Selasa, 26 Jun 2012

TERASA HATI...MACAM MENGAKU KEBENARAN...LEPAS DUNIA... AKHIRAT TAK KAN LEPAS...DI DUNIA PUN ALLAH BOLEH HUKUM...ALLAH MAHA BERKUASA...ALLAH TAU LAH MACAM MANA NAK BUAT....ALLAH MAHA BESAR...

Suasana tegang di hadapan pejabat SUK

Harakahdaily, 26 Jun 2012
KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).

Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan.

“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya

Rakaman manifesto: SPR jangan main wayang

Harakahdaily, 26 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak bersungguh mahu memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang telus dan bersih.
Ini ekoran kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof yang mahu setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

“Tindakan SPR seperti mahu meneruskan sikap berat sebelah dan zalim  pemerintahan Umno BN selama ini,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Menurutnya, meskipun mahu dilihat keluar dari persepsi buruk rakyat terhadap mereka dengan tanggapan SPR adalah ‘budak suruhan’ BN, tindakan SPR terbaru ini menunjukkan mereka masih lagi dipengaruhi oleh kuasa politik.

Justeru, ujarnya DPPM merasa curiga mengapa SPR masih tidak membenarkan siaran secara langsung kepada parti politik bagi membentangkan manifesto mereka.

Katanya, apa yang amat dibimbangi oleh SPR sehingga tidak berani menyiarkannya secara langsung dan adakah SPR bertindak sedemikian bagi memastikan BN berada dalam zon selamat.

Beliau berkata, rancangan secara rakaman dikhuatiri akan berlaku suntingan terhadap mana-mana slot penting yang perlu diketahui oleh rakyat.

Riduan menambah, slot yang seharusnya berlangsung dalam satu masa tertentu akan dipendekkan mengikut selera penerbit.

Tambahan lagi, ujar beliau slot yang diberikan kepada Pakatan Rakyat mungkin akan diberikan bukan di waktu kemuncak, dan hanya disiarkan ketika rakyat sudah lena di waktu malam.

“Yang lebih dibimbangkan adalah jika berlaku penyuntingan di mana-mana slot sehingga ia dimanipulasi menjadi kempen negatif pula kepada Pakatan Rakyat.

“Ia pula berlangsung di saat akhir berkempen, di mana sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menjawabnya,” katanya.

Setakat ini, ujar beliau lagi tiada jaminan jika suntingan tidak dibuat dan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Ini semua, katanya kemungkinan akan berlaku sekiranya ianya hanya berbentuk rakaman dalam media.

Oleh yang demikian, ujar Riduan DPPM meminta SPR agar tidak ‘bermain wayang’ dengan kelonggaran parti-parti politik untuk mengutarakan manifesto di TV, namun hakikatnya masih dalam ruang yang sempit.

“DPPM menegaskan, sekiranya SPR benar-benar mahu menjadi pengadil yang adil, SPR perlu berlepas diri dari pengaruh mana-mana parti politik.

“Benarkan siaran langsung kepada semua parti politik dan pemimpinnya untuk menampilkan manifesto mereka tanpa tapisan atau dibuat secara rakaman,” ujarnya lagi.

Apa langkah kementerian pulih imej polis ganas

Harakahdaily, 26 Jun 2012
KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kementerian bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej PDRM yang tercemar berikutan perilaku ganas sebahagian anggotanya yang bertugas ketika Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.
Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) mengemukakan pertanyaan bagi jawab lisan itu pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli-ahli parlimen PAS yang turut mengemukakan soalan bagi jawab lisan hari ini sebagaimana di bawah.

Muhammad Husain [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:-
(a) jumlah pengeluaran tahunan produk tembakau sejak tahun 2001 hingga sekarang; dan
(b) sumbangan pengeluaran tembakau tempatan berbanding yang diimport untuk pengeluaran berkenaan.

Datuk Dr.Mohd Hayati Othman [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah import bahan makanan ke dalam negara sepanjang 5 tahun kebelakangan ini dan apakah jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini.

Che Uda Che Nik [ Sik ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan terdapat juga golongan yang mendesak supaya PPSMI ini diteruskan, Kerajaan didapati tidak bertegas dengan golongan ini. Apakah Kerajaan akan memenuhi tuntutan golongan ini selepas PRU-13 nanti.

Mohd. Nasir Zakaria [ Padang Terap ] minta PERDANA MENTERI menyatakan daripada sumber manakah 'durian runtuh' sebanyak RM15 ribu kepada peneroka hasil penyenaraian Felda Global Ventures Holding Berhad ke Bursa Malaysia, sedangkan penyenaraian belum pun berlaku.

Dr. Siti Mariah Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah perancangan Kementerian bagi mewajibkan subjek Agama Islam sebagai subjek teras untuk menjadi syarat lulus di dalam semua peperiksaan utama sekolah rendah dan menengah untuk murid-murid beragama Islam.

Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan terkini pembinaan bangunan-bangunan tambahan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Dr. Che Rosli Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan peranan dan sumbangan besar yang diberikan oleh Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan dalam membangun kerjaya guru selaras dengan keperluan semasa.

Mohd Firdaus Jaafar [ Jerai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengembalikan keyakinan awam terhadap imej PDRM yang tercemar berikutan perilaku ganas sebahagian anggotanya yang bertugas ketika Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Siti Zailah Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk mengatasi masalah kadar penceraian yang semakin meningkat di seluruh negara dan apakah punca permasalahan ini berlaku.

Dr. Dzulkefly Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kritera syarikat-syarikat dan mereka yang bakal menerima saham bumiputera yang akan diagihkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (11.5% terbitan bersamaan dengan 420 juta saham).

Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang kekerapan Jawatankuasa Antara Agama bermesyuarat sejak awal tahun 2012, dan jika ada apakah ketetapan penting yang dibuat.

Datuk Mahfuz Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
(a) adakah bayaran durian runtuh sebanyak RM1.68 bilion telah dibayar kepada peneroka FELDA; dan
(b) nyatakan nama syarikat perunding yang dilantik bagi tujuan menasihati FELDA dalam hal penyenaraian FGVH dan berapakah jumlah bayaran yang perlu dibayar kepada perunding tersebut.

Datuk Taib Azamudden Md Taib [ Baling ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan atas kegiatan memfitnah dan mendedahkan aib seseorang secara terang-terangan dalam media cetak dan elektronik mutakhir ini.

Nasharudin Mat Isa [ Bachok ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah tindakan yang bakal diambil bagi mengatasi permasalahan lebihan bilangan murid di dalam satu kelas di kebanyakan sekolah-sekolah harian.

Salahuddin Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah jumlah pampasan Kerajaan kepada kesemua pemegang konsesi lebuhraya dari tahun 2000 hingga 2011 mengikut pecahan pemegang konsesi.
Anwar: 'Mari berdebat, beri rakyat hadiah'
Nurul Aini Mohamed Ali
26 Jun 2012
Anwar-Najib
Anwar-Najib
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menyahut cabarannya untuk berdebat walaupun telah dipelawa beberapa kali sejak lebih setahun lalu.

"Mahu debat atau tidak?" soal Anwar ketika ditemui selepas majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat.

Beliau sekali lagi mencabar Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), agar mengadakan debat secara umum sebagai hadiah Perdana Menteri kepada rakyat.

"Jika benar debat bukan budaya kita, mengapa diterapkan budaya debat dan pertandingan debat di sekolah," ujar beliau dengan sinis.

Laporan media Jumaat lalu memetik Najib berkata, debat tidak semestinya dilihat sebagai satu budaya tetapi mesti dilihat mengikut kepada keadaan.

"Kita tengok keadaan. Kalau perlu debat antara pemimpin, perlulah ada debat. Tapi ia bukan budaya politik secara menyeluruh dalam sistem kita.

"Yang penting sekali rakyat ada maklumat secukupnya (dalam) membuat pilihan," katanya.

Najib seterusnya dilaporkan berkata, "kita beri peluang parti-parti politik untuk menyiarkan manifesto masing-masing bila sampai pada masanya."

Najib juga berkata, rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan.

"Saya tak kata apa. Saya kata itu bukan... yang penting sekarang ini rakyat ada maklumat secukupnya untuk membuat keputusan sama ada agenda kita lebih baik atau pembangkang,"  kata beliau menjawab soalan mengenai pelawaan Anwar agar beliau berdebat dengannya.

Pelawaan itu muncul semula selepas siri debat membabitkan pemimpin-pemimpin politik sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub membicarakan isu demonstrasi dan demokrasi dalam Debat Sinar minggu lalu.

Bulan lalu, Debat Sinar menemukan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam ulasannya, Anwar menambah bahawa budaya debat sudah lama menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi di sekolah dan jika benar ia bukan budaya, "mengapa perlu diteruskan?"

"Anak-anak kita diajar berdebat di sekolah, terapkan budaya ini sejak di bangku sekolah lagi, jadi mengapa berkata ia bukan budaya kita?" tambah Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) ini.

Tambah Anwar, rakyat kini semakin bijak bagi menilai dan menangani isu-isu umun seperti ini.

Justeru, katanya, kebebasan bersuara harus diberikan kepada rakyat kerana ianya merupakan hak rakyat.
Manifesto: Anwar pertikai kaedah rakaman
Wartawan Sinar Harian
26 Jun 2012
Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Kerajaan Pusat mahu mengaburi mata rakyat dengan hanya membenarkan manifesto parti politik ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disiarkan secara rakaman.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, langkah julung kali diperkenalkan itu jelas menunjukkan politik kotor yang diamalkan oleh Kerajaan Pusat dan tidak menghormati hak dan kehendak rakyat.

"Jika benar ingin beri kebebasan manifesto, mengapa mahu dibuat secara rakaman?" kata beliau kepada pemberita selepas majlis Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat di sini, malam tadi.

Tambah beliau, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menggunakan medium media untuk mempergunakan orang Melayu dengan cara sedemikian.

"Kebebasan dalam bersuara dan menyampaikan manifesto mesti boleh dibuat secara langsung, bukan melalui rakaman. Ini jelas permainan mereka bagi mengaburi mata rakyat," ulas beliau.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, PR menolak kaedah rakaman dalam menyiarkan manifesto parti-parti politik ketika PRU13 sebagaimana diumumkan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Jumaat lalu.

Mustafa berkata, kenyataan yang dibuat  Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak menepati tuntutan Bersih 3.0.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut dilakukan, manifesto yang diusulkan secara rakaman akan diputar belit dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pakatan Rakyat tidak boleh terima keadaan tersebut kerana ia melibatkan sumber rakaman yang akan ditokok tambah dan sumbernya tidak tepat kerana boleh dimanipulasi sesiapa sahaja," kata beliau.

Dalam reaksi balas kepada Sinar Harian Online, Abdul Aziz merayu parti-parti politik memberi kerjasama dengan tidak mempertikaikan mekanisme yang hendak digunakan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM.

Sehubungan itu, badan pengendali pilihan raya mahu PR mencuba terlebih dahulu kaedah rakaman dan memberi peluang untuk melaksanakannya sebelum sangsi dan menolak bulat-bulat.

Abdul Aziz juga berkata, usaha pihaknya mendapatkan ruang bagi menyiarkan manifesto untuk semua parti harus diteruskan sebelum membuat andaian negatif.

Menurut Abdul Aziz, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ruang bagi kesemua parti menyiarkan manifesto mereka melalui beberapa televisyen kerajaan dan ia dilihat sebagai satu langkah yang baik.
Anwar: Mahathir masih dibayangi kisah silam
Nurul Aini Mohamed Ali
26 Jun 2012
anwar ibrahim
Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih dibayangi kisah silam kerana memberi kenyataan usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini.

Menurut Anwar, Dr Mahathir jelas tidak dapat menerima kejatuhan Hosni Mubarak sedangkan era bekas Presiden Mesir itu jelas menunjukkan kebangkitan rakyat.

"Bagi saya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat kehilangan Mubarak sebagai pemimpin," ujar beliau ditemui selepas Pelancaran dan Diskusi Buku Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Datuk Dr Siddiq Fadzil malam tadi.

"Kita dapat melihat kebangkitan rakyat melalui Perhimpunan Bersih 3.0 tempoh hari, ini cara rakyat suarakan pendapat secara aman," kata beliau.

Tambah beliau, tidak perlu menyamakan cara kejatuhan bekas pemimpin Mesir itu kerana rakyat mampu bertindak relevan dan semakin bijak menilai sesuatu isu.

"Jangan khianati rakyat kerana rakyat mampu menjadi saksi dalam segala kemelut yang melanda negara ini," tegas beliau.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata, usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Dr Mahathir berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

"Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

"Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya.
Polis akan siasat segera jika ada laporan
Wartawan Sinar Harian
26 Jun 2012
Datuk Seri Khalid Abu Bakar
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar
KUALA TERENGGANU – Polis akan menyiasat dengan kadar segera sekiranya menerima laporan berkaitan aset dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, sehingga kini, beliau tidak pasti sama ada telah menerima laporan atau tidak berkaitan dengan perkara tersebut.

“Kalau ada laporan polis dibuat, dan jika ada unsur jenayah yang terlibat, kita akan siasatlah. Saya juga tak pasti telah terima laporan atau tidak,” katanya apabila ditanya mengenai desakan supaya menyiasat berkaitan dengan aset yang dimiliki Ketua Pembangkang yang didakwa berjumlah RM3 bilion.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Hari Inovasi dan Penutup Peringatan Hari Polis di Riyaz Heritage, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa.

Ditanya berkaitan dengan saranan badan bukan kerajaan (NGO) yang meminta diplomatik terlibat Bersih 3.0, baru-baru ini dihalau, beliau mengesahkan ada menerima laporan namun enggan mengulas mengenai perkara itu.

Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Analisis Isu Oleh: imamsurau

"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...

lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah


1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.

Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.

2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.

  • Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
  • Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011

  • RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
  • RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
  • Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.

  • Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
Pautan: Sime Darby kerugian RM1.6 bilion, CEO diarah bercuti

4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.

  • MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.

6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.


Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab

7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.

  • Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
  • Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
Pautan: Isu pembelian Eurocopter

8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.

9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta

10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.

11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.

12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.

13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.

14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.

15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.

16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.

17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.

18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.

19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.

20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.

21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.

22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.

23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.

24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)

25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.

26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).

27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.

28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.

29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?

30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)

31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.

33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.


Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.


34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.

35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.

36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.

37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.

38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta

39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara

40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal

42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.

43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.

44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)

45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.

46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.

47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.

48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.

49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.

50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.

51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.

52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.

54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.

Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.

Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.

55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)

56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)

57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)

58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)

59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)

60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)

(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.


61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.

62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)

63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?

64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.

65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.

67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion

68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!

69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.

70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.

71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.

72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.


73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.


74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.

75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.

76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter

harakahdaily"



Khatib: 'Saya doa jatuhkan pemimpin zalim'
SITI AZILA ALIAS
26 Jun 2012
BUKIT MERTAJAM - Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di sini Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. 

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.
Khatib jemputan boleh baca teks sendiri
Wartawan Sinar Harian
26 Jun 2012
GEORGETOWN - Khatib jemputan yang dijemput di negeri ini tidak diwajibkan membaca teks yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Abdul Malik Abul Kassim berkata, Pulau Pinang mengamalkan pendekatan yang ‘ringkas’ iaitu memberi kebebasan kepada khatib jemputan sama ada hendak membaca teks yang disediakan JHEAIPP atau pun tidak.

“Kita tidak tetapkan bahawa teks yang disediakan itu wajib dibaca, sama ada mereka (khatib jemputan) nak baca atau pun tidak, itu tidak menjadi masalah. Mereka boleh baca teks mereka sendiri dan jadikan teks yang diberikan JHEAIPP sebagai panduan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Ditanya mengenai kewajipan khatib mendoakan untuk kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Negeri di dalam doa khutbah Jumaat, Abdul Malik yang juga Exco Agama berkata, ia tidak termaktub di dalam peraturan dan jika tidak disebut, ia bukan satu kesalahan.

Sementara itu, Abdul Malik berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak mengenai seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di Bukit Mertajam Jumaat lalu.
Jawatankuasa kariah kesal isu diperbesar
Wartawan Sinar Harian
26 Jun 2012
Jawatankuasa kariah kesal isu diperbesar
Jaafar menunjukkan cakera padat mengandungi rakaman khutbah solat Jumaat minggu lalu akan diserah kepada MA INPP.
BUKIT MERTAJAM – Jawatankuasa Kariah Masjid Saidina Abu Bakar as-Siddiq Taman Guar Perahu kesal dengan tindakan 'individu tidak bertanggungjawab' yang didakwa sengaja memperbesarkan isu berhubung doa dibacakan pada khatib Jumaat lalu.

Pengerusi Kariah, Abu Bakar Bakilani Abu Hassan menyifatkan kenyataan individu tersebut sebagai fitnah kerana khatib itu tidak langsung menyebut mahu menjatuhkan mana-mana kerajaan, tetapi berdoa supaya pemimpin zalim dijatuhkan.

Beliau syak individu yang membuat dakwaan itu cuba mengambil kesempatan mempolitikkan isu tersebut kerana tidak puas hati dengan jawatankuasa kariah masjid.

“Tidak menjadi masalah kita mendoakan mengalahkan yang zalim, menjatuhkan musuh Islam. Perbuatan ini (iaitu membesarkan isu doa khutbah itu) adalah serangan dari sudut politik yang berkemungkinan untuk memburukkan pentadbiran masjid sedia ada.

“Kita kenal dua pengadu tersebut," katanya.

Menurutnya, mereka pernah memegang jawatan penting di masjid itu dan tidak banyak menyumbang.

Abu Bakar berkata, pihaknya tidak gentar untuk menghadapi dakwaan itu kerana mempunyai bukti berupa rakaman khutbah berkenaan.

Katanya, laporan polis juga akan dibuat selepas ini, selain bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu berkenaan.

“Saya sudah berjumpa dan berbincang dengan khatib, kalau benar fitnah, tindakan undang-undang akan diambil.

Apa pun, kita akan lihat dahulu laporan dikeluarkan media berhubung isu ini,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah itu, Jaafar Che Mai turut kecewa dengan tindakan kedua-dua individu itu yang didakwa sengaja mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

“Kita mahu mengimarahkan masjid, tapi perbuatan mereka seolah-olah mahu memecahbelahkan jemaah masjid.

"Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) meminta kita menyerahkan rakaman tersebut esok (hari ini). Kita juga akan minta nasihat daripada mereka sebelum mengambil sebarang tindakan susulan,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu pertemuan di Taman Guar Perahu, malam kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, ketika artikel ini ditulis, rakaman khutbah Jumaat itu sudah pun diserahkan kepada MAINPP untuk diteliti.

Tiada ulasan: