'Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT'
Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".
Dakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.
"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.
Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.
Malah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.
"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.
"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.
Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.
"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya
16 pengikut Syiah gagal beri keterangan
sejak proses itu bermula 16 Disember lalu.
Penolong Pengarah Perancangan dan Strategik Bahagian Pengurusan Penguatkuasaa JAIS Sharom Maarof berkata, mereka gagal hadir pada 16 Disember (seorang), 17 Disember (seorang) 20 Disember (7 orang) dan 21 Disember (7 orang).
Hanya seorang hadir dalam proses merakamkan keterangan hari ini, tambahnya.
"Kita telah menghantar notis hadir kepada 128 pengikut Syiah yang ditahan di Gombak untuk memberikan keterangan (hadir) pada tarikh mereka ditahan 15 Disember lalu.
"Ada antara mereka yang hadir awal daripada tarikh notis diberikan dan memberikan keterangan kepada pegawai siasatan JAIS.
"Selebihnya (16 orang) sekiranya mereka gagal hadir pada keesokan harinya, mereka akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya kepada Malaysiakini petang tadi.
Setakat hari ini, seramai 102 daripada 128 pengikut Syiah yang ditahan oleh JAIS telah disoalsiasat kerana didakwa terlibat dalam ajaran tersebut.
Isu Syiah mula meletus apabila seramai 128 pengikut Syiah ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak, Batu Caves pada Rabu lalu, dipercayai tangkapan terbesar melibatkan pengikut ajaran itu.
Berhubung pendakwaan pula, Sharom berkata, pihaknya akan menghantar laporan kepada pendakwa raya pada minggu hadapan bagi sebutan kes di mahkamah.
"Mereka yang gagal hadir akan dikenakan tindakan saman mahkamah," katanya lagi.
Dan Penglipur Berita Malaysiakini 2010 adalah...
Namun, semuanya digerhanakan oleh individu ini yang paling menonjol dalam arena politik tanahair dan mendominasi tajuk utama berita akhbar negara.
Dan orangnya ialah - tidak lain dan tidak bukan - ahli parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menerajui badan ultra-Melayu - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Dia mungkin digelar 'super-katak' yang sering galak melompat, tetapi dapat dipertikaikan bahawa Ibrahim adalah Penglipur Malaysiakini bagi 2010.
Dilahirkan pada 25 Januari 1951 di Kampung Pasir Pekan di Tumpat, Kelantan, Ibrahim merupakan anak kelima dan anak sulung daripada 13 adik beradik. Dia anak manja ayahnya - seorang ketua kampung.
Ibunya yang merupakan seorang yang kuat agama, memastikan Ibrahim mendapatkan pendidikan agama sejak dari kecil lagi.
Ayahnya, meskipun tidak berpendidikan, adalah seorang yang berpengaruh. Bagaimanapun, elaunnya tidak seberapa untuk menanggung keluarga yang besar. Maka sewaktu kecilnya, Ibrahim menjalani kehidupan yang sederhana.
Ibrahim yang mengisytiharkan dirinyas sebagai 'rakyat Kelantan tulen' membesar bersama-sama dengan rakan-rakannya, termasuk dari kalangan bukan Melayu, kebanyakannya dari keturunan Thai dan segelintir rakan Cina.
Ketika Ibrahim berada dalam Tingkatan Enam pada 1969, bapanya - seorang penyokong setia PAS - ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam 1958 dan peristiwa itu sekaligus membentuk masa depannya.
Penglibatannya dalam poltik bermula ketika Ibrahim menuntut di Universiti Teknologi Mara, yang ketika itu dikenali sebagai Institut Teknologi Mara.
Ibrahim meneruskan perjuangan ayahnya dalam membela nasib orang Melayu. Secara harfiahnya, dia mengikuti jejak langkah ayahnya, apabila dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dia berkongsi bilik tahanan di Kamunting pada 1974 dengan pemimpin pelajar ketika itu, Anwar Ibrahim.
Ibrahim kemudiannya menyertai Umno dan menjadi pejuang setia parti itu sehinggalah penubuhan parti serpihan Semangat 46 (S46).
Ibrahim mengikuti presiden S46, Tengku Razaleigh Hamzah. Pada 2008, dia bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimen Pasir Mas untuk ketiga kalinya.
Ibrahim mungkin merupakan satu-satunya ahli parlimen yang memenangi kerusi yang sama di bawah tiga parti yang berbeza - Umno (1986), S46 (1990) dan PAS (2008) - sehinggalah mendapat gelaran super-katak.
Bagaimanapun, beberapa bulan selepas memenangi parlimen Pasir MAS atas tiket PAS, Ibrahim telah 'berselisih dan berpisah' dengan kepimpinan parti itu, dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Tahun lalu, Ibrahim kembali menonjol di arena politik tanahair apabila beliau menubuhkan PERKASA yang memperjuangkan Ketuanan Melayu dan hak istimewa orang Melayu.
Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta
Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.
Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.
Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.
Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.
Surat Apco bukti Anwar 'menipu', kata Nazri
Kandungan surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Wolrdwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan.
"Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas mengenai penggantungan Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar kepada Dewan kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
Nazri berkata, dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel".
"Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya.
Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan "One Israel".
"Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri.
"Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti," katanya.
- Bernama

Konstabel bebas tuduhan cabul inspektor
Seorang konstabel polis dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya hari ini daripada pertuduhan mencabul kehormatan seorang inspektor wanita yang merupakan rakan setugasnya, tahun lepas.
Majistret Aishah Hijriah Arshad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusri Yusof di akhir kes pendakwaan.
Yusri, 35, dituduh menggunakan kekerasan jenayah ke atas inspektor wanita berumur 24 tahun itu dengan niat mencabul kehormatannya di pejabatnya di Petaling Jaya pada 5.35 petang, 26 Mei 2009.
Yusri, yang sebelum ini digantung tugasnya, didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
Aishah ketika membuat keputusan itu berkata, mahkamah mendapati keterangan mangsa tidak konsisten dengan laporan yang diberikan.
"Terdapat percanggahan keterangan yang diberikan oleh mangsa dalam kes ini kerana berdasarkan laporan polis yang dibuat, mangsa menyatakan bahawa dia dipeluk dari arah belakang dan cuba dicium di pipi kanan serta peha kanannya diusap sebanyak dua hingga tiga kali oleh tertuduh.
"Sebaliknya, ketika pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, mangsa tidak dapat mengesahkan sama ada dia dipeluk ataupun tertuduh hanya memegang bahunya".
Aishah berkata, mangsa juga dilihat teragak-agak untuk menjawab dan tidak yakin untuk memberi jawapan ketika pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dan pembelaan.
Selain itu, keterangan mangsa tanpa keterangan sokongan tidak dapat membuktikan tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah ke atasnya.
"Tindakan mangsa yang tidak memaklumkan kejadian yang berlaku ke atas dirinya dengan serta-merta dilihat tidak munasabah kerana sebagai pegawai polis, mangsa mempunyai pengetahuan bahawa apa yang terjadi kepada dirinya adalah salah di sisi undang-undang dan mangsa sememangnya ada banyak peluang untuk bercerita masalah yang dihadapi dengan rakan sebiliknya," katanya.
Sepanjang perbicaraan, empat saksi memberi keterangan bagi pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Choong Kak Sen manakala tertuduh diwakili peguam Wan Shahrizal Wan Laden.

--Bernama
Lamanweb Sarawak Report 'digodam'
Lamanweb Sarawak Report, yang sering menerbitkan dokumen-dokumen yang didakwanya bukti kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, nampaknya telah digodam.
Menurut satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan melalui seorang ahli politik pembangkang yang tidak mahu namanya disebut, lamanweb itu kini "offline" untuk sementara.
Menurutnya, ini ekoran beberapa ancaman bunuh yang dihantar melalui emel mereka.
Lamanweb ini mendakwa mereka menjadi mangsa serangan 'edaran penolakan perkhidmatan (DDOS), yang mengarahkan laluan besar ke lamanweb tersebut supaya tidak dapat diakses.
Kenyataan itu berkata, tindakan mematikan lamanweb itu dengan menggunakan berjuta-juta hits adalah proses yang sangat mahal, bahkan lebih mahal daripada mendapat khidmat peguam terbaik.
"Jadi ini mengecilkan senarai suspek dalam kes ini terhadap mereka yang sangat kaya dan mempunyai kepentingan langsung untuk menutup (lawanweb) kami, tetapi tidak suka dihadapkan di mahkamah terbuka," katanya.
Kenyataan itu juga melampirkan sebuah foto "eksklusif" isteri baru Taib, yang dilaporkan berketurunan Lebanon, yang identitinya masih lagi misteri.
Berasaskan kepada barang kemas yang dipakai pengantin tersebut di majlis perkahwinannya, Report Sarawak mendakwa permata itu "tak ternilai harganya pada saiz berkenaan".
Perkahwinan itu dikatakan berlangsung pada hari Ahad di kediaman mewah peribadi Taib di Demak Laut, Kuching.
Majlis itu dilaporkan dihadiri 200 tetamu eksklusif, yang terdiri daripada tokoh politik Sarawak.
Isteri pertama Taib, Laila, yang berketurunan Polish-Australia, meninggal dunia pada April 2009 kerana kanser.

'Notis perobohan surau tak spesifik, terbatal'
Usaha perobohan surau Al-Hidayah pekan Rawang yang mencetuskan bantahan penduduknya Ahad lalu hendaklah dibatalkan kerana notis pengosongan tapak daripada peguam tidak terperinci dan spesifik menyatakannya.
Nazir Masjid Nurul Iman Rawang Ilham Akhbar Harun berkata, berdasarkan surat bertarikh 10 Oktober, isu perobohan surau itu yang bernaung di bawah pentadbiran MNIR tiada langsung dibangkitkan.
"Pendirian Masjid Nurul Iman dalam isu ini, bahawa surau tersebut haruslah dikekalkan seperti sedia ada.
"Sehubungan itu, isu perobohan surau tiada kaitan ataupun terbatal,” kata Ilham Akhbar.
Surau Al-Hidayah antara surau yang bernaung bawah Masjid Nurul Iman di kawasan tersebut.
Pada 19 Disember lalu, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah (BBSAH) Kampung Melayu Rawang mengadakan perhimpunan bantahan membantah pengambilan tapak surau itu.
Penasihatnya Datuk Ir Md Nasir Ibrahim dilaporkan berkata ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di pekan Rawang yang luasnya tidak seberapa, jatuh ke tangan swasta.
'Abaikan agenda tersembunyi'
Bagaimanapun setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata kerajaan Selangor tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapaknya.
Dalam kenyataan hari ini, Ilham Akbar juga berkata, berdasarkan dokumen di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, tanah tersebut (berkeluasan 1 rud dan 11 poles) telah direzabkan sebagai tapak masjid sejak 12 Mac 1920 lagi.
Sehubugan itu, Ilham Akhbar, pihak masjid berpendapat ia perlu dikekalkan atas alasan berikut:
”Kami berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau ini haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
”Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan,” katanya lagi.

- Sebagai simbol dan warisan kecemerlangan indentiti umat Islam di Rawang sejak 100 tahun yang lalu.
- Tapak ini juga merupakan kawasan yang strategik untuk perkembangan Islam setempat.
- Pengekalan rezab ini juga dapat memilihara kesejahteraan tujuh tapak kubur penduduk awal Rawang di kawasannya.
”Kami berpendapat sebarang usaha untuk mempertahankan maruah dan juga kepentingan umat Islam di Rawang seperti isu perobohan surau ini haruslah dirujuk kepada pentadbir masjid yang telah diberi mandat dan amanah oleh DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.
”Sebarang tindakan yang meminggirkan peranan masjid dan mempunyai agenda-agenda yang tersembunyi haruslah diabaikan,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan