Ahad, 24 Jun 2012

SUKA BUKAK SELUAR ORANG...MAKA GILIRAN ORANG BUKAK SELUAR KITA...KITA PUN BUKAN GULUNGAN ORANG2 BAIK...KITA JUGA KAKI BUSUK GAK...ALLAH SAJA TAU BERTAPA BUSUKNYA KITA....

PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru
Wartawan Sinar Harian
24 Jun 2012
Shuhaimi Shafiei
Shuhaimi Shafiei
SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru  membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan  sebelum ini.
“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus  sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya.
Pemuda Umno gesa siasat Faekah
Wartawan Sinar Harian
24 Jun 2012
Pemuda Umno gesa siasat Faekah
Ungku Salleh (tiga, kanan) selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, semalam.
KAJANG – Pemuda Umno Selangor menggesa siasatan terperinci dijalankan ke atas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkaitan kenyataan di akhbar ini semalam bertajuk ‘Faekah Nafi Beri Surat Sokongan’.

Ketuanya, Ungku Md Salleh Ungku Abd Jamal berkata, pengakuan Faekah yang menandatangani surat sokongan membabitkan firma guaman milik anak saudaranya adalah satu tindakan cakap tidak serupa bikin.
“Sebagai seorang yang berkuasa  di pejabat menteri besar, sepatutnya beliau tahu bahawa beliau tidak boleh mengeluarkan surat sokongan kepada keluarga terdekat kerana ini adalah amalan kronisme,” katanya selepa membuat laporan polis, semalam.

Menurutnya, laporan juga akan dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Isnin ini.
'Andaikan PRU13 esok'
ROSLINDA HASHIM
24 Jun 2012
'Andaikan PRU13 esok'
Mahfuz (kiri) menaikkan bendera gergasi Pas kawasan Jerlun sebagai simbolik perasmian Himpunan Hijau, sambil disaksikan Abd Ghani (kanan).
JERLUN - Ahli Pas diminta buat andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan esok, berikutan tarikh pilihan raya masih belum diumumkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu juga semua ahli Pas diminta melaksanakan Ops 100 hari agar sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

“Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.
Gerakan jentera di semua peringkat sudah lama bersiap siaga. Sebab itu saya minta kita andaikan esok adalah PRU13, jika esok tidak bubar Parlimen, kita andaikan esok lagi, hingga tiba tarikh sebenar,” katanya, selepas
merasmikan Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pas kawasan Jerlun.
Hadir sama, Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, yang juga Exco Kerajaan Negeri, Abd Ghani Ahmad.

Mahfuz berkata, selain dijadikan motivasi kepada jentera parti, ia juga sebagai persiapan awal ahli untuk sentiasa bersedia ekoran sukar untuk meramal tarikh PRU13.
“Bermula sekarang, saya mahu Operasi (Ops) 100 hari dilancarkan di semua kawasan Pas seluruh negeri.

Bagi tempoh itu, semua perlu sedia termasuk peringkat Unit Peti Undi (UPU), Majlis Tindakan Dun (MTD), lokaliti dan cawangan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya dalam tempoh itu tidak berlaku PRU13, Ops 100 hari diteruskan bagi peringkat kedua sehingga tiba tarikh sebenar.

“Dalam tempoh itu juga perlu ada ceramah dan merayu undi seolah kita akan mengundi 100 hari lagi.
Setelah berakhir 100 hari pertama, kita buat penilaian dan rangka peringkat kedua untuk penambahbaikan,” katanya. Mahfuz berkata, pihaknya yakin jalan menuju ke Putrajaya terbentang luas pada PRU13, ekoran pendekatan parti kini lebih efisien dan mesra pengundi.
“Setiap negeri ada pendekatan tersendiri. Contohnya Kedah, Sejuta Risalah diterbitkan Kerajaan Negeri memaparkan perbandingan BN dan PR, UPU perlu edar ke rumah yang jadi sasaran,” katanya.
Katanya lagi, pengundi kini lebih berpengetahuan dan bijak menilai, dan Pas perlu menggunakan pendekatan berbeza berbanding PRU12
Rafizi: 'Betul, saya nak tumpu PRU13'
Jamilah Hamzah
24 Jun 2012
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau terpaksa melepaskan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu semata-mata untuk membuat persediaan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kata Rafizi, beliau ingin memberi fokus sepenuhnya ke atas PRU yang bakal dilangsungkan, di peringkat kerusi yang ditandinginya kelak dan juga atas kapasiti Pengarah Strategi PKR melibatkan partinya di peringkat nasional.

Beliau dijadual mengadakan sidang media khas menjawab pelbagai persoalan mengenai keputusannya melepaskan jawatan itu esok.
Rafizi turut berkata, beliau bakal ditempatkan di kawasan yang telah dipersetujui ketika PRU13 dan perlu bekerja keras untuk itu.

"Betul, saya nak tumpukan ke atas PRU yang akan berlangsung tak beberapa lama lagi, yang memerlukan saya bekerja kuat sepanjang minggu (menjelang pilihan raya).

"Kalau dulu saya hanya buat kerja untuk parti secara sambilan, tapi sekarang ceramah sepanjang minggu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, dakwaan Umno kononnya wujud perselisihan faham dan berbalah dengan pemimpin-pemimpin PKR adalah tidak benar.

"Dakwaan Umno sama sekali tak betul, rakyat boleh tengok dalam tempoh satu hingga dua minggu lagi keretakan yang didakwa mereka tak akan berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Rafizi juga berkata, beliau mengambil keputusan secara mengejut tersebut kerana tidak mahu ada pihak yang akan menghalang keputusan peribadainya itu.

"Saya ambil keputusan ini kerana tak nak orang halang keputusan  saya nanti. Ini keputusan peribadi saya dan harap semua orang akan sokong dengan keputusan ini," katanya lagi.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap perancangan untuk bertanding pada PRU13.

“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.
MIC perlu berfikiran lebih terbuka, kata Pemuda Pas
Wartawan Sinar Harian
24 Jun 2012
SHAH ALAM - Pemuda Pas membidas kenyataan Ketua Pemuda MIC, T Mohan kerana cuba memutarbelitkan kenyataan Naib Presidennya Salahuddin Ayub ketika Debat Sinar Harian Selasa lalu kononnya telah menghina kaum India.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, Mohan mempertikaikan Salahuddin kerana sudah ketandusan idea bagi meraih sokongan dan simpati kaum India.

“Mungkin kerana sokongan rakyat khususnya warga India terhadap MIC semakin berkurangan menjadikan beliau resah hingga beliau terpaksa mencari isu remeh untuk dijaja kepada rakyat bagi meraih simpati terhadap MIC," kata beliau.

Katanya, semua yang mengikuti debat itu memahami perkara tersebut bukan untuk mempersendakan agama Hindu.

"Salahuddin telah memberi contoh Thaipusam merupakan perarakan aman, teratur dan lancar yang dibuat setiap tahun tanpa ada sebarang provokasi.

"Bagaimana mesej yang jelas dan mudah ini gagal difahami dengan baik oleh Mohan sehingga memberikan tafsiran yang negatif kepada Salahuddin?” katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, Pemuda Pas turut meminta Mohan berfikiran matang dan mempunyai wawasan jauh ke depan untuk melihat sama ada nasib bangsanya mampu dibela di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Raja Ahmad berkata, jika mentaliti T Mohan sebegini, Pemuda Pas berpendapat bahawa beliau tidak dapat memimpin MIC lebih lama kerana pemikirannya disifatkan sebagai sempit dan hanya menjurus kepada persoalan remeh.
Sila cari guru BM, Salahuddin nasihat MIC
JAMILAH HAMZAH & NORSHIKIN MOHD SALLEH
24 Jun 2012
Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menyarankan agar Pemuda MIC mendapatkan khidmat pakar bahasa Melayu untuk memahami apa yang dimaksudkan beliau ketika Debat Sinar Harian bertajuk Demonstrasi Jalanan: Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi’, Selasa lalu.
Salahuddin berkata, apa yang dimaksudkannya menyentuh Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang langsung tidak menyentuh atau menyamakan perarakan Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.
“Saya sentiasa peka dengan komen di blog-blog dan majoriti masyarakat India menyokong saya. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Nasihat saya kepada Pemuda MIC, sila cari pakar dan guru bahasa Melayu untuk faham apa yang saya perkatakan," kata beliau ketika ditemui di Skudai semalam.

"Sebahagian mereka (kaum India) faham, hanya sebahagian kecil yang tidak faham dan jadikan ia sebagai satu isu politik murahan,” katanya kepada Sinar Harian.

Kelmarin, Pemuda MIC meminta Salahuddin memohon maaf kepada masyarakat India di negara ini kerana mengeluarkan kenyataan menyamakan perarakan sempena Thaipusam dengan demonstrasi jalanan.

Ketua Pemudanya, T Mohan meminta Salahuddin berbuat demikian dalam tempoh 24 jam.

"Salahuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan tersebut," katanya.

Satu laporan polis terhadap Salahuddin turut dibuat mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan berbaur hasutan.

Salahuddin berkata, dalam ucapannya itu, beliau tidak berniat untuk menghina mana-mana agama dan mereka perlu dengar serta faham konteks ayat yang diperdebatkan dalam debat.

"Saya nasihatkan supaya pihak-pihak yang tak faham tentang ucapan itu mendapatkan khidmat guru Pakar Bahasa Melayu untuk fahamkan konteks ayat tersebut.

"Ucapan saya juga bukan bertujuan untuk hina mana-mana agama yang dianuti orang lain tapi beri contoh perhimpunan seperti terkandung dalam artikel 10 Perlembagaan," kata ketika dihubungi.

Menurutnya lagi, kemungkinan ada pihak yang ingin jadikan isu ini sebagai mainan politik dan mengambil kesempatan terhadap kesalah tafsiran ucapannya itu.

Salahuddin berkata, beliau menafikan dakwaan Mohan kerana berdasarkan agama Islam yang dipegangnya melarang perbuatan menghina agama lain.

"Seorang Islam, amat dilarang untuk menghina agama lain. Saya tak mungkin lakukan perkara demikian secara sengaja," katanya lagi.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, beliau tidak menghina agama lain dan menyarankan pihak tersebut mengikuti pendebatan itu secara keseluruhan untuk memahami konteks yang dimaksudkan dalam pendebatannya bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Rafizi mahu tanding PRU13
Wartawan Sinar Harian
24 Jun 2012
rafizi ramli
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri dan Rafizi tidak mempunyai sebarang krisis kerana kedua-duanya bertindak secara profesional.

Abdul Khalid berkata, Rafizi mahu menjadi seseorang yang bebas menyuarakan pendapat dan tidak lagi terikat sebagai kakitangan Kerajaan Negeri.

Ketika ditanya sama ada beliau telah membuat keputusan siapa pengganti Rafizi untuk jawatan tersebut, Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri tidak perlu berbuat demikian kerana mahu menumpukan kerja-kerja menghadapi PRU13.

Tiada ulasan: