Ahad, 24 Jun 2012

BURUK KE ATAU TAK....ALLAH SAJA TAU SAPE PALING BURUK...CAKAP SIANG PANDANG2...CAKAP MALAM DENGAR2....RAKYAT PUN BOLE AGAK SAPE YANG PALING BURUK....ZAMAN NI TAK BOLEH AUTA...LANGIT DAH TERBUKA....RAKYAT DAH PANDAI BERFIKIR DILUAR TEMPURUNG KECUALI ORANG YANG TAK DE ILMU....IAITU ILMU AGAMA DAN ILMU AKADEMIK MASIH LEMAH...ATAU TERLALU LEMAH TAPI TAK MENGAKU

Najib dakwa pembangkang amal 3 nilai buruk

23 Jun 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LANGAT - Rakyat tidak boleh berharap kepada pembangkang untuk menentukan masa hadapan mereka kerana pembangkang mengamalkan nilai buruk iaitu janji tidak perlu ditepati, budi tidak perlu dihargai dan hutang tidak perlu dibayar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, janji pembangkang tidak ditepati kerana ia merupakan janji politik manakala budi tidak perlu dihargai kerana mereka merasa sakit hati melihat bantuan demi bantuan yang dihulurkan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

Pembangkang juga mencadangkan kepada rakyat supaya hutang tidak perlu dibayar dan ini merupakan nilai buruk pembangkang kerana hutang wajib dibayar menurut ajaran Islam, katanya semasa berucap melancarkan Program PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Ku Sihat peringkat kebangsaan di Kampung Sungai Bumbun di sini hari ini.

"BN boleh tentukan masa depan yang penuh harapan untuk rakyat Malaysia khususnya di Selangor. Saya percaya Parlimen Kuala Langat boleh dimiliki semula oleh Barisan Nasional," katanya.

Mengenai program hari ini, Najib berkata kerajaan mengambil berat tentang kesihatan keseluruhan rakyat Malaysia termasuk golongan kurang upaya (OKU) menerusi program PDK Ku Sihat anjuran BAKTI, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia dan Yayasan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perdana Menteri berkata melalui program itu, Kementerian Kesihatan akan melakukan lawatan ke semua PDK seminggu atau sebulan sekali.

Oleh itu, beliau berharap para ibu bapa yang mempunyai anak daripada golongan OKU supaya jangan malu untuk mendaftarkan anak mereka supaya dapat diberi bantuan menerusi Program PDK Ku Sihat.

"Mereka (Kementerian Kesihatan) akan buat pemeriksaan kesihatan, fisioterapi, mereka akan beri ceramah mengenai penjagaan kesihatan, pencegahan dan lain-lain lagi," katanya.

Buat masa ini, beliau berkata terdapat lebih 20,000 orang OKU yang berdaftar daripada 428 PDK di seluruh negara.

Najib berkata OKU memerlukan bantuan dan pertolongan supaya mereka boleh menjalani kehidupan dengan nilai maruah diri yang boleh mereka banggakan dan bukannya hendak menagih simpati sepanjang hidup.
Pas ganti Pkr
Wartawan Sinar Harian
23 Jun 2012
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
$entry.content.caption.value
TEMERLOH – PKR yang berkira-kira untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang mungkin terpaksa melupakan hasrat itu apabila Pas turut mahukan kerusi yang sama.

Pas yang kini mempunyai kedudukan kukuh di Kuala Semantan berhajatkan kerusi itu untuk calonnya selepas DAP berkemungkinan besar kekal bertanding di Dun Mentakab dan PKR pula bertanding di Lanchang.

Perkiraan awal Pakatan Rakyat (PR) sememangnya telah menetapkan PKR akan kekal bertanding di Parlimen Temerloh namun ‘suarasuara’ dari akar umbi kedengaran akhir- akhir ini mahukan Pas merebut jawatan itu untuk bertanding dengan calon BN nanti.

Jika Pas beria-ria mahukan kerusi itu untuk calonnya sudah tentu dalam perkiraan mereka calon yang akan dipertandingkan nanti bukan calang-calang orangnya.

Menurut sumber dalaman Pas, memang ada suara yang kuat dari peringkat bawahan hingga pucuk pimpinan yang mahu Pas mengambil alih kerusi Parlimen Temerloh daripada PKR.

Kata sumber itu, desakan itu berasaskan kepada kekuatan Pas yang semakin kukuh di Dun Kuala Semantan khasnya dan di Temerloh sendiri amnya.

“Ahli Pas peringkat akar umbi memang mahukan parti itu kembali bertanding di kerusi Temerloh yang sebelum ini diserahkan kepada PKR pada PRU12 lalu.

“Mereka merasakan sudah tiba masanya calon Pas diletakkan bertanding di situ berdasarkan kepada kekuatan semasa parti. Lebih-lebih lagi kawasan Kuala Semantan memang jadi kubu kuat Pas,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dikhabarkan bersedia bertanding di mana-mana kawasan dalam Pahang.

“Ada kemungkinan Tuan Ibrahim akan beralih arah ke Parlimen Temerloh kerana selain beliau, mungkin calon lain agak kurang berkemampuan,” katanya.

PR masih berbincang

SEMENTARA itu, Setiausaha Pas Negeri, Roslan Zainal mengakui memang ada permintaan daripada Pas untuk bertanding di kerusi Parlimen Temerloh.

Bagaimanapun katanya, perkara itu masih di peringkat perbincangan PR di peringkat Pusat dan apa juga keputusan Pas tetap akur.

Beliau turut mengesahkan antara nama yang dicadangkan sebagai calon Pas di Parlimen Temerloh ialah Tuan Ibrahim.

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman turut mengesahkan bahawa Pas ada meminta kerusi Parlimen Temerloh untuk PRU akan datang.

Menurutnya, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada persetujuan bersama, setakat ini kerusi Parlimen Temerloh kekal untuk PKR.

“Saya yakin dengan Pas, walaupun ada permintaan dari mereka tetapi Pas adalah sebuah parti yang berdisiplin dan jika ada pertukaran itu semua bergantung kepada persetujuan bersama.

“Bagi Dun Lanchang pula, kita akan kekal bertanding dan sudah ada beberapa senarai calon untuk itu nanti,” katanya.
SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah
SAPINAH AB GHANI
24 Jun 2012
SPRM sedang teliti isu surat sokongan Faekah
Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti isu berkaitan pengakuan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin behubung surat sokongan agar firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipertimbangkan mejadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, pihaknya sedang meneliti peranan dimainkan Faekah dalam isu surat tersebut.

"Kalau setakat bagi surat, bukan dia yang buat, ia bukan satu kesalahan di bawah akta kita tetapi kalau dia sendiri duduk sebagai ahli lembaga yang membuat keputusan dan melantik adik-beradiknya, itu baru satu tuduhan di bawah akta kita," katanya ketika menghadiri Majlis Perasmian Kompleks Pejabat SPRM Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Ahmad Maslan gesa Anwar saman jika dakwaan terhadapnya tidak benar

24 Jun 2012
Ahmad Maslan gesa Anwar saman jika dakwaan terhadapnya tidak benar
Datuk Ahmad Maslan
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman pihak yang mendakwa Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion jika tuduhan mereka tidak benar.

"Yang amat saya hairan mengapa sehingga hari ini Anwar tidak saman Ummi Hafilda, Anuar Shaari dan Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) yang membuat kenyataan berani itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata Anwar perlu menjelaskan jika benar akuan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid dan Ummi Hafilda mengenai wang RM3 bilion itu.
 
Khamis lepas, sebuah akhbar harian melaporkan pendedahan Abdul Razak bahawa beliau telah membuat akuan bersumpah untuk membersihkan nama Anwar daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion atas permintaan Anwar yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Ahmad berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia segera menyiasat kes tersebut agar kebenaran dapat diperoleh. - Bernama
Kereta bomba terbalik, seorang terbunuh
NURUL FATIHAH SULAINI
24 Jun 2012
GURUN - Seorang anggota bomba sukarela terbunuh manakala enam lagi cedera setelah kereta bomba yang dinaiki terbalik ketika dalam perjalanan memadam kebakaran dua rumah kedai di Padang Lembu di sini, hari ini.

Mangsa yang terbunuh ialah ketua  pasukan bomba sukarela Merbok, Chow Kok Kwang, 51, manakala lima anggota cedera parah serta seorang cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang.

Difahamkan jentera berkenaan dipandu laju dan cuba mengelak sebuah motosikal namun hilang kawalan lalu
di hadapan Klinik Desa Padang Lembu.

Awang Adek: Tiga minggu siasat dakwaan penyelewengan dinar emas

24 Jun 2012
Awang Adek: Tiga minggu siasat dakwaan penyelewengan dinar emas
Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin
BACHOK - Kementerian Kewangan memberi tempoh tiga minggu mulai hari ini kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membuat siasatan terperinci berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam pertadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT).

Timbalan Menterinya Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata hasil siasatan terhadap syarikat yang mengeluarkan mata wang  dinar dan dirham milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), hendaklah didedahkan kepada rakyat.

"Jika rakyat tidak berpuas hati dan pertikaikan keputusan (siasatan) itu, pihak kementerian akan mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Banglo Rakyat Malaysia peringkat daerah Bachok di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas tiga laporan polis yang dibuat terhadap apa yang didakwa berlaku salah laku membabitkan seorang daripadapegawai kanan KGT, oleh bekas Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad pada 31 Januari lepas, seorang pelabur Jepun Takao Kono pada 28 Mei dan seorang rakyat Perancis Mohamed Esfih pada 1 Jun.

Awang Adek berkata pihaknya tidak mahu mengarahkan kedua-dua badan kerajaan itu membuat siasatan sekarang, untuk memberi peluang kepada kerajaan negeri membuat siasatan sendiri dan hasilnya hendaklah dibentangkan kepada rakyat dengan segera.

Beliau berkata, kementerian tidak mahu isu itu terus berlarutan kerana ia boleh mencemarkan imej Islam yang kini sudah mendapat perhatian ramai termasuk yang bukan beragama Islam.

Katanya, isu itu tidak seharusnya dipandang remeh oleh kerajaan negeri kerana ia membabitkan kepentingan awam yang banyak membuat pelaburan.
 
"Saya sendiri percaya kerajaan negeri tidak mahu perkara itu berlaku atau menyokong penipuan itu dan tidak mahu menyembunyikannya kerana lambat laun orang akan tahu juga," kata Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi BadanPerhubungan Umno Kelantan. - Bernama


  • Faiz Voo Fasirul · Top Commenter · Unittar/OUM
    hahahahah si awang ini nak ajar org bersikap jujur pula, pi cermin diri tu dulu...

  • Amirh Hamdan · Top Commenter
    pas putrajaya di ambil alih, siasat lak puak2 ni

  • Kacip King
    3 hari untuk SPRM siasat ada kemasukan wang kerajaan masuk dalam akaun pribadi awang adek... ada berani kew

Tiada ulasan: