..Istimewa Buat Para Isteri & Bakal Isteri Pejuang.
Isteriku...
Apabila kusentuh telapak tanganmu...
Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras...
Apabila kurenung wajahmu...
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun ku tahu...
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat...
Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyingsing...
Aku terpana dek munajatmu yang syahdu..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...
Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka...
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu...
Hanyasanya untuk Islam....
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti dengan pelbagai hiasan duniawi yang indah...
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...
Pakaian-pakaian mereka pula anggun persis puteri kayangan...
Wajah mereka diwarnai dan dipalit barangan berjenama..
Tapi kau tidak seperti mereka wahai zaujahku...
Kau umpama ladang ummah...
Kau menginfakkan seluruh jiwa dan ragamu demi kebangkitan Islam...
Kau tak pernah bersungut-sungut, meminta-minta, mengadu domba.. Apatah lagi untuk merungut lelah akan semuanya...
Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Bukan aku tidak mampu membelikan hiasan-hiasan tersebut...
Tetapi zaujahku...
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku...
Kau melafazkan, "Ana sudi menjadi sayap kiri perjuangan anta, tetapi dengan syarat.."
Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam...
Aku termangu sendirian..
Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah?
Bosniakah? Perabot mahal dari Italikah?
Atau berbulan madu di Kota Pariskah?
Katakan... Aku mampu memberikan...
Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata.
Akhirnya...
Arghhh..! Permintaanmu itu...
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman ku...
Dengan penuh keyakinan kau berkata...
"Anta, mampukah anta menjadikan ana sebagai isteri yang kedua anta..?
Mampukah anta menjadikan Islam sebagai isteri pertama anta yang lebih memerlukan perhatian?
Mampukah anta meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan duniawi?
Mampukah anta menjual diri anta semata-mata kerana Islam?
Mampukah anta berkorban meninggalkan kelazatan dunia?
Mampukah anta menjadikan Islam laksana api yang membara...?
Dan anta perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...
Mampukah anta menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam...?
Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di 'on' kan bila perlu dan di 'off' kan bila terasa ianya tidak perlu..
Mampukah anta mendengar hinaan yang bakal dilontarkan...
kepada anta kerana perjuangan anta..?
Dan... Mampukah anta menjadikan ana isteri seorang pejuang..
Yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia..?
Adush!! Banyaknya syarat-syaratmu itu wahai zaujahku...
Namun aku terima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu...
Jiwamu kosong dari syurga dunia...
Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Dan bukannya kau yang diubah oleh dunia..insyaAllah..!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Akhirnya jadilah kau penolong setiaku sebagai nakhoda..
Yang membantu mengemudi bahtera kehidupan kita...
Susah senang kita tempuh bersama...
Aku terharu dek segala kebaikanmu...
Kau jaga akhlakmu...
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan...
Dek tugasku untuk menjulang Islam ke persada keagungan...
Kau sanggup menyekang mata menungguku...
Sambil memberikan aku sebuah senyuman yang menjadi pengubat hatiku...
Dikala di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam...
Malah, kau sering meniupkan semangat untuk aku terus thabat di medan perjuangan ini...
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita...
Masih jauh dengan haruman kemenangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Tangkasnya kau selaku suri...
Biarpun kau sibuk bersama mengembeleng tenaga bersamaku selaku sayap kiriku...
Kau jaga teratak kita dengan indahnya...
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih-sayang..
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk lari dari amanahmu...
Meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat kaum sejenismu...
Cekalnya kau mendidik anak-anak...
Kau kenalkan mereka dengan Allah swt, Rasulullah saw, Ahlul bait serta mujahid dan mujahidah Islam...
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah...
Kau asuh mereka membaca Al-Quran...
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelangnya peperiksaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isteriku...
Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat Al-Khomeini...
Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia...
Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah saw masih ada...
Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam..
SEPERTIMU... WAHAI ZAUJAHKU...!!!
Kata-kata pujangga: Andai dambakan isteri semulia Fatimah az-Zahra, jadilah semulia Ali KW.. Andai impikan seorang suami sehebat Ali KW, bentuklah diri semulia Fatimah az-Zahra."
Aku bukanlah wanita sesabar Siti Sarah
Aku bukanlah wanita setegar Asiyah binti Muzahim istri Fir’aun
Aku bukanlah wanita sesuci Maryam
Aku bukanlah wanita secantik Siti Hawa
Aku bukanlah wanita setabah Siti Hajar
Aku bukanlah wanita seteguh Masyithah
Aku bukanlah wanita sebaik Khadijah
Aku bukanlah wanita selembut Fatimah
Aku bukanlah wanita setegar dan sesabar Aisyah
Dan aku juga bukan wanita seberani Ummu Sulaim
Tapi, aku adalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah
Agar bisa mnjadi muslimah teguh dlm cubaan hidup walau tidak sehebat mrk..
Sumber: http://bintuabdrashid.blogspot.com/2009/01/istimewa-buat-para-isteri-bakal-isteri.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan