Rabu, 29 Disember 2010

TENTU BELIAU NI DE KELEBIHANNYA...CUMA BIARLAH KELEBIHAN YANG BAIK...YANG ALLAH REDAI BUKAN DIMURKAI...

Kelayakan Khusrin jadi SUK S'gor dipertikai

Dis 29, 10 12:27pm

Kelayakan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor yang baru mula dipertikaikan, antaranya ekoran 'kontroversi' yang melingkarinya.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, sikap Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) "yang seolah-olah ingin sabotaj" kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor selama ini hendaklah dimabil kira.

Antaranya, dakwa Nik Nazmi, Khusrin terlibat melobi supaya program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lepas serta "engkar" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dengan menimbulkan kontroversi lawatan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

"Sebelum itu Khusrin 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

"Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor?" soal Nik Nazmi.



Badrul Amin nafi akur pelantikan Khusrin

Dis 28, 10 3:49pm


Pengarah Penerangan Selangor Dr Badrul Amin Bahrom menafikan bahawa beliau akur dengan pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru selepas Sultan Selangor dilaporkan berkenan menerimanya.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speechJusteru, menurut Dr Badrul Amin (kiri), laporan Sinar Harian hari ini yang memetiknya sebagai berkata bahawa beliau akur dengan pelantikan itu adalah tidak tepat.

"Tidak timbul soal Sultan berkenan atau tidak. Penjelasan setiausaha sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani bahawa (bahawa Sultan berkenan) hanyalah pendapatnya sendiri," katanya.

Akhbar harian itu melaporkan hari ini bahawa Dr Badrul Amin akur dengan keputusan itu kerana percaya Tuanku mempunya kebijaksanaan sendiri menerima pelantikan itu.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir dalam akhbar sama yang berkata keputusan itu adalah muktamad.

"Pada pandangan saya, keputusan itu 'confirm' (sah) kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," Mohamad Munir dilaporkan berkata.

azlanBercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Badrul Amin mendakwa, isu sebenarnya adalah pelantikan yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohamad Sidek Hassan adalah "berniat jahat" terhadap kerajaan negeri bagi melaksanakan "agenda jahat Umno dan BN".

"Dia (Mohamad Sidek) tahu kita ada konflik dengan Khusrin, kenapa dia lantik tanpa memaklumkan kepada menteri besar dahulu?" katanya.

Ditanya bagaimana isu sekitar kedudukan 'kerusi panas' itu dapat diselesaikan, Dr Badrul Amin berkata ia bergantung kepada pertemuan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan esok.




Lantikan SUK S'gor: ADUN harap tiada sabotaj

Dis 27, 10 4:50pm


Pelantikan 'kontroversi' setiausaha kerajaan negeri yang baru diharapkan dapat dibuat dengan telus, beramanah dan bebas daripada sebarang bentuk unsur sabotaj, kata ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, kerusi itu harus diisi oleh calon yang betul-betul komited, berupaya dan bebas sahaja.

“Memandangkan setiausaha kerajaan negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor,” kata Lau (kiri).

Dalam satu kenyataan hari hari ini, Lau juga berkata, pelantikan mengejut dan mengemparkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi itu tidak sepatutnya diumum sebelum mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Beliau berhujah, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan perlantikan ke jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

“Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, malahan ia boleh dilantik daripada 'Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan' termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor,” katanya.

Anwar: Pertahan profesionalisme

Lau juga berpendapat, kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa pelantikan Khusrin mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor “mengelirukan”.

Ini kerana, tambahnya, tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan baginda.

pakatan 2nd convention 191210 anwarSementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pula menegaskan, Mohd Sidek harus tahu bahawa perlantikan setiausaha kerajaan di setiap negeri perlu dirujuk kepada menteri besar dan ketua menteri terlebih dahulu.

"Pertahan profesionalisme," kata ketua umum PKR itu menerusi laman Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR Selangor (AMK) menolak sepenuhnya cadangan melantik Khusrin itu.

Ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan kanan dan tidak mencampurkannya dengan agenda politik.

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya.



Lau: K'jaan pusat tak ada kuasa penuh lantik SU S'gor
Dis 28, 10 7:45pm


Perlembagaan Selangor tidak memberikan kerajaan persekutuan kuasa penuh untuk memutuskan tentang pelantikan setiausaha kerajaan negeri, kata ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Lau berpendapat bahawa Perkara 52 (1) perlembagaan negeri menyatakan jawatan itu mesti dilantik oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' dan tidak semestikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

"Jelas bahawa pelantikan setiausaha kerajaan negeri tidak semestinya dibuat oleh SPA. Pelantikan itu juga boleh dibuat oleh 'suruhanjaya perkhidmatan yang relevan' seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Selangor.

"Frasa 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam' tidak disebutkan secara khusus dalam perlembagaan Selangor," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Lau mengulas laporan akhbar Sinar Harian yang menyebut bahawa istana telah memperkenan pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

"Pada pandangan saya, keputusan iru 'confirm' kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam laporan muka Sinar Harian.







Khusrin sah tinggalkan JAIS, jadi SUK S'gor
Dis 27, 10 12:28pm


Walaupun menafikannya sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

NONEMohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, lapor agensi berita nasional Bernama.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, nama beliau menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Isu itu berpanjangan apabila beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad (Shah Alam), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Shaari Sungip (Hulu Kelang) tampil mengkritik dan memanjangkan perkara itu.

Belum pun reda isu itu, Ketegangan terus berterusan dan merebak dalam isu lain, seperti dalam 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa Dr Mohd Asri berlaku di sebuah masjid di negeri itu.

azlanSelepas itu, timbul pula isu ahli parlimen bukan Islam Teo Nie Ching daripada DAP yang memasuki sebuah surau di Kajang.

Isu yang mendapat perhatian istana Selangor itu bermula apabila Utusan Malaysia memetik kenyataan Mohd Khusrin yang dilaporkan berkata, perkara itu tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Sehubungan itu, lantikannya itu dijangka menambahkan lagi 'pergeserannya' dengan kerajaan negeri.

azlanTempat Mohd Khusrin akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.








Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan
Dis 27, 10 2:26pm


Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.



yid Adzran Adzrin Hassim's Photos - Wall Photos


Tiada ulasan: