaku di Perak dengan apa yang berlaku di Terengganu adalah dua keadaan berbeza sehingga menyebabkan PR membantah pembinaan tersebut.

“Dalam konteks SAR, kita alu-alukan pembinaan. Masa kita memerintah Terengganu, kita beri bantuan kepada SAR yang ditubuhkan oleh individu tertentu.

"Demi kebaikan rakyat dan membangunkan pendidikan agama, Pas tidak pernah sesekali menghalang malah menggalakkan lagi perkembangan sekolah tersebut," katanya.

Menurut beliau, Pas turut membantu pihak yang membangunkan SAR dan perkara itu terbukti ketika pembangkang menerajui Terengganu pada 1999 hingga 2004. Mengulas isu pembinaan SAR Taman egoh Aman, Perak yang  dibantah oleh Pas dan PKR Gopeng, beliau bagaimanapun mengakui tidak tahu sejauh mana isu yang berbangkit di negeri tersebut.

Bagaimanapun, katanya, jika ia berunsur politik terutama untuk kepentingan Umno dan BN, beliau menganggap tindakan tersebut wajar. Beliau menjelaskan, jika Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) di Perak mahu memindahkan pelajar terbabit ke kawasan lain kerana kepentingan pihak tersebut, tindakan membantah perkara itu adalah munasabah.

“PR ada hak untuk halang jika demi pembelaan bagi memastikan tempat SAR sebelum ini tidak disalahgunakan kuasa oleh BN. Kita tidak setuju jika pelajar SAR dipindahkan untuk kepentingan politik mereka,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan tidak mengetahui kedudukan sebenar berhubung perkara itu. “Apa yang penting, dalam konteks SAR khusus di negeri ini, kita alu-alukan untuk kepentingan penduduk," katanya.

PR membangkitkan isu bahawa Umno ingin mengambil alih Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Pegoh yang merupakan tapak SAR sebelum ini untuk dijadikan bilik gerakan Umno dan BN menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menolak dakwaan tersebut sebagaimana disiarkan akhbar tempatan dan mendakwa ia cuma alasan pembangkang membantah projek tersebut.
SU Agung BN: Guna akal nilai keputusan politik
MOHD SOFEE WAHAB
25 Jun 2012
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan Sukarelawan Pemuda BN hendaklah ikhlas dan menggunakan akal fikiran secara rasional untuk membuat keputusan yang sebaiknya di dalam politik.

Katanya, keikhlasan perlu menjadi aspek penting bagi memastikan BN meraih kemenangan dua pertiga kerusi di Parlimen termasuk dalam membuat perubahan dan kebaikan kepada semua bangsa di negara ini.

“Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib Razak turut menyatakan bahawa Malaysia perlukan perubahan untuk memperbaiki kehidupan kepada yang lebih baik berbanding sebelum ini.

“Jadi, dengan menjanjikan perubahan yang lebih baik kita memerlukan golongan muda untuk bersama-sama memperjuangkan parti mempertahankan Malaysia berada dipucuk pimpinan BN,” katanya ketika berucap dalam Bengkel Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV), semalam.

Seramai 300 golongan belia dari seluruh negara terpilih untuk menyertai program kesukarelawan anjuran parti pemerintah itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, BN telah membuka pintu kepada golongan muda untuk menjadikan parti itu mempunyai golongan muda yang tampil dengan idea-idea baru dalam proses memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“BNYV merupakan platform untuk golongan belia berjuang menegakkan kebenaran parti BN, berinteraksi untuk meyakinkan khalayak, melatih khalayak, memberikan maklumat yang mantap, menguruskan segala hal untuk menambah ahli dan memperluaskan rangkaian sosial agar BNYV berada di setiap pelusuk negara,” katanya.

Khairy berkata, beliau teruja untuk menjadikan BNYV ini sebagai budaya baru dalam BN dalam usaha menarik ramai lagi golongan belia menjadi sukarelawan politik untuk parti itu.

“Untuk makluman BNYV terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang jasa kepada BN dan pihak kami sentiasa mengalu-alukan penyertaan,” katanya.
Rosnah sangkal dakwaan kerajaan BN zalim

24 Jun 2012
Rosnah sangkal dakwaan pembangkang kerajaaan BN zalim
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
PAPAR - Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim terhadap rakyat sebagai fitnah semata-mata untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak menyokong kerajaan BN.

Beliau berkata sebaliknya rakyat kini menikmati pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan hasil proses transformasi dan juga penambahbaikan yang dilakukan demi kebaikan dan kesejahteraan hidup rakyat.

"Bantuan seperti BR1M, K1M, KR1M, KARISMA, Menu 1Malaysia, PRIMA dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita dalam usaha menangani masalah belanja sara hidup rakyat Malaysia.

"Adakah ini dikatakan kerajaan yang zalim setelah pihak kerajaan BN melaksanakan pelbagai bantuan demi membantu meringankan bebanan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup pada zaman sekarang?," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program 3S Mukim Biau, dekat sini hari ini.

Selain itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman membuktikan kerajaan BN bertindak adil dan saksama.

"Kerajaan mendengar rintihan suara semua rakyat tidak kira dari pihak pembangkang sekalipun. Apa yang penting bagi kerajaan sebagai pemimpin kerajaan BN ialah setiap rintihan suara rakyat akan diperhalusi demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara kita," katanya.

Beliau yakin rakyat bijak memilih pemimpin atau kerajaan yang akan menerajui kepimpinan negara pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memastikan masa depan rakyat yang lebih cerah. - Bernama

 Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.


  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"




Shahrir: BN Johor mantapkan jentera hadapi PRU 13

24 Jun 2012
JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor Bahru akan menggabungkan bilik gerakan pilihan raya parti komponennya bagi memastikan jentera pilihan raya bagi kerusi Parlimen Johor Bahru berjalan dengan lebih lancar.

Anggota Parlimennya Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata kebanyakan bilik gerakan pilihan raya parti komponen di Johor Baharu yang sebelum ini beroperasi sendirian akan digabungkan dan berfungsi di bawah jentera BN sepenuhnya.

"Penggabungan bilik gerakan pilihan raya parti komponen di bawah satu operasi di bawah BN Johor Bahru itu akan melicinkan lagi pergerakan jentera pilihan raya BN di Parlimen Johor Bahru," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis taklimat ejen mengundi dan mengira undi BN Parlimen Johor Bahru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Johor yang dihadiri oleh kira-kira 800 peserta.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, kata Shahrir, terdapat 177 bilik gerakan pilihan raya parti komponen BN di Parlimen Johor Baharu, tetapi bilangan itu akan dikurangkan kepada hanya 89 pada PRU ke-13 akan datang.

Kesemua 89 bilik gerakan pilihan raya BN Parlimen Johor itu akan memantau proses pengundian di 37 daerah mengundi yang terdapat di parlimen itu, katanya. 

"Kelicinan dan keberkesanan operasi bilik gerakan BN di Parlimen Johor Baaru akan memastikan BN terus mengekalkan kerusi Parlimen Johor Bahru," kata Shahrir, yang juga Ketua Umno Bahagian Johor Bahru.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Pilihan Raya BN Parlimen Johor Bahru Abu Talib Alias berkata majlis taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada pekerja BN tentang tugas mereka pada hari pengundian.

Abu Talib, yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Johor Bahru, berkata persediaan yang rapi serta keberkesanan jentera pilihan raya BN Johor Bahru dapat memastikan BN terus unggul di Parlimen Johor Bahru.

Katanya berdasarkan daftar pengundi terkini daripada SPR, Parlimen Johor Bah ru yang turut mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri dan Stulang Laut memiliki 94,305 pengundi. - Bernama

Tiada ulasan: