Pemberian bonus Felda tidak adil
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Tindakan Felda yang enggan membayar bonus insentif kepada peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka disifatkan sebagai tidak adil.Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, tindakan membezakan peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan mereka yang mengikuti program tanam semula Felda itu tidak wajar.Ini kerana peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka juga menghantar hasil mereka ke kilang Felda."Saya ingin mempersoal proses pengagihan insentif hasil ini. Memang insentif hasil ini diberi tiap-tiap tahun berdasarkan jumlah tan hasil yang dikeluarkan dan dihantar ke kilang Felda.
"Tetapi yang menjadi persoalan utama ialah insentif itu berdasarkan sama ada mereka mengikut Felda atau pun tidak."Sedangkan mereka yang tak ikut Felda pun menghantar hasil ke kilang Felda. Jadi kalau peneroka yang tidak bersama Felda dianaktirikan dalam pemberian insentif itu tidak betul sebab mereka bukan menjual di kilang swasta tapi mereka jual di kilang Felda," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.Menurut Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat, peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka didapati memperoleh hasil yang lebih tinggi daripada mereka yang mengikuti program tanam semula Felda."Mereka yang tanam sendiri mendapat perolehan hasil lebih besar daripada yang ikut Felda.
Sepatutnya tak timbul diskriminasi samaada ikut Felda atau tidak," katanya.Perdana Menteri semalam mengumumkan seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan."Saya lebih gemar menggunakan kaedah pemberian insentif berdasarkan jumlah tan.Kalau jumlah tan mereka tinggi, dapat tinggi dan kalau rendah dapat rendah."Saya tak setuju kalau mereka yang tak capai piawaian tak dapat langsung. Peneroka kena dapat hak mereka walaupun sedikit," katanya lagi.Sementara itu, beliau mempersoal pemberian bonus insentif itu yang tidak jauh berbeza dengan tahun-tahun lepas sedangkan harga komoditi sawit dan getah semakin meningkat.Menurutnya, pemberian itu haruslah diberi berdasarkan harga komoditi semasa.Selain itu katanya, pemberian bonus insentif ini katanya tidak lebih dari umpan kepada peneroka Felda pada pilihan raya kecil Dun Tenang akhir Januari ini.
"Pemberian bonus ini bukan berita baru tapi diberiakan setiap tahun iaitu sebelum hari raya dan akhir tahun."Jadi kalau ini nak dijadikan umpan pilihan raya di Tenang, ini tidak relevan kerana pemberian ini dibuat setiap tahun," katanya.Datuk Sri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.
Ianya sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.
PAS tegur Ali suka berhutang
Ahmad Danial
MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.
Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.
"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.
"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.
Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.
Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.
"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.
“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.
Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.
Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.
Wujudkan akreditasi pendidikan Islam sedunia
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 26 Dis: Gagasan mewujudkan Majlis Penilaian dan Akreditasi Pendidikan Islam Sedunia menjadi antara idea utama dalam Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 yang diadakan bermula malam tadi.
Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik mengakui idea ini telah dibawa sejak 15 tahun dahulu lagi dan diterima di dalam berbagai sidang dan pertemuan termasuk di Persidangan Himpunan Masyarakat Islam Se Dunia di Istanbul pertengahan 1995, namun di sana terdapat kekangan.
Katanya, masalah yang sering terjadi adalah sikap pihak terbabit yang merasakan isu penilaian dan akriditasi ke atas sekolah dan kurikulum adalah hak negara, kerana itu sekolah serta pendidik lebih mengharapkan kepada perakuan kerajaan semata-mata.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama serta merasmikan konvensyen bertema Membangun Gagasan Baru Pendidikan Islam Malaysia, di sini, hari ini.
Ustaz Abu Bakar berkata, sekarang ini terdapat ramai pakar-pakar dalam bidang pendidikan seluruh dunia yang mesti digabungkan tenaga mereka dan bergerak memberikan sumbangan mereka menerusi teknologi maya sebagai media utama.
Beliau menegaskan, PAS akan berusaha untuk menjayakannya majlis ini sebagai mewakili gerakan Islam sedunia dengan memanggil pakar-pakar dalam bidang seperti Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Sains, sains sosial dan sebaginya.
"Gerakan mendaftar semua pakar dan kepakaran, menyertakan semaksima mungkin sekolah terlibat, ketengahkan prosedur kerja yang tepat dan fleksibel, seterusnya keluarkan akridatasi dengan setiap negara mempunyai penyelaras sebagai wakil majlis," tegasnya.
Ustaz Abu Bakar berharap anggota masyarakat wajar melihat semula isu ini dengan lebih adil dan bersungguh dengan mengenepikan mental block selama ini yang hanya mengharapkan perakuan dari pihak kerajaan semata-mata.
Sementara itu, di dalam ucaptamanya Abu Bakar menegaskan betapa perlu memastikan adanya kemahuan politik sebenar terdiri daripada ahli politik, pentadbir di jabatan dan institusi agama Islam.
Kerana baginya, tanpa perjuangan ahli-ahli politik yang mempunyai fikrah Islami yang mahu menegakkan pendidikan Islam di negara ini maka gagasan baru ini tidak akan berhasil.
Beliau berharap ahli-ahli politik terutamanya dari kalangan Muslim sewajarnya bertanggungjawab dan menyedari hakikat keperluan kepada pendidikan Islam di negara ini dalam usaha membangunkan sebuah masyarakat sejahtera dan adil. IBH
Ketuanan Melayu: Konsep pendidikan Islam tidak tercapai
Ismail Hashim
SHAH ALAM, 26 Dis: Wajib berlaku reformasi dalam semua hal kehidupan bagi menjayakan transformasi dalam sistem pendidikan demi agama dan negara, tegas Pengerusi Sekretariat Majlis Ulama Asia Tenggara (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin.
Menurutnya, isu pendidikan Islam menjadi lebih baik, diakui dan dipertingkatkan pelaksanaannya jika semua ahli politik negara ini cuba dan boleh memahami konsep pendidikan tersebut.
Beliau berkata demikian ketika bercakap dalam wacana bertajuk Transformasi Pendidikan: Realiti, Globalisasi dan Harapan bersama Timbalan Presiden Wadah Pencerdasan Umat, Dr Mohd Nor Manuty, Timbalan Naib Cancelor HEP Unisel, Prof Madya Dr Zainal Abidin Kidam.
Wacana ini dijalankan sebagai acara pertama dalam Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Pusat, di sini bermula semalam hingga petang nanti.
"Bagaimana mungkin konsep pendidikan Islam ini dapat digapai matlamatnya jika kedapatan ramai pemimpin negara yang hanya mengagungkan ketuanan Melayu sahaja.
"Kerana itu, pendidikan Islam hanya akan berjaya bila adanya kepimpinan negara memahami Islam, perundangan dan media Islami yang menaikkan imej tokoh-tokoh yang berkecimpung dalam perjuangan pendidikan Islam.
"Lebih dari itu, transformasi pendidikan Islam hanya akan bermula dan berjaya dengan berlakunya reformasi dalam semua hal terutama politik, perundangan dan kepolisan," tegasnya.
Dalam hal ini, Ustaz Abdul Ghani menarik perhatian hadirin dengan menukilkan sepotong ayat Al-Quran bererti Tidak akan berjaya orang yang mengambil air laut dengan jari tangan terbuka untuk menggapainya ke muka kerana usaha dan impian tidak sama.
Justeru, jelasnya, kesatuan fikir mesti diseimbangkan terlebih dahulu dalam kalangan semua pihak kerana tanpanya, hasrat reformasi pendidikan Islam tidak akan berjaya apatah lagi jika ada yang hanya perjuangkan ketuanan tertentu.
Reformasi umat dan transformasi rakyat terutama dalam bidang politik, tambahnya, bakal menghasilkan kesan positif kepada sistem pendidikan negara
Negara tidak bankrap laksana tawaran 100 Hari
Fakhri Ali
SEBERANG JAYA, 26 Dis: Negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melaksanakan apa yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) ke-2, baru-baru ini.
Begitu juga dengan cadangan untuk memansuhkan tol serta pembayaran kepada para pendidik.
"10 janji yang dinyatakan oleh PR bukannya satu retorik politik. Ia juga bukannya omongan kosong yang akan memufliskan negara. Apa yang kita nyatakan adalah hasil dari perkiraan dan congak yang telah dilakukan oleh kepimpinan sebelum ianya dijadikan sebagai satu matlamat untuk dicapai sekiranya PR berjaya memerintah negara.
“Sepatutnya Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak harus merasa gentar dengan janji yang kita buat sebagai sebuah kerajaan yang akan memerintah negara sekiranya berjaya memenangai pilihan raya umum yang akan datang, " demikian dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Ng Wei Aik semasa berucap di pentas Anak Muda Keadilan Pulau Pinang, semalam.
Katanya lagi, dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa negara akan muflis sekiranya apa yang dicadangkan oleh PR dalam janji 100 hari itu dilaksanakan juga merupakan lemparan dakwaan yang meleset.
Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata, negara akan bertambah bankrap sekiranya sokongan terus diberikan kepada BN untuk memerintah negara.
Katanya, dengan kuasa yang ada pada BN maka rasuah akan berleluasa, korup dan penyelewengan akan bertambah parah.
Rakyat, tambahnya akan menjadi mangsa apabila harga barangan dinaikkan hasil dari tindakan pemimpin BN yang tidak cekap mentadbir negara.
"Selama ini pun kita telah merasai bagaimana kenaikan harga barangan keperluan yang memberi kesengsaraan kepada rakyat dalam jangkamasa panjang.
“Sekiranya kita tidak mahu kuasa disalahgunakan oleh BN yang memimpin, maka rakyat mesti yakin dan mengubah sokongan mereka secara drastik kepada PR, " tegasnya lagi.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari dan Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali.
PAS: 1Malaysia memang alat politik Umno BN
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Dis: Biarpun dipertahan oleh Datuk Seri Najib Razak, namun Pakatan Rakyat yakin dan percaya bahawa konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri itu sememangnya agenda politik Umno BN.Semalam, Najib menegaskan konsep 1 Malaysia bukan alat politik BN tetapi bertujuan menyemai perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum demi pembinaan negara.Pandangan sama turut dikongsi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa 1Malaysia bertujuan merapatkan perhubungan antara kaum tanpa mengambil kira fahaman politik.Kedua-duanya berkata demikian sebagai menjawab tindakan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada semua iklan di papan tanda di seluruh negeri itu kerana ia melanggar undang-undang kecil kerajaan tempatan dan merupakan mesej politik BN.Biarpun alasan yang deberikan mereka itu dirasakan konkrit, namun bagi Pakatan Rakyat, ianya hanya kenyataan 'mulut manis' pemimpin Umno itu yang sama sekali bercanggah dengan realiti amalan mereka.Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo'lo' Ghazali ketika mengulas perkara itu berkata, sejak 20 bulan konsep itu diperkenalkan, matlamat perpaduan pelbagai kaum yang diperkatakan Najib itu langsung tidak tercapai.Malah katanya, 1Malaysia Najib masih mendokong pemikiran politik lama Umno iaitu memainkan sentimen perkauman.Beliau turut mempersoal, jika benar Umno mengamalkan semangat 1Malaysia, kenapa Umno masih bersikap double standad dalam banyak hal terhadap Pakatan Rakyat."Jabatan Pelajaran larang sekolah di Kedah gantung gambar Menteri Besar (Datuk Seri Ust Azizan Razak), habis kenapa Umno bising tentang lambang 1Malaysia."Mereka larang semua ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Pakatan Rakyat masuk sekolah, tetapi kenapa Umno boleh?" katanya yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sambil mempersoal adakah itu konsep sebenar 1Malaysia Najib.Selain itu katanya, matlamat 1Malaysia untuk membangunkan negara tidak lebih dari slogan politik semata-mata.Ini kerana, realiti yang berlaku menunjukkan kerajaan persekutuan pimpinan Najib masih mengamalkan diskriminasi terhadap wakil rakyat dan negeri-negeri Pakatan khususnya dalam penyaluran peruntukan."Mengapa Ahli PR dinafi peruntukn? Kenapa Pimpinan PR tidak boleh masuk skolah? kenapa gambar Ketua Menteri, Menteri Besar tak boleh digantung di sekolah?"Jelas, 1Malaysia adalah politik," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan