MENCURI..MINUM ARAK.....TAK SOLAT.....JADI KAFIR@MURTAD...JUDI ..ZINA...BUNUH ....RASUAH....SIHIR....MENILIK DLL ADALAH HARAM YANG NYATA...ADA HUKUMNYA DALAM ISLAM...JANGAN KITA KETEPIKAN HUKUM ALLAH INI...SAMPAI BILA KITA NAK BERDEGIL...INGATLAH MATI...PADANG MAHSYAR....SYURGA DAN NERAKA...JANGAN ASYIK DENGAN DUNIA DAN MAKSIAT...HINGGA LUPA HARI KEMATIAN....JANGAN MOHON KEMBALI KEDUNIA...BILA DISANA TELAH NAMPAK PEMBALASAN YANG AKAN DITERIMA....KETIKA ITU..TIADA APA YANG DIKESALKAN...GUNAKANLAH OTAK UNTUK TAAT DAN BUKAN GUNA UNTUK FIKIR BUAT MAKSIAT....
Temani mayat ibu
Oleh Rudy Fazrunisyam Samarudin
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa ke dalam kenderaan polis, semalam.
Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk.
Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.
Anak temani mayat ibu lebih dua hari
SIBU 14 Dis. - Seorang budak perempuan berusia empat tahun ditemui terbaring di sisi mayat ibunya yang telah mula membengkak dan berbau dipercayai mati dibunuh lebih dua hari.Mangsa, Magdeline Chadon, 36, dari Kapit ditemui pada pukul 1 petang tadi di rumah sewanya di Jalan Hua Kiew dengan kecederaan di belakang leher dan telinga kanan dengan ulat telah mengerumuni luka tersebut.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian disedari tuan rumah yang mengunjungi rumah tersebut dan terdengar tangisan kanak-kanak sedangkan rumah berkunci dan lampu masih menyala.
''Tuan rumah ini bertindak memecah masuk dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan terbaring lemah tak bermaya di sisi mayat ibunya," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, tuan rumah yang terperanjat dengan keadaan itu bertindak segera dengan menghubungi polis.
Katanya, mangsa telah empat bulan bercerai dan jirannya mendakwa terdengar pertengkaran apabila bekas suaminya mengunjungi rumah tersebut.
Sehubungan itu, katanya, polis menahan seorang pengawal keselamatan pukul 4.30 petang ini bagi membantu siasatan.
Mangsa dan anaknya itu, kata Shafie, dihantar ke Hospital Umum Sibu. Malah kanak-kanak tersebut dipercayai berlapar ketika menemani mayat ibunya.
''Kanak-kanak tersebut muntah ketika cuba diberi makanan dan doktor percaya ibunya telah meninggal lebih dua hari. Malah kanak-kanak itu enggan bercakap seolah-olah berada dalam trauma," katanya lagi.
Polis katanya, mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan sedang mencari motif pembunuhan tersebut.
Keadaan kanak-kanak malang itu, katanya, telah dimaklumkan kepada jabatan kebajikan untuk tindakan.
“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.
“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya.
“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan.
“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya.
Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil.
“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Kecoh polis gempur mini kasino di kebun getah
MIRI 14 Dis. - Pelbagai gelagat dan aksi lucu disaksikan apabila sekumpulan 300 kaki judi bertempiaran melarikan diri setelah kebun getah yang dijadikan 'mini kasino' untuk berjudi sabung ayam, 'hoo hui how' dan 'pakaw' di Lutong Baru di sini, digempur polis Sabtu lalu.Kebanyakannya terdiri daripada ahli perniagaan sanggup meredah belukar itu, malah ada yang nekad terjun ke dalam tasik untuk mengelak ditangkap.
Seorang lelaki yang mengalami luka di tangan kerana terkena taji ayam pula sanggup menahan kesakitan dan berbohong kepada polis mengatakan dia mendapat kecederaan itu akibat terkena duri.
Dia bagaimanapun akhirnya terpaksa meminta bantuan polis untuk merawat lukanya setelah tidak tahan menanggung kesakitan akibat bisa kesan taji tersebut.
Pegawai Turus Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Deputi Supritendan Abang Junaidi Abang Anuar berkata, pihaknya menyerbu kawasan kebun getah terbabit pukul 3.30 petang, hasil maklumat ia dijadikan pusat judi pada hujung minggu.
Beliau berkata, serbuan dilakukan bersama 10 anggota dari D7 IPK Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri itu berjaya memberkas 31 orang daripada kira-kira 300 orang kaki judi yang berkumpul di situ.
"Kesemua mereka termasuk dua perempuan yang ditahan merupakan penduduk tempatan berusia 18 hingga 81 tahun dan ramai terdiri daripada ahli perniagaan.
"Penganjur 'mini kasino' sengaja memilih kebun getah yang dikelilingi tasik bunga teratai seolah-olah sebuah pulau untuk mengelak kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abang Junaidi, lokasi perjudian itu tersorok dan terletak kira-kira 50 meter dari jalan besar.
Beliau berkata, pengunjung yang ingin memasuki 'mini kasino' terbabit perlu melalui titi kayu sempit, manakala pintu masuk pula dijaga oleh dua pengawal.
Katanya, dalam kawasan 'mini kasino' pula didirikan khemah kanvas dan gelanggang sabung ayam untuk kemudahan berjudi.
"Malah, sebuah tokong turut dibina bagi membolehkan kaki judi berdoa untuk memohon kemenangan semasa bertaruh.
"Bagi mengelak pengunjung kelaparan, pelbagai jenis minuman dan makanan termasuk nasi berlauk turut dijual di situ," katanya.
Abang Junaidi berkata, 'mini kasino' terbabit menawarkan tiga jenis pertaruhan iaitu sabung ayam, 'hoo hui how' atau 'hallow' dalam bahasa tempatan serta 'pakaw' (daun terup) kepada peminat judi.
Dalam serbuan itu, beliau berkata, pihaknya berjaya merampas lapan ekor ayam sabung yang masih hidup, dua ayam mati, dua taji dan satu alat penimbang.
Tambahnya, kesemua yang ditahan didakwa di bawah Seksyen 3 (1) Ordinan Pencegahan Daripada Penganiayaan Terhadap Binatang (Sabung Ayam) 1962. Mereka sudah dijatuhi hukuman denda RM1,000 oleh mahkamah setelah disabitkan kesalahan
Pencuri tembak, lapah lembu
KUANTAN 14 Dis. - Sekumpulan pencuri hanya mengambil masa beberapa jam untuk melapah daging dua ekor lembu yang ditembak mereka di Ladang Kelapa Sawit Jarau, Kampung Semangat di sini, Sabtu lalu.Kejadian itu disedari pemilik haiwan tersebut pukul 9 pagi, selepas mendapati dua daripada 65 ekor lembu peliharaannya hilang manakala empat lagi cedera di leher dan kaki terkena tembakan.
Harun @ Talib Ibrahim, 51, mendakwa, dia yang memeriksa di kawasan itu menemui dua kepala lembu yang telah disembelih bersama kaki dan tali perut.
Katanya, berikutan itu dia kerugian kira-kira RM2,500.
"Saya mengesyaki ada pencuri telah menangkap ternakan saya dan menyembelih lalu dilapah untuk dijual.
"Berdasarkan kesan pada badan lembu yang cedera, pencuri telah menembak lembu itu dengan senapang patah... Mereka sungguh cekap melapah.
"Nasib baik hanya dua ekor lembu berjaya dicuri manakala seekor lagi cedera parah dan tiga lagi cedera ringan. Jika tidak, pasti saya akan rugi besar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Harun percaya kejadian itu dilakukan beberapa suspek antara pukul 12 tengah malam dan awal pagi.
"Penduduk berdekatan ladang memberitahu mereka terdengar bunyi lima das tembakan tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka ada orang yang sedang memburu babi hutan," katanya.
Kata Harun, kejadian tersebut telah menimpa dirinya sebanyak tujuh kali dengan 11 ekor lembunya hilang sejak 1993.
Ketua Kampung Semangat, Mohd. Alim Daud, 51, meminta orang ramai agar tidak membeli daging lembu yang tidak berkepala kerana ia disyaki daging curi.
"Saya bimbang orang-ramai yang tidak tahu akan membeli daging lembu curi. Jika keadaan daging lembu yang dijual mencurigakan, janganlah beli kerana ia mungkin dicuri," ujarnya.
“Kami diberikan rawatan awal di pelantar minyak sebelum diterbangkan dengan helikopter ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan dibawa ke hospital ini untuk rawatan lanjut.
“Saya bersyukur kerana kecederaan yang dialami tidak begitu parah dan hanya mengalami lecur akibat disambar api pada muka,” katanya.
Selain Alias, turut cedera dalam kejadian itu ialah Mohd Rishauddin Ismail, 37, Mohd Hamzah Abdullah, 32, Mohd Fauzi Ibrahim, 37, Mohd Arif Farimi, 28, dan Zamri Wagiman, 32.
Mohd Hamzah ketika menceritakan kejadian itu kepada Ahmad Said pula berkata, api menyambar mereka pada hujung waktu bertugas di pelantar itu.
“Ketika itu kami sibuk menyiapkan tugasan dan saya tidak tahu bagaimana kebakaran itu boleh berlaku,” katanya.
Sementara itu, Petronas Carigali Sdn Bhd dalam kenyataan akhbar berkata, kejadian berlaku di pelantar Bekok C yang berkedudukan 200 kilometer dari pantai Semenanjung Malaysia sejurus selepas tengah malam dan api berjaya dikawal pasukan tindakan kecemasan pelantar terbabit.
“Terdapat 108 pekerja di pelantar itu ketika kejadian dan enam daripadanya mengalami kecederaan dan dibawa ke HSNZ untuk menerima rawatan. Baki 102 pekerja lagi dipindahkan ke pelantar berhampiran,” katanya.
Menurut kenyataan itu, aktiviti di Bekok C dihentikan sementara dan siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Ahmad Said yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, beliau bersyukur kerana kemalangan itu tidak mengorbankan nyawa.
“Mujur pelantar tidak meletup akibat kejadian itu kerana bilangan pekerja ketika kejadian ramai,” katanya
Kudrat Jo Dayak
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
TEWAS...sebahagian peluncur ombak bersama buaya tembaga tersesat di pantai Teluk Cempedak. Gambar kecil, Jo Dayak.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.25 malam, buaya sepanjang tiga meter dan seberat 150 kilogram itu dipercayai sesat ketika air pasang sebelum ditemui terdampar di tebing pantai berkenaan.
Mengimbas semula detik cemas itu, Mohd Ridzuan atau dikenali sebagai Jo Dayak yang juga seorang peluncur ombak berkata, dia mendapat tahu berhubung penemuan buaya itu melalui pengunjung lelaki di pantai berkenaan yang menyangkakan haiwan berkenaan biawak komodo.
Menurutnya, dia bergegas ke lokasi dimaklumkan sebelum tergamam apabila melihat haiwan disangka biawak komodo itu rupanya buaya tembaga
Mohd Ridzuan cuba memegang ekor buaya itu, namun haiwan itu melibas ekornya sebelum dia melemparkan tuala ke mulut haiwan berkenaan.
“Ketika bergelut dengan binatang buas itu hampir lima minit, saya ketepikan perasaan takut dengan membayangkan diri seperti pakar hidupan liar Australia, mendiang Steve Irwin untuk menangkap binatang buas berkenaan,” katanya.
Buaya tembaga itu diserahkan kepada anggota penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba di tempat kejadian jam 7.35 malam.
Sementara itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata, buaya berkenaan dilepaskan semula ke sungai di daerah itu kira-kira jam 1.30 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan