Nazri Abdullah | ||
KUALA LUMPUR, 11 Dis: Berbaki lapan hari lagi, persiapan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 19 Disember ini telah masuk fasa akhir dengan hampir 80 peratus persiapan telah disempurnakan. Dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pengisian dan Jawatankuasa Penganjuran dan Pengelolaan sedang giat melaksanakan tugas-tugas akhir menjelang raptai penuh sehari sebelum program bermula. Menurut Pengerusi JK Penganjuran, Dr. Mujahid Yusof, konvensyen kali ini mensasarkan tiga matlamat besar yang mahu dicapai Pakatan Rakyat. Pertama, mengukuhkan solidariti parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS-PKR-DAP. Kedua, mempamerkan keupayaan Pakatan Rakyat kepada seluruh rakyat negara ini melalui kejayaan yang telah ditunjukkan oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Dan ketiga, membincangkan persiapan Pakatan Rakyat berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Mac atau April tahun hadapan. "Kita mahu menawarkan satu polisi kepada rakyat tentang keupayaan Pakatan Rakyat khususnya sebagai parti yang mampu menggantikan BN memerintah negara," katanya kepada Harakahdaily. Disamping itu, konvensyen kali ini juga katanya akan cuba melihat persepsi yang wujud dikalangan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat akibat eksploitasi media Umno BN. Bagaimanapun ujarnya, perkara itu akan dilihat secara umum atas kapasiti Pakatan Rakyat dan bukan kepada parti-parti komponen PAS-PKR-DAP secara khusus. Beliau percaya, permasalahan dalaman parti-parti komponen boleh diselesaikan kepimpinan parti masing-masing dan tidak menjejaskan Pakatan Rakyat. "Permasalahan dalam setiap parti itu perkara biasa, dan ia sebahagian dinamika politik bagi membentuk kematangan sesebuah parti. "Apa yang belaku tidak menjejaskan parti pun, namun lebih malang apabila permasalah kecil ini dieksploitasi oleh media yang ditunggang Umno sehingga memburukkan keadaan," katanya. Konvensyen Pakatan Rakyat kali ini bakal menyaksikan seluruh kepimpinan utama PAS, PKR dan DAP berkampung bagi memberi nafas baru kepada penerusan perjuangan Pakatan Rakyat. Bukan setakat penyokong Pakatan Rakyat, malah seluruh rakyat termasuk pemerhati politik luar dan dalam negara sedang menanti apakah 'benda baru' yang akan dihasilkan konvensyen tersebut. Dalam pada itu, Pakatan Rakyat juga akan memperkenalkan slogan terbarunya, 'Ubah Sekarang!' yang akan dilancarkan pada konvensyen akan datang. Selain konvensyen, beberapa program selingan turut dirancang bermula sehari sebelum konvensyen sehingga malam selepas selesai konvensyen. Sekurang-kurangnya tiga ceramah besar dijadual akan diadakan masing-masing di Balik Pulau dan Seberang Perai Selatan, menampilkan kepimpinan utama ketiga-tiga parti. Kesempatan pemukiman itu juga, kuliah-kuliah Maghrib di surau dan Masjid sekitar akan disampaikan pemimpin utama PAS dan PKR selain program kebajikan lain oleh DAP. Manakala kemuncak program adalah pada sebelam malam 19 Disember, iaitu majlis Pidato Perdana oleh Presiden PAS, PKR dan DAP dan penggulungan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. PKR atur "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis" Untuk itu, PKR cabang Arau mula mengatur dialog dan majlis makan malam bersama rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO lain bagi mencari input serta formula untuk menawan negeri itu. Ketua cabang berkenaan, Hashim Bakar berkata seramai kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli, penyokong Pakatan dan NGO akan menghadiri dialog berkenaan yang membincangkan tajuk "Pakatan Rakyat nak tawan Perlis". "Kita akan berbincang, mengambil input serta pandangan mengenai isu-isu dan strategi daripada NGO dan penyokong Pakatan dalam usaha kita menawan Perlis,” katanya. Menurutnya, beberapa pemimpin Pakatan di peringkat pusat dan negeri serta pengamal undang-undang juga akan dijemput mengupas tajuk berkenaan. Antara tokoh itu termasuk Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin, Thomas Su (Pengerusi DAP Kedah/Perlis), Rus'sele Eizan (ketua penerangan PAS Perlis), Sharif Shaari (Angkatan Sasterwan Perlis) dan Zulmi Sabri (peguam) dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Perlis Khoo Yong Chong. Hashim berkata cabang berkenaan akan menganjurkan dialog tersebut di Dewan Chi Yong Kor di Kangar pada 18 Disember ini, mulai jam 9 malam. Manakala timbalan ketua cabang Arau Tengku Nazri Tengku Aldin ditugaskan untuk menjadi moderator pada majlis dialog tersebut, kata Hashim. Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat hanya berjaya menguasai dua daripada 15 kerusi DUN Perlis. Kedua-dua kerusi itu - Sanglang dan Simpang Empat - berjaya dirampas oleh PAS. Di peringkat parlimen, semua tiga kerusi - Padang Besar, Kangar dan Arau - kekal dimenangi oleh BN 2,200 generasi baru Felda penagih dadah Masalah ketagihan dadah di kalangan anak peneroka Felda tidak sebegitu serius seperti yang diuar-uarkan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan. Menurut beliau hanya 2,200 daripada keseluruhan 1.6 juta orang generasi baru Felda dikesan mempunyai masalah tersebut, menjadikan hanya 0.001 peratus yang bermasalah. Katanya lagi, bagi memberi peluang kedua kepada kalangan tanpa kelayakan akademik yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, kerajaan membelanjakan RM210 juta dari 2005 sehingga kini bagi melaksanakan program latihan kemahiran generasi baru Felda. Beliau berkata seramai 33,017 warga Felda mendapat manfaat daripada bantuan tersebut, termasuk 4,485 yang berjaya memperoleh sijil kemahiran vokasional, 199 pemegang diploma Universiti Lim Kok Wing/Kolej Nilai/Akademi Laut Malaysia (Alam) manakala dua lagi berjaya menjadi juruterbang. Prosiding disiplin ke atas Lingam Isnin ini Bermula Isnin ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam (bertali leher merah). Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri. Adalag difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari. Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam. Lingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan. Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman. Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam. Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini. Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen. Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku. Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976. Kementerian Pertahanan berbelanja sakan Di sebalik usaha kerajaan cuba mendapatkan RM1 bilion hasil daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang cuba diperkenalkan dan keputusan mereka menarik balik subsidi ke atas barangan perlu seperti minyak, makanan dan barangan keperluan lain, bagi menjimatkan RM700 juta, namun Kementerian Pertahanan dengan bangganya mengumumkan pada 19 April lalu bahawa kontark RM10.4 bilion akan dimeterai. Tindakan berkenaan bagi memodenkan angkatan tentera dan keselamatan negara selaras dengan Rancangan Malaysia Kesembilan. “Kerajaan telah peruntukkan RM21 bilion atau 10.6 peratus daripada perbelanjaan pembangunan untuk tujuan berkenaan,” umum Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, perjanjian itu bagi mengganti kereta kebal, kapal penyokong pelbagai-guna, jet pejuang dan kapal peronda generasi terbaru. Semua perbelanjaan itu dijangka diluluskan di Parlimen tanpa banyak perbahasan kerana sebahagian besar maklumat berkenaan akan dianggap rahsia dan memudaratkan keselamatan negara jika terdedah. Kebimbangan berikut adalah antara perkara yang dibincangkan pada forum sempena pelancaran buku 'Questioning Arms Spending in Malaysia' tulisan pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Kua Kia Soong (dua dari kanan). Ia turut dihadiri badan antarabangsa International Physicians for the Prevention of Nuclear War (IPPNW), Datuk Dr Ronald McCoy, ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan wakil NGO 'Food Not Bombs' Yuu Han. McCoy pada forum ini berkata Malaysia memerlukan pelbagai transformasi bagi membolehkan perubahaan ke arah yang lebih baik dilakukan. "Kerajaan ini telah memerintah selama 53 tahun, terlalu lama berkuasa. Semua polisi dilakukan untuk memenuhi agenda. Sebagai contoh, birokrasi digunakan sebagai alat oleh Umno. "Saya tak nampak kita boleh mengubah semua ini tanpa pertukaran kerajaan." katanya kepada TV Selangor. Kua dalam bukunya dilancarkan ini mendedahkan mengenai cara negara membelanjakan berbillion ringgit saban tahun bagi menambah kekuatan tentera dan membeli pelbagai senjata dan kenderaan baru. Katanya, perbelanjaan ketenteraan Malaysia mencetuskan banyak kontroversi seperti pembelian kapal selam Scorpene, skandal kehilangan enjin jet F-5E di Sungai Besi dan pelbagai lagi ketirisan. Tulisnya betapa 'perlumbaan senjata' antara Malaysia, Singapura, Indonesia di rantau ini mengundang kepada trend kerajaan membelanjakan wang yang banyak setiap tahun atas alasan 'memodenkan' pasukan tentera. Menurut Kua, rantau Asia Tenggara merupakan satu-satunya rantau di dunia ini yang menyaksikan peningkatan lebih 10 peratus dalam bajet ketenteraan mereka selepas Perang Dingin. Sivarasa dalam forum itu turut menyatakan betapa Umno sebenarnya tiada Polisi Pertahanan Negara dan ia tidak pernah dibincangkan di Dewan Rakyat. Malah, katanaya negara juga tiada mempunyai Jawatankuasa Pertahanan Negara di Parlimen dan ia hanya dikawal penuh oleh Menteri Pertahanan. Beliau turut menceritakan kisah ahli parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed ditempelak rakan sejawatan dari Indonesia kerana mengeluarkan kenyataan bahawa pertahanan negara tidak penting. "Dalam perjumpaan dengan ahli parlimen Asean dulu, beliau (Jazlan) mengatakan Malaysia tiada Jawatankuasa Parlimen dalam hal pertahanan negara kerana negara rasa ia tidak penting. Saya tak perlu bercakap apa-apa," katanya. Malah Sivarasa sekali lagi memberi contoh perbelanjaan kerajaan yang tampak hanya menguntungkan orang tertentu tanpa mengira nilai sebenar sesuatu peralatan itu. Menurut Sivarasa, angkatan tentera telah mengeluarkan sebanyak RM 8 billion bagi membeli 250 kenderaan pengangkut anggota (APC) pada harga RM 31 juta setiap satu dari syarikat kroni sedangkan harga pasaran adalah jauh nlebih rendah. "Mereka nak beli sangat dengan 'Syarikat Kesayangan' Kerajaan. APC yang baik dari Switzerland boleh dibeli dengan harga RM 3.9 juta satu, malah Amerika menjual dengan harga RM 9.1 juta satu. "Saya pelik mengapa Malaysia bertegas hendak belanja RM 31.1 juta untuk setiap satu kenderaan ini."katanya. PM: Usah gadai masa depan negara pada Pakatan Justeru, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak perlu menggadai masa depan negara kepada pembangkang yang dilihat hanya bijak menabur janji-janji manis. "Mereka tidak mempunyai ideologi yang didukung bersama, hanya tahu menabur janji dan mempunyai pegangan masing-masing yang terlalu longgar dalam kesepakatan politik," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Deepavali Parlimen Pekan, di Pahang, hari ini. Najib berkata, kepimpinan BN yang sebelum ini dikenali sebagai Perikatan, telah berjaya membawa negara mencapai kemerdekaan dan mengisi perjuangan kemederkaan selama lebih 50 tahun dan akan terus memacu negara ini menjadi sebuah negara maju. "Janganlah mengambil risiko (menyokong Pakatan Rakyat) yang akan sebabkan kita menyesal di hari muka," katanya. Najib berkata, sejarah telah membuktikan bahawa pemimpin yang hanya tahu menabur janji akhirnya akan mendatangkan musibah kepada rakyat. Katanya, kepimpinan BN selama ini telah berusaha gigih menunaikan segala janji yang diungkapkan dan diterjemahkan demi kepentingan rakyat dan negara. Beliau turut berikrar akan melaksanakan pentadbirannya dengan seadil-adilnya untuk kepentingan semua kaum di negara ini. "Saya akan pegang kepada semangat 1Malaysia, dahulukan kepentingan rakyat, Insya-Allah rakyat akan mendapat manfaat besar di bawah kepimpinan Barisan Nasional," katanya. Umno hantar wang ehsan sampai ke rumah Semua pemimpin Umno bahagian di Kelantan disaran mendekati rakyat dengan menyampaikan sendiri bantuan wang ehsan kepada penduduk yang layak dari rumah ke rumah, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Awang Adek Hussin. Katanya, tindakan turun padang pemimpin bahagian adalah lebih berkesan daripada menyampaikan bantuan itu secara berkelompok sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. "Di samping menyampaikan wang itu, mereka juga dapat merasai sendiri bagaimana pahit maung penduduk kampung terutama pada musim tengkujuh ini," katanya selepas merasmikan majlis khatam rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat di Bachok, hari ini. Seramai 135 murid sekolah rendah di kawasan DUN berkenaan menyertai majlis itu yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Bachok (PPD). Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan Kelantan, berkata selain itu mereka juga berpeluang menjelaskan isu-isu semasa seperti pengurangan subsidi bahan bakar dan gula kepada penduduk agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah Pakatan Rakyat. Katanya, akaun wang ehsan masih lagi berbaki lebih RM10 juta daripada RM25 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan pusat dan jumlah baki itu akan dibelanjakan tahun depan dengan melaksanakan pelbagai program berfaedah untuk rakyat di negeri itu. Bolehkah ketuanan Melayu dan 1Malaysia bersama? Justeru, tidak menghairankan beberapa pemimpin Umno segera dengan lantang membidas cadangan Chua itu supaya perkataan seperti 'pendatang' dan 'ketuanan Melayu' tidak lagi digunakan. Tetapi bagi setiausaha agung BN dan Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan Umno itu sesuatu yang dijangkakan kerana setiap parti mewakili pandangan masyarakat masing-masing. "Kebanyakan parti adalah berasakan perkauman dan setiap parti bebas memperkatakan apa yang mereka ingin luahkan. Apa yang diperkatakan oleh Chua adalah adalah pandangannya dan hujah yang sama untuk Umno. Tetapi kita boleh menggunakan proses yang ada bagi mencapai kesepakatan,” katanya. Sehubungan itu, perselisihan fahaman tersebut dikatakan tidak akan menggugatkan gabungan berkenaan dan dianggap perkara kecil. "Ia perkara kecil dan bukan seperti raksasa yang ingin digambarkan oleh pembangkang dan media (seperti Malaysiakini),” kata Tengku Adnan. Namun keenganan beberapa pemimpin utama BN, termasuk ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan untuk tidak membuat sebarang ulasan membuktikan isu berkenaan bukan sekecil seperti yang didakwa. Malah, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pada ucapannya pada tahun lalu mencadangkan 'ketuanan Melayu' digantikan dengan perkataan yang lebih boleh diterima seperti 'kepimpinan Melayu' - kali ini memilih untuk tidak lagi menjadi kontroversi. "Salah satu fakta utama konsensus daripada Konvensyen BN adalah kita bersetuju mengurangkan perbalahan antara parti dan beri tumpuan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya. Menurut Khairy, polemik itu yang juga mengheret sama naib presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Puad Zarkashi dan timbalan pengerusi biro publisiti MCA, Loh Seng Kong sebagai “contoh utama masa dan tenaga dibazirkan dengan berlawanan sesama sendiri”. - Bernama Kerajaan perinci kenaikkan gaji tentera Kementerian Pertahanan telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kenaikkan skima gaji Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah berbincang dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah untuk memperincikan tentang pelarasan gaji tentera, supaya sekurang-kurangnya bersamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengikut pangkat. "Tetapi sebenarnya jika mengikut Perlembagaan Malaysia, skima perkhidmatan ATM hendaklah berada di atas lain-lain perkhidmatan. "Asas itu yang saya pegang walaupun ada yang pertikaikan tak perlu ada kenaikan gaji, kononnya askar banyak berehat dan tak berperang. Jadi, adakah perlu perang dulu baru nak naik gaji," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Kompeni Askar Wataniah Parlimen Besut, Setiu, Dungun dan Kemaman di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, di Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, Pemangku Panglima Medan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Zulkiple Kassim, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Kolonel (Kehormat) Datuk Mazlan Ngah dan pegawai-pegawai kanan tentera. Ahmad Zahid berkata ATM adalah pasukan profesional yang memainkan peranan tersendiri, termasuk ketika negara aman. "Seperti (tentera) di seluruh dunia, dalam keadaan aman ini peranan tentera banyak bukan saja dalam latihan tapi pertolongan kemanusiaan dan bantuan bencana alam. "Tentera kita juga terlibat dalam Pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu," katanya. Katanya, kajian pelarasan gaji itu dibuat oleh pihak pengurusan tertinggi ATM walaupun tidak kedengaran tuntutan dari anggota tentera. Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata mulai tahun depan, ATM akan melaksanakan Program Jiwa Murni yang melibatkan kawasan pedalaman di seluruh negara. "Kita akan terlibat dalam pembinaan kemudahan infrastruktur dan membaik pulih rumah-rumah rakyat miskin yang belum terjangkau oleh agensi kerajaan dalam usaha membasmi kemiskinan. "Jemaah menteri telah berikan suatu panduan kepada ATM supaya membantu kawasan-kawasan yang melibatkan perkampungan Orang Asli dan pedalaman di mana pihak kontraktor sukar membawa material dan sediakan tenaga kerja di kawasan tersebut," katanya. Menurutnya, ini memandangkan ATM memiliki kemudahan yang diperlukan seperti helikopter, bot dan kenderaan pacuan empat roda yang boleh digunakan untuk tujuan berkenaan. - Bernama
|
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Sabtu, 11 Disember 2010
POLITIK DIMALAYSIA...MASING2 MENGATAKAN KEBENARAN DALAM MEMPERJUANGKAN NASIB RAKYAT...NILAILAH DENGAN ADIL.....
Konvensyen PR fokus solidariti, PRU-13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan