Isnin, 13 Disember 2010

STANDARDLAH...PARTI MISKIN@PARTI RAKYAT....MANA ADA SUMBER....TABUNG BULUH LAH....BUKAN DARI POKET2 YANG MISTERI....

Israel enggan kongsi Baitulmaqdis



BAITULMAQDIS: Seorang pemimpin Israel sekali lagi menegaskan pemimpin negara itu enggan berkongsi Baitulmaqdis timur dengan Palestin walaupun ada penyokong kerajaan mencadangkannya begitu.

Pendirian Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, dalam isu itu boleh mengancam usaha Amerika Syarikat mendamaikan Tel Aviv dengan Palestin.


Menurut Menteri Alam Sekitar, Gilad Erdan, Israel sama sekali tidak akan membincangkan isu berkenaan dalam keadaan didesak mana-mana pihak.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan, Ehud Barak, memberitahu Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, Baitulmaqdis timur sepatutnya dikongsi, tetapi Tel Aviv segera mendakwa, kenyataan itu tidak mewakili pendirian rasmi kerajaan.


Netanyahu juga tidak memberi sebarang reaksi terhadap usul Barak.


Kawasan Baitulmaqdis timur ditawan Israel pada 1967 tetapi dikehendaki Palestin untuk dijadikan ibu negara pada masa depan

Kata Erdan, Netanyahu akan terus mengusahakan perdamaian dengan pendirian untuk tidak menggadaikan sesuatu yang boleh mengancam kewujudan Israel satu hari nanti.


Dianggap rapat dengan Netanyahu, Erdan berkata, pengunduran besar-besaran tentera Israel dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis timur akan menjadikan kawasan itu pusat gerakan Islam yang bersekutu dengan Iran.

Minggu lalu, AS mengaku gagal meyakinkan Israel untuk memperbaharui penggantungan sementara projek pembinaan penempatan di tanah Palestin yang mereka jajah sebelum ini. - AP



2 pejuang Palestin ditembak mati dekat sempadan



BAITULMAQDIS: Dua lelaki Palestin terbunuh dan seorang tentera Israel cedera selepas berlaku tembak-menembak di kawasan sempadan di Gaza, kata pihak berkuasa semalam.

Jurucakap tentera Zionis berkata, mereka mengesan dua penduduk Palestin - disyaki militan - berada di kawasan keselamatan yang memisahkan Israel dengan Gaza.


Kedua-dua lelaki terbabit ditembak mati selepas berlaku pertempuran kira-kira 20 minit.

“Ketika memeriksa di kawasan itu, anggota tentera ditembak dan mencederakan seorang daripada mereka,” katanya.


Walaupun pasukan tentera itu membalas tembakan, tiada sebarang kecederaan dilaporkan di kedua-dua pihak.


Tentera yang cedera itu kemudian dibawa menaiki helikopter untuk dirawat Sementara itu, saksi berkata, mereka melihat beberapa lelaki berbalas tembakan dengan tentera Zionis itu sebelum dua kereta kebal dan dua kereta perisai memasuki kawasan kira-kira 100 meter di zon Palestin.

Sebelum itu, satu roket dilancarkan dari Gaza dan mengenai kawasan selatan Israel pagi kelmarin tetapi tidak menyebabkan sebarang kerosakan. - AFP


Ribuan sambut pembebasan Sheikh Raed


RAMLE: Pihak berkuasa Israel membebaskan seorang pemimpin pejuang Islam yang dipenjara selama lima bulan atas tuduhan menyerang seorang anggota polis, semalam.

Beratus-ratus orang berkumpul meraikan pembebasan Sheikh Raed Salah yang terkenal dengan pendirian tegasnya terhadap penubuhan negara Israel.


Dia menetap di tengah Israel dan memimpin satu kumpulan yang dianggotai ribuan penduduk keturunan Palestin di negara itu.

Sheikh Raed berkali-kali berkonfrontasi dengan pihak berkuasa Israel.


Sebelum ini, dia pernah dipenjara kerana didakwa menyalurkan wang untuk membantu kumpulan Hamas yang kini mentadbir wilayah Gaza. - AP



Jangan tuduh pengkhianat, siasat dulu dakwaan Felda bankrap
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Kerajaan Barisan Nasional (BN) harus menyiasat terlebih dahulu dakwaan yang dibuat terhadap Felda sebelum menuduh pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selepas dakwaan Felda bankrap akibat penyelewengan yang berlaku, tiada sebarang siasatan dilakukan terutamanya dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Adakah mereka mereka telah melakukan penyiasatan terhadap dakwaan-dakwaan yang dibuat selama ini?

“Saya tidak nampak SPRM menyiasat semua dakwaan yang dibuat di Parlimen dan media alternatif," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga berkata, adalah sesuatu yang menghairankan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menuduh demikian sedangkan tiada penyiasatan terhadap dakwaan penyelewengan yang cukup besar itu.

"Adalah sesuatu yang pelik apabila dia (Najib) menuduh orang lain yang cuba membangkitkan isu Felda ini sebagai pengkhianat. Sepatutnya mereka harus melakukan satu penyiasatan. Ini soal penyelewengan yang sangat besar," katanya.

Menyentuh mengenai dua kes saman terhadap akhbar alternatif yang dimenangi Felda, beliau berkata, ianya tidak membuktikan dakwaan terhadap Felda itu salah selagi siasatan tidak dilakukan.

"Kerajaan hanya menang saman terhadap akhbar tapi adakah siasatan dilakukan? Segala artikel akhbar berkenaan mengneai Felda memerlukan satu siasatan. Tidak guna mennag saman tapi tiada siasatan dilakukan," tegasnya.

Sementara itu, bercakap mengenai isu sama dalam sidang media di lobi Parlimen, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, dakwaan najib bahawa Felda mempunyai pendapatan sebanyak RM4.3 bilion tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan ianya bersifat subjektif.

"Nilai aset ini subjektif, cuma atas buku. Mungkin dia tulis RM4 bilion tapi bila nak dijual mungkin orang nak beli RM2 bilion sahaja," katanya.

Beliau juga mempertikaikan kenyataan Najib yang sewenang-wenangnya menuduh pihak-pihak tertentu sebagia pengkhianat.

“Penggunaan istilah pengkhianat digunakan dengan mudah oleh Umno BN kerana dia nak naikkan semangat Melayu dan patriotisme. Kalau nak kata orang yang kata Felda bankrap sebagai pengkhianat, apa pendirian dia terhadap Idris Jala yang kata negara akan bankrap? Itu bukan sekadar Felda tapi satu negara," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula berkata, tugas utama Felda ialah memastikan nasib peneroka dan generasi mereka terbela, bukan membuat pelaburan korporat.

Pertama kali semalam kita dengar dia sebut Felda ada saham dalam korporatlah dan sebagainya. Adakah ini kerja Felda melabur dalam saham?Ini benda baru. Yang kita pentingkan kedudukan peneroka dan anak-anak mereka serta kehidupan mereka," katanya.

Najib ketika merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010, di Putrajaya semalam menyifatkan pihak yang mendakwa Felda bankrap, sebagai pengkhianat bangsa, kerana sanggup menghina institusi itu yang telah banyak berjasa kepada rakyat.

Jun lalu, sebuah akhbar alternatif dikenakan tindakan undang-undang kerana mengeluarkan artikel 'Felda Bankrap'.






Anwar jelajah Malaysia jelas isu Wikileaks
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Dis: Ketika berhadapan dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan melalui Wikileaks, hari ini PKR mengeluarkan jadual penuh ceramah perdana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjelajah ke seluruh negara bermula 14 hingga 19 Disember ini.

Beliau dijadualkan berucap bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP bermula malam esok 14 Disember di tapak pasar malam Taman Melwati, Wangsa Maju Wilayah Persekutuan.

Turut akan berucap di majlis itu nanti adalah anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad,Teresa Kok, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Ibrahim Yaacob.

Wikileaks melalui media Australia telah mendedahkan pelbagai dokumen yang bersumberkan para pemimpin dan diplomat Singapura. Antaranya mendakwa, musuh politik Anwar telah membuat perangkap untuknya dan Anwar telah memasuki perangkap itu.

Turut didedah adalah kenyataan para diplomat Singapura yang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bimbang kalau hilang kuasa kerana takut beliau akan didakwa. Sehingga kini media gagal mendapatkan sebarang komen dari Najib mengenai hal ini.

Namun begitu, Anwar telah mempertikaikan laporan ini dan mendesak mereka memberikan bukti ke atas dakwaan itu. Sebelum itu, Anwar mencadangkan ia adalah kerja para SB (polis cawangan khas) Malaysia dengan Singapura.

Anwar dipercayai akan menjawab secara terperinci segala tuduhan ini dalam siri ceramah perdana yang disusun untuk beliau ini.

Selepas ceramah perdana pertama di Kuala Lumpur, pada 16 Disember beliau akan turun ke Malaka dan Negeri Sembilan pula. Mula-mula beliau akan berucap di Dataran Muhibah, Kampong Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan.

Selepas ceramah itu, beliau akan bergegas ke Markas PAS Paya Dalam, Air Molek, Melaka. Di kedua-dua tempat itu, pemimpin PAS dan PKR akan turut berucap bersama beliau.

Pada 17 Disember, beliau akan turun pula ke Markas PAS Cegar Medang, Jalan Benus, Bentong, Pahang untuk memberikan tazkirah Maghrib sebelum memberikan ceramah perdana di Himpunan Perdana Peneroka Felda yang berlangsung Markas PAS Kawasan Bera, Mengkarak, Bera, Pahang.

Pada 18 Disember pula, Anwar akan turun ke Pulau Pinang dan akan memberikan tazkirah Maghrib di Markas PAS Negeri Perak, Air Kuning, Changkat Jering, Bukit Gantang. Selepas itu beliau akan menyertai Majlis Makan Malam KeADILan di Dewan Cina Perkampongan Juru, Batu Kawan, Pulau Pinang.

Selepas itu, beliau akan bergegas ke majlis Ceramah Perdana yang akan diadakan di Padang Bola Balik Pulau, Pulau Pinang.

Keesokan harinya, beliau akan menyertai pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang.



Saman RM1bilion: MB Terengganu tidak cerdik

Khairul Azlam Mohamad

KUALA TERENGGANU, 13 Dis: PAS menyifatkan dakwaan kononnya Kerajaan PAS Terengganu cuai sehingga disaman RM1 bilion dianggap berniat jahat, berkepentingan politik Umno serta kenyataan yang tidak cerdik.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa kerajaan negeri sekarang terpaksa menanggung beban kerana kecuaian kerajaan PAS bermotif politik.

Baginya, Ahmad seorang yang tidak cerdik kerana tidak tahu membezakan antara kerajaan dengan parti politik.

“Kenyataan Mat (Ahmad) Said bahawa kerajaan Terengganu hari ini terpaksa menanggung beban hasil dari kecuaian Kerajaan PAS yang menyebabkan disaman RM1 bilion oleh Syarikat Riyapadu Sdn Bhd itu bermotif politik.

“Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, saya rasa ‘Mat Said’ ini tidak reti beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

“Rakan-rakan dia dalam Umno pernah kata Mat Said ini ‘bodoh’ tetapi saya tidaklah sampai ke tahap itu untuk kata dia seorang yang bodoh. Tetapi, saya rasa dia (Ahmad) tidak cerdik sikit dalam hal ini,” jelasnya yang merupakan bekas Exco kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Seri Intan di sini, hari ini.

Menurutnya, Ahmad disifatkan kurang cerdik kerana menyalahkan PAS sedangkan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Katanya, jika proses mahkamah belum selesai dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis serta persepsi yang salah.

“Kes ini dia boleh menimbulkan subjudis sebenarnya kerana proses mahkamah belum selesai tetapi gambaran yang diberi oleh akhbar ini, seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion.

“Ini satu persepsi yang salah kerana proses mahkamah belum selesai lagi. Kes ini sekarang di Mahkamah Tinggi, selepas ini Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan,” ujarnya.

Menurutnya, isu tersebut cuba dipolitikkan oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional dengan melabelkan PAS sebagai yang bertanggungjawab.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi



Doa buat pertama kali dibaca di majlis DAP

Amran Ahmad

GEORGETOWN, 13 Dis: Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang 4 minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadikan satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membacakan doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti.

Puluhan ahli-ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir pada pada konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana majlis DAP sebelum ini.

DAP yang kebanyakannya dianggotai oleh ahli-ahli berbangsa Cina sering dituduh sebagai cauvinis kaum itu kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan seramai lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon bertanding bagi menawarkan diri untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik seorang Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menjadi ahli jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

DAP sememangnya sukar untuk menarik orang Melayu bagi menjadi ahlinya setelah sering kali dituduh sebagai cauvinis sedangkan parti itu mendokong ideologi pelbagai kaum dengan berjuang untuk kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kaum, agama mahupun latar belakang



Perbanyakkan institut pengajian berasas pondok
Mohd Sabri Said

PERMATANG PAUH, 13 Dis: Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Husein mahu para pendakwah di negeri ini terutamanya sebelah pulau membanyakkan institusi pengajian dan pembangunan sekolah berasaskan sistem pondok.

Ini, katanya supaya generasi hari ini diselamatkan daripada terlibat dengan gejala yang membawa kepada kemunduran.

Lagipun, ujarnya kerajaan negeri memberi galakan dan ingin memastikan sistem itu diwarisi dengan cantik kerana sistem pendidikan negara tidak mampu menangani permasalahan moral yang begitu gusar sekarang.

Menurutnya, sejak Pulau Pinang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Rakyat bantuan terhadap pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) telah dikembalikan seperti biasa dan perbincangan boleh dibuat asalkan ada kesungguhan.

"Sekolah berasaskan pondok agak kurang di Pulau Pinang terutamanya di sebelah pulau, maka apa salahnya individu yang berpengalaman dan berkemahiran berbuat demikian untuk mencambahkan keilmuan kepada generasi yang memerlukan, "ujarnya ketika berucap merasmikan buku 'Biografi Tuan Guru Dato' Nik Aziz' di Masjid Batu, kelmarin

Turut hadir dalam pelancaran buku tulisan Profesor Dr Shahrir Mohd Zain itu iqlah penulis Dinsman dan Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang, Anuar Ahmad serta novelis, Azizi Abdullah.

Beliau juga mahukan peningkatan peranan masjid agar lebih ceria dan bertanggungjawab dengan memeriahkan program kepada masyarakat.

Menurutnya, masjid boleh pergi jauh dan bukan sekadar hanya untuk menunaikan sembahyang bahkan boleh menjadi pendidik kepada golongan remaja apabila mengetengahkan pelbagai program keremajaan.

"Kita hendaklah jadikan masjid sebagai ‘kerajaan kecil’ yang mampu mengawal dan mengendalikan masyarakat setempat dengan baik. Jika kerajaan kecil dapat menyelamatkan masalah masyarakat ia satu penghormatan, " terangnya.

Beliau mengambil contoh Masjid Ban Nua di Hattyai, Thailand yang berperanan serta aktif dengan aktiviti ilmu serta menubuhkan koperasi yang senantiasa berusaha membantu anak kariah.

“Ia begitu cantik dengan infrastruktur dan kemudahan yang serba canggih. Ketokohan imam yang baik dan jawatankuasa yang bijak mengurus masjid senantiasa menjadi ikon kepada masyarakat," jelasnya



Tabung Buluh Untuk PAS
Harakahdaily

TEMERLOH, 13 Dis: Semua peminpin dan ahli PAS di seluruh negara di cadangkan agar membuka 'Tabung Buluh Untuk PAS' bagi mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum akan datang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yakin, semua orang mempunyai wang syiling yang berlebihan ketika pulang ke rumah atau sampai ke pejabat.

(Gambar: Memecahkan tabung buluh di Padang Luas, Besut..Foto blog Pemuda Besut)

"Dari memberatkan poket, baik kita masukkan ke dalam tabung buluh ini dan kita dapat pahala yang besar," kata beliau.


Padang Luas

Sementara itu, amalan mengumpulkan dana untuk parti melalui tabung buluh sudah diamalkan oleh PAS Padang Luas, Besut, Terengganu.

Pada 4 Disember lepas, mereka mengadakan majlis pecah tabung yang telah mereka edarkan kepada ahli-ahli mereka sejak Jun lalu.

Di majlis itu, berpuluh-puluh tabung buluh dipecahkan untuk mengeluarkan wang syiling dan kertas yang dikumpulkan oleh ahli-ahli mereka.

Menurut Abdullah Mamat, Ketua UPU Padang Luas, program menabung ini akan diteruskan lagi selepas ini.

Beliau juga menyeru para dermawan supaya turut tampil membantu menyumbang dana dalam usaha mengembalikan kemenangan DUN Jerteh, khususnya UPU Padang Luas dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Bandar Tasik Puteri


Di Selayang, PAS cawangan Bandar Tasik Puteri telah menggunakan pendekatan yang sama untuk mengumpulkan dana sejak setahun yang lalu.

(Gambar: Membilang hasil tabungan di Padang Luas, Besut...Foto blog Pemuda Besut)

Memandangkan buluh sukar diperolehi di kawasan mereka, AJK cawangan telah membeli tabung-tabung besi yang dijual di kedai-kedai dan diedarkan kepada AJK dan ahli-ahli mereka.

Dengan kos tabung RM5 setiap satu, mereka boleh mengumpulkan antara RM15 ke RM30 setiap tabung pada setiap bulan dari tabung itu.

"Pada setiap kali mesyuarat, semua AJK akan membawa tabung masing-masing. Sebelum memulakan mesyuarat kita buka tabung itu dan kira isinya. Kami akan perolehi kira-kira RM200 hingga RM300 setiap bulan dari tabung-tabung ini," kata Bendahari PAS cawangan itu, Saudara Anuar.

Wang dari tabung inilah, kata Anuar, membiayai banyak aktiviti PAS di cawangan itu


Tiada ulasan: