Jumaat, 24 Disember 2010

BENARKAH...CUMA BERHATI DENGAN ULAMAK2 JAHAT INI

Mengenal Ulama Jahat

Mari kita mengenal golongan yang kedua pula, iaitu ulama apabila tidak takutkan Tuhan
Kita kenal mereka secara rambang sahaja di antaranya:
Apabila bercakap suka memuji atau mengangkat diri
Jika berpidato suka membawa ayat Al Quran, Al Hadis, supaya orang berkata dia itu alim
Atau dengan tujuan hendak melindungi kelemahan di sudut ilmu
Kerana mereka faham orang ramai menganggap banyak boleh membaca ayat
itu adalah ulama
Sekalipun tidak dapat mengeluarkan ilmunya di dalam ayat
Kalau ada orang lebih daripadanya hasad dengki pun datang
Apatah lagi ada ulama pengikut-pengikutnya ramai, hatinya meradang
Tuduhan-tuduhan pun dilemparkan, jangan taksub, Islam tidak membenarkan taksub
Tuduhan itu hanya hendak menutup kelemahannya
Kerana murid-muridnya tidak sayang pun kepadanya
Sekiranya diminta mengajar atau berdakwah bayaranlah yang ditanyakan
Kalau tidak dibayar tidak mahu mengajar atau tidak mahu berdakwah
Jika malu meletakkan bayaran, dia lihat dahulu, kalau kali pertama tidak diberi wang
kali kedua tidak datang
Padahal menyampaikan ajaran Islam satu kewajipan bagi orang yang ada pengetahuan
Waktu mengajar atau berdakwah atau beribadah berpakaian orang agama
Di luar itu berpakaian macam orang dunia
Lebih-lebih lagi hendak bertemu dengan pembesar-pembesar dunia
identiti ulamanya dikorbankan
Tanda ulama jahat lagi dengan orang ramai dia tegas
dengan anak isteri hukumannya longgar
Rumahnya macam orang dunia tidak ada bezanya
Rumahnya macam muzium, berbagai-bagai barang kemegahan menghiasi rumahnya
Kalau orang tidak kenal menyangka rumah seorang jutawan atau korporat
Apabila bercakap di dalam pengajian percakapannya hukum-hakam
Di luar pengajian bualannya bola, pakaian, hiasan, makan minum, gaji dan pendapatan
Tuhan tidak disebut pun, hukum-hakam tidak dijadikan bahan percakapan
di dalam perbualan
Di dalam pergaulan laki-laki perempuan matanya tidak dijaga,
bahkan matanya banyak ke arah perempuan
Kalau bersyarah di hadapan ramai perempuan, hal di dalam kelambu pun dicakapkannya
Bahasa-bahasa gurau senda pun diucapkan, hilang malu, hilang sopan
Kalau bersalam dengan perempuan menjadi budaya di dalam kehidupannya
Begitulah di antara tabiat ulama yang jahat
Kerana itulah mereka banyak mengajar dan berdakwah ramai yang mendengar
tapi tidak ada kesannya
Orang suka mendengar tapi tidak suka beramal
Suka mendengar kerana lawak jenaka mereka, namun tidak sampai ke jiwa
Kalau kerja kita tidak ada berkatnya maka usaha kita itu tidak dibantu oleh Tuhan

Tiada ulasan: