Sabtu, 4 Disember 2010

BILA HARTA ASAL RAKYAT PUNYA TETAPI HENDAK DIMILIKI....KALAU MENANG DIDUNIA PUN...AKHIRAT RAKYAT AKAN DAKWA JUGA...HARTA TAK BOLEH BAWA MATI

Malaysiakini dilarang hadiri taklimat PEMANDU
Joseph Sipalan
Dis 3, 10
5:43pm


Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri satu taklimat media di Putrajaya yang dianjurkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, mengenai pelan rasionalisasi subsidi. NONEPortal berita itu dilarang masuk walaupun tengah hari tadi, firma perhubungan awam untuk PEMANDU, menelefon untuk mengesahkan kehadiran wakil Malaysiakini di majlis taklimat tersebut.

Wartawan Malaysiakini diberitahu di tempat taklimat tersebut bahawa beliau 'tidak dibenarkan" masuk ke dewan tempat pengerusi PEMANDU, Datuk Idris Jala dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna, Datuk Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan harga barang.

Wartawan Malaysiakini itu kemudiannya diiring keluar dari bangunan itu oleh seorang eksekutif perhubungan awam.

Bila ditanya, eksekutif tersebut berkata, beliau "tidak boleh komen" mengenai sebab larangan tersebut, kecuali berkata, beliau diarah oleh PEMANDU melarang Malaysiakini masuk.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan larangan tersebut ada kaitan dengan laporan Malaysiakini hari ini mengenai RM66 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menubuhkan PEMANDU, dengan kebanyakan peruntukan itu dibayar kepada firma-firma perhubungan awam.

Malaysiakini merupakan satu-satunya pertubuhan berita yang dilarang menghadiri taklimat tersebut, yang dipercayai menyentuh tentang langkah mengurangkan lagi subsidi kerajaan.



Tembak penjual mi: Anggota polis digantung tugas luar
Dis 3, 10 2:39pm


Seorang anggota polis yang didakwa menembak seorang penjual mi di Kepong Baru tidak lagi melakukan tugasan luar, kata ketua polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah. NONEZulkifli berharap polis akan dapat menyelesaikan siasatan ke atas kes berkenaan dalam tempoh dua minggu sebelum mengemukakannya ke pejabat pendakwaraya. "Kita dalam siasatan dan dia tidak menjalankan tugas-tugas yang dia jalankan sekarang. Maknaya dia tidak diletakkan dalam tugas aktif, (sekarang anggota tersebut) menjalankan tugas pejabat. "Bagi kes sebegini kita ada norma tertentu, kita berharap dapat selesaikan tidak lebih dari sebulan, maknanya dalam tempoh itu sesuatu keputusan telah ada," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika mengulas kes melibatkan Ho Chei Hang, 32, yang mendakwa ditembak anggota polis berkenaan berhampiran rumahnya pada 16 November lalu. NONEHo (duduk) dalam sidang medianya Rabu lalu mendakwa beliau ditembak empat kali oleh anggota polis berpakaian preman tersebut. Dakwa Ho, anggota polis berkenaan tidak memperkenal dirinya dan juga tidak melepaskan sebarang tembakan amaran sebelum itu.

Rabu lalu, Ho dalam memorandum yang diserahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa supaya anggota polis yang menembaknya disiasat untuk cubaan membunuh "dan lain-lain penyalahgunaankuasa tanpa sebarang perlindungan atau layanan istimewa".



K'jaan digesa perundang bas khas untuk wanita
Dis 3, 10 4:09pm


Pemuda PAS menyarankan supaya perkhidmatan bas khas untuk wanita diperundangkan supaya ia menjadi satu dasar perkhidmatan pengangkutan awam yang melibatkan perkhidmatan bas, teksi, LRT dan lain-lain di seluruh negara, khususnya di bandar utama. pas muktamar 130610 nasruddin hassan 2Sambil mengucap tahniah kepada Bas RapidKL, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan berkata ia sekaligus memberi sumbangan besar kepada keselamatan dan kesejahteraan kaum wanita di negara ini . Perkhidmatan khas itu akan dilaksanakan untuk memberi lebih keselesaan dan melindungi penumpang wanita daripada gangguan seksual serta bersesakan dengan penumpang lelaki pada waktu puncak. Tempoh percubaan itu dijalankan di tujuh laluan yang mempunyai jumlah penumpang ramai dengan dua sesi perkhidmatan, iaitu di sebelah pagi - jam 6.45 dan 7.30 - manakala di sebelah petang - pada jam 6 dan 6.45. rapid kl bus public transportation 021107Laluan yang terbabit pada sesi pagi ialah U1 (Hab Pinggiran Batu Caves), U8 (Hab Damansara Damai), U22 (Hab Sri Nilam), U40 (Hab Terminal Kajang), U60 (Hab Puchong Utama), U80 (Hab UiTM Shah Alam) dan U81(Hab Subang Suria). Bagi sesi petang, laluannya ialah U1 (Hab Medan Pasar), U8(Hab Medan Pasar), U22 (Hab Jalan Hang Lekiu), U40 (Hab Pasar Seni), U60 (Hab Pasar Seni), U80 (Hab Pasar Seni) dab U81 (Hab Pasar Seni). Nasruddin percaya ia mampu mengurangkan kadar jenayah seperti gangguan seksual, ragut dan sebagainya . "Semoga usaha yang baik dan mulia ini, walaupun masih diperingkat percubaan, diberi perhatian serius oleh kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. beat rapidpenang 140407 disabled friendly busKatanya, begitu juga dengan langkah-langkah membuat dasar dan peraturan yang mesra pengguna khasnya kaum wanita, kanak-kanak dan OKU dalam semua aspek. Menurutnya, semua aspek melibatkan keselamatan dan keselesaan mereka sama ada di sektor pengangkutan awam, tempat kerja, kawasan rekreasi, stesen minyak, tempat letak kereta, lalu lintas, universiti, kolej, sekolah dan seumpamanya, wajarlah diberikan perhatian serius oleh kerajaan . Bagi mana-mana aspek di bawah kuasa kerajaan negeri, beliau mencadangkan agar kerajaan negeri Pakatan Rakyat memulakan langkah bijak ini.



SYABAS kerah pekerja, kontraktor berdemo?
Dis 3, 10 12:37pm


Tersebar khabar angin, khususnya di internet bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini mengarahkan kakitangannya mengadakan demonstrasi mengkritik kerajaan negeri. hindraf london event 091208 tricia yeohMalah, seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri terlibat menyebarkan dakwaan itu di laman Twitter miliknya. "Apa jenis majikan yang memaksa syarikatnya menyertai demo? "Adakah ini masa tidak produktif (dalam perniagaan)," tulis pegawai penyelidik di pejabat itu Tricia Yeoh (kanan). Setakat ini, belum pasti sama ada kakitangan SYABAS akan bergabung dengan anggota NGO antikerajaan negeri Gagasan Anti Penyelewengan Selagor (Gaps) yang turut merancang perhimpunan mereka di Masjid Shah Alam selepas solat Jumaat hari ini. Setakat ini, sumber-sumber daripada pejabat Khalid memaklumkan mereka hanya mempunyai maklumat bahawa kakitangan Syabas akan berkumpul di masjid yang sama. syabas logoDifahamkan juga, kakitangan sebuah syarikat kontraktor SYABAS turut mendapat arahan yang sama. Jika benar, tindakan SYABAS itu dilihat bertujuan memberikan tekanan kepada kerajaan negeri yang dijadual mengadakan demonstrasi besar di Kuala Lumpur Ahad ini bagi menentang kenaikan harga air sebanyak 37 peratus. Seksyen perhubungan media SYABAS ketika dihubungi Malaysiakini buat masa ini enggan mengulas dakwaan itu sebaliknya berjanji akan merujuknya kepada pegawai yang lebih tinggi terlebih dahulu. Sementara itu, presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam sidang media selepas perhimpunan itu memberitahu pemberita, mungkin terdapat penglibatan kakitangan SYABAS bersama kumpulannya. Bagaimanapun, menurut Hamidzun, penyertaan mereka hanya "sebagai rakyat" dan bukannya sebagai kakitangan syarikat itu.



JAKIM jelas kekeliruan tarikh korban
Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Nov 21, 10
12:58am


Sukacita Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ingin memberikan maklum balas mengenai kekeliruan tempoh masa menjalankan ibadah korbanyang timbul baru-baru ini.

JAKIM ingin memaklumkan bahawa Ibadah korban boleh dilaksanakan oleh umat Islam di seluruh Malaysia bermula dari selepas solat sunat Aidiladha pada 10 Zulhijjah dan pada hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Oleh kerana hari raya korban di Malaysia telah jatuh pada hari Rabu yang lalu iaitu 17 November 2010, maka umat Islam di Malaysia disunatkan menunaikan ibadah korbansehingga Sabtu, iaitu 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H.

Adapun tempoh bagi menjalankan ibadah korbant ersebut disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari:

Dari Al Bara' bin 'Azib r.a. Katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin".

Dari kitab Rad al-Muhtar 'ala al-Dur al-Mukhtar Sharh Tanwir al-Absar yang ditulis oleh Ibn 'Abidin mengatakan bahawa: "Maka diganjari ibadah korbanyang dilaksana pada hari yang ketiga belas walaupun di sisi yang lain telah pun memasuki hari yang keempat belas" (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah; Beirut, Jilid 3, halaman 364).

Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan menjalankan ibadah korbanitu pada hari 10 Zulhijjah (selepas solat sunat Aidiladha) dan tiga hari berikutnya (11, 12, dan 13 Zulhijjah) sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah 1431H, iaitu bersamaan dengan 20 November 2010 bagi tahun ini.

Berdasarkan rekod cerapan anak bulan Zulhijjah 1431H di 30 tempat cerapan rasmi di Malaysia oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia pada 29 Zulkaedah 1431H bersamaan 6 November 2010 (Sabtu) yang lalu, ahli falak telah mendapati anak bulan tidak kelihatan di kesemua tempat cerapan tersebut dan sekaligus keputusan sebulat suara menetapkan Hari Raya korbanpada tahun ini jatuh pada 17 November 2010 (Rabu) yang lalu.

Hasil data cerapan tersebut didapati setelah ahli falak mendapati kedudukan hilal (anak bulan) telah tidak memenuhi kriteria ketetapan Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan).

Ini bermakna, hari tasyrik bagi seluruh umat Islam di Malaysia pada tahun ini adalah pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah 1431H.

Untuk makluman masyarakat Malaysia, persetujuan bersama oleh empat negara anggota Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah menerima pakai kriteria Imkanur-Rukyah (kebolehnampakan) yang telah diputuskan melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Kali ke-3 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 1 Jun 1992.

Hal ini sekaligus menafikan pandangan dan kekeliruan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa ibadah korban hanya boleh dilakukan sehingga 19 November sebagaimana menurut Arab Saudi.

Sukacita dimaklumkan juga, asas penentuan hari raya korban di Malaysia adalah selaras dengan Singapura dan Republik Indonesia dan berkebetulan pada tahun ini negara Brunei Darussalam bersama-sama merayakan hari aya korban pada 17 November 2010.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh mengakses dan merujuk info kriteria Imkanur-Rukyah di Malaysia dan data-data berkaitan melalui laman web JAKIM di laman sesawang www.islam.gov.my.


Penulis adalah ketua pengarah JAKIM

Tiada ulasan: