Populariti Najib jatuh selepas kenaikan harga
Anwar: Apco adalah isu belanja 'sembrono' k'jaan
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu asasnya berlegar mengenai "kurangnya tanggungjawab seorang perdana menteri yang mengabaikan rekod Apco" dan kurangnya akauntabiliti dalam membelanjakan wang rakyat untuk membina imej partinya sendiri.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen kerana membangkitkan isu kaitan Apco dengan '1Malaysia' dan 'One Israel' yang diilhamkan oleh bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.
Dalam satu kenyataan, ketua umum PKR itu mendakwa "penglibatan mendalam" Apco dalam pentadbiran Najib merupakan "bukti sikap hipokrat Umno/BN" dalam melancarkan "propaganda tak henti-henti" untuk menggambarkan dirinya (Anwarnya) sebagai agen Yahudi.
Beliau bertanya mengapa sebuah syarikat yang diketahui mempunyai hubungan yang kuat dengan perisikan Israel dibenarkan untuk menguruskan salah satu fungsi kerajaan yang paling berpengaruh, iaitu komunikasi.
Oleh kerana itu, katanya, sebahagian besar hujah beliau ketika membangkitkan isu tersebut di Dewan Rakyat, adalah ditujukan kepada sikap hipokrasi dan kelalaian perdana menteri mengupah sebuah syarikat yang mempunyak reod rekod seperti Apco.
Khir Toyo 'sindir' menteri jaga makmal, jaga letrik
Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.
"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?
"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.
Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.
"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.
"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.
"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.
Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.
Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.
"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.
"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya.

Dr Asri: Berdialog dengan Syiah, jangan keras kepala
"Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak berkesudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan," tulis beliau dalam blognya hari ini.
"Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik.
"Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal," tegasnya.Sebelum ini, Dr Mohd Asri mengulas mengenai penangkapan beramai-ramai pengikut Syiah di Gombak oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini yang dibimbanginya akan menimbulkan ketegangan dan unsur-unsur keganasan di dalam negara.
Setakat ini, dua daripada mereka telah didakwa di mahkamah rendah Syariah di Kuang manakala yang lainnya selesai diminta memberi keterangan dan dijangka didakwa Mac tahun depan.
Dalam tulisannya hari ini, Dr Mohd Asri menegaskan golongan 'Ahlus Sunnah' mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah.
Katanya, timbulnya mazhab Syiah ekoran berlakunya pertelingkahan antara sahabat Nabi Muhammad SAW.
Sehubungan itu, beliau memetik pandangan ulama Ibn Taimiyyah sebagai berkata Ahlus Sunnah wal Jamaah mengambil sikap "mendiamkan diri tentang pertelingkahan antara para sahabat dan berlepas diri daripada sikap kumpulan yang membenci dan mencerca para sahabat menyakiti Ahl al-Bayt (keluarga Rasulullah SAW)".
Katanya, beliau telah menjelaskan mengenai sejarah dan sebab kemunculan mazhab tersebut secara terperinci di dalam bukunya "Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah".
Pada masa yang sama Dr Mohd Asri turut mempertahankan 'Ahlus Sunnah' yang menjadi sasaran 'kemarahan warisan' golongan Syiah kerana enggan berkongsi tafsiran politik berhubung isu pembunuhan Saidina Hussain yang merupakan cucu Rasullullah SAW.
"Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu.
"Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran 'kemarahan warisan'," coretnya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan