Selasa, 21 Disember 2010

SAPE SAJA BOLEH MENGUNDI PARTI YANG MEREKA SUKA SELAGI PARTI SAH DISEGI PERLEMBAGAAN MALAYSIA..DAN MEREKA RAKYAT MALAYSIA YANG SAH

'S'gor tak terlibat pelan pembangunan tapak surau'
Dis 20, 10 6:44pm

Kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak sebuah surau di Rawang yang dibantah sekumpulan penduduknya semalam, dakwa setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin.

Beliau menjelaskan bahawa tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki dua syarikat pemaju yang menjalankan projek tersebut secara usahasama.

NONESebuah daripada syarikat itu didakwa tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Faekah (kiri) berkata, pihak yang terlibat dalam perhimpunan itu, termasuk pemimpin Umno sepatutnya, membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang "tuduhan liar".

Beliau juga mendakwa kerajaan terdahulu pimpinan BN sebenarnya yang telah meluluskan kedua-dua syarikat terbabit menjalankan projek tersebut atas tanah berkenaan, termasuk lot yang telah diwartakan untuk pembinaan surau.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang.

"Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Jemput SPRM

Semalam, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang dilaporkan berhimpun dalam demonstrasi secara aman bagi membantah pengambilan tapak surau itu.

Penasihat BBSAH Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.

NONEBeberapa pemimpin BN, antaranya Pengerusi Biro Agama Umno Selangor Datuk Zainal Abidin Sakom juga kelihatan turut serta dalam perhimpunan itu.

Berhubung status gerai-gerai tanpa lesen yang beroperasi di sekitar surau berkenaan, Faekah berkata laporan awal yang diterima dari Pejabat Daerah Gombak mendedahkan ia dibina secara haram tetapi sewa dikutip oleh seorang bekas ahli jawatankuasa surau untuk mengisi tabung surau itu.

Bagaimanapun, katanya, ahli jawatankuasa baru surau berkenaan mendakwa kutipan itu tidak pernah disalurkan ke tabung surau.

“Saya menyeru polis dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) membuat siasatan lanjut berkenaan hal ini dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan memberi kerjasama penuh,” katanya.

Faekah juga berkata kerajaan Selangor akan memastikan penduduk di Kampung Melayu, Rawang, mempunyai kemudahan surau walaupun notis perobohan dan pemindahan telah dikeluarkan oleh syarikat pemaju bagi menjalankan projek pembangunan yang telah diluluskan lapan tahun lalu.

Kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.


Pulau Pinang tolak pembinaan loji nuklear
Dis 20, 10 5:45pm


Kerajaan Pulau Pinang tidak akan membenarkan kerajaan persekutuan membina loji janakuasa nuklear di negeri itu, kata ketua menterinya Lim Guan Eng.

NONE"Saya hendak tegaskan selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak akan menyokong atau membenarkan sebarang loji nuklear dibina di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri selamat daripada pencemarannya," kata Lim (kanan).

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin berkata, Malaysia merancang untuk membina dua loji kuasa nuklear yang masing-masing akan menjana 1,000 megawat sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang untuk mengimbangi bekalan tenaga.

Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.

Dalam kenyataan hari ini, Lim berkata rancangan itu tidak mempunyai rasionalnya kerana Malaysia sudah mempunyai margin simpanan tenaga yang tinggi sehingga 40 peratus.

Beliau juga menambah, terdapat kos tersembunyi yang "besar" terlibat dalam pembangunan dan penyeliaan loji tenaga nuklear.




Bekas pegawai Sime Darby didakwa terima suapan RM200,000
Dis 21, 10 11:19am
Seorang pegawai kanan Sime Darby Holding Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 berkaitan cadangan mendapatkan kontrak bernilai AS$134.2 juta.

NONEBekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin Sime Darby Engineering Sdn Bhd Mazhazmi Jamaludin didakwa menerima upah kerana kononnya mencadangkan MLC Shipbuilding Sdn Bhd dan mengesahkan bayaran tertentu bagi beberapa projek.

Beliau mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mazhazmi didakwa bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum bawah Sekysen 16 akta yang sama.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan jumlah jaminan sebanyak RM20,000.

Sementara itu, peguam kepada Mazhazmi, Shamsul Sulaiman memberitahu mahkamah, anak guamnya dibogelkan, ditutup mata dan diminta berdiri dengan sebelah kaki oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa sesi soal siasat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Shamsul juga berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku terhadap Mazhazmi selepas ini.



Lebih 100 pengikut Syiah telah disoalsiasat
Abdul Rahim Sabri & Fadzly Esa
Dis 21, 10
12:57pm

Seramai 101 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut.

Menurut sumber daripada bahagian penguatkuasa JAIS, pengikut ajaran itu mula memberi keterangan sejak ditahan minggu lepas.

jais mosqueProses merakamkan keterangannya dijangka selesai Khamis ini.

Menurut sumber lagi, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu bertindak dengan cara yang menghina kuasa yang sah, atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan mufti.

Sekiranya sabit kesalahan, kumpulan itu boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

"Mereka belajar secara berkumpulan. Kita faham kalau (belajar) secara individu itu, tidak ada masalah sebab kita pun tak tahu. Tapi ia dibuat secara berkumpulan," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam fatwa negeri Selangor, terdapat larangan terlibat, mempelajari atau mengembangkan ajaran Syiah.

Rabu lalu, pengikut Syiah itu termasuk warga asing itu ditahan JAIS ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves.

Antara terlibat golongan pensyarah, penuntut institusi pendidikan tinggi, peguam dan pegawai kerajaan, menurut laporan.

Sementara itu, sumber juga memaklumkan, daripada 128 orang yang ditahan itu, dua daripadanya telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuang pada 16 Disember lalu.

Katanya, selain dituduh mengikut seksyen 12(c), mereka turut berdepan dengan dua lagi perduduhan di bawah iaitu Seksyen 7(1) dan Seksyen 13 enakmen yang sama.

Seksyen 7(1) memperuntukkan mengenai mana-mana orang mengajar atau menjelaskan apa-apa doktrin atau melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubungan dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

Manakala Seksyen 13 pula memperuntukkan mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang apa-apa isu, ajaran Islam atau hukum syara' yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Selangor.

Sekiranya tertuduh melakukan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Kes tersebut akan disebut semula di mahkamah berkenaan pada 20 Januari depan.

Manakala seramai 126 lagi pengikut ajaran itu dijangka dihadapkan ke mahkamah pada 24 Mac depan.



Tindakan DAP: Ronnie Liu membungkam


Fadzly Esa
Dis 21, 10
3:17pm

Exco kanan kerajaan Selangor Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan DAP Selangor bulan lalu masih membungkam berhubung tindakan ke atasnya oleh jawatankuasa disiplin parti itu.

Ditemui Malaysiakini selepas sidang media di i-City Shah Alam, pengerusi jawatankuasa tetap kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan itu enggan memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

NONE"Saya tidak mahu beri ulasan di sini (majlis) ini, mungkin saya akan cakap di tempat (program) lain," katanya sambil tersenyum.

Ronnie (kanan) menerima surat tunjuk sebab selepas membuat kenyataan kepada sebuah portal berita mendakwa berlaku politik wang semasa pemilihan parti.

Sementara itu, Ronnie yang juga ADUN Pandamaran menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tender dan sebutharga di Selangor masih tidak telus.

Menurutnya, dakwaan itu hanyalah tohmahan semata-mata.

"Kita ikut cara yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) menggunakan sistem 'cut of point' di mana kita memilih kontraktor dengan melihat profil syarikat secara keseluruhannya.

"Bukan semestinya kita pilih (kontraktor) kerana mereka tawar harga paling murah, kita kena pastikan kerana kita tidak mahu kontraktor yang menawarkan harga murah selepas itu (kontraktor) muflis," jelasnya.


SU Guan Eng perjelas isu 'pertikai' kerakyatan
Dis 21, 10 4:37pm


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah mempersoal dan mempertikaikan kerakyatan mana-mana warga Malaysia dalam ucap utamanya dalam konvensyen kedua Pakatan Rakyat kelmarin, kata setiausaha akhbarnya Cheong Yin Fan.

Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim.

azlanDalam kenyataan hari ini, Cheong malah memetik kembali ucapan Lim dalam konvenyen di Pulau Pinang itu yang antaranya menyifatkan rakyat Malaysia yang sebenar adalah mereka yang mahukan masyarakat yang aman, tenteram, penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama, yang tamak haloba, di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah.

"Kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini (rakyat) Malaysia celup atau pseudo-Malaysians," demikian menurut Lim.

Cheong malah melampirkan ucapan penuh lebih tiga muka surat bagi membuktikan dakwaannya itu.

Dalam artikel berjudul "Guan Eng semakin bersikap perkauman", Dr Novandri Hasan menimbulkan persoalan, apakah pembaca lebih 200,000 naskhah sehari Utusan boleh diperlekehkan sebagai bukan rakyat Malaysia tulen seperti tuduhan Lim?

Dr Novandri menulis, Lim membesarkan skop kebenciannya bukan sahaja melibatkan parti BN dan Umno, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Dan sudah tentu kita tidak dapat lari daripada memikirkan bahawa Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayulah yang membaca Utusan Malaysia!" tulisan di ruangan pendapat itu dipetik.




Jamil Khir: Isu warganegara wajar dihentikan
Dis 21, 10 6:33pm


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengingatkan pihak tertentu agar tidak mempertikaikan taraf kewarganegaraan mana-mana rakyat negara ini tidak kira sama ada mereka adalah penyokong BN atau sebaliknya.

Beliau berkata semua rakyat dalam negara ini harus tahu menjaga sensitiviti dan isu kewarganegaraan tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan permainan.

"Siapa kita untuk tentukan semua ini? Permainkan isu warganegara ini adalah tidak wajar sama sekali dan ini harus dihentikan," katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar.

Lim juga mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (Bangsa), Religion (Agama) dan Raja serta mempertikaikan kerakyatan mana-mana pihak yang "meraikan" tragedi 13 Mei.

Terdahulu, Jamil Khir menyaksikan majlis penyerahan kunci Kompleks Pendidikan Maahad Al-Mashoor Al-Islami di Balik Pulau hari ini.

Kompleks yang mampu menempatkan sehingga 800 pelajar itu dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang mengandungi kemudahan dua blok asrama empat tingkat, blok pentadbiran tiga tingkat, blok akademik empat tingkat dan satu blok dewan makan serta kemudahan sukan.

Bangunan yang didirikan di atas tanah seluas 12 hektar merupakan projek terbesar yang dilaksanakan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dengan kos sebanyak RM38.4 juta.

Jamil Khir berkata ketika ini JAWHAR dengan kerjasama MAINPP sedang membangunkan 77 unit kediaman kos sederhana rendah di Sungai Nibong yang menelan belanja RM14.7 juta.

Katanya JAWHAR juga bertanggungjawab untuk mengenal pasti tanah-tanah wakaf yang berdaya maju untuk dibangunkan bagi penjanaan ekonomi dan sekaligus dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Tanah wakaf yang didirikan masjid dan ada persekitaran penduduk serta kegiatan ekonomi akan berdaya saing dan memberi manfaat kepada penghuninya," katanya.

--Bernama





PBB nafi dakwaan 'dana siber RM10 juta'
Leven Woon Zheng Yang
Dis 21, 10
6:59pm

Parti Persaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan bahawa BN Sarawak menyediakan dana sebesar RM10 juta untuk usaha pengkaderan penulis blog bagi menyerang pembangkang.

NONEADUN Asajaya Karim Hamzah (kiri) dan ahli parlimen Petra Jaya Fadilah Yusof, yang dinamakan di laman web, menafikan kewujudan dana seperti itu.

"Tiada perkara sebegitu. Semua ini bohong," demkian respons senada mereka apabila dihubungi hari ini.

Fadilah malah mencabar pemberi maklumat itu mendedahkan nama semua penulis blog yang telah dilatih.

Beberapa laman web Sarawak baru-baru ini menerbitkan laporan mendakwa Karim dan Fadilah menawarkan RM5,000 sebulan kepada "rakyat Sarawak yang mempunyai jiwa kewartawanan' untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Menurutnya, sesiapa yang disenaraipendek akan dilatih oleh New Straits Times, The Malay Mail dan Utusan Melayu di Pusat Latihan Umno di Janda Baik, Pahang.

"Setiap penulis blog berpeluang mendapat geran RM30,000 untuk memulakan blog...," dakwa laman terbabit.


Tiada ulasan: