Khamis, 14 Jun 2012

BILA KERJAYA DUNIA TAK SABITKAN AKHIRAT DAN HUKUM AGAMA...MUNGKAR DAN MAKSIAT DEPAN MATA ...BIASA SAJA....KADANG2 KITA SERONOK BERKONGSI BUAT MUNGKAR...KERJAYA YANG KITA ADA SEKARANG AKAN ALLAH KIRA MENDATANGKAN PAHALA ATAU DOSA....JANGAN KIRA KERJAYA IBADAT SAJA...KALAU KERJA MENGUJUDKAN PERKARA HARAM MAKA BERDOSALAH...YANG NAMPAK DAH MACAM TAK BERDOSA...BERGAUL LELAKI PEREMPUAN BEGITU BEBAS....

Kalau sekadar nasihat tak payah guna Majlis Fatwa

Hazayani Zakaria, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR, 13 Jun: "Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.

Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.

Sebaliknya beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

"Kalau sekadar nak beri nasihat, tidak perlulah melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. PAS sangat dukacita dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Justeru beliau menasihati Mashitah agar lebih konsisten dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutamanya melibatkan soal agama.

"Mashitah sepatutnya lebih berhati-hati dalam berpolitik dan mengeluarkan kenyataan.

"Atau mungkin dalam hati kecil beliau sendiri mengakui tuntutan Bersih tapi tak boleh nyatakan pendirian sebab berada dalam Umno," katanya.

Nik Zawawi juga berkata, walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyebut secara khusus berhubung himpunan Bersih 3.0, namun kenyataan itu dikeluarkan tidak lama selepas Bersih 3.0 diadakan.

"Walaupun kenyataan itu umum, tak sebut Bersih, tapi dalam waktu dan suasana ketika itu, nampak ia dituju kepada Bersih.

"Sepatutnya sebelum fatwa dikeluarkan, kena jelaskan punca fatwa dikeluarkan. Kena jelaskan bila demonstrasi jadi haram, bila harus, bila jadi wajib," tegasnya.

Tambah beliau lagi, kenyataan majlis fatwa itu seolah-olah sebagai cara untuk Umno melepaskan diri.

"Majlis fatwa keluarkan kenyataan mengenai demonstarasi jalanan ketika itu mesti ada kepentingan politik.

"Seolah-olah diperalat Umno supaya mereka boleh lepaskan diri," katanya.

Himpunan Hijau ke negeri pula, Perak 16 Jun

Muhammad Faeez, 14 Jun 2012


IPOH: Setelah berjaya mengadakan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat pusat 1 Jun lalu, himpunan ini akan diadakan di peringkat negeri-negeri pula.
Himpunan peringkat negeri Perak akan berlangsung pada 16 Jun ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki berkata, himpunan ini akan diadakan di Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai jam 9.00 malam.
Menurutnya, program itu akan dihadiri oleh Mursyidul AM PAS,  Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi Shaari.
“Semua pimpinan PAS Perak akan turun bersama-sama dalam himpunan ini bagi meneruskan momentum gelombang Hijau ke Putrajaya yangdiadakan di Stadium Darul Aman baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Katanya, beberapa kejutan akan berlaku termasuklah pengiytiharan bekas pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS dan akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Tuan Guru Nik Aziz.
“Justeru saya mewakili PAS Perak menyeru seluruh rakyat negeri ini turun beramai-ramai bagi meneruskan gelombang yang digeruni Umno ini,” ujarnya.
Sementara itu, Xpresi Hijau Anak Muda pula akan berlangsung di sebelah petangnya.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Al-Hiss ketika ditemui berkata, program ini sebagai menyahut seruan Ketua Pemuda PAS Malaysia untuk meneruskan gelombang perubahan anak muda dinegeri-negeri.
“Program bermula dengan Konvoi bersama Tuan Guru Nik Aziz di Tol Bukit Merah jam 10 pagi seterusnya menuju ke Markas PAS Masjid Tinggi, Bagan Serai.
“Pemuda akan berkumpul bersama kepimpinan Pemuda PAS Negeri di Markas tersebut dan beberapa aktiviti telah disusun seterusnya bersama-samadalam Himpunan Hijau di sebelah malamnya,” jelasnya.
Raja Ahmad menjelaskan, beberapa penampilan istimewa dijemput untuk memeriahkan suasana termasuklah penyanyi yang terkenal dengan lagu Selagi Ada Rindu, Pak Long.
“Saya menyeru anak muda di seluruh pelusuk negeri hadir ke program ini dan dicadangkan memakai baju hijau,” jelas Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia itu.

Ada pihak ugut juru ukur Lebuhraya Rakyat

Salmah Mat Husain, 14 Jun 2012
KOTA BHARU: Ekoran tindakan pihak tertentu ‘mengugut’ juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina Lebuhraya Rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan danKebajikan Negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat, termasukjuru ukurnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco semalam ketika mengulas perjalanan pembinaan Lebuhraya Rakyat.

Jelasnya lagi, kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk ‘menghasut’ agar tidak terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu.

Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.

“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan,  kita buat insyaallah biar sampai berjaya. Kita juga sudah melantik kontraktor,” katanya.

Husam juga turut mendedahkan sambutan masyarakat Kelantan termasuk di luar untuk turut menderma pembinaan lebuh raya ini begitu membanggakan.

“Mereka sedar betapa pentingnya dalam Islam mengenai konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan,” ujarnya.

Husam juga turut berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan baru-baru ini.

“Kalau ada orang nak beli kita lelong, sekarang ni kita dah tak guna canggkul, sikul lagi dah, zaman dah semakin moden guna jentolak terus,”ujarnya dengan nada sinis.

Beliau dipercayai mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo depan Kota Darulnaim yang menyerahkan peralatan pembinaan kepada kerajaan negeri.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan usaha dibuat kerajaan negeri diganggu, diejek, sedangkan cadangan pembinaannya ditarik balik sebelum ini.

Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan dan cuti sekolah apabila rakyat Kelantan dari luar pulang ke kampung halaman masing-masing.

Lebuhraya ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Lebuhraya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Tunda haji kerana pilihan raya

Subky Latif, 13 Jun 2012
PRU 13 diduga tidak diadakan sebelum puasa bermula 21 Julai ini. Mungkin sebelum haji atau selepas haji.
Kiranya ia diadakan selepas haji maka penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS dan PKR terutama yang terlibat secara langsung dalam jentera pilihan raya wajar memikirkan menunda keputusan naik haji.

Utamakan menghadapi pilihan raya dari menunaikan kewajipan Rukun Islam kelima itu. Haji boleh ditangguh ke musim yang kemudiannya yang tidak ada pilihan raya padanya. Pilihan raya lima tahun sekali itu menentukan kerajaan yang  elok atau tidak elok. Maka menghadapi persiapan pilihan raya itu adalah lebih penting.

Tahun 1986 saya pernah membuat kenyataan yang disiarkan oleh akhbar betapa penyokong PAS wajar menunda pemergian haji jika ia jatuh dalam musim pilihan raya. Peluang haji ke Mekah ada setiap tahun tetapi peluang membentuk kerajaan yang adil tanpa rasuah hanya ada lima tahun sekali, apa lagi kalau kerajaan yang hendak ditegakkan itu bagi memartabatkan  Islam.

Pada mula penyokong PAS pun ada yang tidak gemar dengan pandangan saya kerana menunda haji bagi orang yang memenuhi syarat adalah satu kesilapan besar. Tetapi pandangan saya telah disambut oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu hanya Ketua Dewan Ulama PAS Pusat; belum menjadi Mursyidul Am dan belum menjadi Menteri Besar Kelantan.

Ustaz UMNO yang mempertikai pandangan saya itu pun menyambung kritikannya berikut sokongan Ustaz Nik Aziz itu.

Jika UMNO tidak setuju dengan pandangan  saya, biarkan pengundi UMNO saja ke Mekah, tetapi pengundi  PAS tinggal dalam negeri bagi menghadapi persiapan  dan mengundi.

Saya membuat kenyataan itu kerana sebelumnya pernah pilihan raya umum diadakan dalam musim haji. Beribu jamaah haji dari Malaysia antaranya adalah pengundi PAS hilang peluang mengundi dalam pilihan raya itu.

PRU 1986 itu sendiri diadakan menjelang ibadat haji. Calon PAS bagi satu DUN Parlimen Padang Rengas berangkat ke Mekah sebaik membuang undi. Dia mendengar berita kekalahannya sebaik tiba di Mekah. Paling malang dan menggegarkan ialah Ketua Wanita Pulau Pinang yang sudah berada di Mekah dipanggil balik untuk menjadi calon. Dilarang jamaah haji yang sudah berada di Mekah meninggalkan  tanah suci sebelum menunaikan haji.

Seruan saya itu dibuat atas kepentingan umat Islam dalam negeri. Tidak pula saya teringat rupanya betapa Ayatullah Khomeini sebelumnya memerintahkan umat Islam Iran tidak menunaikan haji kerana perbalahan  antara kerajaan Saudi dan Iran.

Tindakan Imam Khomeini itu adalah mengikut ijtihadnya dan ia adalah berlandaskan syiasah syariyah. Saudi kemudian berunding dengan Iran.  Mereka menyambung ibadat haji tahun berikutnya.

Pandangan saya dulu bukan semata-mata bagi menyatakan betapa pilihan raya adalah satu ibadat yang penting bagi Islam, menegakkan pemerintahan Islam atau pro Islam itu adalah serius, tetapi ia adalah juga satu kritikan buat pimpinan BN yang mengganggu tumpuan jamaah kita melakukan ibadat haji.

Lepas itu tiada lagi gangguan pilihan raya bagi mereka yang hendak menunaikan haji. Tetapi di bawah pentadbiran Najib ini orang yang hendak menunaikan haji diganggu lagi dengan teka teki pilihan  raya.

Gangguan itu sudah bermula sebelum musim haji tahun lalu dan haji akan datang ini diganggu lagi. Besar cabaran bagi jamaah kita untuk mendapatkan haji mabrur.

Maka pada saya, pada musim PRU 13 yang paling penting dalam sejarah pilihan raya  di  Malaysia, harapan terbaik bagi kerajaan menunggu membentuk kerajaan yang  adil, berkebajikan, baik dan tanpa  rasuah, adalah  wajar penyokongnya menangguh rancangan naik haji itu ke  tahun kemudiannya.

Menumpukan usaha menguasai Putrajaya khususnya bagi jentera pilihan raya adalah penting, tetapi ia tidak pula kurang pentingnya bagi pengundi  dan penyokong biasa. Sekalipun ia diadakan selepas sekalian jamaah pulang, pilihan raya itu bukanlah acara hari pilihan raya itu  saja, persiapan pilihan raya itu ada masanya lebih penting dari hari pilihan  raya itu sendiri.

Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS

Muhammad Faizal, 13 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.

"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.

"Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada," katanya.

Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya.

"Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan.

"Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi.

Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan.

"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang.

"Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Bank Switzerland mungkin hadapi prosiding jenayah
4:46PM Jun 13 2012
Bank milik Switzerland, UBS kemungkinan menghadapi prosiding jenayah ekoran penglibatannya dalam dakwaan jaringan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Bruno Manser Fund (BMF) yang berpangkalan di negara kiwi itu berkata, aduan telah difailkan di bawah undang-undang jenayah terhadap UBS berhubung perkara itu.

musa aman pc in sabah 190608 01Aduan itu difailkan bagi pihak BMF oleh Profesor Monika Roth, peguam dan pakar perundangan, menurut kenyataan kumpulan itu semalam.

BMF mendakwa UBS melanggar etika tugasan seperti yang ditakrifkan oleh Kod Jenayah Switzerland dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap UBS dan pihak bertanggungjawab terhadap hubung kait antara bank tersebut dan Musa (kanan).

Musa yang juga merupakan adik kepada Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dituduh
terlibat dalam penyeludupan lebih AS $90 juta (RM286) melalui akuan bank UBS di Hong Kong dan Zurich.
'Gani bocorkan dokumen sulit pada Anwar'

  • Hafiz Yatim
  • 11:14AM Jun 13 2012
Adakah Peguam Negara Abdul Gani Patail memainkan peranan dalam pembocoran dokumen sulit berhubung siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas ketua menteri Melaka Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas menteri Rafidah Aziz 15 tahun lalu?

Terdapat kemungkinan besar, dengan mengambil kira tindakan Anwar Ibrahim membuat empat laporan polis berasingan ketika ditahan di penjara Sungai Buloh antara Julai hingga Ogos 1999, kata bekas Ketua Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

NONETerdapat khabar angin bahawa Gani, ketika itu ketua pendakwaraya di Pejabat Peguam Negara, memberikan dokumen yang dikelaskan sebagai "rahsia" kepada Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri.

Mat Zain ketika itu baru dinaikkan pangkat sebagai ketua CID Kl selepas daripada tugasnya di Melaka. Beliau dipertanggungjawab mengendalikan siasatan terhadap laporan polis yang dibuat Anwar.

Laporan itu, berhubung salah guna kuasa, dibuat terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas peguam negara Mohtar Abdullah dan Gani sendiri.

Laporan itu kebanyakannya menyentuh skandal Perwaja Steel melibatkan bekas ketua syarikat Eric Chia, Rahim, Rafidah dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin - kesemuanya rapat kepada 'musuh' Anwar, Dr Mahathir.

Anwar dalam laporannya mendakwa Dr Mahathir, Mohtar dan Gani tidak mengambil sebarang tindakan terhadap empat pihak yang didakwa terlibat dalam amalan rasuah bernilai jutaan ringgit.
Penduduk lapor polis pengundi meragukan

  • Ahmad Fadli KC
  • 11:28AM Jun 13 2012
Penduduk Kampung Pandan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini tampil membuat laporan polis mendakwa terdapat pengundi meragukan didaftarkan di kampung mereka.

Mereka mendakwa terdapat 15 individu tidak dikenali didaftarkan menggunakan alamat di satu rumah dan 30 lagi didaftarkan menggunakan alamat tidak lengkap tanpa nombor.

Bekas ketua kampung di situ Arshad Ahmad, 50, mendakwa terdapat 15 orang yang tidak dikenalinya didaftarkan di alamat rumahnya di No 10 Jalan Molek, Kampung Pandan.

NONE"Saya buat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dua minggu lepas.

"Tahun 2008 (sebelum mengundi) juga saya ada periksa tapi (nama mereka) tiada," katanya.

Menurutnya, laporan itu juga dibuat kerana beliau risaukan keselamatan diri dan keluarganya dengan pendaftaran individu yang tidak dikenali pada alamat beliau.

"Tindakan ini saya buat bukan kerana ia isu politik tetapi atas isu keselamatan," katanya.

Seorang lagi penduduk Mahadi Abdul Rashid pula membuat laporan polis mendakwa 30 orang individu tidak dikenali didaftarkan pada alamat tidak lengkap di Lorong Kemajuan, Kampung Pandan.

ADUN tawar RM50 jika tampil

Beliau membuat laporan berkenaan mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Pandan.

Sementara itu, ahli DUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang turut hadir mendakwa laporan yang dibuat itu hanya sebahagian daripada lebih 300 lagi pengundi meragukan yang didaftar di tiga lorong di Kampung Pandan.

Dakwanya paling ramai pengundi hantu dikesan didaftarkan pada satu alamat adalah seramai 43 orang.

NONEBeliau juga mendakwa terdapat pertambahan pengundi sebanyak 25 peratus - daripada kira-kira 32,000 kepada 40,000 pengundi - dalam kawasan DUN beliau sejak tahun 2008.

"Kalau saya tak rasa ragu-ragu (dengan pertambahan ini) saya tak buat sidang akhbar ini," katanya.

Justeru, beliau menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak memeriksa kewujudan pengundi-pengundi berkenaan dalam masa sebulan.

Jika tiada tindakan dari SPR, pihaknya sendiri akan mempamerkan nama-nama pengundi itu dan menawarkan ganjaran RM50 seorang untuk mereka tampil ke hadapan.

"Kita hanya nak kenal bukan nak bawa mereka ke mahkamah," katanya.
NGO disaran wujud rumah pemulihan lelaki aniaya wanita

  • Norazurra Aziz
  • 1:28PM Jun 13 2012
NGO disaran mewujudkan rumah pemulihan akhlak untuk remaja lelaki yang terlibat dalam kes penganiayaan terhadap remaja perempuan.

Seorang pendakwah bebas, Normala Mohamad Shari, 43, berkata jika sebelum ini rumah perlindungan atau pemulihan akhlak telah banyak dibuka kepada remaja perempuan yang dianiayai seperti mengandung anak luar nikah dan rogol, pemulihan akhlak untuk remaja lelaki juga perlu diwujudkan.

"Jika yang perempuannya (remaja) ada rumah perlindungan atau tempat untuk memperbaiki akidah masing-masing, mengapa tidak diwujudkan (rumah) untuk kaum lelaki yang terjebak dengan jenayah dan moral pula.

"Kita seakan-akan membiarkan kes ini berterusan kerana akidah lelaki tidak diperbetulkan dan hanya memfokus untuk membantu pihak perempuan sahaja," katanya kepada Bernama di Rumah Perlindungan Baitul Fiqh di Subang Jaya, dekat Kuala Lumpur semalam.

Normala berkata jika akhlak dan moral remaja lelaki tersebut tidak dipulihkan, mereka tidak akan mempunyai kesedaran dan keinsafan terhadap dosa dan kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini.

"Pihak lelaki seakan terlepas, contohnya selepas merogol atau mengadakan hubungan seks dengan pasangan masing-masing. Akhirnya pihak perempuan yang mananggung penderitaan dan trauma selama-lamanya.

"Bagaimana dengan remaja lelaki ini? Mereka mungkin terlepas begitu sahaja kerana bawah umur, dan tidak mustahil akan mengulanginya (merogol) lagi dan lagi dengan remaja perempuan yang lain pula. Itu yang kita takutkan... kes rogol dan perzinaan ini akan berterusan sampai bila-bila," katanya.

Normala, yang juga Fasilitator di Baitul Fiqh, menegaskan rumah pemulihan akhlak adalah berbeza dengan sekolah khas kepada remaja lelaki yang bermasalah dari segi sosial dan moral.

"Jika sekarang kita ada sekolah yang khas kepada remaja lelaki yang pernah melakukan jenayah, rumah pemulihan ini pula berbeza dan memberi fokus kepada pemulihan akidah dan mereka diajar secara insaniah untuk memperbaiki akhlak masing-masing," katanya.

Beliau berkata antara pengisian pembelajaran yang boleh dimasukkan sekiranya rumah pemulihan untuk remaja lelaki bermasalah itu diwujudkan kelak adalah ceramah agama, sesi kaunseling, sesi muhasabah diri serta asas agama seperti menghafaz al-Quran dan solat sunat.

Rumah perlindungan Baitul Fiqh beroperasi sejak 2005 yang bertujuan membantu golongan remaja perempuan yang dianiayai, seperti dirogol dan mengandung anak luar nikah, dengan memberi pemulihan dari segi akhlak dan akidah mereka.

- Bernama
Fatwa haramkan BERSIH 3.0 tak pernah dikeluarkan
9:15PM Jun 12 2012
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung pengharaman demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas sepertimana yang didakwa parti pembangkang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.
Katanya, jawatankuasa itu sebaliknya hanya mengeluarkan kenyataan media sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.
  
"Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media," katanya.
  
Mashitah berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan oleh Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) mengenai fatwa pengharaman perhimpunan jalanan yang didakwa dikeluarkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Menjelas lanjut Mashitah turut menegaskan bahawa anggota jawatankuasa itu yang dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai sebarang kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh itu nasihat jawatankuasa fatwa adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun mana-mana organisasi," katanya.
  
Mashitah berkata antara isi kandungan kenyataan media itu menyebut anggota muzakarah memandang serius tindakan sebahagian masyarakat, khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti mana yang berlaku pada demonstrasi itu yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

"Sebagai umat Islam seharusnya kita mensyukuri keamanan, kemakmuran dan perpaduan yang telah dinikmati dan diwarisi sekian lama.
  
"Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi tunjang pegangan kita sebagai umat Islam di Malaysia sejak sekian lama wajib kita pertahan daripada apa jua anasir negatif kerana pegangan inilah yang menjadi perisai kepada umat Islam daripada terjebak dengan perlakuan yang dimurkai oleh Allah dan rasulnya," katanya.
  
Mashitah berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa perlu menggadai keamanan negara.

Justeru, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu khususnya umat Islam perlu sedar dan insaf bahawa perbuatan itu bukan ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya secara tidak hak mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru hara dan merosakkan negara demi mencapai sesuatu agenda, katanya.
  
Persidangan Dewan disambung esok

- Bernama

Tiada ulasan: