Noh cabar kerajaan Selangor ambil tindakan terhadap kroni
13 Jun 2012
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mempertahankan kroni dalam pentadbiran kerajaan negeri meskipun terlibat dalam penyelewengan.
"Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada tindakan langsung diambil terhadap mereka termasuklah Pengurus Besar Yayasan Selangor(YS) Ilham Marzuki yang mengaku membelanjakan wang YS dengan boros.
"Apa tindakan terhadap beliau?...Stail pembangkang, kroni akan dipertahankan tetapi saya cabar Khalid agar mengambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecatnya dari jawatan yang dipegangnya sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mac lalu, media melaporkan bahawa Abdul Khalid terus mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu meskipun syarikat kerajaan negeri itu berhadapan masalah pengurusan kewangan termasuk defisit RM7.41 juta, tahun lalu.
Ilham sebelum ini mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.
Antara kegiatan itu adalah jamuan makan perdana sebanyak RM270,750, pertandingan memancing RM179,000, cenderamata RM52,900 dan majlis berbuka puasa RM396,370.
Noh berkata kerajaan Selangor hanya berlagak seperti hero kononnya memperjuangkan pembangunan pendidikan di Selangor sedangkan mereka gagal membela dan membangunkan pendidikan di negeri itu kerana kepentingan politik.
Katanya, malah kerajaan Selangor sanggup menjual harta dan mencairkan aset untuk menampung kerugian disebabkan pentadbiran yang tidak cekap dalam membangunkan pendidikan.
"Mereka sanggup merobohkan asrama YS dan menjual tanah YS di Kampung Pandan demi kepentingan mereka dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terpaksa berpindah keluar malah YS juga tidak lagi mengambil pelajar dari luar bandar untuk ditempatkan di asrama " katanya.
Beliau berkata tindakan kerajaan Selangor menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah juga seakan menggadai dan mengorbankan peluang keemasan yang patut diberi pada rakyat Selangor.
"Penubuhan UiTM cawangan Selangor telah diluluskan kerajaan dan telah mempunyai tapak namun kerana kepentingan politik, kerajaan Selangor sanggup menolak.. tidak ada satu pun sumbangan besar mereka dalam bidang pendidikan yang boleh membela dan membangunkan pendidikan di Selangor," katanya.
Beliau turut mencabar Khalid agar mengisytiharkan kerugian yang ditanggung Universiti Selangor sepanjang pembangkang memerintah negeri itu. - Bernama
Tiny Toon · Subscribe · Top Commenter · University of Florida
antara menteri berwatakan badut minggu ini..khaled nordin,masyitah dan noh omar..
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
noh, sila tanya najib apa kos tunang anak dia dan kos meraikan harijadi dia...napa taknak pecat najib?
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
bro, mana lu tau duit dia sendiri...llu tau ker gaji PM berapa?...kalau lu kata itu duit dia sendiri, maka kenyataan yang sama boleh diguna pakai dalam kes yayasan selangor...kuasa dia maka dia berhak...sapa yang mengarut skg? hehehe takpelah kalau lu tak paham, sila buat kajian lagi...
Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
Airis Walid - Bro tahu siapa boss cimb group? kan tu bapa saudara anak najib...tenguk kat sini berapa gaji dia..http://beritasemasa.com/gaji-ceo
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
bagus bro Jom Reise, anda sudah sedar...so kenyataan Noh nih memang meludah kepada batang hidung dia sendiri...yang penting skg ialah membersihkan kerajaan persekutuan sebab ekonomi rakyat malaysia bergantung kepada keberkesanan kerajaan persekutuan membelanjakan harta negara untuk membantu rakyat...kerajaan negeri hanya mempunyai harta yang sedikit jika dibandingkan dengan kerajaan persekutuan...bila bapak buat baik, maka anak pon buat baik...
Jom Reise · Top Commenter · Jünkerath
Airis Walid: Bukan soal sedar tak sedar bro, aku cuma pemerhati dari jauh keadaan politik malaysia, mcm aku kata tadi siapa sahaja yg memerentah mesti pentingkan kroni dulu, sebab kroni yg akan membantu mereka bila nak guna duit masa pilihan raya. Jadi siapa yg memerentah tak jadi hal, mana yang betul kita kena mengaku betul, mana yg salah tetap salah, jadi jgn kerana benci pemerentah semua yg baik kita tak nampak dah...kita patut mengaku ada yg baik dan ada yg buruk...aku cuma sedih tenguk keadaan pemimpin melayu sekarang, begaduh dan mencari keburukan sesama sendiri, dgn keadaan ini melayu sudah bepecah 3 (PAS, PKR dan UMNO), tapi cina dan india bersatu...nanti siapa yg rugi?
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
ok bro...lu takder bukti yang menunjukkan bahawa adik najib sponsor tunang anak saudara dia...aku juaga boleh cakap soal kawin2 nih, ada sesetengah adik beradik tak tolong sesama mereka...aku pernah melalui perkara sebegini...kalau lu ada duit pon, takkan lu nak keluar belanja 300k kot? anak sendiri pon tak sebesar camtuh...
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
Jom Reise ...hahaha ini lah kenyataan pemerhati yang sangat standard...takpe bro, aku terima pendapat lu...betul setiap pemerintah ada kroni kerana kroni nih ialah seperti anak2 meraka yang mungkin memberi kebaikan serta keburukan...tetapi kenyataan Noh nih hanya menunjukkan kebodohan dia sendiri...dia tau kerajaan persekutuan lebih banyak membela kroni tapi pergi menyalak kat orang lain..itu jer yang aku cakap...aku takder pon cakap aku benci pemerintah...mana yang salah tetap salah - Jom Reise...lu cakap sendiri bro...
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
oklah bro...alangkah bagusnya dapat adik yang terkaya di malaysia tapi 80% bangsa melayu merempat dan miskin...kalau ada adik beradik kaya, mesti buat apa2 pon boleh sebab adik beradik ada nak backup...tapi kebanyakkan keluarga tidak begitu secara realiti sebab masing ada kepentingan masing2...kalau nak bagi 300k untuk anak saudara tunang (bukan kawin, kalau kawin bagi 1 juta kot)..
Airis Walid · Top Commenter · Engineer at Infineon Technologies
Jom Reise ...aku tak kata Noh salah...aku cuma cakap Noh menunjukkan kobodohan dia sendiri padahal dia tau kronisme jauh lebih teruk dalam BN dan kerajaan persekutuan...jika kerajaan persekutuan tidak membanteras kegiatan kronisme nih, jgn nak melalak kat orang lain...tgk diri sendiri dulu...
Sayed Abdul Rahman · Top Commenter · UTM, UiTM
Masanya banyak dihabiskan menyerang kerajaan negeri Selangor dari menyelesaikan masaalah di Kementerianya sendiri, seperti Isu pembahgian Baja yg tidak adil, NFC dan sebagainya. Apakah dia terlupa dgn jawatan yg disandang? Bukanya Ketua Pembangkang Negeri Selangor tetapi Menteri Pak Tani Kerajaan Malaysia. Atau mungkinkah Noh telah menjangka selepas PRU 13 ini, beliau akan menyandang jawatan ketua Pembangkang Negeri Selangor, sebab itu telah mula berlatih dari sekarang?.
Abidin Ahmad · Top Commenter
sebelum kerajaan selangor mengambil tindakan kepada Pengurus Besar Yayasan Selangor ..seharusnya kerajaan mengambil tindakan kepada kroni2 khir toyol dahulu..mana pergi duit berjuta2 yang mereka agihkan kononnya dalam bentuk projek. (termasuklah noh omar ni)
Katanya, malah kerajaan Selangor sanggup menjual harta dan mencairkan aset untuk menampung kerugian disebabkan pentadbiran yang tidak cekap dalam membangunkan pendidikan.
Noh omar ni kalau nk jadi MB selangor pun lihat la diri sendiri dulu..hal lembu pun tak selesai lg...kerajaan selangor sekarang berjaya melunaskan hutang kepada kerajaan pusat(hutang dr kerajaan BN dulu) aset dan profit selangor jauh lebih tinggi dibandingkan semasa kekawanan toyol memerintah dulu..
PESAN BUAT NOH OMAR...DUIT LEMBU JANGAN LUPA PULANGKAN BALIK KEPADA RAKYAT
Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering Technology
bodo punya menteri...report lah kat poliske bombake jpa3ker bongok, cakap mendatar tanpa bukti, jkkkkk pencen leh kata camtu..ngaji tinggiiiiiii, atas pokok..sama 'sudin' dlm bujang lapuk..
gini jer lah..kes 17 tahun lalu (azmin) kes 14 tahun lalu (anwar) pun nak ungkit, tak ada modal, ini kan pulak kalu kes ni ada ..melompat berok lah noh lanun nih..ke lubang cacing ntang noh badut ni korek..maklumlah..ngidam nak jadi MB.. mabuk besar lah lu..mampus belang cacang..kate org ganu..
Syed Ammar · Top Commenter
pe mende la mnteri sekor ni x abes2..rilek la bro,org bru memerintah 4thn,kroni bn dgn ko pon x kutip abes lgi nak dakwa..hahaha..dlu anuar musa songlap dwet pprt wat projek ikan,ko nye kandang lembu mne??ape kmenterian tani bwat utk rakyat???melalak je kje ko
Saleh Din · Top Commenter
Noh ngaku lh kau sebenar nya kaulah yg melindungi KRONO UMNO-Tanah Kerajaan di jual macam harta bapak kau.
Mohd Rosdin · Subscribe · Top Commenter · Petaling Jaya, Malaysia
cakap jauh jauh diluar pagar tiada siapa yg menyahuut didalam..apa betul ke ku cakap ni ha....sorry geng....im sorry.......
Md Niram Ismail · Top Commenter
sebagai org atas pagar, saya tak heran kalau ada kroni dan korupsi. Yg penting,dakwa dan hukumlah mereka mcm khir toyo. Tapi saya jadi heran bahkan tawar hati pada pembangkang,kalau ada kes2 mcm tu. Contohnya Anwar dan azmin. Sebab nampak sangat mereka hipokrit. Satu jari tuding orglain, yg 4 jari lagi tuding diri sendiri. Macamana kita nak pilih dia jadi ketua pemerintah yg baru PRU13 nanti,kalau kata dulang paku serepih? Sudahlah pakatan mereka sangat rapuh sebab perbezaan idologi, banyak masaalah moral, di tambah main kroni dan korupsi. Ada juga apa yg di kendung keciciran,yg di kejar tak dapat. Konon nak lari dari mulut harimau,rupanya masuk mulut buaya pulak. Bahkan boleh jadi lebih teruk dari itu.
Orangsama Ben Laden · Top Commenter
Nak tanya soalan bodoh: Kenapa dana pinjaman (geran) menternak lembu boleh digunakan membeli kondo dan kereta? Kan dana itu dikhaskan untuk projek lembu? Walaupun umum tahu sykt tu tiada pengalaman menternak lembu. Kan lebih baik dana tu diagihkan kepada penternak2 lembu diseluruh negara?
Mohd Kamarul Zaman · Top Commenter · Works at EX Royal Malaysian Navy
Noh Omar kau selesaikan LEMBU dulu baru boleh perssoalkan yang lain faham tak?
Justice Fair · Subscribe · Top Commenter · SMK Setapak,Kuala Lumpur
noh gila kuasa........awas kau nanti....
Matsabun Matskodeng · Top Commenter · Works at KL Gangster
MARI-MARI pakat sokong PAKATAN HARAMJADAH...boleh masuk SYURGA percuma..bukan aku ckp tapi pemimpin hamPAS....
Razlan Lan · Top Commenter · Smk pengkalan TLDM
Wahai Noh. Nak cabar Pakatan konon. Ko jagalah parti UMNO tu elok2 jangan sebok menjaga rumah org lain rumah ko sendiri pun berterabur sebok nak jaga org lain.
Ewan Sn · Subscribe · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
Apapun saya lebih percaya MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, CEO bertaraf dunia menguruskan ekonomi Selangor jauh lebih baik dari pemimpin2 UMNO terutamanya si Noh Omar ni. Setakat ini MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersih dari segala rekod rasuah dan salah guna kuasa..
Suhaimi Miecho · Top Commenter · Smk tajar
masa bn perintah selangor MB sendiri yang bawa lari duit rakyat untuk capai kemewahan.......kena hang tak komen wahai noh oi.............
Shaarysayed Sayed · Top Commenter · 51 years old
aku x pernah dengar citer noh menteri pertanian ni citer pasal pertanian. . . .noh cer citer sikit pasal NFC. . . sikit je jadi lah
IQone Mind · Top Commenter · London Business School
woi muka hodoh dah dah lah buat knyataan bodoh....dahlah bebal ada hati nak jd MB
Bill Klentong · Top Commenter · Works at Self Employed (Business)
Wah! wah wah, si bapak penyamun ini bersuara lagi....
Amran Uda · Top Commenter · Poltek/Kolej kosmopoint
kena kuat melalak sekarang ni.. nak tutup lembu NFC.
kes SPA..nak tunjuk kat najib akulah hero selangor....calun MB selangor....apa rakyat bodoh ke.. melalak lah lebih2 lagi......7 sebab Umno/BN sudah tidak layak perintah negara
Posted on Saturday, May 12 @ 23:48:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh Kembara Jr.
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.
Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan.
Kalau Felda wang banyak kenapa perlu berhutang dengan KWSP sebanyak RM6 bilion. Malahan wang tunai Felda semakin kurang sejak Felda di bawah pengawasan Najib pada tahun 2004. Pada tahun 2004 wang Felda RM4.08 bilion telah kurang kepada RM1.39 bilion pada tahun 2009. Kemana wang Felda ini dibelanjakan?. Bangunan Felda sebanyak RM662 juta, projek basmi kemiskinan rakyat Sabah RM253 juta dan kos tanam semula RM2 bilion. Sedangkan negeri Pakatan Rakyat beri kepada rakyat hasil ketelusan dan lebihan memerangi rasuah. Kelantan yang miskin mampu memberi skim Kifalah sebanyak RM8 juta setahun, yang Umno tidak pernah lakukan. Kerajaan di Selangor memberi air percuma yang tidak pernah dimimpi oleh rakyat Selangor selama ini. Semuanya hasil jimat cermat. Walaupun Selangor memberi banyak kebajikan untuk rakyat, negeri Selangor tidak muflis malahan simpanan Selangor meningkat kepada RM1.9 bilion. Hujah mengatakan bahawa Umno sahaja buat jalan, klinik, seolah-olah di negeri Thailand, Papua, Pontianak,Malta tidak ada jalan kerana Umno tidak ada. Ini hujah zaman batu.
Kedua, parti mana yang lebih baik, maka sudah tentu Pakatan Rakyat lebih baik daripada Umno BN yang terbukti dan teruji. Buktinya pemerintahan Umno BN Indeks rasuah meningkat, menurut CPI pada tahun 2010 indeks 4.4 tetapi telah merosot kepada 4.3 pada tahun 2011. Laporan Ketua Audit Negara, Malaysia kerugian akibat ketirisan RM28 bilion pada tahun 2008. Ketiga, apakah Umno hendak diharap jaga agama?. Siapa yang runtuh masjid Bujal? Runtuh surau kampung Berembang Ampang, tutup surau Jubli Perak Bangi, tutup surau al-Rahmah Seksyen 8 Shah Alam, Tutup Surau Puchong Perdana? Bukankah ini angkara Umno?. Kalau tempat suci umat Islam pun Umno tidak boleh diharap. Bagaiaman hendak harap Umno menjaga Islam yang lebih besar.
Apakah Umno mendakwa mereka menghormati Raja-Raja Melayu?. Siapa yang tabal Tengku Ibrahim di Padang Sekolah Ketereh? Siapa yang kata Sultan Terengganu binatang? Siapa yang maki Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1983 dan 1993? Zahid Hamidi sendiri pernah pertikai kedudukan Sultan Ismail Petra Kelantan kononnya tidak layak menjadi Sultan. Tan Sri Rahim Tambi Chik suruh rakyat berbahasa dengan Raja ialah “saya” untuk ganti perkataan “patik”. Umno jangan hipokrit kononnya pembela Raja-Raja Melayu.
Keempat, Najib kena malu sikit kononnya bijak urus ekonomi. Seantario dunia tahu bahawa negara dan negeri BN perintah semuanya masalah. Hutang negara meningkat daripada RM146 bilion pada tahun 2002 kepada RM456.1 bilion pada tahun 2011. Adakah Najib punya otak mengatakan kerajaan yang hutang banyak, maka kerajaan itu cerdik mentadbir negara. Pemerintahan Umno BN Kedah meninggal hutang hampir RM2.3 bilion kepada Pakatan Rakyat.
Kelima, parti Umno yang bermain isu-isu rasis di negeri Pakatan Rakyat. Siapakah yang anjur demo kepala lembu di Selangor? Siapa pula yang demo kebumikan YAB Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 10 Mei 2012? Apakah ini yang dimaksudkan dengan keharmonian kaum? Kalau trend ini berlaku berterusan maka ia amat merbahaya kepada negara. Keenam, transformasi apa yang Najib bawa? Tidak lebih daripada retorik. Apakah Undang-Undang ISA kononnya dimansuhkan? Sedangkan yang baru lebih teruk. Rang Undang-Undang Pilihanraya diluluskan dengan secara tergesa-gesa oleh Dewan Rakyat. Setelah mendapat kecaman maka Dewan Negara menarik balik. Polis yang “merusuh” pada 28 April 2012 di himpunan Bersih adakah ini transformasi Najib. Ini bukan transformasi tetapi transformer.
Ketujuh, BN gagal meningkat pendapatan rakyat di negara ini. Buktinya 5.2 juta rakyat berpendapatan RM3000 kebawah. Kenapa gagal? Bukankah Malaysia negara kaya? Kenapa rakyat miskin, bagaimana Najib boleh mengaku beliau berjaya meningkat pendapatan rakyat. Walau pun negara sudah merdeka 55 tahun tahap kemiskinan rakyat semakin parah. Malahan kemiskinan sebenarnya dirancang supaya ia menjadi umpan kepada Umno untuk mendapat undi dalam setiap kali pilihanraya.
Dalam Umno bukan setakat pembohong, pembunuh dan perogol bersiri p
Posted on Friday, May 18 @ 05:42:40 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: bumiperak
"IPOH 17 Mei 2012 Al-Husseyn Pas Kawasan Gopeng berjaya menubuhkan satu lagi cawangan baru di Kampung Sri Ampang B.Kampung ini merupakan lubuk Umno dan penubuhan cawangan PAS di sini adalah satu tamparan hebat kepada Hamidah Osman, Dun Sungai Rapat.
Ketua cawangan ialah Ust Shuib Alias, bekas seorang pensyarah pengajian Ugama di Politeknik Ungku Omar. Beliau telah lama bergiat cergas dalam penyampaian dakwah melalui pengajian-pengajian ugama di merata masjid dan surau-surau sekitar Ipoh.
Sambutan orang ramai adalah diluar jangkaan kerana hebahan yang agak begitu suntuk. Namun alhamdulillah, lihatlah gambar-gambar diatas itu, bukan terhad kepada kalangan Melayu sahaja yang hadir, malah orang Cina dan juga India ada bersama.
Ismail Saleh, bekas seorang komando 69 turut menyampaikan ucapannya pada malam tersebut. Beliau turut menyatakan rasa kesalnya kerana merasakan perjuangan dan pengorbanannya dalam menghadapi komunis dihutan dulu tu sia-sia apabila kerajaan hari ini begitu mudah menyerahkan kerakyatan negeri untuk orang asing dengan begitu mudah.
Pagi tadi, beliau memaklumkan kepada saya bahawa sebentar tadi, jam sekitar 8.40 pagi, beliau telah dihubungi oleh seorang SB yang tidak dikenalinya berhubung dengan ucapannya malam tadi. Nampaknya ada reaksi dari SB. Mudah-mudahan ramai lagi SB yang akan sedar dan berpihak kepada rakyat setelah mereka berpeluang mendengar kuliah-kuliah pengajian politik secara tidak langsung dari pakar-pakar akademik.
Ya, itulah yang di harapkan apabila pihak penganjur menjemput berucap pada malam tersebut , bekas pensyarah undang-undang UAI, Dr Aziz Bari.
Dalam 'kuliah'nya malam tadi, banyaklah yang beliau sebut. Anda boleh rujuk disini Harap kepada mereka yang berkenaan akan dapat berlapang dada dan memikirkan sebaik-baiknya sambil memohon petunjuk dan hidayah dari Allah SW.
Tujuan hidup kita adalah sebagaimana ikrar yang sering kita ulang-ulangkan ketika solat - wamahya-ya , wamamati, lillahi Rab-il 'Alamin - yakni, dan hidup dan mati ku hanyalah kerana Allah pentadbir sekalian alam ini.
Tumpang bahasa kiasan Dr Aziz Bari, "Umno sekarang tidak menggunakan kepala lagi, tetapi mereka kini menggunakan ini," sambil beliau menunjukan kearah ponggongnya!
Dr Aziz turut menyentuh isu panas mengenai MB Pakatan Rakyat, DS Nizar yang muncul di ceramah Umno yang mengatakan kononnya "Nizar Pembohong Bersiri"
Dr Aziz dalam nada lemah lembutnya sempat membidas Hamidah bahawa, "dia tidak sedar dalam parti dia tu, bukan setakat pembohong, pembunuh bersiri pun ada ....perogol bersiri pun ada ..."ha! ha! ha! Ambik ko Hamidah!
Menteri ghairah lelong plat kenderaan, rakyat sengsara skandal berbilion ringgit
Posted on Friday, May 25 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Sumber RoketKini
KUALA LUMPUR, 25 MEI: Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.
Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.
Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
“Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak nilai “terminal kos rendah” KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.
“Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata ‘saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan’, ” tambah beliau.
Pua juga berkata, dalam isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kong yang juga Setiausaha Agong MCA telah mengarahkan bayaran diteruskan kepada pemegang saham Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Sedangkan, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) sendiri telah menyaman KDSB sebanyak RM1.6 billion di atas tuntutan berlebihan dan penipuan, tambahnya. Sebaliknya, beliau berkata, Kong pula menuduh PKA dengan mengatakan bahawa setiap jumlah yang dibayar adalah atas nasihat PKA walau pun PKA mengarahkan untuk menghentikan bayaran,” ujarnya.
Yang terkini, laporan Business Times yang mendedahkan bahawa MMC-Gamuda telah menuntut arahan perubahan kerja (VO) sebanyak RM1.5 billion dari kerajaan bagi lebihan kos Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik (EDTP) Ipoh-Padang besar. “Walau pun ia dinafikan oleh MMC-Gamuda, mereka tetap mengakui bahawa tuntutan “perbelanjaan dan kerugian” tersebut adalah disebabkan oleh kerajaan sendiri. “Nilai projek EDTP ialah RM12.49 billion dan kenaikan sebanyak RM1.5 billion bermaksud kenaikan 12% daripada kos asal,” kata Pua.
Menurutnya, semua ini perlu dijelaskan oleh Kong tetapi pemimpin MCA itu terus membisu walau pun sedar segala skandal tersebut telah menyumbang kepada masalah ekonomi negara kerana wang pembayar cukai yang berjumlah berbilion ringgit telah disalah guna dan dibazirkan. – Roketkini.com
Apa Kaitan RM237 Billion Dengan KJ Dan Pak Lah ? KJ Komen Lah Sikit?
Posted on Tuesday, May 22 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: psyco
"Tahniah di ucapkan kepada 2 pendebat ini kerana berani muncul secara live untuk berdebat bekaitan isu PTPTN. , Harapan juga agar moderator tidak di beri surat tunjuk sebab dari UIA kerana mencabar Najib dan Anwar untuk berdebat. Tidak dinafikan juga KJ dan Rafizi di kenali sebagai contoh bijak pandai dalam PKR dan UMNO berhujah secara live dan fakta untuk jadi pemimpin masa hadapan.
Sehingga ke pusingan akhir ada 2 pertanyaan dari Rafizi kepada KJ tentang kemanakah hilangnya RM237 Billion semasa zaman pentadbiran bapa mertua beliau tentang semasa menjawat jawatan PM tidak di jawap olah KJ. Sebagai punasihat Pak Lah dan Ketua Pemuda UMNO yang lantang apabila berucap, sedikit sebanyak telah memalukan UMNO dan BN menyerlahkan bagaimana satu lagi episod harta negara di belasah oleh UMNO dan gerombolan
Kita boleh lihat data-data yang dirujuk Rafizi bagaimana hutang PTPTN boleh muflis kan sesuatu negara jika tidak tuntut dan semakin meningkat contohnya USA hutang pendidikan nya meningkat USD2.6 Trilion, disanggah oleh KJ yang menganggap hutang PTPTN ini perlu di bayar untuk perkembangan ekonomi negara
Angka yang di hujahkan KJ menyanggah dan meyimpang dari fakta yang di bentangkan oleh Rafizi berkaitan PTPTN apatah lagi untuk menjawap beberapa isu rasuah yang Rafizi selitkan dalam hujah beliau.
KJ kena ingat semasa Anwar dalam UNMO dulu harapan beliau agar dapat memberi hidayah kepada munafik dalam UMNO tidak tercapai sebelum beliau di pecat dari UMNO dan bukan Anwar keluar.
KJ bagaikan spekulator broker saham dengan angka RM Billion yang di sangkal dengan realistik oleh Rafizi dengan jumlah RM Juta....contohnya kantoi kos Universiti MONASH dengan perbelanjaan RM200 juta.Tidak menjawap dengan fakta pembayaran RM6 Billion setiap tahun kepada konsesi Lebuhraya PLUS akibat kontrak perjanjian TOL tidak dinaikkan dan perjanjian konsesi IPP.
Selain isu PTPTN yang harus diakui KJ bahawa beliau bukan lah pahlawan najib yang boleh diharapkan , dah isu yang lebih menarik adalah persoalan yang harus di jawap oleh KJ iaitu bagaimana atau kemana wang PETRONAS sebanyak RM237 Billion semasa zaman pemerintahan bapa mertua beliau pada tahun 2004-2008. di lesapkan
ECM LIBRA boleh lah nak jual beli beb ni pasal rakyat pun ko sakit hati pe hal.
Gua sokong Najib, 76 kebaikan BN 1Malaysia tidak dapat disangkal pembangkang
Posted on Saturday, May 19 @ 07:00:15 PDT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: imamsurau
"Gua Sokong Najib Razak!! 76 Kebaikan Barisan Nasional Pada Rakyat 1malaysia yang tidak dapat di sangkal oleh PEMBANGKANG!!
Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN. gua sebagai anak muda malaysia sangat gembira dgn keupayaan kerajaan barisan nasional dalam meng'ekonomi'kan negara...
lu org semua boleh baca sampai muntah.. jgn malas membaca.. kah kah kah
1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilionitu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing.
2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
- Harga asal pembelian: €1.14 billion (RM4.52 billion)
- Kos Senggaraan jangka panjang: €999.15 juta (RM3.964 billion) kepada Perimekar Sdn Bhd bagi kerja-kerja penyelenggaraan jangka panjang kapal selam itu pada tahun 2002.
- RM417 juta untuk membiayai kontrak senggaraan (In Service Support) dua buah kapal selam Scorpene
- RM56 juta untuk bayaran pendahuluan sewaan perkhidmatan Sistem Submarine Escape Rescue Intervention (SMER-1).
- Sebelum ini, kerajaan sudah membayar €999.15 juta (RM3.964 billion) - Rujuk di atas.
- Kerugian akibat lebihan kos berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, membabitkan projek minyak dan gas Bulhanine dan Maydan Mahzam di Qatar serta projekhidroelektrik Bakun.
4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.- MISC (anak syarikat Petronas) telah diarahkan oleh Mahathir (PM ketika itu) untuk membeli aset Konsortium Perkapalan Berhad dengan pembiayaan sebanyakRM1.7 billion bertujuan menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak beliau, Mirzan.
6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
Pautan: Pos Malaysia Rugi RM546 Juta : Menteri Perlu Tanggungjawab
7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.- Harga ditawarkan oleh Eurocopter Malaysia yang dipilih oleh kerajaan: RM1.67 billion
- Harga Kelowna Flightcraft untuk helikopter alternatif: RM865 juta(Kerajaan dapat menjimatkan RM805 juta)
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyakRM292 juta.
9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian PelanconganRM10 juta.
12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP)yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion(antara tahun 2004 – 2007)
31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama)RM549,675 pada setiap tahun.
33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan.
Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk ‘mengendali secara atas-angin’ pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI.
34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal
42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyakRM4.486 billion.
46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilaiRM192.54 juta.
48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui.
Bagi menampung penggunaan bahan petroleum dalam negara, Petronas terpaksa membeli daripada pembekal luar dengan kadar semasa dan mengakibatkan Rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga mengikut pergerakan harga minyak dunia. Sepatutnya, tanpa perjanjian dagangan hadapan, Petronas memperoleh keuntungan yang besar mengikut harga pasaran semasa. Dengan keuntungan ini, Petronas dapat berkongsi harga bahan petroleum yang murah untuk kegunaan Rakyat.
Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas.
55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000(*)
58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan hargaRM13,500 (*)
60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan hargaRM143. (*)
(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyakRM76.8 juta.
62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanjaRM1.4 juta.
66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.
70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlahRM134,317.76.
71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 jutauntuk tempoh TIGA hari.
73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyakRM160,000sebulan.
75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi ‘fluidized bed gasification’ yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun.
76 .gua dgn ini isytihar akan terus menyokong kepimpinan Najib Razak dan barisan nasional yang di pimpinnya, tanpa jasa mereka, negara tidak akanberhutang sebanyak rm 565 biliion ringgit, gua ucapkan tahniah.. kah kah kah
by @tiewnama on twitter
harakahdaily"
Umno tahu tentang rasuah tapi tahukah mereka tentang Islam
Posted on Monday, May 14 @ 21:31:46 PDT
Dilulus untuk paparan oleh saddiqsigaraga
Oleh Moaz Nair
Secara jujur, UMNO tidak bersungguh-sungguh mempertahankan atau memuliakan Islam sebagai landasan untuk membina satu bangsa Melayu yang kuat dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Orang Melayu hari ini melihat UMNO sinonim dengan sebuah parti politik yang korup. Sikap sambil lewa kerajaan pimpinan UMNO setakat ini pada semua bentuk sogokan dan rasuah di negara ini telah menghakis sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Pada hari ini orang Melayu lebih tahu dan mereka menyedari akan amalan rasuah yang tidak terkawal di dalam parti UMNO, pentadbiran dan sektor sosial dan ekonomi - telah berlaku terlalu lama dan momentum mula menjadi lebih teruk dari sejak awal tahun lapan puluhan.
Budaya burukitu kini telah menjadi satu cara politik dan tadbir urus jenama UMNO walaupun mengakui kepada orang Melayu bahawa mereka "mempertahankan" Islam. Merekabegitu taksub di kalangan sehingga berdakwah kepada orang Melayu diluar bandar bahawa bukan Islam adalah satu "ancaman" kepada orang Islam.
Tetapi orang Melayu secara umumnya sedar bahawa cara ini hanyalah khayalan yang sengaja dicipta oleh UMNO untuk menipu orang Melayu luar bandar bagi meraih undi.
Banyak amalan rasuah berlaku
Orang Melayu lebih bimbang yang sogokan dan rasuah bercanggah dengan tuntutan agama yang ‘dipertahankan’ UMNO. Malah, kitab-kitab agama utama secara terang-terangan mengutuk perbuatan rasuah.
Di dalam Al-Quran menyebut: "Dan wahai kaumku Beri sukatan dan timbangan dengan adil dan tidak jangalah mengurangkan perkara-perkara yang menjadi hak kepada rakyat, dan jangan melakukan kerosakan di muka bumi, dan menyebabkan rasuah (11:85).
Bukan Al-Quran sahaja yang menyebuttentang rasuah tetapi isudari aspek sosial, politik, ekonomi dan agama tingkah laku manusia dan kelakuan. Alkitab (Injil) juga mempunyai banyak rujukan tentang rasuah, dan di antara adalah:
"Sebagai hamba rasuah mereka bahkan tidak akan memanggil idea rasuah, tabiat dan tindakan mereka sebagai jahat dan akhirnya akan binasa dengan rasuah mereka sendiri dalam kebejatan dan perhambaan (2.Peter 2-19)
Rig-Veda (1-104-3) juga merujuk kepada rasuah sebagai "penyalahgunaan dana awam, mengambil rasuah dari wang milik negeri dan amanah dan apabila tindakan individu telah pengurangan hasil negeri atau hasil institusi di mana dia adalah seorang pemegang amanah."
Sememangnya, Islam - agama dimana penganutnya adalah orang Melayu - menggalakkan moral yang tinggi dan mengutuk sogokan dan rasuah untuk manfaat manusia. Tambahan pula, ajaran Islam mewajibkan semua umat Islam mempertahankan keadilan dan amal yang baik dan menentang rasuah penyalahgunaan kuasa. Islam pada dasarnya menyokong keadilan sosial kepada semua dan mengutuk individu yang apabila diberi peranan untuk mentadbir, menyalahgunakan hak mereka dan mengakibatkankesengsaraan rakyat jelata.
Menggunakan Islam hanya untuk tujuan politik
UMNO tidak akan berhenti melaungkan kepada orang Melayu yang miskin bahawa mereka adalah satu-satunya "perisai" yang boleh mempertahankan Islam di negara ini apabila realitinya mereka terbabit dalam rasuah - hawa nafsu yang ternyata dilarang di dalam al-Quran. Orang Melayu jarang mendengar tokoh agama Umnobercakap perihal sogokan dan rasuah atau memberi kaunseling yang konstruktif kepada pemimpin UMNO dan kroni yang terlibat dalam kebejatan ini. Mereka lebih gemar memuji UMNO walaupun hati nurani mereka memberitahu mereka bahawa ia adalah salah untuk berdiam diri dalam menghadapi sesuatu yang tidak bermoral.
UMNO dan penyokongnya tidak boleh menyatakan diri merekasebagai pembela Islam jika sogokan dan rasuah dilepas pandang begitu sahaja dan menjadi sebahagian dari sistem politik. UMNO dapat dilihat menggunakan Islam untuk mencapai matlamat politik mereka. Mereka telah gagal untuk mengekang rasuah dan hanya memeranginya dari segi retorik semata-mata dan menggunakan Islam hanya untuk memperdayakan orang Melayu yang kurang berpelajaran dan miskin untuk menjadikan mereka setia kepada mereka. Ini adalah feudalisme yang digunakan untuk kepentingan diri.
Bagaimanapun, majoriti Melayu yang berpendidikan dan yang benar berpegang pada agama menyedari hakikat bahawa dalam ketiadaan kesedaran tentang Pencipta dan nilai-nilai moral, ia akan menjadi liabiliti kepada negara dan rakyat dalam jangka masa panjang. Mereka bimbang bahawa sogokan dan rasuah jika tidak dihapuskan akan memusnahkan negara dan membuatkan ia muflis.
Cakap-cakap kosong sahaja
Kerana Malaysia telah diisytiharkan sebagai "negara Islam" oleh UMNO,secara hak, mereka perlu dilihat sebagai pembela ideal Islam dengan menjadi model contoh kepada masyarakat. Malangnya, ia tidak. PAS atau pembangkang dihentam kerana kelemahan dan kekurangan UMNO yang tidak pendekatan untuk membuktikan bahawa mereka lebih Islam daripada pihak-pihak lain yang didominasi politik Melayu di negara ini. Orang Melayu boleh diwakili oleh PAS atau PKR dalam ketiadaan UMNO.
Apabila UMNO mempunyai keberanian politik untuk menjadi lebih Islam kerana mereka mempunyai kuasa dalam urus tadbir negara, mereka tidak serius keranakepentingan diri lebih utama. UMNO telah terkenal kerana retoriknya mengenai Islam - hanya di bibir sahaja untuk mencurangi dan memenangi undi Melayu. Kebenarannya adalah UMNO telah acuh tak acuh perihal rasuah menyebabkan ia merayap ke semua lapisan masyarakat sejak 55 tahun yang lalu.
Malaysia di bawah UMNO mempunyai indeks rasuah di tahap yang serius. UMNO telah dilihat sebagai sebuah entiti politik yang tidak serius dalam memerangi rasuah. Rasuah berleluasa dan rasuah di bawah UMNO telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi negara lebih rendah dan peningkatan dalam pinjaman kerajaan dalaman dan luaran meningkat. Fenomena ini menakutkan sekaligus menghalang pelaburan di negara ini kerana ahli perniagaan mempertimbangkan rasuah sebagai cukai tambahan yang menjadi beban kepada mereka.
Hutang fiskal negara
Ranking Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Antarabangsa baru-baru ini jatuh kepada kedudukan ke-60, dengan skor kepada 4.3 pada tahun 2011. Selain daripada hutang fiskal RM456.1 bilion, negara telah dibebankan dengan RM116.76 bilion liabiliti diluar jangkaan, dibahagikan antara pinjaman yang dikategorikan sebagai hutang negara pada RM109.14 bilion dan pinjaman luar negara pada RM7.62 bilion.
Hutang fiskal negara adalah sebanyak RM146 bilion pada tahun 2002, RM242 bilion pada tahun 2006 dan kini berada pada jumlah RM456.1 bilion pada akhir tahun 2011. Ini merupakan peningkatan hampir 100 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pinjaman yang telah diambil oleh badan-badan berkanun dan entiti yang diperbadankan meningkat kepada RM116.76 bilion pada 2011 daripada RM84.3 bilion pada 2009. Pinjaman ini akan dibayar balik dengan dana awam sekiranya peminjamlalai. Sekiranya RM116.76 bilion tidak boleh dibayar oleh badan-badan berkanun dan korporat, kerajaan Persekutuan akan terus dibebani dengan hutang.
RM976.7 juta dana awam yang diberikan kepada syarikat konsesi Maju Holdings dalam penjualan kontroversi Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) kepada EP ManufacturingBerhad belum ditebus lagi. Menghapus kira hutang MAS sebanyak RM589 juta oleh bekas pengerusi Tajudin Ramli kepada Danaharta walaupun diarahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar pada tahun 2009 merupakan satu lagi kes. Semua ini telah menimbulkan kemarahan rakyat.
Petronas telah memperuntukkan RM431 bilion kepada kerajaan sejak penubuhannya pada tahun 1974 - RM236 bilion daripada jumlah itu telah diberikan kepada kerajaan antara tahun 2006 dan 2009, semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Kerajaan telah gagal menggunakan dana ini bagi menjana sumber pendapatan baru. Tiada siapa yang tahu, kecuali beberapa pemimpin UMNO, di mana kesemua wang tersebut telah pergi.
Kehilangan RM12 billion
UMNO menjadikan negara berhutang sebanyak RM12 bilion akibat rasuah dan komplot ahli politik yang menguruskan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Perbadanan fidlot Nasional (NFC) dilanda skandal RM250million yang akan lenyap begitu sahaja. Kurang integriti di kalangan ahli politik UMNO telah menyebabkan berbilion ringgit lesapakibat rasuah, kecurangan, kronisme, ketidakcekapan, tiada ketelusan, rasuah, menjamin, pinjaman tidak berbayar, pembaziran wang pembayar cukai hasil titik peluh mereka dan memperkosa hasil hutan untuk kayu oleh ahli politik yang berkaitan.
Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, Malaysia telah kehilangan RM1.08 trilion (AS $ 338 bilion) menerusipengaliran keluar secara haram - yang keempat tertinggi di negara membangun. Jika aliran keluar wang yang haram ini adalah petunjuk skala rasuah maka Malaysia mempunyai set pemimpin yang paling korup di Asia Tenggara, dan juga ke-4 yang paling korup di dunia - "mengumpul" apa yang mereka telah bolot di luar negara.
Integriti Kewangan Global (GFI) melaporkan pada bulan Januari, RM930 bilion mengalir keluar dari Malaysia dari tahun 2000-2008, meningkat kepada RM218 bilion setahun daripada awal RM71 bilion pada tempoh itu. Malaysia rugi RM150 bilion dalam aliran keluar secara haram pada tahun 2009.
UMNO lebih suka untuk berdiam diri ke atas semua isu-isu ini kerana takut mereka akan kehilangan kuasa jika semua orang yang terlibat diburu dan diheret ke mahkamah. Dengan sikap tidak peduli UMNO, rasuah telah mempengaruhi sfera kehidupanrakyat Malaysia dan rasuah telah memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat Malaysia yang termiskin.
Ramai yang melarat dalam kemiskininan
Apabila banyak kerajaan yang cekap di negara-negara maju dan membangun serius terlibat dalam peperangan menentang rasuah, UMNO acuh tak acuh untuk melakukan perkara yang sama. Rasuah telah menyebabkan wang haram atas kesengsaraan negara dan rakyatnya. Ia membuat beberapa orang menjadi kaya dan majoriti menderita dalam kemiskinan.
Rasuah yang berleluasa di bawah UMNO telah menjejaskan ekonomi Malaysia dalam pelbagai cara. Ia telah mengurangkan hasil kerajaan yang boleh digunakan untuk kebaikain contohnya pembangunan infrastruktur. Ia juga telah meningkatkan kemiskinan di negara ini dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan bagi golongan miskin untuk keperluan am dan meningkatkan beban cukai menjadi lebih tinggi.
Oleh itu, Islam bagi UMNO hanya menjadi sebuah kenderaan untuk menipu orang Melayu yang miskin supaya menyokong mereka dalam pilihan raya. Intipati Islam tidak pernah menjadi sebahagian daripada jiwa UMNO, hanya Islam dieksploitasi untuk keuntungan politik. Dalam erti kata lain, UMNO tidak mengamalkan Islam dari segi cara tadbir urus untuk memeriksa sogokan dan rasuah yang memberi kesan kepada golongan miskin.
Dengan sogokan dan rasuah semakin teruk, UMNO telah lalai dari memberi penekanan kepada akauntabiliti bagi memastikan keadilan, kejujuran, kesaksamaan dan kecekapan dalam tadbir urus. Akauntabiliti merupakan satu lagi nilai asas dalam ajaran Islam. Dan nilai ini bersifat universal bahawa ancaman sogokan dan rasuah boleh dengan sewajarnya dijauhi jikaorang Islam dan bukan Islam di Negara ini ikhlas menjalankan tugas mereka.
UMNO telah gagal untuk membuat orang Melayu yang miskin memahami isu ini: Dalam Islam, tidak ada siapa yang maksum, semua bentuk ketidakadilan terhadap agama mesti ada mereka yang bertanggungjawap sepenuhnya dalam tadbir urus. Malangnya, pendekatan UMNO dalam politik basi dan lapuk. Atas sebab ini, pihak yang mengambil alih daripada UMNO mestilah menggalakkan persekitaran lebih lebih mesra untuk membuang kronisme dan monopoli, menggalakkan persaingan sihat, memudahkan dasar dibuat dan meningkatkan sistem penyampaian dan kesedaran rakyat mengenai keperluan menjadi lebihbertanggungjawab, cekap dan telus (CAT) dalam urus tadbir untuk membasmi rasuah dan korupsi.
UMNO menyebarkan sikap materialistik
UMNO sebenarnya menyebarkan sikap materialistik yang terus menghidupkan rasuah dan ini telah merosakkan semangat keusahawanan orang Melayu yang bijak dan sihat. Lebih malang, di bawah UMNO ekonomi acap kali dicemari oleh manipulasi politik.
Ia adalah benar bahawa Islam menggalakkan perusahaan swasta, tetapi Islam pada masa yang sama menekankan sektor awam yang berkesan bebas daripada amalan rasuah. Islam menganjurkan tadbir urus yang baik dan berkesan, melindungi yang lemah dan mengawal yang kuat. Tanpa kebolehpercayaan dan ahli politik yang jujur, sektor awam menjadi lemah meninggalkan mangsa menjadi permainan hawa nafsu usahawan yang hanya berorientasikan keuntungan.
Islam bertujuan menyediakan keadilan sosial untuk semua orang Islam dan bukan Islam. Kenapa UMNO mesti membuat orang Melayu takutan PAS? PAS tidak mengamalkan Islam sepertimereka yang di sesetengah negara Islam yang mundur. Malangnya, nilai-nilai Islam tidak dihargai oleh UMNO. Sebagai contoh, negara mempunyai lebihan wang zakat tetapi wang itu disimpan dalam organisasi kaya dan tidak digunakan ke atas mereka yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan. Akibatnya, majoriti orang Melayu masih miskin dan yang kaya semakin kaya untuk sudah 6 dekad yang lalu.
Rasionalnya pemimpin agama dalam UMNO harus bersuara dalam menangani masalah sosial dan meninggikan suara mereka terhadap ketidakadilan, kerajaan rasuah dan amalan-red tape, tetapi malangnya, mereka lebih suka berdiam diri dan tidak melibatkan diri dalam hal-hal sensitive seperti ini kerana takut bahawa mereka akandicela.
Jauh daripada fatwa dan ajaran Islam, UMNO tidak boleh menerima kemajmukan dalam politik; bersetuju untuk mengambil sistem dua parti, amalan pilihan raya bebas dan jujur, membina sistem kehakiman yang bebas, badan anti-rasuah dan Polis. UMNO telah gagal untuk membuka pintu bagi media yang bebas, liputan media yang adil serta penyebaran maklumat dan ketelusan dalam sistem penyampaian mereka.
UMNO gagal untuk Melayu yang miskin
Sogokan dan rasuah di negara ini telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah. Beberapa pemimpin rasuah dan kroni-kroni mereka dalam generasi ini akan menikmati lebih banyak daripada yang diperlukan, manakala buat generasi akan datang, tiada apa yang akan ditinggalkan.
Islam bagi UMNOhanyalah alat untukmenutup mulut orang Melayu miskin dan semua perkara yang diragui dalam kerajaan. UMNO peduli akan nilai Islam dalam menjamin akauntabiliti kroni yang diberi projek-projek kerajaan yang besar, memerangi rasuah dan ketirisan kewangan. UMNO nampaknya tidak mempunyai keberanian moral untuk menggunakan kuasa politik mereka untuk mengekang semua individu yang rasuah. UMNO juga telah gagal menyemai dalam tadbir urus unsur-unsur kejujuran dan integriti. UMNO seolah-olah tidak tahu bahawa Islam melarang keras sogokan dan rasuah. UMNO telah gagal untuk mengambil pendekatan kerohanian untuk menghentikan kehancuran yang melanda negara ini.
Lagipun, UMNO menipusemua orang Melayu yang miskin bahawa mereka mempertahankan Islam. Jika mereka tahu akan kebenaran, UMNO sebenarnya telah gagal mempertahankan orang Melayu yang miskin.
Malaysia Chronicle
PANAS!! Zul Nordin anggap Ibrahim Libya mati sia-sia.. (Video Inside)
Posted on Thursday, May 10 @ 17:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh teori
Oleh: AnakSgDerhaka
" Korang baca dulu apa tanggapan Zul Nordin @ Zul Kulim ini tentang kematian Ustadz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang telah syahid di Memali suatu masa yang lalu ketika beliau baru disepak keluar dari PKR..Salam 2 all.
Pagi 19 Nov 1985, di sebuah perkampungan kecil di panggil Memali, Baling, berlaku satu peristiwa hitam dalam sejarah negara. 14 orang awam penduduk kampung ditembak mati oleh pasukan keselamatan. Empat anggota FRU turut terkorban.
Banyak versi yang kita dengar, dan banyak cerita yang disampaikan, tetapi hakikatnya ia satu peristiwa yang boleh dielakkan.
Saya sendiri semasa itu baru sahaja tamat pengajian dari Victoria University Wellington. Sebaik mendapat berita dan maklumat mengenai kejadian tersebut, saya telah membuat satu komen mengenainya, dan disiarkan disebuah akhbar di Wellington, tidak silap saya akhbar The Herald. Kebetulan semasa kejadian saya sedang bersiap-siap untuk pulang ketanah air. Sebaik tiba, saya terus pulang ke kampung yang terletak tidak jauh daripada Kg. Memali. Saya sempat melihat kesan-kesan insiden tersebut, dan saya sempat ke perkuburan syuhada yang terletak tidak jauh daripada bulatan Parit Panjang.
Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa itu. Setakat yang saya tahu, kejadian bermula kononnya kerana Kerajaan pada masa itu berpendapat Assyahid Ustadz Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Ustadz Ibrahim Libya (atau nama betulnya Ustadz Ibrahim Bin Mahmud) adalah seorang lulusan Universiti Tripoli, Libya (itu sebab beliau dipanggil Ustadz Ibrahim Libya). Beliau pada mulanya bertugas sebagai pegawai pendakwah dan penceramah bagi Bahagian Hal Ehwal Islam JPM (BAHEIS-sekarang Jakim).
Namun semangat menyebarkan dakwah menyebabkan beliau membuat keputusan pulang ke kampung halaman dan membuka sebuah madrasah dipanggil Madrasah Islahiah Ad Diniah. Disitu pengaruh Ustadz Ibrahim Libya makin kuat dan Assyahid menyertai PAS dan bertanding dalam beberapa pilihanraya (dimana walaupun tewas tetapi dengan majoriti yang kecil sahaja). Saya masih teringat satu tulisan terpampang dirumah Assyahid dengan ayat "perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata". Itu adalah "tagline" Assyahid yang cukup terkenal terutama bagi kami orang Baling.
Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustadz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.
Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!
Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang...
Itu adalah sebahagian dari artikel yang ditulis oleh Zul Nordin pada 19 Nov 2010 di dalam Blog miliknya..
Setelah semakin lama menjadi Ahli Paelimen Bebas yang menyokong Barisan Nasional.. segalanya mula berubah.. dari menganggap kematian Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah Syahid.. beliau kini mempertikaikannya..
Dalam video di bawah pada minit 1:40 anda akan menyaksikan bagaimana Zul Nordin menceritakan tentang kematian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya..
Disini beliau mempertikaikan pula kesyahidan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya, malah menghina pula cara mereka dikebumikan..
Video berkenaan sila lihat di SINI
Monday, May 7, 2012
Dulu, Majlis Fatwa Sokong Pembunuhan Ibrahim Libya
Janganlah terkejut dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau dulu Ustaz Ibrahim Libya yang tidak berdosa dibunuh secara kejam di Memali. Majlis Fatwa Kebangsaan boleh keluar menyokong 100% tindakan itu dan sekaligus memfitnah arwah Ibrahim Libya dengan memanggil beliau sebagai "Bughah" (penderhaka).Tulang Besi berani bercakap berkaitan dengan kes Asy Syahid Ibrahim Libya kerana Tulang Besi telah merujuk Ustaz Ahmad Awang yang menganggotai mesyuarat JK Majlis Fatwa tersebut sebelum beliau telah dihalau keluar. Kalau ada sesiapa yang tidak percaya dengan Tulang Besi, sila rujuk kepada Ustaz Ahmad Awang sendiri.Sudahlah arwah dibunuh secara kejam, Majlis Fatwa Kebangsaan tolong fitnah pula beliau.Tanggunglah dosa kesemua yang memfitnah mangsa kezaliman itu.Yang harus dipuji adalah Tuanku Sultan Kedah yang turun sendiri menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya.DAULAT TUANKU!!!Jadi, bila Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa mengharamkan demonstrasi ini, Tulang Besi sedikit pun tak terkejut. Tanggunglah mereka akan dosa mengharamkan perkara yang Allah SWT tidak haramkan.Tulang Besi pula merujuk kepada Fatwa Sheikh Yusuf Qardhawi yang menyokong amalan demonstrasi jalanan demi menentang kezaliman dan penyelewengan. Rasanya ilmu Dr Yusuf Qardhawi jauh lebih tinggi dari keseluruhan ahli2 Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.Akhir kata, masa sebelum Mubarak jatuh dulu, Universiti Al Azhar sendiri mengeluarkan fatwa supaya orang2 Mesir pulang ke rumah dan berhenti berdemo.Akhirnya yang malu adalah Universiti Azhar sendiri kerana fatwa mereka sudah tidak diperdulikan rakyat Mesir.Perkara yang sama bakal berlaku kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang membiarkan diri mereka digunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO dan Barisan Nasional.
Memali : 19 Nov Masih Segar Dalam Ingatanku
Date: Wednesday, November 18 @ 20:11:44 MYT
Topic: Fokus Isu
Oleh Sofi WahabMasih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata bonda tercinta saya ketika saya baru pulang dari sekolah menduduki peperiksaan SPM 24 tahun lalu iaitu pada 19 November 1985. Bonda saya berkata " Mat (nama mesra saya), ada orang beramuk di Baling, 14 orang meninggal"
Saya mendengar dan minat. Tidak lama selepas itu RTM terus memfitnah Ustaz Ibrahim sebagai penderhaka, pengamal ajaran sesat dan sebagainya."Sapa yang dibunuh tu mak" tanya saya."Dengar cerita orang PAS, Ustaz PAS dan anak-anak muridnya" jawab Bonda saya yang ketika itu berumur dalam linkungan 48 tahun.Walaupun saya baru berumur 17 tahun ketikan itu namun saya sudah terlibat dengan usrah PAS cawangan dan kawasan secara langsung dan saya faham akan perjuangan PAS dan perjuangan Ustaz Ibrahim Libya.Bertungkus lumus Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan Allahyarham As Syahid Ustaz Ibrahim Libya di Parlimen. Ketika itu Tok Guru satu-satu Ahli Parlimen PAS (Pengkalan Chepa) dalam dewan.Akhirnya segala-gala teki terjawab apabila Sultan Kedah sendiri mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim. Selain itu ada anggota majlis fatwa Kedah yang memfatwakan Ustaz Ibrahim dan sahabat-sahabatnya adalah syahid.As-Syahid kental mempertahankan nyawa, maruah, keluarga, pondok dan hartanya dari anggota pasukan keselamatan yang menyerang mereka atas arahan pimpinan Umno/BN ketika itu.Ketika saya menuntut di utara tanahair saya sempat melawat kesan-kesan kezaliman penguasa ke atas As Syahid. Kesan peluru di dinding-dinding, pokok dan sebagai masih ada. Itupun selepas 2 tahun kezaliman dilakukan.Seingat saya sudah 2, 3 kali saya menziarahi makam As Syahid dan sahabatnya. Setiap kali saya menziarahinya, air mata saya mengalir kerana sayu mengenangkan kezaliman penguasa keatas rakyat yang tidak berdosa. Mengapa begitu kejam mereka ini, tanya hatiku.
Kepada para Syuhada, aman dan damailah kailan di sana mendapat nikmat dari janji Allah.
Apa yang diharapkan kerajaan yang bertanggungjawab ke atas peristiwa ini jenguk-jenguk mangsa Memali ini. Berilah bantuan dan pertolongan semaksima mungkin. Guna untuk menebus dosa yang telah dilakukan. Walaupun ianya mungkin tidak mampu mengembirakan mangsa Memali tetapi setidak-tidaknya keperitan hidup mereka dapat dibela.
Tahniah juga kepada pihak Madsrasah Islahiah Memali kerana berjaya membangung institusi tersebut sehingga menjadi sebuah institusi pendidikan yang besar sekarang ini. Cita-cita As Syahid untuk membangunkannya akhirnya tercapai. Syabas dan tahniah.
Kepada seluruh pencinta perjuangan Islam, hulurkan apa juga bantuan yang boleh diberi kepada mangsa Memaali dan Madrasah ini. http://mutaligat.blogspot.com/
Kisah Benar Tragedi Memali ( Ustaz Ibrahim Libya )
Posted on April 11, 2009 by aneroid09Tanggal 19 Nov 1985, Kg. Memali, Mukim Siong, Baling, Negeri Kedah Darul Aman di bumi Malaysia menjadi saksi satu tragedi yang sangat dahsyat dalam sejarah tanah air. Lebih 3000 anggota keselamatan dihantar oleh pihak pemerintah daripada regim Barisan Nasional untuk melakukan aksi penangkapan ke atas seorang tokoh ulama’ yang bersama di dalam Gerakan Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Se-Malaysia (PAS).Beliau yang mesra dengan panggilan Ust. Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud merupakan pendakwah tanah air yang sebelumnya pernah berkhidmat bersama Pusat Islam Malaysia. Beliau yang telah sekian lama bersama PAS akhirnya mengambil keputusan meninggalkan Pusat Islam bagi meluaskan lagi ruangnya memberikan perkhidmatan kepada Parti Islam walaupun khidmatnya sangat diperlukan oleh Pusat Islam sehingga beliau pernah dii’tiraf sebagai pendakwah terbaik. Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act (ISA) yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai ‘Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ust Ibrahim begitu bersungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara.
Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi ‘mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ust. Ibrahim Libya. Alasan-alasan dicipta bagi membolehkan pihak pemerintah dengan mudah menangkap Ust. Ibrahim. Kerjasama antara pemerintah dengan pihak keselamatan mula dilakukan dengan hebat.
Menjelang operasi penangkapan, Kg.Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala tentera musuh yang besar atau pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang direka mengenai kegiatan Ust. Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada akhbar bagi mengelabui mata orang awam. Ust. Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi.
Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah terkepung, dibimbangi ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata ‘orang kampung’ disediakan kerana bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajipan yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata ‘orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengahantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh kereta perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polis disediakan termasuk Pasukan Polis Hutan dan segala macam kelengkapan lain.
Anggota polis berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polis yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahawa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahawa pada malam serangan ingin dilakukan iaitu malam 18 Nov tersebut, sebahagian anggota polis bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polis di Negeri Kedah. Antara anggota polis yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam.
Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut ‘Ops Komunis’ ini, Musa Hitam (Tim. PM), Dato’ Yahya Yeop (pemimpin tertinggi Polis Negeri Kedah) dan Dr.Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ust Ibrahim Libya pada tarikh tersebut.
Keesokannya harinya, tanggal 19 Nov 1985, selesai Solat Subuh, Ust Ibrahim terus memberikan taujihat penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis-majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jama’ah supaya jangan ada yang lari dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menyebut mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid.
Antara mereka yang rapat dengan Ust Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah (sudah meninggal). Mereka inilah antara yang kerap melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumahan darah khasnya orng ramai. Namun, Ust Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim kerana baginya, beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan atau jenayah. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam.
Berita kehadiran anggota polis untuk menangkap Ust Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan dikalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ust Ibrahim. Beberapa orang dikalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polis agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polis tidak mempedulikan. Dikalangan anggota tentera ini ada yang menyebut, “ingat ! hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut.
Setelah dilihat Ust Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar berundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri dikalangan orang tua, kaum ibu, pemuda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberanian melaungkan kalimah ‘Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Parang panjang yang sering digunakan dikebun untuk tugasan harian, digenggam erat bagi menghadapi kemungkinan-kemungkinan. Ibu-ibu dengan parang dan buluh-buluh panjang menghalau pasukan polis. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polis bersenjatakan parang dan pisau.
Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu berganjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pengsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi mangsa, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Parang ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polis. Subhanallah. Belum sempat parangnya singgah ke tubuh anggota polis tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut.
Jerit pekik penduduk semakin kuat apabila serangan bertalu-talu dari kereta perisai polis dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ust. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru menghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Diatas ribaan isterinya, beliau menghembuskan nafas. Beliau sempat bertanya, “abang kena apa?”. Si isteri menjawab, “abang ditembak”.
Menjelang waktu Zohor, hujan renyai-renyai turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jenayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Mangsa yang terkorban diangkut ke dalam trak-trak polis. Didalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang tercedera disepak terajang. Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung disumbat ke dalam trak polis untuk dibawa ke balai. Yang cedera dibawa ke hospital. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahsiakan kejadian.
Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah perbalahan diantara pihak berkuasa agama (Majlis Fatwa Kebangsaan) dengan penduduk. Mereka mendakwa Ust Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pondok-pondok Negeri Kedah yang melihat bahawa mereka ini mati kerana mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama dibawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ust Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah (penderhaka kerajaan Islam) dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak.
Sehingga hari ini, kes ini yang telah beberapa kali dibawa ke mahkamah sunyi sepi tidak berbunyi lagi. Kes yang masih berada di dalam fail mahkamah ini tidak dipedulikan oleh Menteri Penerangan Malaysia (sebelum ini) iaitu Dato’ Zainudin Maidin. Beliau memperalatkan beberapa klip video tragedi Memali ini untuk menyerang PAS sebagai gerakan ekstremis, radikal, militan dan sebagainya selepas pasca 11 Sept 2001 dengan menggambarkan orang PAS menyerang anggota keselamatan. Hari ini, genap 23 tahun tragedi Memali yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan mencederakan beberapa anggota polis yang memang mereka ini tidak tahu pun tujuan sebenar dihantar ke sana pada tarikh tersebut. Mereka tidak bersalah. Bahkan seorang demi seorang orang kampong yang sepatutnya menjadi saksi dimahkamah untuk memfailkan saman kepada kerajaan Barisan Nasional kini telah menghadap Allah s.w.t.
Selepas kejadian tersebut, setiap tahun PAS mengadakan sambutan memperingati Tragedi Memali. Saban tahun juga ada sahaja anggota polis yang secara diam-diam menyalurkan sumbangan kepada PAS, kepada balu-balu syuhada’ dan memohon kemaafan atas kesilapan mereka. Melihat kepada situasi anggota polis yang sangat sedih dan terkilan dengan kejadian ini yang bukan dengan kerelaan mereka dan sangat terharu dengan sambutan memperingati syuhada’ ini , akhirnya atas nasihat dari pimpinan, sambutan yang berjalan beberapa tahun tersebut dihentikan. Wallahua’lam.
Catatan: Sejarah ini saya paparkan semula bukan dengan niat untuk memprovokasi mana-mana pihak, tetapi sekadar ingin mengingatkan semula generasi hari ini khasnya anak muda bahawa kebangkitan perjuangan Islam pada hari ini adalah hasil pengorbanan generasi terdahulu yang sejarahnya penuh dengan darah dan air mata. Semuanya demi melihat Islam tertegak. Mudah-mudahan sejarah ini menjadi inspirasi untuk kita terus istiqamah, sabar, dan terus berada diatas landasan ini.
Saya juga memohon maaf sekiranya ada maklumat yang saya sampaikan ini tidak tepat kerana semua ini hanya maklumat dari ingatan saya sahaja. Anda boleh merujuk semula buku yang ditulis oleh Cikgu Non (CN Al-Afghani) yang menulis buku ‘Suamiku Kekasih Allah atau buku terbitan PAS Pusat hasil temuramah dengan Sdr. Yusuf Husein (sekarang pimpinan PAS Kedah) atau VCD Ops Hapus Komunis. Jika ada kesalahan, tolong maklumkan di ruangan komentar dibawah ini. Jazakallahu khairan kathira.
Sumber asal oleh : arruhuljadid
BAHAGIAN 2 : Catatan Kronologi Tragedi Berdarah Memali 1985
Berikut adalah catatan terperinci mengenai perkembangan di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang berkesudahan dengan terkorbannya 13 nyawa bersama Asy-Syahid Ibrahim Mahmud.
Catatan yang dipaparkan di sini merupakan rakaman komputer daripada Signals Division pasukan PDRM yang mengikuti perjalanan tragedi Baling itu untuk maklumat perdana menteri.
Di sini dicatitkan juga fakta mereka yang tercedera dan mereka yang berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. TOP SECRET:
001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman, Kedah, Perlis, dan Penang.
002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.
003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.
004:(18/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.
Nota Khas:
Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama “Operasi Hapus” oleh Musa Hitam.
005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.
006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang diterima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.
007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.
008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud.
Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibu pejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yang seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.
Catatan di Kampung Memali: Seorang pemandu motorsikal dilihat berhenti di hadapan pintu-gerbang rumah yang dihuni oleh Ibrahim Mahmud. Seorang muda dilihat berlari ke arah pintu rumah itu meminta kebenaran untuk masuk. Dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yang ramai di Baling setibanya di pekan itu. Ibrahim Mahmud telah dikejutkan dari tidurnya. Begitu juga halnya dengan 39 orang lain yang telah berjaga malam di Madrasah itu sebelumnya. Mereka dikerah bersiap sedia untuk mempertahankan diri. Mereka mula mengumpulkan segala alat yang ada di rumah kampung seperti kapak, pisau, buluh runcing dan sebagainya. Yang lebih berani telah membuat bom molotov pula. Dengan lain perkataan, setiap insan di situ ada alat senjata yang boleh dipergunakannya.
Dalam kumpulan yang bertahan itu ada empat kanak-kanak dan lima kaum wanita. Ibrahim telah mengajak para pengikutnya untuk berwuduk daripada sebuah telaga yang berhampiran. Mereka telah melaksanakan solat sunat dan juga solat hajat. Mereka membaca Surah Yaasin dan berzikir. Ibrahim Mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyahadah daripada menyerahkan dirinya untuk dijadikan alat mereka yang mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yang curiga dengan hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka. Tidak ada sesiapa yagn mahu berganjak daripada tempat duduknya. Laungan Allahuakbar mula bergema, bertalu-talu dan memecah keheningan Kampung Memali. Yang hadir lebih memilih jalan ‘syahid’ daripada terus hidup mengabdikan diri ke jalan yang hina. Di waktu yang sama di Stesen Polis Daerah Baling, segala persiapan untuk menyerang kampung Memali semakin dipercepatkan. Semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis
yang telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.
009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibu pejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.
010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.
011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.
012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang sering mereka gunakan ketika bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalah sasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan
sendiri.
Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah ditolak oleh pegawai pemerintah.
BABAK DUA
013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telah ditentang oleh pegawai yang beragama Islam.
014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali.
Nota Khas:
Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi semacam itu ?
015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh balingan bom molotov.
Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.
016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.
017: Jam 1136 (19/11/85) pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk sahaja.
Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahiml Beliau telah melawat merka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara:
“Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid.”018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi sambil berkata; “Pergi jahanam dengan Islam”.
019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitam mengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.
020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.
021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. “
BABAK KETIGA
Setiap insan yang waras di kalangan marhaen di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: “Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama.
Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang.
Dilemma UMNO
Di manakah prioriti UMNO selepas episod Memali? Kalau UMNO memperakukan ianya sebuah parti Islam, episod Memali membawa erti bahawa para pemimpinnya telah memperlekehkan Allah. Bukankah mereka yang telah merencana pembunuhan di Memali itu sehingga tergolongnya beberapa insan sebagai mati syahid? Kalau para pemimpin UMNO memperakui bahawa parti itu condong ke arah nasionalistik, ia bererti bahawa para pemimpin itu sudah menderhaka kepada banganya kerana terbunuhnya orang Melayu. Bukankah itu kaum yang mahu dilindungi oleh UMNO?
Tindakan yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO ini akan mencetuskan peperangan saudara di kalangan orang Melayu. Cara nyawa diperlekehkan telah membuatkan ramai ahli UMNO yang kecewa dengan kepimpinan Timbalan Presiden Parti, Musa Hitam. Beliau memang semacam giankan kesamsengan dan kini menerima padahnya. Rakan sejawatnya dalam kerajaan Idonesia bernama General Benny Murdani pernah berkelakuan serupa dan dibenci oleh rakyatnya. Kini Musa menerima jolokan sebagai ‘haiwan politik’ dan juga ‘penghapus orang Islam’. Murdani adalah seorang agen Zionis, kerana dia bukan beragama Islam. Tetai kenapakah Musa Hitam mengikuti gelagat Murdani?
Tindakan yang dilakukan oleh UMNO menunjukkan parti itu bukan lagi memberi kepentingan terhadap keluhuran Islam dan juga orang melayu. Ironisnya Islam dan Bangsa Melayu menjadi alat UMNO untuk terus mempertahankan kuasanya. Kumpulan ultra Cina dan India sedang bersepakat secara senyap di kalangan mereka. Mereka berjaya memperalatkan individu Melayu yang ternama sebagai juara tempelan mereka. Untuk menyelesaikan keadaan yang semakin menjadi satu masalah besar ini, Dr. Mahathir perlu menulis lagi mengenai dilemma UMNO. Kesan tragedi Memali telah membuatkan Kampung Memali bertukar rupa daripada sebuah kampung yang aktif menjadi sebuah kampung yang dihantui seribu kenangan pahit. Ramai penduduk asal kampung itu telah melarikan diri kerana takutkan ancaman polis.
Seramai 159 penduduk kampung pernah ditahan oleh polis Dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran Islam yang direstui Allah. Mereka ini termasuk beberapa anak-anak kecil dan warga tua sedang ditahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan. Kaum wanita dibiarkan berkumpul dengan kaum lelaki. Tidak ada kemudahan bersolat. Mereka kerap didera dan diaibkan. Anak-anak kecil dilihat menangis mencari ibu-ibu yang sengaja dipisahkan dari mereka. Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari. Sesiapa yang cedera parah dihantar ke hospital Sungai Petani ataupun Alor Star. Mereka hanya diberikan layanan pesakit luar, satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak diperbaiki ada di kalangan mereka yang akan mati syahid pula.
Tiga belas daripada yang mati syahid termasuk Ibrahim Mahmud telah disemadikan di satu kubur panjang di Parit Panjang, Baling. Mereka disemadikan dengan pakaian mereka yang berlumuran darah itu. Seorang mangsa lagi telah disemadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya. Kes ini kini dianggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah Operasi Hapus itu. Kumpulan ultra yang bukan beragama Islam memang menantikan berlakunya peperangan saudara hasil episod Memali ini. Kini, orang Melayu sudah sedar betapa berbahayanya semangat nasionalisme dan kuasa yang didorong oleh semangat semacam itu.
Kepada golongan yang mati syahid, episod yang berlaku adalah merupakan kemuncak kehidupan mereka. Mereka sudah pulang kepada pencipta-Nya dan di waktu yang sama mereka telah membawa satu arus kesedaran kepada orang melayu di negara ini.
Mereka telah menyedarkan betapa orang Melayu harus berganding bahu dengan saudara Islam di seluruh dunia. Dengan cara itu barulah kita faham apa ertinya menjadi seorang muslim.
Dengan arahan yang dibuat oleh Musa Hitam, ramai orang yang tidak berdosa telah ditangkap dan ditahan. Mereka dikumpulkan di satu tempat yang tidak selesa dan menjiikkan. Hingga hari ini jumlah merka yang ditahan dan nama yang telah ditahan secara tersilaf tidak pun diterbitkan. Mereka yang ditahan itu tidak pernah dibawa ke hadapan mahkamah untuk didakwa. Kenapakah kerajaan tidak melakukan tindakan yang serupa seperti kes BMF? Apakah Episod Penghapusan Memali itu dilaksanakan sebagai melencongkan perhatian rakyat terhadap rompakan di siang hari yang paling terbesar dalam sejarah negara ini? Berbilion dana kepunyaan rakyat telah lesap dan seorang insan yang jujur telah dibunuh.
Namun, pihak kerajaan masih mahu berahsia dalam hal BMF itu dan perkara itu masih belum mampu diselesaikan. Sebaliknya pula, apabila seorang ulama cuba memberikan khidmatnya kepada rakyat jelata, dan membantu mereka menaikan taraf hidupnya, beliau telah dikepung dan ditahan untuk dibunuh dengan kejam. Di manakah letaknya erti kehakiman, keadilan dan kebenaran itu? Mereka yang bertanggungjawab dalam Episod Memali harus ditangkap dan dibawa ke mahkamah. Darah orang Melayu tidak sepatutnya dibiarkan mengalir di atas bumi orang Melayu dengan alasan songsang betapa Islam menyokong nasionalisme. PAS dan juga seluruh organisasi Islam telah mendesak agar ditubuhkan satu suruhanjaya diraja untuk membongkar kisah Tragedi Memali itu.
Satu Kertas Putih perlu dikeluarkan dan untuk sementara waktu sebarang usaha untuk mengadakan pemilu harus ditangguhkan.
Kata-kata Kenangan Kepada Yang Syahid:
“Janganlah kamu mengira bahawa orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki.”
27 hb November, 1985 14 hb Rabi-ul-awal 1406.
Suara Islam Malaysia. “
SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan……………….
Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.
Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun!!!!! disana fajar sedang memancar…………………..
Disedut dari Al-Banjari Online ; TiAdA MaLaM SeInDaH BinTanG, TiAdA KaTa SePerKasA BiCaRA;
Gambar: Google search
Cinta Agung
untuk dicintai dan menyintai.jadi adakah kita akan
dapat cinta atau kasih dari orang yang kita
cintai.carilah cinta yang sejati,dimana ianya tidak
sungguh indah dan amat beruntug sekali.kita
tidak akan menyesal sekiranya mendapat cinta
yang sejati.untuk mendapatkanny kita haruslah
mempunyai perasaan kasih dan cinta yang amat
sangat untuk ALLAH iaitu pencipta kita semu..
Fitrah semulajadi manusia ingin disayangi dan
menyayangi, ingin dikasihi dan
mengasihi serta ingin dicintai dan
mencintai.Mengejar cinta Tuhan, orang
akan suka dan rasa senang. Tiada yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalam
pertarungan merebut cinta Tuhan.Perasaan
sayang manusia tiada terhad sesama
insan semata tetapi meliputi semua makhluk
sama ada yang bernyawa ataupun
tidak. Manakala kasih sayang pula diberi hanya
sesama manusia, tidak kepada
benda. Ini yang membezakan di antara ‘sayang’
dengan ‘kasih sayang’.
Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak
salah diberikan sesama makhluk
tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan
untuk Tuhan.
Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia
bukanlah kemuncak cinta atau
cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak
kekal. Paling lama sekadar
tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering
berlaku dalam sebahagian
perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati,
cinta itu telah pudar
atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-
agungkan dan dipuja puja itu
hancur berkecai.Di sini barulah kita sedar
bahawa cinta kepada makhluk atau
cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang
hakiki atau sejati. ltu hanya
cinta sementara waktu. Kita sahaja yang
menyangka cinta itu sejati dan
sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam
perjalanan umur, cinta kita kepada
orang lain atau cinta orang lain kepada kita,
dengan sendirinya dia ataupun
kita sendiri yang mengungkainya semula atas
sebab sebab yang bermacam
macam.Oleh kerana itulah, mencintai makhluk
selalu mengecewakan kita
sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan
meminta, menagih atau
mengharapkan sangat untuk mencintai manusia
atau dicintai oleh manusia
walaupun ia tidak salah. Cinta itu tidak
abadi.Sebaliknya berilah dan
terimalah cinta yang kekal abadi.Itulah cinta
agung namanya. laitu cintakan
Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki,
yang sejati, yang kekal
abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan
kebahagiaan di Akhirat.Cintakan
Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta
ini jika berjaya
diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan
dan menenangkan. Buahnya
paling menghiburkan dan paling
membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang
hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian.
Jarang orang memburunya
seperti cinta cinta murahan yang lain. Mungkin
daripada jutaan manusia,
hanya seorang yang memburunya.
Kalau seseorang itu telah mencintai Allah,
walaupun seluruh makhluk
memusuhinya atau membencinya, namun dia
tetap mendapat kebahagiaan dan
ketenangan.Sebaliknya cinta kepada makhluk
tidak akan membawa manusia kepada
kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta
hakiki lagi agung daripada
Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang
beriman dengan Allah dan
mentaati Nya sentiasa tenang walaupun di dalam
kesusahan dan ujian.Oleh yang
demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta
daripada manusia, usahlah
bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun
tidak hakiki dan sejati.
Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung,
iaitu Allah yang Maha
Pengasih dan Maha Penyayang.Beruntungnya
sesiapa yang menjadikan Tuhan
sebagai cinta agungnya.Cinta yang hakiki dan
agung ini jarang orang ambil
perhatian. Jarang orang memburunya seperti
cinta-cinta murahan yang lain.
Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta
agungnya, amat beruntunglah
hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara
keuntungan yang diperolehinya
ialah:
1. Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam
percintaannya merebut cinta agung.
Seandainya semua makhluk di bumi dan langit
berlumba lumba merebut cinta
Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa
bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat
membalas cinta semua makhluk-makhluk Nya
serentak dari yang sekecil keciInya
hinggalah yang sebesar besarnya. Tiada siapa
yang akan kecundang dan kecewa
dalam perebutan mencari cinta agung.
2. Tiada saingan
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan,
permusuhan atau peperangan dalam
mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam
perebutan mencari cinta dunia sama ada
cinta manusia, harta, pangkat dan lain lain,
biasanya akan berakhir dengan
permusuhan dan akan ada yang kecewa dan
menderita.3. Mendapat ketenangan dan
kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan
ketenangan, kedamaian, keamanan dan
kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati
senang dan tenang. Bahkan
kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan
dalam usaha meraih cinta agung itu
pun sudah merupakan sebahagian daripada
kebahagiaan. Kadangkala hati resah,
cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap
Tuhan itu berbalas. Dalam
keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula
dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas
Rahmat- Nya. Maka di situ pula
bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri
lemah, dhaif dan lalai,
tertebus pula dengan pengaduan serta
bermanja~manja dengan Allah SWT yang
Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya
rasa kehambaan.
Sebaliknya merebut cinta dunia akan
menimbulkan keresahan dan tiada
ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai
itu sudah ada di tangan,
namun filkiran masih kusut dan berserabut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai
dan diburunya itu pula sudah
ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan
ada yang sanggup bunuh diri
kerana kecewa dalam percintaan yang tidak
kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama sama mencari Tuhan membawa
manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun
manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa,
pangkat, kedudukan malah
jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di
dalarn perjuangan merebut
cinta Tuhan, secara automatik setiap hati
manusia itu akan terikat satu sama
lain. Kerana masing masing sedang dalam
perlumbaan mencari cinta yang satu
iaitu cinta yang hakiki.
Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta
dunia akan mengakibatkan ukhuwah
dan persahabatan makin jauh dan terbarai.
Akhimya akan membawa kepada pecah
belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu
menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah
sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia
seperti hasad, dengki,
sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain lain.
Mazmumah dapat merosakkan
segala kebahagiaan dan ketenangan di dalarn
jiwa seseorang insan. Perlumbaan
mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses
paling berkesan dalam usaha
seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di
dalam jiwa.
Sebaliknya, merebut cinta dunia akan
menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti
akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang
menyuburkan lagi pohon
mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang.
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa
senang. Tiada siapa yang akan
rasa tercabar atau tergugat dalarn pertarungan
merebut cinta Tuhan. Orang
yang berusaha merebut cinta agung akan
disenangi semua makhluk. Manusia
senang dan sayang padanya dan para malaikat
juga turut mendoakannya. Kerana
makin ramai yang berebut mencintai Tuhan,
semakin mendorong kepada
tercetusnya keamanan, ketenangan dan
kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau
perebutan lebih lebih lagi
perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang
dan makin dibenci orang.
Semakin sengit perebutan dunia, makin
bertambahlah huru hara dan porak
peranda hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan.
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan
dan kesepian. Biarpun tiada kawan
bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan
ketakutan kerana Tuhan yang
menjadi cinta agung sentiasa ada bersama.
Malah Tuhan bukan sekadar boleh
memerhati, bahkan boleh menjaga dan
melindungi kita. Malah di waktu kita
tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan
paling kita cintai pun tidak
mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga
dan mengawal kita kerana Dia
tidak tidur.
Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan
membuatkan hati sentiasa rasa
tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita
berada di dalam kawalan dan
penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi
Berkuasa.
Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri
kepada cinta selain Tuhan, belum
tentu makhluk yang dicintainya itu dapat
mendampinginya sepanjang masa lebih
lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang,
selamat dan menyelamatkan,
manakala
mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit
menghimpit serta memudharatkan.
Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan
Tuhan cinta agungnya dan
malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta
selain Tuhan.
Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang.
Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti
walau sedetik. Ertinya
begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur
kita meninggalkan kita.
Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat
ini jarang kita rasai.
Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia
dan setiap detik jugalah
kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah
kita cintakan dunia, maka apa
yang kita cintai itu makin hari makin jauh terpisah
dari kita. Sedangkan
Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat
dengan kita. Alangkah malang
dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa
yang kita suka dan cinta.
Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita
akan berhadapan dengan Tuhan
yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita.
Ertinya kita pergi ke
Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa
apa. Yang kita cinta hendak
ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan
berhadapan dengan kita.
Maka kita akan berhadapan dengan dua kali
penderitaan, iaitu meninggalkan
yang kita
cinta, hendak bertemu Tuhan yang tidak kita
cinta.Setiap detik, kita makin
jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah
kita makin dekat
menghampiri Akhirat.
Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia
yang kita cinta makin jauh kita
tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita
cinta masih jauh dari kita.
Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara
yang kekal abadi.