Sabtu, 4 Disember 2010

DEMO TAK DEMO...ALLAH TAHU SAPE DIZALIMI DAN MENZALIMI...DONT WORI...MEREKA AKAN PENCEN...DIMATIKAN OLEH ALLAH...DIAKHIRAT JAWAB...SALAH MASUK NERAKA.

RM66 juta dibelanja tubuh PEMANDU
Dis 3, 10 10:07am


Badan pemikir kerajaan - Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri, - dikatakan menelan perbelanjaan RM66 juta sebelum ia beroperasi dengan sebahagian besar wang itu dibelanjakan untuk bayaran kepada perunding asing.

NONEBeberapa dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini mendedahkan perbelanjaan tahun lalu sebelum PEMANDU beroperasi adalah kenbanyakannya untuk membiayai “perunding luar”, termasuk firma perunding Amerika McKinsey and Co, yang mengaut RM36 juta.

Dokumen itu juga mendedahkan antara perunding luar negara dan tempatan yang dibayar oleh PEMANDU termasuk Hay Group (yang dibayar RM11 juta), Ethos & Co (RM1.5 juta) dan Alpha Platform (M) Sdn Bhd (RM1.5 juta).

Seorang “perunding luar” misteri yang hanya dikenali sebagai "Tarmidzi" pula menerima bayaran RM3 juta untuk kerja-kerja menubuhkan PEMANDU.

Menurut dokumen itu lagi, badan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd, mencadangkan pembayaran bil RM21 juta, khususnya untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh McKinsey dari April hingga September, 2009.

RM60 juta untuk ETP

Sementara itu, operasi PEMANDU dianggarkan berjumlah RM65.1 juta bagi seluruh tahun 2010, yang termasuk bayaran perunding strategik dan komunikasi serta penganjuran majlis program hari terbukan.

NONEPEMANDU ditubuhkan pada 16 September 2009 bagi memantau Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Ia kini diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Dokumen lain menunjukkan unit pemikir ETP menelan perbelanjaan RM60 juta.

Projek ETP pada mulanya dianggarkan berjumlah RM78 juta tetapi menurut dokumen berkenaan, Kementerian Kewangan hanya meluluskan RM60 juta untuk pelaksanaannya.

Ini termasuk RM16 juta yang dibayar kepada perunding tujuh makmal Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

NONEMenurut dokumen itu lagi, anggaran kos bagi ETP untuk tahun 2011 dan 2012 adalah purata RM53 juta setiap tahun.

Dengan sebahagian besar dana berkenaan diperuntukan kepada makmal, jumlah yang tidak kurang kecilnya juga dikatakan untuk membiayai pengarah-pengarah yang merupakan antara 60 kakitangan PEMANDU.

Gaji lapan pengarahnya dikatakan dalam lingkungan purata RM39,000 setiap bulan manakala pengarah bersekutu pula dibayar purata RM23,300 setiap bulan.

Perdana Menteri pula dilaporkan hanya mendapat gaji RM22,800 sebulan.

Apabila dihubungi, seorang wakil kanan PEMANDU berkta beliau tidak boleh mengulas.



MPEN: Jual GLC bagi biayai dana kekayaan negara
Dis 3, 10 7:10pm


Kerajaan hari ini dicadang membentang dana kekayaan negara (SWF) yang bakal melabur dalam pelbagai kelas aset, termasuk sekuriti, tukaran asing dan derivatif dalam usaha menarik pelabur dan mempermantapkan saingan.

Namun Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) dalam laporan bertajuk "Model Baru Ekonomi Untuk Malaysia-Bahagian Akhir: Langkah Dasar Strategik" tidak menetapkan rangka masa untuk skim itu. Ia juga sekaligus mengelakkan perbalahan mengenai hak keistimewaan Melayu.

NONEPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menjanjikan pembaharuan ekonomi kerana kadar pelaburan ke negara ini masih belum pulih selepas krisis kewangan Asia 1998 dan kemasukan pelaburan asing langsung yang terus menjunam sejak 1990an.

“Kerajaan wajar menimbangkan untuk mengehadkan pemilikannya dalam syarikat strategik kepada 30 peratus daripada saham terbitan,” kata MPEN.

“Kerajaan juga perlu mengambil kaedah kawalan strategik kurang invasif seperti saham emas, dasar industri dan sekatan pemilikan asing.

Laporan itu dilancarkan oleh Najib, hari ini.

NONESaham emas memberi kuasa kepada pemegang untuk mempengaruhi keputusan utama dalam sebuah syarikat, manakala dasar industri adalah cara menjaga kawalan strategik melalui dasar industri tersebut dan sekatan-sekatan pemilikan bagi mengawal pelaburan pelabur asing.

MPEN juga mencadangkan kerajaan menjual syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik dan memberi peluang kepada sektor swasta yang mempunyai peluang lebih besar untuk menambah nilai.

MPEN berkata, carian data mendapati terdapat 445 syarikat GLC di negara ini.

NONEMenurutnya hasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran) tetap diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham) manakala perolehan patut ditempatkan ke dalam SWF.

SWF akan melaksana rangka kerja tadbir urus seperti pengurusan rizab tukaran asing Bank Negara Malaysia (BNM) dan ditadbiruruskan sejajar dengan prinsip Santiago yang antara lain memerlukan pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatan pengurusan risiko, MPEN.

Menurut laporan itu, keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif baharu sektor swasta.

Menurut MPEN, terdapat GLC yang dinyah labur boleh menjadi sebahagian daripada program khas untuk menyokong konsortium usahawan Bumiputera menerusi proses tender terbuka yang telus.

MPEN juga mencadangkan satu pihak berkuasa kawal selia GLC (GOA) ditubuhkan bagi mengumpul data kewangan kesemua GLC, memantau prestai mereka, dan GLC bertanggungjawab ke atas perbelanjaan belanjawannya.

NONE"Sebaik-baiknya, GOA perlu melapor kepada Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan prinsip keterusan ke arah membina keyakinan sektor swasta," menurutnya.

MPEN juga meminta kerajaan meminda rangka kerja perundangan dan kawal selia yang sudah wujud untuk menyediakan asas yang sama rata antara GLC dan perniagaan swasta selain mengurangkan ketidakpastian para pelaburan swasta.

“GLC juga perlu tertakluk kepada peruntukan Akta Persaingan 2010 bagi memastikan amalan perdagangan mereka tidak bersifat antipersaingan, selain kerajaan seboleh-bolehnya tidak menyediakan jaminan automatik ke atas liabiliti GLC," menurutnya.

Menurut laporan itu, halangan rasmi mahupun tidak rasmi dalam proses perolehan kerajaan, yang memberi keutamaan akses kepada GLC, harus dihapuskan.



Demo diterus, perarakan bergantung keadaan
Jimadie Shah Othman
Dis 3, 10
3:50pm


Kerajaan Selangor akan tetap meneruskan perhimpunan menentang kenaikan harga air di negeri itu di Kuala Lumpur Ahad ini walapun polis memberikan amaran hari ini, kata penyelaras kempennya.

bagan pinang by election 061009 badrul amin baharom speechBadrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.

"Kalau diizinkan, kita berarak. Jika tidak diizinkan, kita mungkin guna cara lain. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, ketegangan pada hari itu, apa saja.

"Lagi pun kita bukan orang jahat," kata Badrul Amin yang juga anggota majlis pimpinan pusat PKR.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah Polis hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan anjuran kerajaan selangor dan satu lagi kumpulan pada Ahad ini.

Bagaimanapun, menurut Zulkifli, polis tidak menghalang tindakan untuk menyerahkan memorandum tetapi bukan melalui perarakan dan perhimpunan.

Selain penyokong kempen Air untuk Rakyat yang berbaju merah, satu lagi NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) - turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan pada masa yang sama.
azlan
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Badrul Amin juga menyatakan kesedihannya terhadap larangan polis itu kerana menurutnya rakyat berhak beribadat di dalam masjid serta berhimpun secara aman di situ.

"Kecualilah kalau kita hendak merusuh. Saya tidak nampak apa masalahnya sehingga menjadi (perhimpunan) haram," kata bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Ditanya sama ada amaran polis itu akan menjejaskan kehadiran ke program itu, Badrul Amin berkata beliau tidak pasti berhubung perkara itu dan hanya menyerahkannya kepada kuasa Allah.

"Tetapi berdasarkan (perhimpunan) yang lepas-lepas, lagi ditekan lagi ramai. Lagi hak rakyat dicabar, bertali arus mereka datang (berhimpun)," katanya.

Badrul Amin juga berkata, setakat ini tiada seorang pun anggota jawatankuasa kempen itu dipanggil polis menjelaskan tentang rancangan mereka menghimpunkan 20,000 orang di masjid negara itu.

Sementara itu, pada jam 3.30 petang tadi, sekretariat kempen itu mengadakan mesyuarat akhir mereka bagi memutuskan perancangan dan strategi terakhir mereka di Shah Alam hari ini.

Sementara itu, selepas 'demo raptai' mereka di Shah Alam hari ini, Presiden Gaps Hamidzun Khairuddin memberitahu pemberita, perhimpunan mereka di Masjid Jamek Ahad ini diteruskan seperti biasa.

Seperti Badrul Amin, beliau juga memberitahu, perarakan ke Istana Negara mungkin tidak diteruskan.



Demo Ahad haram, kata polis
Salhan K Ahmad
Dis 3, 10
1:08pm


Polis memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara Ahad ini.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, tindakan tetap akan diambil terhadap wakil rakyat mahupun pemimpin negeri yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini," kata Zulkifli lagi.

Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan berbaju merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) - yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.

NONEKedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sehingga ini belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Tak halang serah memorandum

"Sekiranya perhimpunan ini diadakan, maka ianya adalah perhimpunan tanpa permit polis sepertimana peruntukan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

"Justeru ia merupakan satu perhimpunan haram," kata Zulkifli dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

azlan

Beliau bagaimanapun menjelaskan, polis tidak menghalang tindakan untuk menyerahkan memorandum.

"Tak sepatutnya berlaku sebab pada saya ada cara lain lagi untuk menyampaikan memorandum, tidak melalui perarakan dan perhimpunan.

"Tuan-tuan sendiri tahu, tanpa perhimpunan pun KL akan sesak. Bila sesak akan timbul perasaan marah pemandu dan mungkin akan timbulkan ketegangan dan situasi yang menggugat ketenteraman awam. Itu yang kita hendak elak," katanya lagi.

Katanya lagi penganjur bagi perhimpunan berkenaan akan dianggap menggalakkan perbuatan jenayah

'YB galak perbuatan jenayah'

"Saya kesal ada pemimpin negeri yang sanggup mengajak orang untuk berhimpun dan berarak yang kita tahu ikut undang-undang tak boleh," katanya yang menganggap penganjuran itu sebagai "menggalakkan perbuatan jenayah."

"Lebih-lebih lagi kalau melibatkan pemimpin negeri atau yang berhormat-yang berhormat," kata ketua polis Kuala Lumpur yang baru itu lagi.

NONETambahnya, maklumat berkenaan penganjuran perhimpunan berkenaan yang diperolehi daripada laman blog dan laporan media menyatakan, salah satu perhimpunan berkenaan diadakan bagi membantah pengurusan air Selangor.

Kumpulan berkenaan akan berhimpun di Masjid Negara dan bergerak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan ke atas pengurusan Syarikat Air Selangor (Syabas), katanya.

"Kita juga menerima maklumat bahawa terdapat satu kumpulan laun yang akan berhimpun di Stadium Negara dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan dan kelemahan kerajaan Selangor," katanya lagi.

Tiada ulasan: