Fitnah ADUN PAS berzina: Bukti blogger Umno dan FTINAH tidak dapat dipisahkan...
Oleh: Pria Malaya
Jika kalian ingat, semasa berlangsung kempen pilihan raya kecil DUN Galas baru 2ini, Umno melalui barisan bloggernya telah melemparkan tuduhan dan fitnah jahat mengatakan calon PAS, Ust Zul telah berzina dan berkhalwat..
Mereka tanpa rasa bersalah menyebarkan berita fitnah ini ke merata tempat..mereka juga berjanji akan mengeluarkan video saat2 akhir kononnya bukti jelas calon PAS itu pernah ditangkap khlawat..
Namun ternyata, tuduhan itu adalah palsu dan fitnah semata-mata...sehingga hari ini mereka gagal menunjukkan bukti termasuk video yg kononnya bukti sahih calon PAS itu berkhalwat..boleh rujuk kembali artikel terdahulu di bawah..
1. Fitnah calon PAS khalwat dengan ibu sendiri: Umno semakin keterlaluan dan biadap!
2. Fitnah calon PAS berkhalwat: Blogger Umno mohon maaf, tutup blog 'buat sementara waktu'..
Namun blogger Umno terbabit bernasik baik kerana calon PAS memaafkan mereka dan tidak membuat laporan polis....
Lagi fitnah ADUN PAS berzina..
Hari ini, satu lagi fitnah berkaitan khalwat/zina dilemparkan oleh para penyokong taksub parti perkauman Umno..kali ini mangsa mereka adalah ADUN Selising..beliau yg kini sedang berada di Mekah menunaikan haji telah dituduh ditangkap berzina oleh blogger dan facebooker Umno..
(Poster2 dan gambar fitnah seperti gambar di atas mula disebarkan oleh penganut tegar Umno di ruang maya..)
Nampaknya, mereka masih tidak belajar dari kesilapan dan pengalaman terdahulu...mereka langsung tidak menghiraukan dosa pahala ketika mengeluarkan berita seumpama ini...
'Fitnah berantai'...
Sebenarnya fitnah berzina ke atas Adun Selising telah diksesan sejak dari tarikh 20 Ogos 2002,jam 6.17 petang di laman Mesra.net melalui seorang forumer yang bernama 'Badang'...
Ini bermakna selepas hampir 10 tahun, fitnah ini dipanaskan kembali oleh penyokong2 Umno..
Yg menjadi persoalan kini, kenapa dalam tempoh 10 tahun ini langsung tiada berita tentang ADUN PAS kononnya telah ditangkap berzina?. kenapa tidak heboh dlm siri 3 P/raya umum yg berlangsung?..kenapa tidak digembar-gemburkan di dalam media perdana jika betul dakwaan ini?...kenapa tidak dibuat report polis dan sebagainya..
Melainkan ianya hanylah satu bentuk fitnah yang 'maha' dahsyat oleh para penyokong tegar Umno bawahan...mereka sebenarnya terdesak dan tiada isu untuk menjatuhkan lawannya..maka jalan terakhir yg difikirkan perlu adalah menyebarkan fitnah berzina kepada ADUN PAS....
Kalian boleh rujuk ulasan isu ini oleh rakan blogger di SINI, di SINI, dan di SINI..
Untuk yg terakhirnya, penulis ingin membawa kali mengingati satu lagi fitnah yang berjaya dipatahkan kembali oleh yg tertuduh...juga berkaitan fitnah ADUN PAS berzina/khalwat oleh penyokong/forumer Umno melalui lama forum penyokong Umno, MYKMU..
Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali.Ya, akhirnya penyokong Umno dan laman MYKMU akhirnya melutut memohon maaf diatas fitnah yang disebarkan, hanyasanya setelah pihak tertuduh membuat lapora polis...namun ternyata penyokong khususnya barisan bloggernya hari ini tidak mengambil pengajaran terhadap pengalaman2 yg lalu..
Fitnah terhadap beliau turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu.
Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web My Kmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'.
Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang.
(Fitnah khalwat oleh penyokong Umno terhadap pemimpin PAS awal tahun 2009 yg lalu..)
Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang, petang 27 Januari lalu.
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.
Beliau mendapat tahu fitnah tersebut tersebar dalam laman web My Kmu.net setelah diberitahu oleh suaminya pada 26 Januari iaitu ketika pulang daripada forum Perdana Keluarga Bahagia.
Umno dan fitnah umpama aur dengan tebing..
Untuk yang terakhirnya..tidak pelik kiranya blog2 pro-Umno dilihat tersenarai antara blog yg ramai pembaca, kerana salah satunya adalah faktor fitnah seks, zina dan khalwat terhadap pemimpin PR selain cerita2 fitnah, 'hearsay' yg lain...itu belum lagi pendedahan penulis ttg tektik edit gambar porno, lucah oleh sebilangan blogger Umno untuk menarik jumlah pembaca..
Akhir kalam, khusus kepada penganut Umno takutlah kamu terhadap dosa fitnah ini..sesunggunya kamu telah melakuan satu tuduhan berat dgn menghalalkan perbuatan qazaf..fikir2kan...wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan