Ahad, 17 Jun 2012

PENENTU SEGALANYA ALLAH...JATUH MENJATUH KERJA ALLAH....ALLAH YANG PALING BERKUASA...DENGAN IZINNYA BARU PERKARA ITU BERLAKU...AMBIL TINDAKAN ...BAGAIMANA DIPIHAK SENDIRI BANYAK TAK AMBIL TINDAKAN MALAH DILINDUNGI....

KJ: Pengundi muda penentu kemenangan BN

16 Jun 2012
Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menggesa semua sayap pemuda parti komponen menggiatkan usaha mendekati pengundi muda yang dilihat menjadi faktor penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13.
  
Beliau berkata usaha mendampingi pengundi muda, yang merangkumi 40 peratus daripada lebih 12 juta pengundi berdaftar di seluruh negara, perlu dibuat bukan sahaja menerusi program politik tradisi seperti ceramah malah program kemasyarakatan dan media baru untuk berinteraksi dengan mereka.
  
"Mengikut kajian terbaru makmal Pemuda BN, sebanyak 62 peratus daripada jumlah pengundi muda berdaftar adalah pengundi atas pagar dan mereka menjadi faktor penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pemuda PPP Kebangsaan di sini, hari ini.
  
Turut hadir Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas dan Ketua Pemuda PPP Kebangsaan Harridz Mohan.
  
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata antara usaha pihaknya untuk mendekati golongan muda ialah dengan melancarkan Sukarelawan Pemuda BN, satu daripada cabang jentera parti untuk membantu kempen pilihan raya umum akan datang.

Khairy berkata sukarelawan terpilih akan diberi tugas berkempen mengikut pengalaman, minat dan keperluan.
  
Terdahulu, dalam ucapannya Khairy berkata BN harus membuktikan mereka bukan jaguh kampung sebaliknya jaguh untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk di bandar dan luar bandar.
  
Beliau berkata pujian patut diberi kepada kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melaksanakan perubahan drastik terhadap landskap politik negara ini demi kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.
  
Pada majlis itu, Kayveas turut melancarkan projek baru Pemuda PPP Kebangsaan, Dylisis Rakyat 1Malaysia (DR1M) bertujuan membantu pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan untuk mendapat khidmat rawatan dialisis dengan kos rendah.
  
Harridz pula akan mendaki gunung Everest bagi mengutip dana untuk membiayai kos operasi pusat dialisis yang akan ditubuh atas inisiatif Pemuda PPP di Klang kelak. - Bernama
Kanak-kanak maut tertembak pada hari jadi
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 Jun 2012
Kanak-kanak sambut hari jadi maut tertembak
Salah seorang ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat kejadian.
Gambar kecil ialah Mohd Faris Faisal Hisham.
[DIKEMAS KINI] KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tertembak diri sendiri menggunakan pistol, yang disangka pistol mainan, di rumah neneknya di Ketereh di sini  malam tadi sebaik selesai menyambut hari jadinya.
Sementara bapa saudaranya, Helmi Ghazali berumur 31 tahun yang kebetulan berada di belakang mangsa, cedera di bahagian bahu dan berada dalam keadaan stabil.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 9 malam apabila mangsa, Mohd Faris Faisal Hisham menjumpai pistol jenis Walter, yang disimpan oleh bapa saudaranya iaitu seorang anggota polis di bawah meja.
"Mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan telah melepaskan tembakan dan salah sebutir peluru menembusi dahinya.
"Mohd Faris meninggal dunia sebaik sahaja dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh," kata beliau kepada pemberita pada satu sidang media di sini, hari ini.
Mohd Faris yang baru sahaja menyambut hari lahirnya dikatakan bermain pistol milik bapa saudaranya yang merupakan seorang anggota polis di sebuah negeri lain selepas selesai majlis kenduri ibu saudaranya di sini.
"Kerana menyangkakan pistol itu barang mainan, kanak-kanak itu dipercayai tertembak dengan peluru pistol itu menembusi dahinya sebelum mengenai dada bapa saudaranya," kata beliau.
Jalaluddin berkata, sewaktu kejadian, anggota polis itu sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja, namun ditemui mangsa yang menyangkakan ia adalah pistol mainan.
"Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kerana tertembak," katanya lagi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mangsa diklasifikasikan maut mengejut.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai kes terpencil berkata, anggota polis itu akan disiasat dan tindakan susulan akan diambil.
Jenazah Mohd Faris, anak sulung daripada dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketereh, petang ini selepas selesai bedah siasat itu dilakukan.
Dalam pada itu, Benama memetik ibu Mohd Faris, Fadhilah Rifa'in, 27, berkata, dia menetap di Pasir Mas dan datang ke Ketereh untuk majlis perkahwinan adiknya.
Katanya, pada masa sama dia sempat menyambut hari lahir anaknya itu secara kecil-kecilan dan sebelum kejadian dia berada di luar rumah untuk mengemas
meja dan kerusi sementara menunggu pembekal khemah datang mengambil barangan yang disewa selepas selesai majlis perkahwinan itu.
"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan saya tidak tahu apa yang berlaku. Sebaik saya masuk ke dalam rumah, saya lihat anak saya terkulai di atas lantai.
"Suasana menjadi kelam-kabut apabila seorang lagi ahli keluarga saya meraung kesakitan akibat luka di dada," katanya dan menambah anaknya itu dibawa ke klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, nenek Muhammad Faris, Norizan Abd Wahab, 46, berkata, selepas terdengar bunyi dentuman kuat di luar rumah, dia masuk ke dalam rumah dan melihat Helmi meraung kesakitan, manakala cucunya dalam keadaan kaku.
"Ketika itu, ramai ahli keluarga yang melihat keadaan menantu saya (Helmi) kerana cucu saya diam saja.
 "Saya segera melihat cucu saya dan mengangkatnya ke dalam lori pembekal khemah yang baru tiba untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh sebelum disahkan
meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, ibu saudara Mohd Faris, Nor Ain Farhana Yasin, 15, yang berada di dalam rumah berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan dia hanya mendengar bunyi satu das tembakan dilepaskan.
Umno cabar Pas ambil tindakan ke atas Nizar

16 Jun 2012
Umno cabar Pas ambil tindakan ke atas Nizar
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan (kiri) menyerahkan poster Bilik Gerakan (P0,58 Bagan Serai) - Gambar Bernama
BAGAN SERAI - Pas tidak ikhlas dan jelas dalam memperjuangan kedaulatan institusi raja di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat dalam isu membabitkan pemimpin mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin  yang tidak dikenakan tindakan berhubung kenyataannya mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor.

"Mungkin kerana ingin sedapkan hati rakan komponennya (DAP dan PKR), maka saya rasa mereka tidak akan ambil tindakan terhadap Nizar.

"Nizar pula 'baling batu sembunyi tangan', berbelit-belit cakap, menuduh orang lain... jangan tuduh orang lain, sendiri yang tulis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana Parlimen Bagan Serai di sini hari ini.

Ahmad mencabar Pas untuk mengambil tindakan terhadap bekas menteri besar Perak itu dan jika gagal, ia menunjukkan parti itu bersekongkol serta bersetuju dengan perbuatan anggota Parlimen Bukit Gantang itu.

Khamis lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap Mohammad Nizar yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kenyataan Pas supaya anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum menangguh ibadah haji tahun ini menunjukkan mereka 'mendaulatkan' parti. - Bernama
Isu FGHV: Tindakan ANAK heret Institusi Raja perbuatan biadap

16 Jun 2012
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
BERA - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang cuba mengheret istana dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Saham, merupakan satu tindakan biadap.
Beliau berkata, tindakan Pengerusi Anak Mazlan Aliman, yang mahu membabitkan Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan bagi menghalang penyenaraian itu, adalah satu percubaan mengheret istana dalam kancah politik pihak pembangkang.
"Anak tidak jujur dalam perjuangannya, Mazlan merupakan ahli parti pembangkang, dan cubaan itu amat tidak menghormati Perlembagaan Negara apabila cuba melibatkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi menghalang penyenaraian FGVH di Bursa Saham," katanya.
Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Bersama Rakyat di Kampung Batu Papan hari ini.
Anak dilapor ingin mengadakan perhimpunan besar-besaran minggu depan dan seterusnya berarak ke Istana Negara untuk menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ismail Sabri, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, bagaimanapun yakin peneroka akan bertindak bijak dengan tidak menyertai perhimpunan itu.

"Anak hanya memperalat segelintir peneroka untuk kepentingan politik mereka dan bukan memikirkan masa depan peneroka Felda itu sendiri.
"Mereka membuat pelbagai tindakan untuk menghalang penyenaraian FGVH tetapi pada masa yang sama, mereka turut mengambil durian runtuh yang diagihkan baru-baru ini," katanya.

Beliau juga berkata sekalipun terdapat segelintir peneroka yang tidak yakin dengan langkah menyenaraikan FGVH di Bursa Saham, mereka sepatutnya tidak mengetepikan suara majoriti peneroka yang mahukan penyenaraian itu. - Bernama
MB Kedah diminta dedah dana disalur kepada Kuin
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
$entry.content.caption.value
KUALA NERANG - Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak diminta supaya membuat pengakuan kepada umum tentang jumlah peruntukan kerajaan negeri kepada Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, beliau mendapat maklumat bahawa jumlah yang dikeluarkan oleh Pegawai Kewangan Negeri kepada Kuin adalah sangat besar.

"Saya mengambil contoh jika kutipan hasil tanah di Kedah ialah RM160 juta setahun, berapakah daripada RM160 juta itu telah dibelanjakan untuk Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keanggotaan Umno dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pedu berkata, beliau bimbang dengan kadar perbelanjaan wang negeri terhadap Kuin dan berasa sangat kecewa dengan perkara itu.

"Itu yang membimbangkan. Kalau nak belanja betul-betul tidak apa, buat satu demi satu. Tapi semua orang tahu Fakulti Perubatan dan Kujuteraan tak boleh jalan, duit terpaksa dibelanjakan tapi Azizan tak nak mengaku juga.

"Baliklah ke pangkal jalan sebab Kuin asasnya adalah Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah dan Muamalat Perbankan Islam," katanya.

Mahdzir berkata, beliau juga mahu kerajaan negeri menjelaskan tentang kedudukan Insan Holding Sdn Bhd sebagai anak syarikat Kuin yang memegang semua duit kerajaan negeri.

"Contohnya duit yang masuk kepada kerajaan negeri dipegang oleh Insan Holdings Sdn Bhd dan Pengerusi Insan Holdings ialah Rektor universiti itu. Di Kuin juga ada seorang Pegawai KCS (Kedah Civil Servant) yang telah ditempatkan sebagai Timbalan Rektor Kuin.

"Saya difahamkan oleh ramai pensyarah di situ bahawa Timbalan Rektor dari KCS itu disejuk beku, tidak ada kerja untuk dia. Jadi kenapa wujudkan jawatan itu kalau tak ada kerja untuk dilakukan," katanya.

Pada majlis penyerahan borang itu, seramai 148 penduduk dalam kawasan peti undi Kampung Padang Nyior menyertai Umno dengan 20 daripadanya adalah bekas anggota Pas.

Mahdzir berkata, antara faktor yang menyebabkan mereka memilih Umno ialah kerana yakin ia adalah parti yang memperjuangkan orang Melayu.

"Bagi ahli Pas yang menyertai Umno, mereka sendiri telah melihat adu domba dalam Pakatan Rakyat. Jadi mereka merasakan mereka perlu mencari satu entiti yang boleh dilihat dan disokong bagi membela orang Melayu dan tak lain tak bukan mereka memilih Umno," katanya. - Bernama
PRU13 selepas Aidilfitri?
G MANIMARAN
16 Jun 2012
Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
Menjelang PRU 13
PRU13 selepas Aidilfitri?
Proses antara hari Parlimen dibubar-mengundi
SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat ‘terpaksa’ dilupakan banyak pihak.

Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, mengambil kira perkembangan sejak kebelakangan ke arah persiapan mengadakan pilihan
raya, pihaknya memerlukan masa dalam lingkungan sebulan untuk menuju hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau mengakui bahawa jika hari pengundian PRU13 mahu diadakan sebelum bermulanya Ramadan, Parlimen sewajarnya dibubarkan dalam beberapa hari.

“Nampak gaya begitulah (tidak mungkin pilihan raya sebelum Ramadan),” kata beliau ketika ditanya sama ada SPR mempunyai masa yang selesa untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan awal minggu depan.

Sebelum ini, beliau pernah memberitahu Sinar Harian Online bahawa SPR akan selesai 99.9 peratus persiapan mengadakan pilihan raya pada akhir bulan ini.

Taklimat pusingan kedua kepada pengurus pilihan raya akan selesai awal minggu akhir bulan ini.

“Kita tidak tahu bila Parlimen akan dibubarkan, tetapi apabila Parlimen dibubarkan, kami memerlukan masa untuk menyelesaikan siri proses ke arah pengundian,” katanya.

Kerja-kerja itu termasuklah mengemaskinikan daftar pemilih, yang akan dihantar ke seluruh negara; menyediakan writ dan notis pilihan raya, memanggil mesyuarat khas yang akan menetapkan tarikh penamaan calon, menyediakan kertas undi termasuk bagi pengundian pos dan awal serta normal, dan menentukan hari mengundi.

Apabila Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen, menjadi tanggungjawab SPR dalam menetapkan tarikh-tarikh berkaitan dengan pilihan raya iaitu tarikh keluar writ dan notis, hari penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian.

SPR diperuntukkan 60 hari untuk memanggil pilihan raya jika Parlimen dan Dun dibubarkan. Wan Ahmad berkata, proses-proses itu memerlukan masa antara tiga hingga empat minggu.

Bulan Ramadan akan bermula pada 20 atau 21 Julai iaitu Jumaat atau Sabtu. Jika mengikut tradisi hari pengundian PRU ditetapkan Sabtu atau Ahad, pengundian PRU13 perlu dilangsungkan
pada 14 atau 15 Julai supaya pengundi beragama Islam membuat persiapan menyambut Ramadan pada minggu berikutnya.

Jika mengambil kira kemungkinan itu, bagi membolehkan SPR mengadakan hari pengundian pada 14 atau 15 Julai, Parlimen perlu dibubarkan Isnin atau Selasa ini. Parlimen juga sedang bersidang sekarang.

“Apa pun, sama ada hendak bubar Parlimen atau tidak, itu adalah hak Perdana Menteri. Jika dibubarkan, kami akan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula daripada tarikh kekosongan (Parlimen),” kata Wan Ahmad lagi.

Mengambil kira keadaan itu, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian juga mengakui bahawa spekulasi bahawa PRU13 akan berlangsung awal bulan depan akan meleset sekali lagi.

“Setakat ini pun saya tidak nampak apa-apa ‘keghairahan akan ada PRU dalam beberapa minggu ini. Nampak gaya, kita kena menunggu sehingga selepas Aidilfitri,” katanya lagi.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembubaran Parlimen “adalah keputusan politik” yang hanya akan diputuskan oleh Perdana Menteri dengan mengambil
kira pelbagai faktor yang beliau rasakan sesuai.

“Sebagaimana saya telah katakan sebelum ini, ia keputusan politik. Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa, sekarang, bulan depan ataupun sebagainya. Tiada halangan kepada
Perdana Menteri dalam undang-undang,” katanya lagi.

“Pastinya beliau akan mengambil kira sama ada kesemua agenda dan program sudah dilaksanakan ataupun belum. Jika beliau merasakan sesuai, beliau boleh membubarkan,” kata Ahli Parlimen ini.

Sehubungan itu katanya, mengambil kira perkembangan dalam masa lima minggu akan datang, “satu-satunya halangan yang ada hanyalah bulan Ramadan.”
“Masyarakat Islam, orang Melayu tidak mahu pilihan raya diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan Gawai dan Pesta Kaamatan baru selesai, sekarang bulan Ramadan,” katanya.
TMJ: 'Kenapa hanya orang Melayu mahu jatuhkan Raja'
Wartawan Sinar Harian
16 Jun 2012
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim
Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedih dan kesal dengan sikap segelintir masyarakat Melayu sendiri yang cuba menjatuhkan institusi raja.

Ketika menzahirkan pandangan itu menerusi mesej Twitter hari ini, baginda turut menyuarakan rasa bimbang terhadap nasib masyarakat Melayu sekiranya negara ini menjadi seperti Singapura.

“Saya rasa sedih dan kesal. Kenapa hanya orang Melayu sahaja yang cuba menjatuhkan Raja? Kenapa bangsa lain takda buang masa membuat benda bodoh dan lebih fokus terhadap untuk berjaya dalam hidup.

“Saya nak tengok apa akan jadi kepada Melayu kalau negara yang kita sayang ini jadi macam Singapura. Kalau dah susah, jangan sibuk nak mencari Raja,” tulis baginda lagi menerusi Twitter.

Baginda juga bertitah agar golongan berkenaan sedar dan menerima fakta selain belajar untuk menghargai apa yang dimiliki seterusnya bersyukur.

“Janganlah hidup dalam mimpi. Bangun dan hadapilah kenyataan. Belajar menghargai apa yang anda ada dan bersyukur. Sesungguhnya tidak ada penawar kepada kebodohan,” titah baginda.

Tunku Ismail melahirkan pandangan baginda ini di sebalik isu berkenaan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkenaan dengan pembidaan plat nombor pendaftaran oleh Sultan Johor, masih hangat diperkatakan.

Awal minggu ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap Mohammad Nizar berhubung isu itu.

Sehubungan itu, baginda bertitah mengingatkan kepada wakil-wakil rakyat dan pemimpin masyarakat supaya menjaga adab dan tingkah laku serta berhati-hati apabila membuat sesuatu kenyataan bak kata pepatah ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar’.

Semalam, Mohamad Nizar menghantar surat permohonan untuk menghadap Sultan Johor.
Undi atau haji: Hak politik amanah besar dalam Islam
ABDUL HADI AWANG
16 Jun 2012
Abdul Hadi Awang
$entry.content.caption.value
SAYA tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihanraya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan diantara wajib mudoyyak dan wajib muwassa yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.   Subki Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan Pas.

Media jurubicara Umno mendedahkan kebebalan mereka berkenaan hukum Islam dan mendedahkan kejahilan pemimpin utama mereka sendiri, seterusnya mendedahkan ada dikalangan tokoh agama termasuk berjawatan mufti, bahawa roh dan jasadnya bersama Umno. Paling malang dan menjadi lebai malang ialah kalangan yang jahilnya murakkab, tidak mengenali ilmu usul feqah dan maqasid syariah.

Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politik tidak termasuk dalam rukun Islam seperti ibadah haji dan tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa ramadhan dan sembahyang diakhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya diawal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassaa.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh al-Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan ditahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji. Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun ke-10 hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa, boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam(denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Kepada Pas, pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat. Pasport dan visa haji juga berasal daripada Barat, kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji. Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab yang sesat. Al-Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan(politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir". Maka banyak hukum-hakam Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan. Almarhum Syed Alawi Al Haddad, Mufti Kerajaan Johor ditahun 50-an menyatakan dalam fatwanya yang diterbitkan berkenaan kewajipan pilihanraya dan parti mana yang wajib dipilih. Kepada imam-iman yang masih kuat menyokong Umno di Johor, sila cari buku fatwa ini.

Pas yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam. Rasulullah SAW menegaskan bahawa menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara ALLAH. Sesuapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas
MB: Kes seleweng disiasat
RISWANDI RAZAK
16 Jun 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri akan melakukan siasatan audit terhadap dakwaan salah guna baucar Jom Shopping oleh Ahli Jawatankuasa PKR Kapar.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun jumlahnya sedikit tetapi siasatan tetap dijalankan kerana Kerajaan Negeri mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Menurutnya, mekanisme penyelarasan baucar Jom Shopping adalah sistematik dan telus bagi memastikan penipuan atau salah guna dapat dikurangkan ke tahap minimum.
“Peratusannya amat sedikit dan boleh dibanteras dengan cepat. Kita telah peruntuk- kan RM10 juta untuk Jom Shopping dan RM8 juta telah dibelanja.
“Dari jumlah tersebut hanya sekitar RM6,000 sahaja yang diragui perbelanjaannya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Aduan Rakyat sempena Jelajah Terima Kasih Rakyat daerah Klang, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution bahawa parti akan hantar surat tunjuk sebab kepada ahli parti yang dikatakan terlibat dengan salah guna baucar Jom Shopping.
Menurutnya, sistem pemberian baucar sedia ada, mampu memperincikan setiap maklumat penerima dan lokasi mereka dan langkah ini dibuat bagi memastikan setiap wang yang  dibelanjakan sampai kepada rakyat.
Program Jom Shopping diperkenal tahun lalu dengan memberikan baucar percuma RM100 kepada warga emas untuk membeli barang keperluan.
Menerusi program ini, wakil rakyat atau penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) akan membawa warga emas yang berdaftar di bawah Skim Mesra Warga Emas, membeli-belah di pasar raya terpilih.

Tiada ulasan: