Jumaat, 2 Mac 2012

KENALI SIFAT2 MAHMUDAH DAN SIFAT2 MAZMUMAH

Sifat Mahmudah dan Sifat Mazmumah

Bicara Ahmad Firdaus Fuzai

"Baik, masing-masing sudah bersedia dengan pen dan kertas?" Tanya seorang penceramah dalam salah satu program yang kami ikuti.

"Em..! " kami mengangguk..

" Baik, sekarang saya nak kam semua listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mazmumah yang kamu tahu dalam masa 1 minit.."

Aku cepat-cepat menuliskan sifat-sifat mazmumah yang terlintas difikiranku. Banyak, hampir 10 yang dapat aku listkan..

( Hubb addunya, Hubb al-mal, pemarah, tamak, kedekut, 'ujub, sombong, tak ingat mati, pentingkan diri....)

"Dah?? " tanya penceramah.

"Sudah..." Kami menyahut serentak, sambil menanti arahan seterusnya.

" Baik, sekarang listkan sebanyak mungkin sifat-sifat Mahmudah dalam masa 1 minit .." beliau mengeluarkan arahan.

Dengan kemas aku genggam pen dan menulis secepat mungkin.. Aku cuba mengintai-ngintai jawapan rakanku, manalah tahu mereka dapat listkan lebih banyak daripada aku. Aku tak mahu kalah, aku nak tulis sebanyak mungkin.. Aku masih ingat lagi dulu aku pernah belajar 10 "sifat-sifat Mahmudah" dam 10 "sifat-sifat mazmumah" sewaktu darjah 6 di Sekolah Agama.

( Sabar, Redha, Tawakkal, Qanaah, Ikhlas, Peramah, Rajin, syukur...dll)

"dah cukup seminit, semua letakkan pen dan berhenti menulis" penceramah itu mengeluarkan arahan lagak seorang pengawas di dewan peperiksaan. Mungkin dia dah terbiasa dulu-dulu bertugas sebagai pengawas peperiksaan di sekolah kot? Tapi tak pe lah, tak ada kaitan dengan aku kenapa aku nak fikir lebih-lebih? memberatkan kepala aku jek nanti.

" Kamu.. Berapa yang dapat kamu listkan?.." Setiap orang diajukan soalan itu.

" 6 sifat mazmumah, 5 sifat mahmudah..." jawab abdullahakhi.

" 5 sifat Mazmumah, 7 sifat mahmudah.." Jawab muadz.


.......

sehinggalah tiba giliranku.. Dengan segera aku menjawab.

" 9 sifat Mazmumah, 8 Sifat Mahmudah.." Alhamdulillah, syukur.. banyak jugak yang dapat aku listkan rupanya.

"Kamu tahu apa motif saya suruh kamu senaraikan sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah dalam tempoh masa yang singkat?" Tanya penceramah berkenaan.

Dan seperti biasa, lumrah berceramah di tanahair kita nih, apabila penceramah mengajukan soalan, mereka sendirilah yang perlu menjawabnya nanti.

" Sifat-sifat Mazmumah yang kamu listkan tu, kalau kamu renung dan muhasabah elok-elok.. Itu adalah sifat Mazmumah yang prominent ada pada diri kamu, Yang kamu tak nak ianya ada pada diri kamu, sebab tu bila saya suruh kamu listkan dalam banyak-banyak sifat-sifat mazmumah, yang itu yang kamu dapat fikirkan dalam tempoh masa yang singkat ni..

kemudian, sifat-sifat Mahmudah yang kamu listkan tu semua adalah sifat-sifat Mahmudah yang kamu selalu berharap ianya akan ada pada diri kamu..." Penerangan yang ringkas cukup untuk membuatku terpukul.


"Astaghfirullah.."Aku perbanyakkan istighfar.. aku tenung dalam-dalam kertas yang aku conteng sebentar tadi. Aku genggam kemas pen ditanganku. Banyak sungguh sifat-sifat mazmumah yang masih menyubur dalam diri. Sifat-sifat Mazmumah yang diibaratkan seperti virus-virus yang akan menyerang sel-sel yang sihat, lantas menjadikan amalan sel-sel itu cacat. Tidak diterima Allah.

Sifat mazmumah dan mahmudah adalah berlawanan, kalau banyak sifat mazmumah maka sedikitlah sifat mahmudah yang dapat subur.. kadang-kadang bila terlalu banyak sifat mazmumah sehinggakan sifat mahmudah langsung tak dapat ruang untuk hidup dan menyubur di dalam diri. Mereka berkadar songsang antara satu sama lain.

Selagi mana sifat Mazmumah ada dalam diri, sifat Mahmudah takkan dapat masuk. al-Haq dan al-bathil  takkan boleh duk sekali. Selagimana ada sifat Riya' macammana Ikhlas nak masuk? Selagimana ada sifat kedekut macammana sifat Pemurah boleh dipraktikkan? 

Virus-virus Mazmumah ini perlu dikiks dengan antivirus. Bukan dengan menggunakan antivirus-antivirus biasa, tetapi antivirus yang perlu kita install dalam diri kita adalah "antivirus at-taqwa". Dengan taqwa barulah diri kita terselamat dari virus-virus degil ni. Mari sama-sama kita menginstall antivirus ini dalam diri kita, tidak mahal tapi perlu pada mujahadah yang tinggi.

Astaghfirullah, jauhnya aku untuk bergelar hamba yang Soleh, jauhnya aku untuk layak bergelar pejuang agamaMu ya Allah.

Ya Allah, izinkanlah aku menjadi pejuang dan penolong agamaMu, masukkanlah aku menjadi antara hamba-hambaMu yang soleh. Ameen....


Sifat-sifat Mahmudah..

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahteraorg-berdoa
Syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi ustazah menulis dan mencoret tinta buat tatapan semua pembaca dan dapat juga ustzah berkongsi ilmu di alam maya ini.
Kali ini suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat-sifat Mahmudah(terpuji)”
Adapun sifat-sifat Mahmudah itu ada 10 sifat iaitu:-

1. Taubat - keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa2 yg telah dilakukan
2. Takut kepada Allah (taqwa)- Seseorang muslim itu apabila dia mengenali Zat Allah melalui sifat2Nya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah SWT
3. Mahabbah (kasih sayang)- Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasullullah saw
4. Zuhud - mengambil dunia sekadar yang perlu
5. Sabar
6. Syukur -
7. Ikhlas dan benar
8. Tawakkal - sentiasa berserah diri kepada Allah SWT setelah berazam, seterusnya diikuti dgn usaha
9. Redha dgn Qadak dan Qadar
10. Mengingati Mati - Hadis Nabi saw bermaksud ” Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersiap sedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana”.

Semoga catatan ustazah kali ini dapat memandu diri kita semua (termasuk ustazah sekali le) untuk mengamalkan sifat2 yang terpuji ini, InsyaAllah.
-ustazah azimah-

SIFAT SIFAT MAHMUDAH


Asalamualaikum….sahabat sekelian….kali ini kita berkongsi satu lagi ilmu.Mungkin sahabat semua dah tahu.Oleh itu….mari sama sama kita ingatkan kembali.
Iaitu sifat Mahmudah atau sifat terpuji yang sepatutnya kita sebagai orang beriman memilikinya.




1) Taubat…iaitu keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa dosa yang telah dilakukan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
2) Khauf… Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu merasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Firman Allah maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah s.w.t ).”( Surah Ali Imran ayat 102 )
3) Zuhud…merupakan sifat yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang mengaku mukmin. Zuhud juga hendaknya menjadi gaya hidup umat Islam walau di manapun ia berada. Zuhud bukanlah meninggalkan kenikmatan dunia, bukan bererti mengenakan pakaian yang lusuh,dan bukan bererti miskin.Zuhud juga bukan bererti hanya duduk di masjid, beribadah dan beribadah saja tanpa melakukan kegiatan-kegaiatan lainnya. Zuhud adalah kemampuan kita dalam menjaga hati dari godaan serta tipu daya kemewahan dunia tanpa meninggalkannya. Dengan pengertian yang lebih luas, zuhud merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang memiliki pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi.Mereka tetap bekerja dan berusaha, namun kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuatnya meninggalkan mengingati Allah walau sesaatpun. Kita beramal shaleh, memakmurkan bumi dan bermuamalah, namun di saat yang sama hati kita tidak tertipu. Kita meyakini sepenuhnya bahwa kehidupan akhiratlah yang menjadi tujuan utama.
4) Sabar…iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak kita sukai.Juga tidaklah kita terlampau mengadu ngadu pada selain Allah serta hendaklah sabar kita dalam menahan diri pada meninggalkan setiap tegahanNya.
5) Syukur…iaitu rasa berterima kasih,mengaku dan memuji setiap nikmat yang telah diberikan Allah dan kita gunakanlah pada jalan Allah.
6) Ikhlas…hendaklah menumpukan sepenuhnya niat pada ibadah semata kerana Allah.
7) Tawakkal…ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha..sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah),sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”(Surah al-Thalaq ayat 3).
B) Redha…iaitu menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
9) Mahabbah…Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya dan dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
10)Mengingati Mati…iaitu merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.


Ya Allah Ya Tuhan ku.Ampunkanlah segala dosa dosaku….Amin,Amin,Amin…Ya Robbal A’lamin…
Sekian Terima kasih
Wasallam.


Sifat Mazmumah


SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah


MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya


10 Perangkap Syaitan - Sifat Mazmumah

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahannam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' (QS An-Nisa': 120~121)
Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah, sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri kita. Apabila syaitan sudah merajai diri seseorang, individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah SWT kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan laknatullah mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia secara berterusan untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut. Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu (10 sifat mazmumah):

1. BANYAK MAKAN
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan seseorang itu malas, lemah badannya serta banyak tidur. Ini menyebabkan seseorang itu lalai daripada menjalankan ibadah serta zikrullah. Firman Allah SWT: "Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (QS Al-A'raf:31)
2. BANYAK BERCAKAP
Apabila seseorang itu banyak bercakap maka banyaklah salahnya. Banyak salahnya maka banyaklah dosanya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam." (HR Imam Muslim)
3. PEMARAH
Sifat pemarah yang dimaksudkan ialah kemarahan yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah. Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya. Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. katanya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dapat menjauhkan diri saya daripada kemurkaan Allah Azza wa Jalla? Baginda menjawab: "Janganlah kamu marah." (HR Imam Ahmad dan Ibnu Hibban).
4. HASAD
Orang yang memiliki sifat hasad sentiasa menginginkan agar nikmat yang diperolehi oleh orang lain berpindah kepadanya dan selalu berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan atau kurnia. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (HR Bukhari dan Muslim).
5. BAKHIL
Orang yang memiliki sifat ini bakhil untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah SWT dan untuk agamaNya. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperolehi adalah kurniaan Allah SWT semata-mata yang seharusnya dibelanjakan pada jalan yang hak. Kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepatutnya digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan, sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah. Firman Allah SWT: "Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurniaNya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya pada hari kiamat. Allah yang mempusakai langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS Ali-Imran: 180) Dalam hal ini, Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Seburuk-buruk sifat yang ada kepada seseorang adalah bakhil dan penakut." (HR Abu Daud)
6. HUBBUL-JAH (CINTAKAN KEMEGAHAN)
Orang yang memiliki sifat ini amat kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat. Ini boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan kerana perebutan mengejar pangkat dan kedudukan. Dalam hal ini Rasulullah SAW pernah bersabda: “Tidaklah serigala yang buas itu jika dilepaskan di kandang kambing lebih berbahaya daripada seorang cintakan pangkat, harta dan kemegahan pada keadaan agama seorang Muslim.” (HR At-Tirmidzi dan An-Nasa’i)
7. HUBBUD-DUNYA (CINTAKAN DUNIA)
Orang yang memiliki sifat ini gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang menjadikannya lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada Allah SWT. Orang seperti ini tidak menyedari bahawa maut sentiasa menghampirinya setiap masa. Daripada Tsauban r.a., beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'". Seorang sahabat bertanya: "Apakah 'wahan' itu, hai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati." (HR Abu Daud)
8. TAKABBUR
Orang yang takabbur sentiasa memandang dirinya lebih mahir dan memandang bahawa orang lain lebih rendah serta hina darinya. Dia merasakan pendapatnya sahaja yang betul. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah SWT berfirman: "Sebenarnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka terangkan. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takabbur.'' (QS An-Nahl:23)
9. BANGGA DIRI (UJUB)
Orang yang memiliki sifat ini mengakui atau timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti ibadahnya, pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain. Firman Allah SWT: “Jangan kamu terlalu bangga, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang terlalu membanggakan diri.” (QS Al-Qashash:76) Sebenarnya perasaan bangga dan kagum terhadap diri sendiri adalah sifat Iblis laknatullah yang memandang rendah terhadap Nabi Adam AS kerana dijadikan daripada tanah sedangkan dirinya daripada api. Firman Allah bermaksud: "Hai iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Kuciptakan dengan tanganKu. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang (yang) lebih tinggi?" Iblis berkata: "Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.” (QS Shad: 75~76).
10. RIAK
Orang yang memiliki sifat riak suka memperlihatkan atau menunjukkan amalannya kepada orang lain yakni tidak ikhlas kerana Allah SWT semata-mata. Natijahnya, segala amalannya hanya akan menjadi sia-sia saja. Riak ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam berbagai keadaan, termasuklah ketika menunaikan ibadah yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas. Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah 'asy syirkul ashghar' (syirik kecil)." Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?" Baginda menjawab: "Riak.” (HR Imam Ahmad)

Semoga kita semua dihindari daripada sifat-sifat di atas. Wallahua'lam.


10 Sifat Mazmumah



1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.

3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan
lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.

8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina. Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain. Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi sia-sia saja. 
 
 


Sifat-sifat Mahmudah :
1.0 HIKMAH

Berpengetahuan luas dan bijaksana bertindak berlandaskan Al-Quran, Al-Sunnah dan
alam Syahadah' serta dapat memberi alasan yang munasabah dan bukti yang sesuai.

1.1 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata, mampu membuat pertimbangan,
keputusan dan tindakan dengan cepat dan tepat berlandaskan ilmu naqli dan aqli.

1.2 Celik akal
Pintar, cerdas dan berkemampuan memahami serta manaakul sesuatu dengan cepat dan
tepat.

1.3 Maarifah
Pengetahuan yakin dan pengalaman yang membolehkan sesaorang menjelas dan
mengamalkan prinsip dan asas-asas Islam.

1.4 Bercakap benar
Melahirkan kata-kata yang bernas, betul, dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip
Islam secara berhikmah untuk faedah semua.

1.5 Menegakkan kebenaran
Yakin dan berpegang teguh kepada kebenaran serta sentiasa menegakkan kebenaran
dengan hikmah.

1.6 Kesyukuran
Perasaan, ucapan dan perlakuan yang dilahirkan dengan ikhlas terhadap segala nikmat
kurniaan Allah S.W.T, sabar dan redha menerima ketentuan dan dugaanNya' serta
berterima kasih terhadap sumbangan dan khidmat bakti yang diperolehi.

1.7 Takutkan Allah S.W.T.
Perasaan takut dan kagum akan kehebatan Allah S.W.T. yang mendorong sesaorang
melakukan ketaatan dan meninggalkan larangannya.

1.8 Kerajinan
Usaha berterusan dengan penuh semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan
daya usaha dalam melakukan sesuatu perkara untuk mencapai kecemerlangan.

1.9 Prihatin
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, menyedari masalah masyarakatk dan
sedia berusaha menyelesaikannya.

1.10 Berketerampilan
Mempunyai kemahiran yang menyeluruh dalam berbagai-bagai bidang khasnya
kebolehan berfikir, kemahiran belajar dan merekacipta.
2.0 'ADAALAH

Keadaan di mana sesuatu perkara itu diletakkan di tempatnya yang sebenar mengikut
syariah Islamiah.

2.1 Kasih sayang
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan, lahir daripada hati
yang rela terhadap sesuatu berteraskan prinsip Islam.

2.2 Silaturrahim
Jalinan persaudaraan menghubungkan kaksih sayang berdasarkan pertalian nasab,
musaharah, keagamaan, kejiranan dan kemanusiaan.

2.3 Berterima kasih
Pengiktirafan, penghargaan dan ganjaran yang diberikan sebagai mengenang dan
membalas sesuatu sumbangan dan jasa.

2.4 Baik pertimbangan
Membuat pertimbangan yang wajar untuk menghasilkan keputusan saksama serta tidak
menimbulkan sebarang penyesalan dan ungkitan.

2.5 Toleransi
Sanggup bertolak ansur, sabar dan dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
perselisehan dan pertelingkahan.

2.6 Saling bermaafan
Sanggup meminta dan memberi maaf bahkan membalas keburukan dengan kebaikan.

2.7 Bermarwah
Menghiasi diri dengan budipekerti yang mulia melalui tuturkata' tingkah laku, pakaian
dan pergaulan.

2.8 Ibadah
Mengabdikan diri kepada Allah S.W.T dengan cara menjunjung segala perintah dan
menjauhi laranganNya.

2.9 Sensitif kepada kezaliman
Sanggup tampil membela makhluk yang dihina, teraniaya dan dizalimi.

2.10 Kejujuran
Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat yang baik, amanah dan ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang balasan.

2.11 Kerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan oleh individu pada peringkat keluarga,
komuniti dan masyarakat untuk menegakkan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.

2.12 Semangat bermasyarakat
Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan untuk kepentingan bersama
bagi mewujudkakn keharmonian hidup bermasyarakat.

2.13 Bermuafakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang baik.
3.0 IFFAH

Mengawal nafsu daripada perkara-perkara yang haram dan syubhah, supaya ianya
terdidik ke arah melaksanakan perkara-perkara yang ma'arof serta sentiasa tunduk kepada
petunjuk akal dan syarak.

3.1 Malu
Perasaan 'aib, hina dan rendah diri kepada Allah S.W.T., manusia dan diri sendiri kerana
membuat sesuatu yang keji dan dilarang Allah.

3.2 Kesopanan
Bersikap tenang, berbudi bahasa, berbudi pekerti dan bersopan santun dalam pergaulan.

3.3 Tabah
Tenang, tabah, redha dan ikhlas dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta
sentiasa berusaha mengatasinya.

3.4 Baik hati
Sentiasa mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka
secara tulus ikhlas dan ihsan.

3.5 Murah hati
Sedia memberi bantuan seca ikhlas dan ihsan kepada mereka yang memerlukan sama ada
dalam bentuk kebendaan dan sokongan moral.

3.6 Kebebasan
Merasa tidak terkongkong melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab berdasarkan
peraturan syarak, norma masyarakat dan undang-undang negara.

3.7 Qana'ah
Redha dengan ketentuan Allah S.W.T., tenang menghadapi cabaran, sentiasa berusaha,
dan tidak mudah berputus asa.

3.8 Berdisplin
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
telah ditentukan tanpa mengira di mana ia berada.

3.9 Daya usaha
Berusaha untuk menyempurnakan diri dengan penuh azam dan semangat inisiatif, keriatif
dan inovatif berlandaskan petunjuk Allah S.W.T.

3.10 Sejahtera
Jiwa yang tenteram dan tenang serta tidak menyakiti orang lain hasil daripada keupayaan
mengawal hawa nafsu.

3.11 Wara'
Menjauhkan diri daripada perkara-perkara syubhah, haram dan beriltizam melakukan
kerja-kerja yang baik.

3.12 Wasatiyah
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam
pemikirian, peraturan atau perlakuan supaya sesuai dengan agama, norma dan nilai
masyarakat.

3.13 Kebersihan
Menjaga kebersihan rohani, jasmani dan mental serta alam sekitar bagi menjamin
kesejahteraan hidup.
a. Kebersihan diri
Kebersihan diri dan tubuh badan daripada hadas, kekotoran dan najis untuk menjamin
kesejahteraan hidup dan amal ibadat diterima Allah S.W.T.
b. Kebersihan persekitaran
Memelihara alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran.
c. Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam
hubungannya dengan orang lain.
d. Kebersihan rohani
Pemikiran, pertuturan dan perlakuan serta amalan yang bersih dari sebarang kepercayaan
karut dan khurafat terhadap Allah S.W.T.

3.14 Menghargai masa
Mengisi masa secara berfaedah dengan menepati waktu dan menyegerakan sesuatu
tugasan.
a. Menepati waktu
Melakukan sesuatu tepat pada waktunya atau selaras dengan jadual yang ditetapkan.
b. Bijak mengurus masa
Tahu menyusun kerja mengikut keutamaan dan keperluan serta melaksanakannya dengan
cepat dan tepat.

3.15 Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankkan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara
yang berfaedah.

4.0 SYAJAAH

Sanggup berjuang dengan penuh kesabaran mempertahankan agama, diri, akal,
keturunan, harta benda, negara, maarwah dengan kekuatan fikiran, harta benda, tenaga
dan jiwa.

4.1 Berjiwa besar
Sentiasa meningkatkan kebolehan diri, berwawasan, sanggup menghadapi resiko dan
bersedia memikul tanggungjawab dengan tabah dan yakin.

4.2 Yakin diri
Kemampuan menghadapi dan menyelesaikan masalah serta boleh menjelaskan prinsip
dan asas-asas dalam perkara yang berkaitan dengan syariat Islam berdasarkan dalil naqli
dan aqli.

4.3 Hemah tinggi
Sentiasa bersedia melakukan segala amalan yang baik dengan penuh iltizam dan ikhlas ke
arah kecemerlangan walaupun terpaksa menghadapi rintangan.

4.4 Tetap pendirian
Meyakini kebenaran dan berpegang teguh kepadanya dalam membuat sebarang
keputusan dan tindakan.

4.5 Istiqamah
Tekal, tepat, tetap dan berterusan dalam mengerjakan sesuatu yang baik.

4.6 Berani mencuba
Berani mencuba dan sanggup melakukan sesuatu yang mencabar dengan penuh kreatif
dan inovatif yang tidak bertentangan dengan syarak.

4.7 Tahan lasak
Mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi hasil daripada
yang latihan yang intensif dan sistematik.

4.8 Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
selaras dengan peraturan dengan peraturan, undang-undang dan agama.
a. Berupaya bertindak sendiri
Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain.
b. Yakin kepada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.
c. Nasihat menasihati
Sedia memberi dan menerima nasihat dengan ikhlas dan sabar.

4.9 Berani berjihad
Sentiasa bersedia dan sanggup berjuang untuk mempertahankan agama, negara, keluarga
dan diri serta kehormatan walaupun terpaksa mempertaruhkan nyawa daripada ancamanmusuh dan godaan syaitan
 
 

Sifat Mazmumah Menghapus Kebahagiaan Hati

Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati.
Antara mazmummah utama yang menghilangkan rasa kebahagiaan di hati ialah :


1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki – amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak lagipun org tamak selalu rugi.. cam pantun zmn sekolah, dlm semak ada duri, ayam kuning buat sarang, org tamak selalu rugi, cam anjing ngan bayang-banayng
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar – andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja.. heh.. heh..)
7. Ego – ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut
8. Riak – terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak.. takabbur dgn aper yg kita ada(harta, ilmu amal dll)
9. Cinta dunia – tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. dan biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah


** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So.. sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .


Perkataan kibir mengikut istilah bahasa Melayu, ertinya ialah sombong atau angkuh. Pengertian dalam bahasa moden ialah ego. Mengikut syariat Islam, erti kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah dan menderhakainya. Pengertian mengikut istilah syariat inilah yang akan dihuraikan di sini.
Sifat kibir atau sombong atau angkuh atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasakan diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin (mazmumah) yang paling keji. Bahkan ia adalah sifat batin yang sangat jahat.
Dosa dan kesalahan pertama yang dilakukan oleh makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. sewaktu Allah memerintahkannya. Dia membesarkan diri lantaran merasakan dirinya lebih utama dan lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. Kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. daripada tanah. Itu saja penyebab yang dia rasa dirinya lebih hebat dan istimewa.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al Quran, firman-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Kami memerintahkan kepada malaikat: ‘Sujudlah kepada Ada.’ Dia (Iblis) enggan dan membesarkan dirinya. Maka sesungguhnya dia adalah dari golongan musyrik.” (Al Baqarah: 34)
Di sini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat dengan arahan Allah. Bahkan ia membesarkan diri kerana merasa dirinya lebih hebat dan mulia daripada Nabi Adam a.s. Maka dia menjadi kafir dan menerima kutukan Allah dunia Akhirat. Allah keluarkan dia dari Syurga yang penuh nikmat dan menukar wajahnya menjadi seburuk-buruk rupa. Di sinilah bermula dendamnya kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicitnya yang tidak pernah padam sesaat pun. Jelas, daripada penyakit sombong ini akan lahirlah penyakitpenyakit batin yang lain seperti pemarah, pendendam dan hasad dengki.
Dari sini lahirlah buahnya di dalam tindakan lahir seperti kasar, keras, mengangkat-angkat diri, mengumpat dan menghina orang, menganiaya, penindasan, diskriminasi, penzaliman dan pembunuhan. Sebab itu sombong sangat dimurkai Allah SWT. Kesan daripada sifat sombong ini tercetus kerosakan dalam kehidupan masyarakat seperti hilang kasih sayang, pecah per-paduan, saling berdendam, hina-menghina, kata-mengata dan jatuh-menjatuhkan serta berbunuh-bunuhan. Itulah kemuncaknya. Sebab itu sifat sombong ini mesti dikikisbuangkan.
Sifat sombong ini hanya layak bagi Allah. Ia pakaian Tuhan maka makhluk tidak berhak memakainya. Allah SWT berfirman dalam Hadis Qudsi: “Sombong itu selendang-Ku dan keagungan adalah sarung-Ku. Barangsiapa merampas salah satu darinya, Aku lemparkan dia ke Neraka Jahannam.” (Riwayat Abu Daud)
Di antara ayat Quran yang sangat melarang kita memakai sifat kibir ini ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri daripada menyembah-Ku, akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.” (Al Mukmin: 60) “Janganlah kamu berjalan dengan menyombomgkan diri kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan ketinggianmu tidak akan melepasi gunung.” (Al Israk: 37) “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong.” (An Nahl: 23)
Sedangkan sifat-sifat dan nama-nama-Nya yang lain yang sebanyak 99 (Asmaul Husna) itu tidak salah untuk hamba-hamba-Nya memilikinya. Misalnya sifat Rahman, Rahim, Kaya, Kasih Sayang, Pemurah, Pemaaf, Alim dan lain-lain lagi. Ini dibenarkan bahkan diperintahkan supaya kita memilikinya. Oleh kerana sifat sombong ini menjadi punca tercetusnya penyakit-penyakit batin (mazmumah) yang lain sehingga melahirkan kejahatan-kejahatan lahiriah yang banyak di tengah kehidupan masyarakat, maka sombong ini sangat dikeji dan dimurkai Allah. Rasulullah SAW juga ada mengingatkan dalam Hadis baginda tentang bahayanya sifat sombong. “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan.” (Riwayat Muslim)
Tidak akan masuk Syurga, ertinya ke Nerakalah jawabnya. Dengan membawa sikap sombong, di dunia lagi orang tidak suka dan tidak ada kedamaian jiwa. Di Akhirat terjun ke Neraka. Sebab itu sombong ini mesti dicabut sampai ke akar umbinya hingga tidak ada walaupun sebesar zarah, barulah kita selamat. Walhal mengikut kata Imam Al Ghazali, sifat sombong ini hampir-hampir mustahil dapat dibuang. Oleh itu kita mesti mengenal pasti lebih dahulu tanda-tanda penyakit ini dan sebab atau punca-punca penyakit supaya mudah mengubati atau mengikisnya.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.
Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati kata-katanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.
4. Memandang hina pada golongan bawahan.
5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpat-umpat.
10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.
12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17. Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20. Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21. Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji ini.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum mencabut sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Ini juga merupakan faktor pem-bantu untuk memudahkan kita mengikis sifat ini. Macamlah jerawat yang ada di pipi. Kalau kita kenal tanda jerawat, kemudian tahu kenapa boleh timbul jerawat, barulah mudah untuk kita mengubat jerawat itu.
Faktor-faktor penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di antaranya ialah:
1. Memiliki kuasa, sama ada dia memiliki kuasa besar atau kecil. Kuasa besar itu seperti jadi raja, presiden, perdana menteri, gabenor dan lain-lain lagi. Kuasa kecil seperti jadi pegawai, D.O., penghulu, guru besar, guru-guru dan lain-lain lagi. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2. Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang Akhirat. Sama ada pengetahuan di banyak bidang atau di satu bidang. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3. Mempunyai harta kekayaan. Harta juga mendorong seseorang itu menjadi sombong.
4. Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan fizikal atau mempunyai kepandaian dalam mempertahankan diri seperti tinju, gusti, tae kwan do, silat dan lain-lain lagi. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5. Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6. Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7. Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang disebutkan di atas tadi. Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat sombong ialah:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya tidak wujud perpaduan. Ini bererti umat Islam tidak ada kekuatan. Risikonya, Islam menjadi lemah, lumpuh dan runtuh kerana tidak ada pautan hati antara satu sama lain. Ini sangat merugikan umat Islam dan Islam sendiri. Maknanya, apabila sifat sombong dimiliki bersama, semuanya bersalah dan berdosa sehingga menyebabkan tamadun roh dan tamadun material tidak dapat dibangunkan.
2. Mudah marah, di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3. Bilamana wujud sifat sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain. Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha se-daya upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu. Akhirnya tentulah timbul permusuhan sesama manusia. Lebih besar dari itu, akan berakhir dengan peperangan dan pembunuhan bilamana berlaku tindak balas daripada orang lain atau golongan lain pula.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat murka dan Allah tempatkan mereka ini di Neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Memandangkan betapa merbahayanya penyakit ini maka usaha-usaha lahir mesti dibuat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah diberi untuk mengikisbuang dan mengubatinya secepat mungkin secara serius supaya kita tidak terus mengidap penyakit yang mengerikan ini.
Di antara cara-caranya ialah:
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah.
Adanya ilmu ibarat ada cahaya yang mampu menyuluh sifat-sifat mazmumah di dalam diri itu termasuk sifat kibir atau sombong. Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah yang sesetengah orang payah mengesannya tetapi mudah pula dikesan oleh orang lain.
2. Bawa berfikir selalu tentang kejadian manusia.
Sedarkan hati kita bahawa soal kejadian manusia itu adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walau bagaimana hebat sekalipun seseorang itu, kejadiannya sama dengan orang lain. Kejadian yang pertama asalnya daripada tanah. Walaupun berdarjat, berpangkat, berkuasa, berharta, berilmu, sama ada yang alim atau tidak, yang kaya atau miskin, yang cantik atau buruk, namun mereka semuanya sama. Samasama berasal daripada tanah.
Lihatlah raja-raja besar seperti Firaun. Walau bagaimana hebatnya dia sehingga mengaku dirinya tuhan, di manakah dia sekarang? Bukankah dia tidak dapat mempertahankan kehebatannya, akhirnya mati dan kembali ke tanah! Jadi untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan dan keistimewaan masing-masing. Sedangkan semuanya setaraf, yakni berasal daripada tanah dan akhirnya kembali ke tanah jua. Tidak mampu untuk memanjangkan umur sendiri.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani yang hina.
Kalau diperlihatkan kepada manusia, amat jijik dan benci sekali untuk melihatnya. Ertinya, kejadian manusia itu tidak ada beza di antara satu sama lain, sama ada orang kaya, orang berilmu, pembesar atau lain-lain lagi, semuanya berasal daripada air mani yang hina. Kalaulah orang kaya berasal daripada intan, pembesar daripada emas, orang berilmu daripada berlian dan orang biasa berasal daripada air mani, boleh jugalah berbanggabangga. Ini tidak, semuanya berasal daripada benda yang sama iaitu air mani yang hina. Dari segi kejadian, tidak ada perbezaan apa-apa pun. Jadi untuk apa kita berbangga-bangga dengan keistimewaan diri pada orang lain?
4. Melihat respon orang lain terhadap kita.
Dalam pergaulan hidup, dapat dikesan respon orang lain kepada kita. Kalau kita sombong, semua orang akan benci. Anak isteri tidak suka, jiran-jiran meluat, kenalan renggang dan pengikut tidak suka. Apa pendapat kita? Adakah untung kita mempertahankan sikap begitu? Apalah indahnya! Bukankah kita dapat rasakan betapa buruk padahnya akibat mempertahankan penyakit keji dan jahat ini. Lebih-lebih lagi kerja kita tidak semua kita mampu uruskan sendiri. Lagi tinggi pangkat dan darjat, lagi banyak urusan kerja yang perlu dibereskan, dibantu oleh tenaga-tenaga orang lain sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Oleh itu pertolongan, bantuan dan titik peluh orang lain tidak boleh kita lupakan. Kalau tidak ada mereka ertinya kita tidak jadi hebat dan kaya. Kalau begitu untuk apa kita rasa lebih istimewa?
Bilamana orang sudah benci, di waktu-waktu tertentu seperti waktu sakit atau waktu kematian atau kecemasan, masyarakat akan pulaukan. Atau lambat-lambatkan bantuan atau tidak beri bantuan supaya kita terasa susah lebih dahulu. Ini semua hasil dari mereka sakit hati dengan sifat sombong kita itu.
5. Ambil iktibar dari pengalaman hidup.
Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan, bolehkah bersifat sombong? Cuba fikirkan kejadian-kejadian yang berlaku dalam pengalaman hidup seharian. Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah yang dihantar melalui bencana alam dan lain-lain lagi? Apakah anda mampu melawan kematian dengan kesombongan dan kekibiran itu? Tentu tidak! Kalau begitu kenapa kita merasakan lebih istimewa daripada orang lain? Walhal tidak ada keistimewaan apa-apa pun yang menjadi milik kita. Semua itu Allah pinjamkan sekejap. Jadi tidak ada apa-apa pun kehebatan kita jika dibandingkan dengan orang lain. Kadang-kadang Allah beri kita kelebihan ilmu, kekayaan, pangkat dan lain-lain, tapi dalam masa yang sama kitalah yang paling banyak mengidap sakit. Misalnya sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain sehingga kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan itu semuanya tidak ada erti apaapa lagi. Akhirnya, nikmat yang dikumpul-kumpulkan sekian lama, tidak dapat dinikmati sendiri tetapi dinikmati oleh orang lain. Oleh itu untuk apa dibangga-banggakan dengan kehebatan yang ada itu?
6. Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
Cubalah renungkan. Ingatkanlah di hati bahawa sombong ini sangat dimurkai oleh Allah. Kita dianggap sudah merampas pakaian-Nya. Akibatnya, kita akan dicampakkan ke Neraka yang panas apinya 70 kali ganda kekuatan api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanan baru sampai ke dasarnya.
Ingatkan Neraka yang keseluruhannya api. Di atasnya api, di bawahnya api, di kiri api, di kanan api, di depan api, di belakang api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang-belulang. Kemudian diganti lagi dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang berlaku sepanjang masa. Walhal di waktu itu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah. Bau Neraka yang busuk itu tidak dapat digambarkan. Kalaulah ditakdirkan bau itu tercium oleh penduduk dunia, akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara-perkara di atas tadi perlu difikir-fikirkan, direnung-renungkan dan diulang-ulang memikirkannya. Diingat selalu dalam hati hingga tidak dapat dilupakan lagi. Kesannya nanti akan timbul rasa malu dan takut untuk kita bersikap ego dengan Tuhan dan dengan manusia. Dengan cara-cara atau kaedah ini moga-moga membantu kita mudah untuk bermujahadah menumpaskan sombong ini. Harapan kita moga-moga Allah sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba-hamba-Nya yang merendah diri.

2 ulasan:

hazrul affandi berkata...

Salam Fendi. Mohon copy ya utk tatapan sendiri dan dikongsi inshaa Allah. Semoga Allah merahmati tuan. Syukran

zulhana mohd zain berkata...

assalamualaikum ya akhil FENDI

1. alhamdulillah terjumpa laman ini.
2. mohon copy sbb nak siapkan asaimen
3. terima kasih banyak2 ats perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat ini.
4. semoga ALLAH merahmati saudara selalu