Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan.
“Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan.
“Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini.
Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.
Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."
Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.
"Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir.
"YB Karpal Singh dan diri saya telah tidak hadir diri kami daripada prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu. Tetapi kami akan menyerahkan laporan sendiri berhubung apa yang berlaku dalam jawatankuasa itu,” kata Sivarasa pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.
Laporan 27 mukasurat itu, kata Sivarasa, adalah laporan menyeluruh dengan fokus terjurus kepada dua perkara.
Pertama, beliau dan Karpal tidak bersetuju dengan cara jawatankuasa itu menjalankan siasatan dan menyifatkannya sebagai pencabulan serius keadilan kerana Anwar tidak dibenarkan membela dirinya.
Kedua, laporan itu melihat kepada merit kes berkenaan dan kesimpulan mereka ialah Anwar tidak bersalah memperdayakan Dewan Rakyat berdasarkan hujah yang dimuatkan dalam laporan mereka itu.
Sivarasa bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan laporannya sehingga speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusannya.
"Saya telah hantar laporan ke pejabat speaker dan berharap laporan kami juga akan dibentangkan sebagai sebahagian daripada prosiding jawatankuasa, jadi ahli Dewan akan mempunyai kedua-dua laporan,” kata ahli parlimen Subang itu.
Jelasnya lagi, laporan berkenaan telah diserahkan kepada pegawai khas kerana Pandikar tidak berada di kamarnya.
"Bagi kami, ini adalah laporan kami. Ahli Dewan Rakyat mesti diberi peluang mendengar daripada kedua-dua pihak. Di Parlimen negara lain, intu adalah norma tetapi ini agak janggal bagi parlimen Malaysia. Tetapi kita sedang melalui masa yang berbeza,” hujahnya.
Presiden AKIM Zakaria Salleh berkata, Zaid juga telah menawarkan diri untuk memimpin parti itu namun parti itu masih belum memutuskan jawatan untuk Zaid walaupun timbul cadangan supaya Zaid (kanan) dilantik sebagai presiden
Tambahnya, beliau akan menyerahkan kepada anggota parti itu sama ada ingin memilih Zaid sebagai presiden baru Akim dalam mesyuarat parti itu esok.
"Di kalangan ahli-ahli pun ada yang menyebut demikian dan kalau Datuk Zaid betul-betul mahu memimpin, ia dialu-alukan.
“Kalau Datuk Zaid bersetuju dan ahli setuju, saya sebagai presiden Akim tidak ada (halangan) demi kepentingan parti.
"Bila ahli bersuara saya memang akan beri laluan kepada Datuk Zaid sebab yang lebih mampu untuk memimpin AKIM adalah Datuk Zaid,” katanya lagi.
Belum tetapkan jawatan
"Kita sudah bincang di kalangan kepemimpinan tertinggi dan sekiranya ahli-ahli setuju sebulat suara, perlantikan akan dijalankan esok. Tapi jawatan apa belum tentu lagi.
"Cuma kita tidak mahu ada pemilihan baru lagi," kata Zakaria ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Dilaporkan, AKIM baru saja disahkan statusnya sebagai parti politik oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan apabila jawatankuasa parti itu berjaya menyelesaikan isu dalaman parti berkenaan dengan kerjasama jabatan itu.
Zakaria juga berkata, beliau dipilih sebagai presiden baru parti itu bagi menggantikan Hanafi Mamat dalam mesyuarat agung tahunan parti itu pada 26 Disember 2009.
“Ahli dahulu ada seramai kira-kira 300 orang. Dalam mesyuarat esok kita jangka antara 300 hingga 500 orang akan hadir,” kata Zakaria lagi.
Mesyuarat agung luar biasa itu akan dijalankan di Tropicana Golf and Country Resort, sebuah kawasan eksklusif yang turut menempatkan kediaman Zaid.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata penyusunan semula kepemimpinan parti itu bagi membolehkan AKIM mengambil peranan lebih aktif dalam kegiatan politik.
“Mesyuarat ini dibuat atas desakan ahli kerana selama ini kita tidak ada penonjolan dalam politik kecuali semasa pilihan raya.
"Selama ini parti ini tidak banyak kesan, tidak banyak orang hendak beri perhatian kerana dilihat sebagai sebuah parti serpihan PAS. Kita tidak mampu membuat teguran dan jadi macam anjing menyalak bukit saja,” katanya lagi.
Satu sidang media khas telah diatur pada hari berkenaan bagi Jeffrey membuat pengumuman 'amat penting', kata mereka.
Mereka berkata Jeffrey, yang juga bekas wakil rakyat Bingkor dan adik kepada presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, mungkin juga mengumumkan penubuhan sebuah pergerakan bagi meneruskan karier politiknya dengan menjangka pilihan raya umum mengejut tahun depan.
"Jeffrey (kanan) tidak undur dari politik...sebaliknya dia sedang meningkatkan perjuangan politiknya," kata sumber itu kepada Bernama.
Bagaimanapun, sumber itu enggan menyatakan sama ada pergerakan itu mempunyai kaitan dengan penubuhan blok politik ketiga dalam negara yang dikatakan diketuai oleh bekas tokoh PKR, Datuk Zaid Ibrahim.
Pemerhati politik melihat pengunduran Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai 'simpanan tetap' untuk BN.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, siasatan itu perlu bagi melihat tahap keseriusan gejala pelacuran itu dan mencari jalan penyelesaiannya.
“Sikap yang tidak wajar saya rasakan apabila munculnya isu-isu sebegini, kita saling menunding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu. Saya merasakan kita perlu menyelesaikan isu ini secara bersama.
“Sikap melepaskan diri dan menyalahkan pihak yang lain sebenarnya akan lebih membarahkan masalah sosial ini di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Berita kegiatan pelacuran yang dijalankan oleh segelintir siswa-siswi IPT dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu. Dalam laporan itu, Dr Jaina Sintian selaku Ketua Pergerakan Wanita Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) berkata terdapat sebilangan siswa-siswi IPT yang terlibat di dalam kegiatan pelacuran demi membiayai kos pengajian mereka.
“Sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan, kerajaan wajar untuk memikir jalan keluar bagi mengatasi masalah yang membelenggu Malaysia ini,” katanya.
Menurut Nasrudin lagi, PAS sedia bekerjasama menyelesaikan isu ini.
“Dewan Pemuda PAS bersedia untuk membantu dalam apa jua aspek pembentukan , pengkaderan serta pembinaan akhlak dan minda mahasiswa-mahasiswi jika diperlukan.
“DPP Malaysia juga bersedia member khidmat bimbingan dan kaunseling buat mereka yang telah terlanjur asal sahaja ada kerjasama dan kelepasan dari pihak berwajib universiti dan penguatkuasa dari pihak kerajaan,” katanya.
Beliau hadir di hadapan Istana Negara di Kuala Lumpur ditemani tiga orang rakannya menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang.
Azlan, 57, dalam kenyataannya kepada media berkata beliau mahu menyampaikan suara hatinya kepada baginda kerana sudah melalui pelbagai tekanan dan kesulitan akibat perbicaraan kes liwat membabitkan anaknya itu sering ditangguhkan sejak tiga tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Saya amat berharap agar proses keadilan dapat dipercepatkan," katanya.
Kes berkenaan beberapa kali ditangguhkan kerana menunggu keputusan mahkamah ke atas beberapa permohonan daripada pihak Anwar.
Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
- Bernama
Mereka mendakwa pemecatan mereka itu tidak sah dan dilakukan secara tidak adil.
Sambil membawa sepanduk yang antaranya tertera 'tuduhan tiada bukti terus pecat', 'kami dianiaya maruah kami tercemar', 'Puncak Niaga kejam dan tidak adil', 'kalau salah kenapa tidak DI', 'ayahku teraniaya dibuang kerja' pekerja juga menuntut supaya diambil balik bekerja.
Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 10 pagi tadi itu kemudiannya diarahkan bersurai oleh pihak polis setelah kira-kira setengah jam mereka berkumpul.
Namun tidak berpuas hati dengan sekatan mereka untuk berhimpun, pekerja berkenaan kemudiannya berkumpul di luar perkarangan pusat membeli belah Giant berhampiran bangunan Puncak Niaga untuk mengadakan sidang akhbar.
Jurucakap kumpulan itu, Kaharuddin Mohd Ali mendakwa keputusan pemecatan mereka adalah tindakan penganiayaan kerana syarikat hanya mengeluarkan beberapa surat tanpa dalil yang membuktikan prestasi mereka lemah.
“Kami tidak pernah menerima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahupun siasatan dalaman sebelum dipecat,” katanya.
Semua 17 mereka diberikan notis pemecatan bertarikh 19 Oktober lalu dan tindakan dikuatkuasakan pada 30 Oktober lalu.
Katanya, hanya dua daripada mereka dihadapkan ke lembaga disipilin manakala yang lain langsung tidak diberikan peluang membela diri.
Sebaliknya, Kaharuddin mendakwa mereka, masing-masing diarahkan menjalani empat sesi kaunseling dalam tempoh enam bulan.
Dakwanya, sesi kaunseling berkenaan hanyalah berbentuk sesi temubual sahaja dan tidak menepati tujuan ia dijalankan.
“Sesi-sesi tersebut hanyalah sebagai helah bagi mengaburi pihak berkuasa untuk menghalalkan tindakan mereka (pengurusan Puncak Niaga).
“Semasa sesi kaunseling, petunjuk prestasi utama dan pemberian markah tidak seimbang dengan khidmat bakti yang diberikan tidak seimbang dengan mengambil kira aspek penghasilan kerja, ilmu pengetahuan, kepakaran, hasil usaha kakitangan dan tidak ada penekanan terhadap pembangunan kerja,” katanya.
Malaysiakini telah menghubungi Puncak Niaga untuk mendapatkan ulasan tetapi difahamkan pihak pengurusannya sedang bermesyuarat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan