Sabtu, 18 Disember 2010

HIDUP SEKALI...JADI JANGAN MENIPU ...MEMBELIT...MENGAMBIL HAK ORANG ATAU RAKYAT....SABIT SALAH...MASUK NERAKA...INGAT MATILAH....

Pakatan Rakyat: Muafakat atau berbalah?
Dis 18, 10 10:25am


Konvensyen kebangsaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad ini akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian ADUN Johor kawasan Tenang daripada BN Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam semestinya akan turut dibincangkan.

NONEPada zahirnya, Pakatan Rakyat dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda "pemimpin paling utamanya", Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

jeff ooiAnggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan ahli parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan "halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat."

"Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar," katanya.

Beliau berkata Pakatan Rakyat perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

NONETinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Tumbang di Selangor?

Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

lim kit siang 201108Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang – Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan -- dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (atas, kiri) memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lalu bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak
bersatu padu.

azlanBerdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam semua enam kawasan pilihan raya.

azmin alisivarasaOoi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R Sivarasa (Subang) (kanan), Azmin Ali (Gombak) (kiri) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

NONEBeliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata Pakatan Rakyat mesti meyakinkan orang bramai bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan "sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami."

Pendedahan WikiLeaks

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

azlan"Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar
gosip berbanding fakta," katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau Pakatan Rakyat.

NONE"Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan," kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

NONESungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

saifuddin nasutionSetiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Cabaran KITA

"Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas," katanya.

NONEPakatan Rakyat juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan "lebih banyak calon yang profesional dan beretika" dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

interventionist monarchs forum 020408 malik imtiazPergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, "masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap."

- Bernama



DAP buat persiapan hadapi pilihan raya kecil Tenang
Dis 18, 10 10:07am


Jentera pilihan raya DAP akan melakukan persediaan bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dan memastikan kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat.

tan kok wai dap disciplinary council 010810Pengerusi Biro Pilihan Raya Kebangsaan DAP Tan Kok Wai (berbaju putih) berkata mereka akan mengadakan mesyuarat pertama dengan jawatankuasa negeri DAP Johor pada Khamis
depan.

"Majlis kepimpinan pakatan belum bermesyuarat bagi membincangkan isu calon yang akan mewakilinya pada pilihan raya kecil Tenang, namun seperti biasa, semua parti dalam pakatan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan di Tenang," katanya dalam satu kenyataan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian ADUN Tenang iaitu Datuk Sulaiman Taha semalam.

azlanSulaiman, 59, yang juga pengerusi Bahagian Umno Labis, meninggal dunia pada 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur berikutan komplikasi akibat penyakit diabetes.

Perkembanganterbaru itu bakal menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil dijangka Januari

Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.

azlanPakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.

BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.

Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.




'Isteri digoda untuk hubungan seksual'
Dis 18, 10 9:59am


Bekas suami model dan pengacara TV Daphne Eleanor Iking (bawah) memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam bahawa Isobel Daniella Iking-Chong bukan anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata perkara itu diketahui selepas melakukan beberapa ujian, termasuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

NONEBeliau mengambil keputusan melakukan ujian itu selepas beberapa kali membaca e-mel antara bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, 45, dengan bekas isterinya.

Katanya, beliau membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya bagi melakukan ujian itu selepas berasa sangsi dengan e-mel Iking kepada Choy yang berbunyi "Muka dia (Isobel) lebih mirip kepada awak".

Chong berkata hasil ujian menunjukkan darahnya dan Iking dari jenis "O"
manakala Isobel mempunyai darah jenis "A".

Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan saman peribadinya terhadap Choy yang didakwa memikat Iking, 31, dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.

Iking berkahwin dengan Chong pada 27 Jan 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel, sebelum mereka bercerai pada 2009.

Jika sabit kesalahan, mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy yang diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Akberdin Abdul Kader, berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

NONEPada prosiding hari ini, Chong berkata e-mel antara Choy dan Iking lebih terarah kepada cinta, dan melaluinya, beliau mengetahui mereka merancang bercuti ke Banyan Tree Bintan Resort, Indonesia untuk melakukan hubungan intim.

"Saya ada bukti bahawa Darren Choy mempunyai niat untuk menggoda bekas isteri saya untuk mengadakan hubungan seksual," kata beliau ketika ditanya peguam Wong Kian Kheong Chong yang mewakilinya.

Perbicaraan di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung Isnin depan.


NEGARA

Dakwa bukan anak kandung


SAAT bahagian Ryan (kiri) dan Daphne bersama anak mereka, Isobel Daniella sebelum perkahwinan mereka bercerai pada 2009.


KUALA LUMPUR - Bekas suami model dan pengacara televisyen, Daphne Eleanor Iking mengejutkan Mahkamah Majistret di sini semalam dengan memberitahu bahawa Isobel Daniella Iking-Chong, 2, adalah bukan anak kandungnya.

Ryan Chong Yiing Yih, 32, saksi pertama kes ketika menyambung keterangannya pada prosiding semalam berkata, dia mula mengesyaki perkara itu selepas membaca kiriman e-mel di antara Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, dan Daphne, 31.

Ryan memberitahu mahkamah, dia menjumpai siri kiriman e-mel antara mereka berdua pada 10 Ogos 2008 dalam komputer milik isterinya. Mereka berbalas e-mel sejak 13 September 2006, iaitu sebelum berkahwin dengan Daphne dan situasi itu berterusan sehingga mereka berkahwin.

Katanya, dalam e-mel tersebut, kiriman Daphne kepada Darren antara lainnya turut menyebut, muka anak tersebut lebih mirip kepada Darren.

"Dalam e-mel tersebut ada menyebut anak tersebut mungkin bukan anak kandung saya. Jadi saya membawa Isobel ke sebuah klinik di Petaling Jaya untuk membuat ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengesahkan perkara itu.

"Sampel spesimen tersebut kemudian dihantar ke Australia untuk diuji. Berdasarkan daripada laporan perubatan tersebut menerangkan bahawa saya bukan bapa kepada Isobel," dakwanya ketika disoal oleh peguamnya, Wong Kian Kheong



SYABAS, PUAS dinasihatkan tepati perjanjian
Hafiz Yatim
Dis 17, 10
7:51pm


JAKS Resources Bhd akan menyaman dua syarikat utiliti dan kerajaan negeri Selangor kerana mencabuli kontrak yang dimeterai mereka.

NONEMenurut pengurus besar firrma itu, Chee Seong Heng pencabulan kontrak itu berkaitan kebimbangan yang disuarakan mereka kepada Menteri Besar Selangor, ketika itu, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo adan Jabatan Perdana Menteri sekitar tahun 2006.

Menurut plaintif, pihak defendan melanggar syarat kontrak dengan mendapatkan paip dan kelengakapannya dari Indonesia dan bukan daripada pihaknya.

Defenden berkenaan adalah Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), Syarikat Air Selangor Bhd (SYABAS) dan kerajaan negeri Selangor.

Chee memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Khir dan perdana menteri menyerahkan surat makluman kepadanya bahawa aduan firma berkenaan telah diterima.

Katanya, kedua-dua pihak itu menasihatkan PUAS dan Syabas untuk mematuhi perjanjian 10 tahun yang dimeterai kerajaan negeri pada November 2001 dengan anak syarikat JAKS Resources Bhd, - JAKS-KDEB Consortium Sdn Bhd.

NONE“Kerajaan negeri Selangor melalui surat menteri besar bertarikh 22 Mac 2006 dengan jelas tidak bersetuju dengan tindakan SYABAS dan menyatakan bahawa syarat perjanjian mesti dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian itu.

“Pandangan kerajaan persekutuan berhubung dokumen ini adalah SYABAS sepatutnya mematuhi perjanjian pembekalan seperti yang dilihat pada surat setiausaha perdana menteri kepada menteri kewangan II yang bertarikh 28 Mac, 2005,” kata Chee.

Menurut Chee, bagaimanapun akibat penguasaan sepenuhnya SYABAS ke atas PUAS, tiada pesanan dibuat oleh PUAS kepada JAKS-KDEB.

“Kelakuan seumpama itu telah merugikan plaintif,” katanya.

Mengikut perjanjian itu, JAKS-KDEB dipertanggungjawabkan oleh kerajaan negeri Selangor membekalkan paip dan kelengkapannya untuk kawasan yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

NONESehingga 2005, pihak defenden tidak membuat sebarang pesanan daripada JAKS-KDEB.

JAKS-KDEB, yang dimiliki 30 peratus oleh kerajaan negeri Selangor melalui badan pelaburannya, Kumpulan Darul Ehsan Bhd, mendakwa PUAS dan SYABAS mendapatkan bekalan paip dan kelengkapannya dari tempat lain termasuk dari Indonesia.



PAS: PPKB ancam hak Melayu Kampung Baru
Dis 18, 10 1:12pm

Penubuhan majlis penasihat bagi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) hari ini menerima bantahan keras daripada PAS Wilayah Persekutuan yang menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha tidak jujur kerajaan dalam membangunkan hartanah berkenaan.

Perbadanan tersebut pula sepatutnya diganti dengan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan golongan yang berkepentingan langsung dalam pembangunan itu.

NONEPenasihat undang-undang PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam berhubung penubuhan majlis berkenaan.

Beliau juga berkata usaha itu juga sekadar "melepaskan batuk di tangga" kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 itu tidak mengikat kerajaan untuk mendengar nasihat daripada majlis tersebut.

"Oleh itu, peranan majlis penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, PAS Wilayah Persekutuan khuatir rang undang-undang baru bagi pembangunan Kampung Baru akan menjejaskan pemilikan ke atas tanah tradisi berkenaan di kalangan orang Melayu.

Batal kuasa Lembaga MAS

Ahmad Zamri berkata keadaan itu dibimbangi akan berlaku memandangkan akta berkenaan yang baru dibentangkan di parlimen itu telah membatalkan satu enakmen yang digunapakai sebelum ini.

Selain membatalkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS), penguatkuasaan akta baru itu juga membatalkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS), katanya.

Ahmad Zamri menyifatkan langkah itu sebagai satu tindakan yang langsung tidak menghormati Lembaga MAS yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya.

NONE"Tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Jelasnya, Seksyen 57(1) dan (2) dalam rang undang-undang itu secara jelas menyatakan pembatalan dan pembubaran enakmen serta Lembaga MAS.

"Perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Pemilikan di kalangan Melayu

"Ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," kata Ahmad Zamri dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, takrif “kepentingan orang Melayu” dalam rang undang-undang itu pula sekadar merujuk "budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja."

Akta berkenaan tidak menyatakan secara jelas bahawa hartanah berkenaan mesti dikekalkan di kalangan orang Melayu, kata Ahmad Zamri lagi.

"Ini diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut bahawa Perbadanan boleh berurusan dengan 'mana-mana orang' untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

"Kesudahannya, jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal," katanya lagi.


Majlis penasihat pembangunan Kg Baru ditubuhkan
Dis 18, 10 11:21am


Satu Majlis Penasihat 15 anggota akan ditubuhkan khusus sebagai penasihat kepada Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), kata Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) Datuk Ahmad Phesal Talib.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata, anggota Majlis itu nanti terdiri daripada seorang pengerusi dan ahli-ahli Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru, yang mewakili pemilik tanah Kampung Baru.

Beliau berkata PPKB diwujudkan di bawah Seksyen 5(1) Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 14 Disember lepas.

Menurutnya perbadanan itu berfungsi melaksanakan dasar, arahan dan strategi berhubung dengan pembangunan di dalam kawasan Kampung Bharu menurut Pelan Struktur dan Pelan Tempatan yang diperuntukkan di bawah Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata 16 orang yang dicadang menganggotai PKKB terdiri daripada seorang pengerusi yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, empat orang wakil kerajaan persekutuan dan dua orang wakil pemilik tanah kampung.

Selain itu, PKKB juga akan dianggotai seorang wakil kerajaan negeri yang dinamakan oleh Sultan Selangor, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Bandar Kuala Lumpur atau wakil, dan enam anggota lain yang mempunyai profesionalisme dalam perkara berhubungan dengan pembangunan kampung dan apa-apa yang sesuai.

Katanya beberapa siri penerangan juga akan diadakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pentadbiran MAS, khusus untuk memberi penerangan kepada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

"Siri penerangan itu membabitkan ketujuh-tujuh kampung di dalam Kampung Bharu termasuk Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periuk yang sudah diadakan pada 14 Dis lepas," katanya dan menambah semua pemilik dan pewaris tanah di kampung-kampung berkenaan diharap dapat hadir bagi membolehkan penerangan lengkap disampaikan kepada mereka.

Beliau berkata maklumat lanjut, soalan dan sebarang maklumbalas boleh dikemukakan kepada kementerian dengan menghantar faks ke nombor 03-88891411, atau lawati laman web rasmi kementerian di www.kwp.gov.my/kampongbharu atau laman sosial Facebook menteri terbabit Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

- Bernama

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?
Dis 17, 10 3:48pm


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta.

Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban.

sri aman land grabSadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

“Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu. Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang.

“Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu.

Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.”

Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu.




Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada BN
Hafiz Yatim & Abd Rahim Sabri
Dis 17, 10
12:31pm


Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.

NONEMenurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

penang pakatan convention 211110 03Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.

"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.

azlan"Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999.







Tiada ulasan: