Masalah jauh daripada selesai: TPM
Tindakan
PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memantau Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan krisis kepimpinan di negeri
itu jauh daripada selesai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin."Tugas Datuk Seri Azizan kini lebih mencabar dan pemimpin PAS tak yakin dengan kemampuan beliau mentadbir dengan baik," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat dan perasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Kulaijaya.
Ditanya sama ada tindakan PAS mewujudkan jawatankuasa itu sesuatu yang pelik, Muhyiddin berkata, ia tidak menghairankan kerana Pas sememangnya sebuah parti yang "pelik".
"PAS memang parti pelik, apa yang dia nak buat, dia buat," katanya sambil menambah bahawa bidang kuasa jawatankuasa itu tidak jelas umpamanya sama ada ia mempunyai hak menyekat kuasa Menteri Besar.
Muhyiddin berkata beliau berpendapat penyelesaian itu tidak berkesan dan ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan kesannya akan dirasai oleh penduduk Kedah.
Mengenai kadar tol bagi lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di Kulaijaya, Muhyiddin berkata, kerajaan negeri Johor dan Jabatan Kerja Raya telahpun memberikan pandangan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Nanti kita akan buat keputusan di dalam jangka masa terdekat," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian sedang menjalankan kajian untuk memperkasakan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).
"Kita sedang kaji supaya PPD menjadi pusat paling utama untuk pantau sekolah, prestasi dan masalah," katanya.
- Bernama
Muhyiddin diminta jaga lembu Shahrizat
Harakahdaily, | 06 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 Mac:
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Tan Sri Muhyiddin Yassin
mempertikaikan tindakan penyelesaian PAS Pusat terhadap ribut kecil PAS
Kedah ditempelak oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha
Agong Datuk Mustafa Ali.
(Muhyidin diminta jaga lembu Shahrizat dari ganggu urusan PAS yang dia tidak faham)
Muhyiddin dipetik akhbar Sinar Harian Online mendakwa tindakan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah adalah satu ketidakpercayaan kepimpinan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
“TPM tak perlu mengada. Cukuplah dia jaga lembu Shahrizat,” selar Mustafa dalam smsnya ke Harakahdaily sebentar tadi.
Mustafa dipercayai merujuk kepada kelulusan projek bernilai RM250 juta Pusat Fidlot Kebangsaan yang diberikan oleh Muhyiddin ketika menjadi Menteri Pertanian pada 2007 kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Projek ini kini berdepan dengan pelbagai dakwaan menyeleweng wang rakyat yang dipinjamkan untuk tujuan menjana keperluan daging lembu kebangsaan untuk harta-harta persendirian.
Dengan nada yang sama, Mohamad yang turut menempelak Muhiyiddin berkata timbalan presiden Umno itu lebih baik diam untuk membersihkan diri beliau daripada kemelut NFC.
“Azizan masih Menteri Besar, apa yang tidak percaya PAS Pusat pada beliau? PAS Pusat menaruh kepercayaan penuh pada MB Azizan untuk menerajui Kedah menghadapi PRU-13,” tegas Mohamad.
Selain itu, Mohamad turut menegaskan bahawa PAS tidak sama dengan Umno.
"Lihat isu NFC, Muhyiddin sampai sekarang tak berani melakukan apa-apa pada Shahrizat walaupun pendedahan-pendedahan yang melimpah.
"Sampai sekarang masih tiada penyelesaian dan terus menegakkan benang basah. Lebih baik beliau jaga diri sendiri dalam kemelut NFC daripada mengulas apa yang beliau tak faham,” bidas Mohamad ketika dihubungi sebentar tadi.
Pagi ini, Mustafa mengumumkan bahawa Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Isnin 12 Mac ini bagi membentuk jawatankuasa pemandu yang berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan negeri yang disertai PAS.
Jawatankuasa ini pula hanya bersifat advisery (penasihat) sahaja dan bukannya mempunyai kuasa dari segi pentadbiran.
Ekoran itu, PAS kesal dengan tafsiran liar sesetengah media yang membuat tafsiran salah terhadap penubuhan jawatankuasa pemandu yang diumumkan PAS semalam.
KUALA LUMPUR, 6 Mac:
Besok adalah hari hukuman untuk akhbar milik MCA, The Star namun ia
bukan lagi di tangan pegawai kerajaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN)
tetapi Kabinet.
Ahli-ahli politik akan membuat keputusan ini setelah pegawai di KDN tidak diyakini untuk membuat keputusan yang terbaik menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.
Menurut sumber Harakahdaily, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sendiri akan membentangkan kes ini kepada Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka esok.
"Draf cadangan telah disediakan, terserahlah kepada Kabinet untuk membuat keputusan ke atas The Star," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, jika keputusan dibuat oleh KDN sendiri, The Star akan menerima hukuman yang berat kerana mereka sangat tidak berpuashati dengan bentuk permohonan maaf yang dibuat The Star Online pada 27 Februari lalu.
The Star menyiarkan permohonan maaf ekoran penyiaran gambar besar Erykah Badu yang bertatu nama Allah pada dadanya yang telanjang.
Permohonan maaf itu dibuat kira-kira satu jam selepas Harakahdaily menyiarkan berita bertajuk "Kenapa akhbar The Star siarkan gambar ini" pada 27 Februari lalu.
Namun ianya terlalu kecil dan disifatkan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai 'ciput' sahaja berbanding dengan gambar besar Erykah yang disiarkan.
"Ketika NST salah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhamad, akhbar itu telah membuat permohonan maaf di muka depan akhbarnya tetapi permohonan maaf The Star terlalu kecil dan bagi KDN ia tidak ikhlas dan sepadan dengan kemudharatan yang dibuat," kata sumber itu.
Editor kanan The Star sudah dua kali mengadap pegawai di KDN ekoran isu ini.
Pertama selepas sebaik sahaja tersiarnya gambar Erykah Badu dalam akhbar itu manakala yang kedua ketika mereka menyerahkan surat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan KDN kepada mereka.
Dalam pertemuan kedua, The Star mengaku bersalah atas penyiaran itu di samping menjelaskan kepada KDN apa tindakan yang mereka telah ambil untuk mengelakkan perkara seumpama ini berulang.
Namun begitu, The Star menjangka hukuman tidak boleh dielakkan lagi kerana ia adalah surat tunjuk sebab ketiga yang diterima The Star ekoran kesalahan yang hampir sama iaitu menimbulkan rasa marah umat Islam atau penghinaan kepada Islam.
Kejadian pertama adalah tulisan Editor kanan The Star mengenai hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah syariah Pahang terhadap Kartika ekoran kesalahan minum arak, kedua daging babi panggang untuk berbuka puasa Ramadhan lalu dan gambar Erykah bertatu nama Allah yang ketiga.
Pimpinan akhbar The Star sendiri menjangka mereka tidak akan terlepas kali ini selepas membuat tiga kali kesalahan yang hampir sama.
Namun ramai menjangka, apa pun hukuman yang diputuskan esok, pertimbangan politik yang paling diutamakan kerana ia berlaku menjelang pilihan raya umum.
"Umno dan MCA akan saling menjaga kepentingan masing-masing apabila mereka bertemu dalam mesyuarat Kabinet esok," kata sumber itu lagi.

Muhyiddin dan Ghani Othman risau Johor kalah?
http://cenangau.blogspot.com, | 06 Mac 2012 |
Walaupun
bunyi kenyataan yang Muhyiddin keluarkan tu macam dia yakin Johor
takkan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat PRU13 nanti tapi nampak macam
jauh di sudut hati kecil dia rasa risau dengan nasib Umno BN di Johor.
Kalau tengok rekod memang tak sepatutnya Umno BN risau langsung di
Johor. Pasainya sebagai negeri kelahiran Umno, Umno memang cukup kuat
di Johor. Bukan setakat Umno kuat di Johor, PAS dan PKR pulak langsung
tak kuat.
Biasa sangat dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni calon PAS hilang
deposit. Bagi calon PAS, kalau boleh dapat balik duit deposit pun dah
boleh dikira berjaya.
Tapi tu cerita dulu, cerita berpuluh tahun dulu, sekarang ni dah
lain, keadaan dah banyak berubah terutamanya selepas PRU12 kekuatan PAS
semakin meningkat di Johor.
Bermula dengan sejarah PAS menang tanpa bertanding di Dun
Senggarang pada PRU11 kemudian meningkat menjadi 2 di Dun Maharani dan
Sungai Abong pada PRU12. Sejak PRU11 kalau tak salah aku, calon PAS dah
tak lagi hilang wang deposit di Johor dan PAS semakin berkembang pesat
di Johor.
Pasai tu lah, Pesuruhjaya PAS Johor Dr. Mahfodz berani pujuk
Salahuddin Ayub balik bertanding di Johor untuk PRU13 akan datang.
Bukan setakat tu, Dr. Mahfodz siap berani sebut Salahuddin adalah bakal
Menteri Besar Johor.
Kalau tak nampak petunjuk yang meyakinkan takkan Dr. Mahfodz berani
nak pujuk Salahuddin tinggalkan kerusi yang boleh dikira selamat untuk
Salahuddin di Kelantan dan balik bertanding di Johor.
Memang tak heran la kalau Muhyiggin Yasin pun rasa risau. Sebagai
Timbalan Presiden Umno dan berasal dari Johor, memang Muhyiddin Yasin
patut risau. Kalau ditakdirkan Johor tumbang, memang malu besar
Muhyiddin. Mana nak letak muka, Umno boleh kalah di negeri kelahiran
Umno, negeri yang semua orang terima sebelum ni sebagai kubu kuat Umno.
Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu mesyuarat tertutup dengan
Umno dan BN Johor. Kalau bukan pasai takut kalah, apa perlu Menteri
Besar Johor, Ghani Othman berkampuna dua ke tiga hari di setiap
kawasan parliman.
Malaysiakini melaporkan:
Malaysiakini melaporkan:
{Sumber: Mkini] |
Tiang seri pun, kalau dah dimakan anai-anai mana nak boleh tahan.
Betul macam kayu kena makan anai-anai, kalau tengok dari luar mungkin
nampak macam biasa tapi sebenarnya dah rompong di dalam. Dan kalau
tiang seri pun tumbang dah tentu sebiji rumah akan tunbang sama.
Dengar Daim, PM diminta lepaskan menteri kewangan
Muhammad Faizal, | 06 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 Mac: PAS
menyambut baik cadangan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin
bahawa seseorang perdana menteri tidak seharusnya juga memegang jawatan
menteri kewangan.
Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kedua-dua jawatan penting negara itu wajar tidak dipegang oleh orang yang sama bagi memastikan mereka dapat menumpukan tanggungjawab sepenuhnya kepada tugas mereka.
"Saya bersetuju jika ada mereka yang layak dan kepakaran dalam soal kewangan serta ekonomi maka pengasingan jawatan perlu ada.
"Perdana menteri hanya menumpukan pada tugas sebagai PM manakala menteri kewangan akan dipikul oleh orang lain," jelasnya yang ditemui harakahdaily.
Katanya lagi, sekiranya pengasingan kuasa ini dapat dilakukan, beliau yakin perlaksanaan tugas dibawah potfolio masing-masing akan menjadi lebih efisyen.
Sebelum ini, Daim yang juga veteran Umno mencadangkan perdana menteri tidak seharusnya memegang jawatan menteri kewangan.
Katanya, tradisi perdana menteri memegang dua jawatan itu menjadi amalan sejak krisis ekonomi 1997, yang dipantau rapi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Daim dalam wawancaranya dengan akhbar harian Cina, China Press yang diterbitkan semalam, berkata, perdana menteri sebagai ketua pentadbiran sesebuah negara, dan juga selaku pengerusi BN dan ketua Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab yang sebegitu besar untuk turut mengendalikan kewangan kementerian juga.
Katanya, dengan melantik menteri kewangan kedua bagi membantu perdana menteri tidak akan membantu dalam perkara itu.
"Jawatan menteri kewangan kedua diwujudkan bagi menangani krisis ekonomi (1997).
"Sekarang tempoh krisis sudah berakhir tetapi negara masih mempunyai menteri kewangan dan menteri kewangan kedua pada masa yang sama. Siapa yang membuat keputusan sebenar?” kata Daim yang berkhidmat pada sekitar tahun 1980-an.
Katanya, perdana menteri yang merangkap sebagai menteri kewangan akan tertakluk kepada bidasan dan kritikan sengit jika ekonomi negara merudum.
"Sistem yang baik adalah perdana menteri di atas menteri kewangan. Jadi, jika menteri kewangan membuat keputusan yang salah, perdana menteri boleh tampil dan membetulkan keadaan, "
"Tetapi jika perdana menteri adalah menteri kewangan pada masa yang sama, tiada siapa yang berani untuk menegur atau memperbetulkannya," katanya.

Esok hari hukuman untuk The Star
Harakahdaily, | 06 Mac 2012 |
Ahli-ahli politik akan membuat keputusan ini setelah pegawai di KDN tidak diyakini untuk membuat keputusan yang terbaik menjelang pilihan raya umum ke 13 ini.
Menurut sumber Harakahdaily, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein sendiri akan membentangkan kes ini kepada Kabinet dalam mesyuarat mingguan mereka esok.
"Draf cadangan telah disediakan, terserahlah kepada Kabinet untuk membuat keputusan ke atas The Star," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, jika keputusan dibuat oleh KDN sendiri, The Star akan menerima hukuman yang berat kerana mereka sangat tidak berpuashati dengan bentuk permohonan maaf yang dibuat The Star Online pada 27 Februari lalu.
The Star menyiarkan permohonan maaf ekoran penyiaran gambar besar Erykah Badu yang bertatu nama Allah pada dadanya yang telanjang.
Permohonan maaf itu dibuat kira-kira satu jam selepas Harakahdaily menyiarkan berita bertajuk "Kenapa akhbar The Star siarkan gambar ini" pada 27 Februari lalu.
Namun ianya terlalu kecil dan disifatkan oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebagai 'ciput' sahaja berbanding dengan gambar besar Erykah yang disiarkan.
"Ketika NST salah menyiarkan kartun menghina Nabi Muhamad, akhbar itu telah membuat permohonan maaf di muka depan akhbarnya tetapi permohonan maaf The Star terlalu kecil dan bagi KDN ia tidak ikhlas dan sepadan dengan kemudharatan yang dibuat," kata sumber itu.
Editor kanan The Star sudah dua kali mengadap pegawai di KDN ekoran isu ini.
Pertama selepas sebaik sahaja tersiarnya gambar Erykah Badu dalam akhbar itu manakala yang kedua ketika mereka menyerahkan surat jawapan kepada surat tunjuk sebab yang dikeluarkan KDN kepada mereka.
Dalam pertemuan kedua, The Star mengaku bersalah atas penyiaran itu di samping menjelaskan kepada KDN apa tindakan yang mereka telah ambil untuk mengelakkan perkara seumpama ini berulang.
Namun begitu, The Star menjangka hukuman tidak boleh dielakkan lagi kerana ia adalah surat tunjuk sebab ketiga yang diterima The Star ekoran kesalahan yang hampir sama iaitu menimbulkan rasa marah umat Islam atau penghinaan kepada Islam.
Kejadian pertama adalah tulisan Editor kanan The Star mengenai hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah syariah Pahang terhadap Kartika ekoran kesalahan minum arak, kedua daging babi panggang untuk berbuka puasa Ramadhan lalu dan gambar Erykah bertatu nama Allah yang ketiga.
Pimpinan akhbar The Star sendiri menjangka mereka tidak akan terlepas kali ini selepas membuat tiga kali kesalahan yang hampir sama.
Namun ramai menjangka, apa pun hukuman yang diputuskan esok, pertimbangan politik yang paling diutamakan kerana ia berlaku menjelang pilihan raya umum.
"Umno dan MCA akan saling menjaga kepentingan masing-masing apabila mereka bertemu dalam mesyuarat Kabinet esok," kata sumber itu lagi.
PKR dakwa ceramah diugut 'mandi darah'
PKR
mendakwa pihaknya terpaksa menangguhkan ceramah pada bulan lalu di
Rembau kepada hari ini selepas sekumpulan lelaki bersenjatakan parang
mengugut untuk 'mandi darah' semasa persiapannya.
Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, dalam insiden pada 6 Februari lalu, berlaku kekecohan sehingga mengundang kedatangan polis ke tempat itu di Pekan Kuala Sawah.
"Selepas bercakap dengan ketua penyerang, anggota polis terus beredar. Kemudian PKR membuat laporan polis mengenai serangan dan ugutan bersenjata namun polis gagal mengambil tindakan hanya kerana dia ketua kampung yang dilantik menteri besar Negeri Sembilan.
"Serangan bukan sahaja bersifat bersenjata tetapi juga bersifat perkauman apabila ketua kampung itu mencarut dan memaki hamun petugas berbangsa India yang ada bersama dan mengugut untuk 'mandi darah'," dakwa Badrul dalam blognya.
Sehubungan itu, Badrul berkata, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, penganjur menangguhkan ceramah tersebut dan turut mengubah lokasinya.
"Sejak semalam, telah disebarkan SMS dari ketua kampung itu dan memanggil orang Umno untuk berkumpul bagi 'menghancurkan' program pembangkang di kawasan menteri besar (DUN Rantau)," dakwanya lagi.
Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard turut melahirkan rasa dengan pihak polis yang didakwanya lemah dalam menjamin ketenteraman dan akur dengan "gangsterisme" Umno.
"Umno sebenarnya makin lemah. Mereka panik apabila makin ramai rakyat mengetahui maklumat sebenarnya kerana makin sedar.
"Mereka makin gagal guna otak untuk berhujah maka mereka terpaksa bergantung guna otot pula. Umno membawa politik negara menjadi politik rimba," katanya.
Lokasi ceramah kini diubah ke hadapan pejabat PKR di pekan Rantau.
Ceramah malam ini akan dihadiri oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani dan Badrul sendiri.

Kontrak RM600 juta punca krisis PAS Kedah
EKSKLUSIF
Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak
didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta
kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.Perkara itu disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Mohd Nawawi, seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.
Ketika ditemui Malaysiakini semalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.
Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu adalah berkenaan pembinaan jalan di negeri itu yang mahu diberikan oleh menteri besar kepada syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.
Phahrolrazi bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara itu tetapi memberitahu ia projek usahasama dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
ADUN Pengkalan Kundor itu juga mendakwa, projek berkenaan bernilai "beberapa juta ringgit".
"Saya tak setuju dengannya," dakwanya sambil berkata keputusan berkaitan biasanya dibuat pada mesyuarat exco.
Projek itu bagaimanapun kini belum dianugerahkan kepada mana-mana pihak, kata Phahrolrazi lagi ketika ditemui selepas sidang media di rumahnya di Alor Setar semalam.
Pada sesi itu, beliau dan seorang lagi exco Datuk Ismail Salleh mengumumkan menerima pelantikan sebagai exco selepas PAS membentuk jawatankuasa pemandu untuk menasihati pentadbiran negeri.
Ketika laporan ini ditulis, Malaysiakini masih belum dapat mendapatkan respons daripada pejabat menteri besar.
Seorang pembantu Azizan memberitahu, menteri besar itu mahu berehat dan tidak akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan