Rabu, 8 Disember 2010

MENYAMBUT HIJRAH DAH BERPULUHAN TAHUN...TAPI MASIH TAK MAHU BERHIJRAH DARI TAK MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH KEPADA MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH...

BUKAN SAJA SEMASA BELAJAR BAB SEX DIASINGKAN...MALAH WAJIB DIASING LELAKI DAN PEREMPUAN...TAK NAS DIBENARKAN LELAKI DAN PEREMPUAN BOLEH BERCAMPUR...SEKOLAH2 KRISTIAN PUN DIASINGKAN SEPERTI CONVENT DAN LA SALLE...KENAPA KITA TIDAK....DAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD@QURAN....KENAPA KITA TAKUT...ADAKAH SEBAB KITA BERZINA...ATAU TAK SOLAT DLL...ATAU BERCITA2 NAK KELUAR ISLAM....DIMANA MUFTI2....KENAPA TAK BERTEGAS....ADAKAH MEREKA BOLEH JAWAB DIHADAPAN ALLAH KELAK..DI PADANG MAHSYAR NANTI....MEREKA YANG TAK HUDUD INI...ADAKAH SANGGUP MASUK NERAKA...

NEGARA


Majikan maut di tangan amah


DARAH Seok Pen yang dipercayai dibunuh oleh pembantu rumahnya di Kampung Lubuk Tapah, Pasir Mas semalam.



PASIR MAS – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh majikannya, seorang warga emas sebelum melarikan diri di Kampung Lubok Tapah di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, suspek yang hanya dikenali sebagai Faridah, 21, dipercayai menggunakan senjata tajam menyebabkan kecederaan parah di muka mangsa, Yeap Seok Pen, 60.
Anak mangsa, Lee Chee Kiong, 30, berkata, dia bersama bapanya terkejut melihat keadaan ibunya yang berlumuran darah sebaik sahaja memasuki rumahnya selepas pulang dari berniaga di bandar ini pada pukul 1.30 petang.
Menurutnya, dia yang panik melihat keadaan ibunya terus berlari keluar dan meminta bantuan orang ramai sebelum bertindak menghubungi pihak polis.
“Pada masa itu, saya dapati pembantu rumah yang bekerja sejak dua minggu lalu telah melarikan diri dan beberapa jenis barangan berharga turut hilang,” katanya ditemui di tempat kejadian semalam.


NEGARA


Banglo di hujung jalan mati bawa nasib malang


INILAH rumah bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir yang terletak di hujung jalan mati di Seksyen 7, Shah Alam.



SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang?
Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.
Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.
“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.
“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.



NEGARA


Ajar seks berasingan lebih baik


PARA pelajar akan dapat belajar pendidikan seks secara sistematik apabila mata pelajaran itu diajar secara berasingan pada 2011. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR – Keputusan mengajar pendidikan seks secara berasingan dan tidak menumpang mata pelajaran lain mulai tahun depan mampu mendedahkan para pelajar mengenai ilmu dalam bidang itu dengan cara yang lebih sistematik.
Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, keputusan mengasingkan pendidikan seks merupakan satu tindakan tepat dan sesuai dengan masa sekarang.
“Biasanya bila sebut pasal seks, pelajar-pelajar sentiasa terbayangkan perkara-perkara yang menghairahkan kerana sumber mereka lebih kepada Internet atau majalah.
“Sedangkan isunya lebih meluas terutama dalam menguruskan aspek keselamatan, kebersihan dan konflik bila berhadapan dengan masalah seks,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Jadi tegas beliau, sudah tiba masanya masyarakat di negara ini didedahkan dengan corak pembelajaran tersebut bagi mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat seperti seks rambang, jangkitan HIV dan aids.

Tiada ulasan: