| Harakahdaily | ||||||||||||||||
| KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen (B) Tun Ibrahim Ismail, 88, yang meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini awal pagi tadi. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemergian Allahyarham Tun Ibrahim satu kehilangan besar buat negara dan jasanya akan sentiasa dikenang dan dihargai. "Allahyarham banyak berjasa kepada negara khususnya dalam bidang pertahanan. "Beliau di zaman hayatnya juga banyak menyelesaikan konflik antara negara. "PAS akan mengenang Allahyarham sebagai pahlawan dan negarawan," katanya lagi. Allahyarham difahamkan, menghembus nafas terakhir pada 4.40 pagi tadi. Jenazah beliau telah dibawa ke rumahnya di No 22, Villa Sang Suria, Jalan Mesra off Jalan Damai Kelab Aman di sini sebelum dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Asar. "Saya mewakili PAS menyeru seluruh pimpinan dan ahli PAS yang berada di Lembah Klang agar ke masjid negara untuk solat jenazah," katanya. Allahyarham sebelum ini dirawat di hospital berkenaan kerana sakit tua, sejak tiga bulan lepas. Anak kelahiran Johor Baharu ini yang asalnya merupakan Pegawai Kadet dalam pasukan Askar Timbalan Setia Johor merupakan Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang ketiga. Pada 30 Nov 1977, beliau menamatkan perkhidmatan setelah 36 tahun berkhidmat sebagai tentera dan sekaligus menamatkan perkhidmatan selama tujuh tahun sebagai PAT. Sepanjang menjadi PAT, beliau dikatakan banyak mengatur kerjasama dengan negara-negara jiran bagi membanteras ancaman komunis. Allahyarham pernah berkhidmat di dalam pasukan Force 136 sekitar 1940-an bagi menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Dalam pada itu, orang ramai boleh menziarahi dan memberi penghormatan terakhir terhadap Ibrahim di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara mulai 3 petang ini. Menurut kenyataan Masjid Negara, solat jenazah akan diadakan sejurus selepas solat Asar manakala upacara pengebumian akan disempurnakan di Makam Pahlawan selepas itu Akta JPJ: Mohon pada Agong jalan terakhir
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Jumaat, 24 Disember 2010
KETERBUKAAN.TELUS..ADIL DAN JAUH DARI DOUBLE STANDARD.TAK MENZALIMI.TAK MENGAMBIL HAQ ORG SECARA BATIL...MENIPU...RASUAH DLL...RAKYAT LA NI BIJAK
PAS: Tun Ibrahim, pahlawan dan negarawan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, memorandum itu merupakan jalan terakhir setelah usaha mereka menghalang kelulusan rang undang-undang itu sehingga ke peringkat Dewan Negara tidak berhasil.
Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.
SIK, 23 Dis: Kesediaan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh memulakan perbincangan berhubung konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS akan memberikan satu harapan baru kepada pengukuhan Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan