SEMUA ANGGAP IA BOLEH MEMERINTAH SEDANGKAN LA NI TAK NAMPAK MENUNJUK YANG PEMERINTAH MELAKUKAN SEBAGAI PERINTAH ALLAH
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa pemimpin Umno mengemukakan dokumen rasmi mengenai 'ketuanan Melayu' kerana ianya tidak terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Mahfuz juga meminta mana-mana pemimpin Umno memberikan definisi yang jelas mengenai maksud slogan itu yang sering dilaungkan mereka. "Saya minta secara jujurnya kepada pemimpin Umno untuk mendifinisikan Ketuanan Melayu kerana perkara ini tidak ada dalam Perlembagaan dan hanya bergantung kepada mungkin apa yang dirasakan oleh Umno. "Saya minta pemimpin Umno menunjukkan kepada kami (Pakatan Rakyat) satu dokumen mengenai Ketuanan Melayu untuk tatapan rakyat," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Tambahnya, pemimpin Umno khususnya Presidennya, Datuk Seri Najib Razak seboleh-bolehnya diminta mengemukakan dokumen itu pada sidang Dewan Rakyat yang akan berakhir Khamis ini. "Kalau boleh kita minta mereka bawa isu pada sidang kali ini. Tinggal beberapa hari sahaj algi. Lepas ini dah tak ada masa," katanya. Ujarnya lagi, Umno sering berlagak seperti mereka hero dalam isu-isu berkaitan orang Melayu termasuk menggunakan isu Felda untuk mendapat sokongan orang Melayu. "Akhir-akhir ini Umno khususnya cuba untuk menampilkan mereka adalah hero kepada Melayu dan dalam konteks apa sekalipun isu yang berbangkit dalam negara kita ini cuba dikaitkan dengan soal Ketuanan Melayu. "Isu Felda pun cuba digambarkan seolah-olah ada golongan pengkhianat dan sebagainya," katanya. Sedangkan katanya, pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sendiri menegaskan ia tidak wujud dalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan. Sebaliknya Khoo berkata,dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja. Sebelum ini, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan parti itu meminta konsep ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'. |
"Ini sama sekali tidak logik dan benar-benar tak masuk akal," kata
Sankara Nair (kiri) dalam satu kenyataan hari ini.
Sankaran menjawab dakwaan dalam Wikileaks yang tuduhan liwat terhadapnya adalah satu perangkap oleh musuh politiknya.
Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew telah dipetik dalam satu pendedahan sebagai berkata Anwar mungkin mengetahuinya "tapi tetap masuk ke dalamnya (perangkap)".
Dalam satu kenyataan, Sankara berkata Anwar sudah menyedari sesuatu yang jahat sedang dirancang, seperti yang dibayangkannya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini pada tarikh 3 Julai 2008.
Sewaktu wawancara itu, Anwar berkata, beberapa minggu sebelumnya, beliau telah diberitahu bahawa IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan) sedang mereka sesuatu, dan itu lima atau enam hari sebelum "seseorang datang memberitahu saya bahawa ini adalah serius."
"Ini disampaikan kepada saya dan saya terfikir bagaimana mereka akan membiarkan isu '98 untuk muncul kembali," kata Sankara.
Sementara itu, Anwar menafikan tuduhan tersebut,dalam catatan Twitternya, "Source? Polis SB Malaysia. Bukti tak ada"
Sankara juga juga mendakwa akhbar New Straits Times dan Utusan Malaysia mengamalkan 'kewartawanan yang tidak bertanggungjawab' dalam melaporkan pendedahan tersebut.
Katanya, media tempatan telah memilih untuk bergantung kepada laporan untuk menerbitkan perkara yang tidak terbukti dan hanya berdasarkan kepada desas-desus dan telahan."Sampai saat ini, semakan kami dengan rakan sejawatan serta pelbagai sumber menunjukkan tiada rujukan seperti itu dibuat oleh Wikileaks berdasarkan tuduhan khusus seperti yang dilaporkan dalam Herald Sun (Sydney Morning Herald)," katanya.
Sankara mendakwa akhbar berkenaan sengaja mengherotkan laporan tentang Anwar dan memfokus terhadapnya sahaja dan meninggalkan semua tuduhan serius terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan yang lain-lain.
Jelas, kata Sankara, kedua-dua khabar tersebut mempunyai "motif jahat dan telah mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab".
'Subjudis untuk dilaporkan'
Sankara juga menyifatkan laporan mengenai dakwaan tersebut sebagai "jelas subjudis" dan ia mungkin merupakan satu penghinaan mahkamah, kerana perbicaraan sedang berlangsung.
Katanya, penerbitan kenyataan yang berkaitan dengan dakwaan kesalahan itu adalah dilarang.
Katanya, tindakan itu menceroboh integriti perbicaraan dan hakim berkewajiban untuk melindungi kesucian perbicaraan, terutama daripada mereka yang bukan dalam sistem kehakiman jenayah, dan dalam hal ini, pihak media.
Menurutnya, laporan media telah mensasarkan tepat pada perbicaraan dan "kami amat memandang berat terhadapnya".
Sambil menegaskan bahawa hakim juga manusia, Sankara berkata, fokus media itu boleh mempengaruhi persepsi umum terhadap Anwar.
Bercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara.
"Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.
Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubarkan segera Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya BN yakin menang dalam pilihan raya umum akan datang.
Bian berkata, kenyataan Azmin itu menghantar "mesej yang sangat jelas" dan menunjukkan "komitmen" PKR dan pemimpin Pakatan terhadap rakyat Sarawak.
"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir selepas merasmikan cawangan kedai roti The Loaf di Bangsar Baru hari ini.
Beliau menjawab soalan wartawan ketika ditanya mengenai kabel diplomatik yang didedahkan oleh lamanweb Wikileaks, yang mendakwa Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengatakan bahawa Anwar masuk 'perangkap seks'.
Dr Mahathir menyuarakan keraguan masakan ramai orang - dari hakim, saksi, polis, kakitangan makmal dan lain-lain - boleh berbohong atau memalsukan kes terhadap bekas timbalannya itu.
Ditanyai mengenai kabel diplomatik lain yang dibocorkan oleh Wikileaks, yang menunjukkan pegawai Singapura yang memandang rendah terhadap Malaysia, Mahathir menjawab:
"Itu pandangan mereka Tapi mereka begitu kaku sehingga mereka tidak boleh berfikir di luar apa yang Lee Kuan Yew kata..."
"Anda boleh petik saya berkata demikian," kata Dr Mahathir.
'Lee tahu tentang Anwar'
Sementara itu, Bernama melaporkan Dr Mahathir yakin Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar bahawa agensi perisikan Singapura mengesahkan kegiatan ketua pembangkang itu berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan agensi itu, lapor Bernama.
"Ya memang...saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Globalizing Malaysians in 2020" di Universiti Tenaga Nasional hari ini.
Menurut laporan akhbar, pendedahan itu dibuat oleh sebuah lamanweb antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh dari kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008.
Sementara itu, dalam syarahannya, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia terutamanya golongan muda harus menanam nilai-nilai jati diri yang kuat dalam menghadapi perkara yang kurang baik kesan dari ledakan globalisasi.
Katanya keterbukaan bukan bermakna sikap seseorang individu juga harus terbuka termasuk menghalalkan perkara yang songsang.
"Jika anda seorang Muslim, anda harus kekal dengan amalan-amalan dan tanggungjawab anda sebagai seorang Muslim," katanya.
"Persiapkan diri dan anak-anak anda dengan nilai-nilai yang baik mulai sekarang. Anda harus mempunyai interpretasi sendiri terhadap makna globalisasi agar kesan baiknya turut memihak kepada anda," katanya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia melibatkan 10 hingga 12 projek perumahan yang diluluskan kerajaan negeri terdahulu, menyebabkan pembeli menanggung kerugian.
Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius masalah itu dan akan cuba menyelesaikannya secara berperingkat, menggunakan pelbagai cara, termasuk mengambil alih tanah untuk pembangunan semula.
“Pengambilalihan tanah ini akan membolehkan kerajaan negeri membangunkan semula projek berkenaan seperti yang dilakukan di Bukit Botak dan Bandar Alam Perdana,” kata menteri besar.
Beliau berkata demikian di majlis turun padang bersama ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Penghulu Daerah Kuala Selangor, hari ini.
Menteri besar juga berkata, kerajaan Selangor telah mempermudahkan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah itu selama lebih 15 tahun dan belum memiliki rumah.
Bagaimanapun Menteri Besar berkata, setiap pemohon hanya akan dibenarkan mendapat satu geran tanah bagi mengelak penyelewengan di samping memberi keadilan kepada mereka yang layak.
Selepas mengadakan perbincangan dengan JKKK dan penghulu, menteri besar melawat pejabat JKKK Bukit Badong untuk mendengar taklimat berhubung pembangunan ekonomi dan aktiviti sosial di kawasan itu.
Menteri besar kemudian dibawa melawat premis membuat perabot, Idyan Jaya Enterprise, ladang yang menternak lebih 30,000 arnab pelbagai spesis dan merasmikan sepak mula perlawanan akhir futsal liga tempatan.
Majlis turun padang bersama JKKK dan penghulu akan diperluaskan ke semua daerah di Selangor untuk membolehkan pimpinan negeri mendapat gambaran sebenar masalah yang dihadapi penduduk
Sambil membidas penulis blog dan penyebar khabar angin kononnya
beliau sedang koma dan tenat, ahli parlimen Pasir Mas itu berkata sudah waktunya baginya menyangkal desas-desus mengenai kesihatannya.
Oleh itu, katanya, beliau hadir di Parlimen untuk membuktikan yang beliau sudah sihat, walaupun doktornya menasihatkan beliau berihat tiga bulan lagi.
Hari ini adalah kali pertama Ibrahim kembali mengikuti sidang Parlimen selepas menjalani pembedahan pintasan jantung Oktober lalu.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Ibrahim sambil berseloroh berkata, beliau kasihan dengan mereka mengharapkan beliau meninggal dunia atau berada dalam koma.
Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak duduk diam selama cuti sakit, sambil menyatakan beberapa rancangan yang beliau dan PERKASA akan lakukan dalam masa terdekat ini.
Katanya, adalah aneh Malaysia tidak mempunyai muzium untuk memperingati pahlawan negara dan sultan, dan lebih penting lagi insiden seperti Rusuhan 13 Mei.
Beliau mengambil contoh 'Museum Holocaust' di Jerman, yang menurutnya menggambarkan banyak kejahatan yang dilakukan pemimpin Nazi, Adolf Hitler dalam Perang Dunia II.
"Kita perlu mewujudkan muzium 13 Mei. Lihatlah ia secara positif.
"Kita perlu menceritakan kisah sebenar supaya generasi muda dapat mengetahui siapa yang memulakan semuanya, siapa yang membakar bendera Malaysia pada 10 Mei, siapa yang mencetuskan rusuhan," katanya.
Ibrahim juga mencadangkan Majlis Raja-Raja mengambil langkah proaktif dan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk memantau kemajuan kerajaan dalam mempromosikan penyertaan bumiputera dalam ekonomi negara.
Menurutnya, majlis tersebut perlu berbuat lebih banyak lagi untuk menggalakkan agenda bumiputera, selaras dengan dengan matlamat negara untuk menjadi negara maju pada 2020.
Ibrahim berkata, PERKASA akan menghantar memorandum dan surat kepada Majlis Raja-Raja, meminta supaya ditubuhkan sebuah suruhanjaya diraja, atau sekurang-kurangnya sebuah jawatankuasa pemandu.
Langkah itu, tegasnya, akan dapat memastikan pencapaian 30 peratus penyertaan menyeluruh bumiputera dalam ekonomi apabila negara mencapai status negara maju.
Ibrahim mengakui bahawa kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa ekonomi bumiputera yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Namun, tegasnya lagi, sebuah badan bebas masih diperlukan untuk memantau kemajuannya.
Ahli parlimen Pasir Mas itu mendakwa, dakwaan liwat terhadap Anwar itu telah lama menjadi bahan perbincangan sejak pentadbiran Perdana Nenteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Saya tidak sedikit pun terkejut," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
"Tapi kerana Wikileaks mendedahkan perkara itu, maka saya kira itu jadi berita (sekarang)," tambahnya.
Menurutnya, jika Anwar merasa ia satu pembohongan, maka beliau mencadangkan ketua umum PKR itu mengambil tindakan terhadap Wikileaks, kerana menurutnya, Anwar gemar mengambil tindakan seumpama itu.
Ibrahim juga membidas pemimpin PAS, khususnya mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang didakwanya pura-pura tidak peduli terhadap pendedahan mengenai tuduhan liwat itu.
"Saya percaya Nik Aziz dan Hadi juga terkejut (dengan berita itu), tetapi mereka hanya bertindak seolah-olah mereka tidak terkejut kerana disebabkan oleh persahabatan politik mereka," katanya.
Ibrahim menegaskan sama ada tuduhan kali kedua liwat terhadap Anwar itu satu perangkap atau tidak, intipatinya ialah sama ada ketua pembangkang itu melakukan perkara itu atau tidak.
"Soalan perangkap atau konspirasi tidak timbul. Bila kita melakukan sesuatu dan orang memutuskan untuk mengambil tindakan, maka kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana faktanya adalah kita melakukan sesuatu yang tidak baik. Ia adalah satu isu moral.
"Saya tidak menuduh dia terlibat... apa yang saya katakan ialah kita perlu berhati-hati dan memerhati apa yang kita lakukan supaya kita tidak terlibat dalam isu seperti itu."
'Singapura cemburu'
Diminta mengulas mengenai komen yang didakwa dibuat oleh pegawai luar Singapura bahawa pemimpin Malaysia 'tidak cekap', Ibrahim berkata republik itu "cemburu" terhadap Malaysia.
"Saya yakin, mereka (Singapura) benar-benar cemburu terhadap Malaysia dan tidak senang dengan Malaysia dalam banyak perkara," katanya.
Sementara itu, Ibrahim berkata, terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan merit memberikan bantuan kewangan untuk rapper Wee Meng Chee (kanan), atau dikenali sebagai Namewee, untuk penggambaraan filemnya 'Nasi Lemak 2.0'.
Beliau nampak kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap Namewee kerana memperlecehkan lagu Negaraku, manakala dua pengetua sekolah yang dituduh membuat komen rasis pula, telah menjadi bahan 'perbicaraan' pihak media.
Namun, Ibrahim menegaskan terpulang kepada majoriti untuk memutuskan sama ada rapper itu berhak mendapat sokongan.
Katanya, jika kerajaan merasa, dengan tidak mengambil tindakan terhadap Namewee, ia boleh menambah undi untuk BN, maka teruskan, tetapi tegasnya kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Dis: Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan