Selasa, 14 Disember 2010

CARANYA MEMUDAHKAN URUSAN PERKAHWINAN SERTA KAWINKAN ANAK SEAWAL MUNGKIN...LAMA MENYEBAB ZINA KERANA NAFSU YANG MELONJAK2...

SEX NI ..DIBERI KEDUA2NYA KESEDAPAN OLEH ALLAH UNTUK MENGUJI IMAN MANUSIA...IA MERUPAKAN JUGA KURNIAAN SATU DARI KESERONOKAN2 DARI SYURGA...MAKA HUKUMNYA BERAT JIKA BERLAKU ZINA....REJAM DAN100X SEBATAN...JIKA INGINKAN MAKA JALANNYA IALAH NIKAH@KAWIN....ZINA NI HASUTAN SYAITAN DAN NAFSU...DIMANA PENZINA BIASANYA TELAH MENINGGALKAN AMALAN2 ISLAM YG SEPATUT DIBUAT...

NEGARA


Lelaki pun kena gangguan seksual


GOLONGAN lelaki kini turut menjadi mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita. – Gambar hiasan


SERDANG – Lazimnya golongan wanita sering dikaitkan sebagai mangsa gangguan seksual kaum lelaki di tempat kerja.
Bagaimanapun, satu kajian membuktikan sebaliknya apabila kini golongan lelaki juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran kepada tingkah laku bersifat seksual yang dilakukan oleh kaum hawa.
Menurut Ketua Laboratari Perubahan Sosial, Ekonomi dan Keamanan, Institut Pengajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Jamilah Othman (gambar), meskipun fenomena itu agak janggal tetapi ia kerap terjadi di tempat-tempat kerja sejak kebelakangan ini.
Kajian kualitatif yang bertajuk Penyelesaian Konflik Gangguan Seksual di Agensi-Agensi Kerajaan di Semenanjung Malaysia yang menemu bual sekumpulan responden pihak atasan mendedahkan fenomena itu memang berlaku.
“Saya telah menemu bual lelaki yang bertaraf bos dan mereka sendiri memaklumkan sindrom berkenaan. Kebanyakan pekerja bawahan wanita didapati suka mengganggu mereka,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jamilah memberitahu, perlakuan itu berlaku ekoran sikap wanita kini yang lebih terbuka, berani dan tujuan mereka sememangnya bermotif jahat.
“Wanita-wanita dalam kumpulan ini sanggup berbuat begitu kerana rakus untuk segera dinaikkan pangkat tanpa perlu bekerja keras,” ujarnya.



NEGARA


Suami berdepan penjara 10 tahun


MAZNI menutup muka selepas didakwa mencederakan dan mencabul isterinya di Mahkamah Majistret Kangar semalam.


KANGAR – Hak-hak suami ke atas isteri teruji di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila seorang juruteknik yang sedang dalam proses perceraian menghadapi dua pertuduhan iaitu mencabul dan mencederakan isteri sendiri.
Mazni Othman, 45, seorang juruteknik di sebuah kilang beras di Kuala Perlis dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas isterinya, Roziah Sidi yang berusia 40-an minggu lalu.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di Jalan Tanjung Gelam, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 10 malam pada 6 Disember lalu.
Roziah yang sudah tidak sehaluan lagi dengan suaminya itu telah pun memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah di sini pada 2008.
Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata yang kini di bawah jagaan tertuduh. Mazni bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu.
Dia sebaliknya memohon dibicarakan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Noraishah Ahmad.
Ketika keluar dari Mahkamah Majistret sambil diiringi dua anggota polis, tertuduh menutup mukanya dengan akhbar Kosmo!.
Pertuduhan dikemukakan oleh wakil Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Azwan Irwan Yaakop manakala tertuduh diwakili peguam Zuhir Ahmad Zakuan.
Berdasarkan fakta kes, Mazni dituduh menggunakan kekerasan ke atas Roziah dengan niat mencabul kehormatan dan mencederakan isterinya itu mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada malam yang sama.


NEGARA


Pencuri dibelasah sampai mati


SEORANG pegawai polis menunjukkan lokasi seorang pemuda yang mati dibelasah sekumpulan 50 penduduk Kampung Slow Machang, Pasir Mas semalam.


PASIR MAS – Tindakan seorang penjenayah mencuri sebuah motosikal mengundang padah apabila dia dibelasah hingga mati oleh sekumpulan 50 penduduk dalam kejadian di Kampung Slow Machang dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 2 petang itu berlaku apabila tindakan suspek berusia 25 tahun yang cuba mencuri sebuah motosikal jenis Honda EX5 disedari pemiliknya.
Suspek yang dapat menghidupkan enjin motosikal kemudian melarikan diri sejauh tiga kilometer dari lokasi dia mencuri sebelum dihalang oleh penduduk.
Dia kemudian dibelasah hingga menyebabkan dia mengalami cedera parah di kepala dan badan. Suspek mati lima jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas (HPM).
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati suspek berada keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
“Sebaik ditahan, suspek telah dibelasah teruk oleh sekumpulan penduduk. Beberapa anggota polis yang ternampak kejadian itu ketika meronda bergegas ke situ untuk meleraikan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin



NEGARA


Tidak akan maafkan isteri sampai bila-bila


BIMAL RAJ menunjukkan kesan cedera akibat dibelasah isteri dan dua lelaki hingga menyebabkannya hilang ingatan pada 10 November lalu. Di sebelahnya ialah kakaknya, G. Muniswari.


KULIM – “Saya tidak akan memaafkan isteri saya sampai bila-bila.”Itu kenyataan ringkas daripada G. Bimal Raj, 25, anggota polis berpangkat Lans Koperal yang hilang ingatan selepas dipukul isterinya dan dua lelaki lain dalam satu kejadian pada 10 November lalu.
Bimal Raj memberitahu, dia tidak menyangka isteri yang dikahwininya pada Mac tahun lalu sanggup bersubahat dengan dua lelaki lain hingga membuatkan dia koma hampir sebulan.
Mengimbau semula kejadian itu, dia mendakwa ketika itu dia bersama isterinya yang dikenali sebagai Kasturi, 25, pergi ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana sakit pinggang.
Selepas itu, isterinya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah keluarganya di sini walaupun ketika itu hari sudah lewat malam.
“Ketika dalam perjalanan ke Kulim, tiba-tiba isteri saya yang memandu kereta telah membawa saya ke sebuah lorong yang gelap dan sunyi.
“Sebaik berhenti, saya cuba keluar dan ketika itulah dua lelaki yang dikenali sebagai Denish dan Steven menghampiri saya. Salah seorang kemudian memukul kepala saya dengan kayu hoki,” ceritanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Lunas di sini semalam.


NEGARA


Tunjuk katalog gadis urut


RAZALI (kiri) memerhati anggotanya memeriksa sebahagian daripada 13 tukang urut warga asing yang ditahan dalam serbuan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Taktik pekerja premis urut yang memaparkan foto gadis-gadis tukang urut di laluan pejalan kaki untuk menarik pelanggan akhirnya mengundang padah apabila ia diserbu polis malam kelmarin.
Operasi selama hampir dua jam bermula pukul 9 malam itu dilakukan oleh Bahagian Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas menerima aduan daripada orang ramai yang tidak selesa dengan tindakan tersebut.
Pegawai Turus D7, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pekerja rumah urut didapati cuba menarik pelanggan dengan menunjuk gambar foto ala katalog gadis urut sehingga mengundang rasa tidak selesa di kalangan orang ramai.
Dalam operasi itu, sebanyak sembilan premis di sekitar Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang telah diperiksa.
"Kita menahan 13 tukang urut terdiri daripada warga Kemboja, Indonesia dan China berusia antara 18 dan 40 tahun.
"Kesemua mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah selain menyalahguna visa lawatan," katanya kepada pemberita malam kelmarin



NEGARA


Bakal penoreh haram dicekup

ALOR SETAR - Hasrat sekumpulan lelaki warga Myanmar yang mahu mengambil upah menoreh getah berikutan peningkatan harga komoditi itu sejak kebelakangan ini tidak kesampaian apabila ditahan oleh Jabatan Imigresen Kedah semalam.
Mereka dicekup di sebuah rumah sewa yang didiami seramai 18 orang di Kampung Air Puteh, Pendang dekat sini.
Pengarah Imigresen negeri, Muhammad Hatta Kassim memberitahu, hasil aduan penduduk kampung, pihaknya yang melakukan serbuan menahan 18 orang termasuk beberapa orang yang baru tiba di negeri ini.
Katanya, sebahagian besar mereka dipercayai mahu bekerja mengambil upah menoreh getah dan sebahagian lagi menanam padi di kawasan tersebut.
"Mereka dipercayai memasuki negara ini menerusi lorong tikus di pintu sempadan negara atau mungkin datang atas pelawaan rakan-rakan yang sudah menetap di sini," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.
Tambah beliau, warga Myanmar itu adalah sebahagian daripada 74 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Operasi Sapu dan Operasi Mahir yang disertai 23 pegawai Imigresen bermula pukul 11 malam kelmarin hingga 5.30 pagi semalam




NEGARA


Kicap Cap Kipas Udang tiruan


GAMBAR menunjukkan kicap Cap Kipas Udang tiruan (kiri) yang mempunyai penutup plastik berlubang (dalam bulatan) berbanding kicap asli.


SEREMBAN - Kicap Cap Kipas Udang adalah antara jenama popular di kalangan pengguna di negara ini.
Tetapi ramai yang tidak sedar, oleh kerana popularitinya itulah jenama tersebut menjadi mangsa tiruan dan beredar dalam pasaran.
Bagaimanapun kegiatan haram itu terbongkar semalam apabila sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang menjual kicap Cap Kipas Udang tiruan.
Dalam serbuan kira-kira pukul 1 petang di Jalan Tuanku Antah di sini, sebanyak 3,360 botol kicap jenama Cap Kipas Udang tiruan bernilai RM9,100 dirampas.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Mohd. Nor Musa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada syarikat kicap berkenaan.
"Ketika serbuan terdapat lima individu termasuk pemilik syarikat berkenaan di premis terbabit.
"Hasil pemeriksaan mendapati kicap yang dijual di premis itu mempunyai ciri-ciri yang berlainan berbanding produk asli," katanya ketika ditemui di sini semalam

Tiada ulasan: