Jumaat, 24 Disember 2010

SEBAHAGIANNYA...DAN BANYAK LAGI ..ALLAH LEBIH MENGETAHUINYA...

Hikmah Hudud.

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2.. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat.

Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.

Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.

Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi zalim dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.

Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain bercuti dari kejahatan. Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.

Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari hudud-hudud duniawan yg dicipta oleh manusia.
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda.Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau denda.

Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal.. Yakni hilangkan atau curi tangannya.

Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.

Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah

1.Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syarak sesudah dinasihatkan.

2.Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.

3.Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah

4.Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.

5.Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.

6.Rotan 80 kali untuk peminum arak
Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn

kesalahan, itu dinamakan hukum tawatiir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman tawatir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.



Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:

Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.

Sebenarnya hudud dunia ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg

sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan
benar-benar menyakitkan dan seimbang.



Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya.

Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas.. Yg lebih banyak salah dari betulnya.



Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu.

Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.



Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.

Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.


Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud dalam Masyarakat

Bismillahirrahmanirrahim,

Dgn berkat Roh RSAW, berkat guru dan sayidi syiekh tariqatku, saya memohon agar tulisan kali ini menjadi murni. Untuk percikan minda umat Islam akhir zaman. Wahai Tuhan, ampunkan daku dan saudaraku andai kami jauh dari jalanMu. Amin.

Kita amat terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus hukum ALL...AH (Hudud) ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?

Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan,saya orang Islam dan akan membelanya.

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut? Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.Di sini kita dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD . Ia itu jawapan untuk mereka yg terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak tahu.

Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.

Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.

Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat.

Firman ALLAH:

"Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.( An Nur: 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.

Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa

2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari,

mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.

Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.

Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yg berikut:

  • Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.

  • Orang yg murtad

  • Orang buta

  • Orang bisu

3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.

Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang. Kemudian senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa keris memasuki sarung itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang. Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani untuk mudah-mudah menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?

Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan mengaku salah.

Yakni lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu berhibur-hibur dgn zina.

Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui!

Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain akan mengambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya.

Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf.

Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan insaf.

Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu. Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.

ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni, bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.

Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn sebenar-benar taubat.

Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.

Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah.. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan solehah.

Tetapi dalam masyarakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan. Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.

Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:

negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba Ayat 15)

Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran.

Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.

Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti.

Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul. Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

Wallahualam.




Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Tiada ulasan: