Rabu, 8 Disember 2010

JANGAN MEMILIH DUNIA SEMATA-MATA...DUNIA AKAN KITA TINGGAL....JIKA SILAP DIDUNIA...DAH TAK BOLEH KEMBALI LAGI...

Kafirkan Tok Guru Nik Aziz: Penulis jawab Mohd Nor Deris



Oleh: Pria Malaya

Berikut adalah jawapan balas penulis terhadap rakaman video Mohd Nor Deris ini..penulis akui awal2, ilmu penulis tidak sehebat ilmu yg ada padanya..tetapi bak kata orang, belajar tinggi-tinggi tidak semestinya cerdik kalau otak dan pemikiran jumud dan sempit...

1. Pemimpin Umno telah mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz

Perhatikan pada minit ke-3.38..



Jika diperhati, ungkapan2 seperti inilah yang menjadi modal pemimpin Umno menuduh PAS suatu ketika dahulu telah mengkafirkan Umno...sehingga hari ini, dgn berbekalkan modal ini, umno terus menjaja berita kononnya PAS telah mengkafirkan pemimpin2 Umno..

Kali ini kita lihat pula, apa reaksi mereka apabila pemimpin mereka mengkafirkan Tok Guru Nik Aziz..penulis tunggu jawapan beliau termasuk sesiapa yg ingin pertahankan beliau...

2. Menuduh Pakatan Rakyat hasil gabungan PAS-PKR-DAP sebagi musuh negara dan musuh Islam kerana tidak bersetuju dan berpakat menolak kerajaan Barisan Nasional..(minit 1.30)

Penulis nak tanya..yang pertamanya, beliau ni berpegang (terima) pada demokrasi atau tidak? kalau terima, beliau faham tak apa yg dimaksudkan negara demokrasi?..biar jelas dahulu soal dasar dan prinsip ni...beliau nk persoalkan demokrasi, tapi dalam masa yg sama menyertai parti politik (umno)..mcm mana tu?...

Yang kedua, kononnya pakatan pembangkang yg ada hari ini adalah Pakatan yg memusuhi Islam, pakatan 'kafir' yg memecahbelahkan ummat, dan wajib diperangi..

Penulis nk tanya, semasa PAS bersendirian dahulu, semasa PAS tidak berpakat secara 'rasmi' dengan DAP ketika PRU ke-11 pada tahun 2004 (contohnya), apakah beliau yg juga merupakan bekas Bekas anggota Dewan Ulamak PAS Pusat 1988 telah dan sedia kembali menyokong PAS ketika itu? apakah beliau antara orang pertama yg pertama mempertahankan dasar dan perjuangan PAS sehinga PAS mendapat kemenangan?...tidak sama sekali..



Maka alasan kononnya gabungan PAS dengan DAP adalah antara punca beliau menentang dan menyerang PAS adalah ALASAN kosong semata-mata...sedangkan matlamat beliau sebenarnya adalah untuk menjatuhkan pembangkang (PAS), dalam masa yang sama memenangkan UMNO dan Barisan Nasional..boleh lihat bukti printscreen di bawah dimana beliau telah menuntut PAS dibubarkan dan menyertai Umno...

Kerana itulah penulis berani kata, andai PAS mengambil pendekatan tidak berpakat dengan DAP dan PKR menjelang PRU akn datang, beliau tetap tidak akan menyokong PAS..dan ketika itu PAS langsung tiada kuasa, kerusi yg dipegang PAS terlucut, sementara Umno terus bermaharajela, Mohd Nor Deris selesa di dalam Umno, tiada lagi kononnya utk barpadu dan sebagainya..

3. Mengeluarkan kenyataan sombong dan biadap..

i. "Kehadiran Rombongan Tok Guru di Galas merupakan senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan Iblis kawan (Tok Guru) Nik Aziz..."(minit 1.54)

ii."(Tok Guru) Nik Aziz datang bukan dalam bentuk yang asal..dia datang seolah-olah dirasuk hantu, dirasuk jin..."(minit 2.12)
Maaf kata..sebijik macam ayah pin dah..

Memang melucukan bila terdengar statement ini dari beliau...sedangkan orang lain termasuk pemimpin Umno yg lain, golongan agamawan yang berlambak di dalam PAS, ulamak2 dan golongan ustaz dan tokoh agama yg lebih hebat dari beliau bersalam dan berjumpa dengan Tok Guru, langsung tak timbul kononnya ada hantu dan syaitan menyerupai Tok Guru..



Malah golongan non-muslim dan artis terharu apabila dapat bersalam dan bertemu dengan Tok Guru..Tok Guru dijadikan icon penyatu dan boleh dijadikan contoh tauladan..boleh lihat contoh di SINI..



Tetapi ntah bagaimana, tiba2 beliau mendakwa wujud syaitan dan jin ketika Tok Guru menghulurkan salam, tangan Tok Guru adalah tangan Syaitan..sungguh hina lagi memalukan tokoh Umno seperti ini..

4. Tidak menyambut salam yang dihulurkan Tok Guru kononnya tangan Tok Guru adalah tangan Syaitan..(minit 2.37)

Maknanya beliau akui beliau telah berpelakuan kurang ajar di dalam rumah orang..kononnya ingin menyatukan umat Islam, kononnya inginkan perpaduan, tapi perangai tidak ubah seperti orang yg tidak pelajari agama..

Tok Guru walau 'tidak gemar' dengan (akhlak dan idelogi) lawannya, tetapi apabila berhadapan secara bersemuka dengan lawannya itu, beliau tetap menunjukkan akhlak yg baik, perwatakan yg baik..

Bukti Tok Guru bukan menghina atau menyerang peribadi (batang tubuh) seseorang, apatah lagi ingin bermusuh (bergaduh) dengan lawannya itu, tetapi hanya tidak gemar terhadap perlakuan dan ideologi (sikap) seseorang lawannya itu..bahkan Mahathir yg menjadi 'musuh' politiknya itu pun disambut baik dan mesra..


(GAMBAR: Mohd Nor Idris memaki rombongan MB Kelantan di rumah bekas Adun Galas)

Berbeza dengan perlakuan pemimpin Umno ini, yg kononnya sudah mengaku pandai tetapi berkelakuan biadap di depan tokoh agama, pulak tu di dalam majlis (rumah) orang..
"Sebaik sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz tiba, Haji Omar yang berada di dalam rumah keluar menyambut mesra kehadiran Menteri Besar dan rombongannya.

Kemudian tuan rumah mempersilakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz masuk dan diikuti anggota rombongan. Bagaimanapun ketika tiba di ruang tamu Nor yang juga bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya enggan bersalam dengan Menteri Besar.


(Gambar: Bekas Adun Galas, Haji Omar (baju batek biru) menyambut Nik Aziz dan rombongan dengan mesra tetapi Mohd Nor yang ada di situ memaki orang)

Sebaliknya beliau terus menengking dengan mempersoalkan mengapa PAS berkawan dengan DAP.

“Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP,” kata Nor dengan suara nyaring.."- Harakahdaily
5. Beliau telah mendakwa kononnya beliau mempunyai ilmu kasyaf..
"Dengan kasyaf saya, tangan dia (tok guru) macam tangan syaitan hulur kepada saya..jadi saya tidak sambut salam dia..saya tidak mahu jamah tangan syaitan.."
Lagi sekali bila penulis terdengar je ucapan ini, terus penulis terfikir, apakah beliau sebenarnya gila isim?..beliau sedar x apa yg diucapkan ni?..siapa beliau nk dakwa beliau punyai kasyaf dan diheboh2kan kpd khalayak?..
"..Walaubagaimana pun, kasyaf yang diberikan oleh Allah adalah boleh jadi kerana Allah menyukai kita, atau juga Allah ingin menguji kita dalam bentuk pemberian kasyaf. Namun kita hendaklah menganggap ia sebagai ujian supaya tidak timbul sifat riak, ujub dan sombong dan diri kita.

Oleh itu, bagi menjaga pemberian Allah, dan bagi menjaga diri dari tercemar dengan sifat mazmumah, para Mukasyafah Haq kebiasaannya akan mematuhi etika seorang kasyaf / etika mukasyafah iaitu:

- Merahsiakan bahawa diri seorang kasyaf- kecuali kepada orang yang paling dipercayai sahaja. Dan jika terbongkar sekalipun bahawa dirinya kasyaf, hanya mendiamkan diri, tidak menjawab “ya” dan tidak menjawab “tidak”.
- Merahsiakan segala keburukan orang yang “terlihat” olehnya- Yakni tidak menceritakan keburukan orang lain. Dengan kata lainnya “menjaga aib orang”.
- Menjaga rahsia alam- iaitu tidak sewenang-wenangnya menceritakan apa yang dilihatnya secara kasyaf dengan sebarangan melainkan kepada orang yang paling dipercayai, atau mereka yang ahli dalam bidang ini sahaja."
Baca seterusnya di SINI..

Harap beliau belajar lagi ilmu2 agama ini..tok guru walau sudah lanjut usianya, tetapi tetap mempelajari dan mengulangi ilmu agama..bayangkan, saban hari Tok guru mengajar dan menyampaikan kuliah dan ceramah agamanya kepada rakyatnya di Kelantan..namun sayang siri ceramah agama (bukan politik) ini tidak disebarkan oleh media kerajaan..kerana itu penyokong fanatik Umno hanya mengenali Tok Guru sebagai 'tokoh politik', tetapi tidak mengenali tok guru sebagi 'tokoh agama'...

6. 'Menentang PAS dan Pakatan Rakyat adalah JIHAD..'

Penulis nak tanya, beliau fahamkah apabila mengeluarkan kenyataan "Gerakan UMNO adalah jihad" sepertimana yang disuarakan dalam rakaman video di atas?..beliau sedarkan parti yg beliau dokong itu bagaimana sifat dan keadaannya?..

Tak lain dah tak bukan, kenyataan kononnya menentang PAS adalah JIHAD bagi penulis tidak ubah sepertimana kenyataan pemimpin wanita Umno Shahrizat Jalil, yg pernah mengishtiharkan JIHAD menantang Anwar dan PKR semasa PRK Permatang Pauh 2008..boleh rujuk di SINI..langsung tidak memberi apa2 makna...

Jika kalian pernah membaca artikel penulis sebelum ini, penulis ada menceritakan bagaimana beliau telah mengihstiharkan JIHAD menentang PAS sehingga mewujudkan derma jihadnya untuk menentang PAS..boleh rujuk artikel penulis dahulu di SINI..printscreen di bawah menjadi bukti..



Ternyata, beliau sememangnya telah 'mengkafirkan' Tok Guru malah PAS itu sendiri dlm sedar, sehingga terdesak melancarkan kutipan jihad menentang PAS..kini, apa reaksi penyokong2 dan pemimpin Umno? apa respon majlis fatwa? sama2 kita tunggu (sehingga kucing bertanduk)..

Untuk yang terakhirnya (terakhir utk kali ini, bukan yg terakhir), penulis mengajak kalian menilai sendiri siapakah sebenarnya insan yg bernama 'Mohd Nor Deris' ini..jangan terkejut jika penulis mengatakan beliau adalah antara pemimpin/penyokong TEGAR/FANATIK Umno...

Beliau pada pandangan penulis tiada bezanya dengan Ali Rustam, Ustaz Firdaus (sepak tong), Jamil Baharom dan lain2 pemimpin dlm Umno....maka tidak pelik sekiranya beliau sanggup menyerang dan mengkafirkan PAS semata2 mahu melihat musuh politiknya itu, iaitu PAS termasuk Pakatan Rakyat musnah dan terkubur, sementara Umno terus berkuasa bermaharajalela (negara tanpa pembangkang)...











Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas...selanjutnya, kalian boleh rujuk sendiri di dalam facebook beliau, 'Mohd Nor Deris'..

Akhir kalam, penulis akan sentiasa kemaskini entry ini..penulis akan tunggu reaksi Nor Deris terutama dalam isu 'mengkafirkan' ini, termasuk mereka yg ingin mempertahankan pemimpin Umno ini...wallahua'lam..

Tiada ulasan: