Rabu, 8 Disember 2010

HANYA ALLAH MENGETAHUI DAN BOLEH MENGHUKUMNYA....

Wednesday, October 6, 2010

KOLEKSI berita rasuah, ugut, pukul, gaduh, tumbuk sesama pemimpin Umno..



Oleh: Pria Malaya

Penulis dahului mukaddimah entry ini dengan petikan berikut:

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Syed Hamid Albar mendakwa pelbagai cara digunakan di dalam pertandingan sengit merebut jawatan di dalam parti pada masa ini, termasuk politik wang, makihamun dan ancaman..
Sengaja penulis kumpulkan balik artikel/berita terdahulu tentang rasuah, politik wang, gaduh, pukul, tumbuk sesama pemimpin dan ahli Umno menjelang PAU 2008 dahulu...

Mungkin ramai yang belum tahu, atau sudah terlupa, atau yang 'terbuat lupa'..kita tidak kisah bagi golongan yg belum tahu atau yang sudah terlupa, tetapi kita patut 'ambil kisah' apabila ada golongan yang 'sengaja buat2 terlupa'..

Golongan 'sengaja buat lupa'

Siapakah golongan yang 'terbuat lupa'? siapa lagi kalau bukan pengikut tegar parti perkauman Umno dan koncu2nya..mereka begitu asyik dan beriya2 melaporkan beberapa kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR, mereka berteriak gembira musuh politikknya itu berlaku huru-hara, mereka semakin galak mengarang artikel kononnya itu adalah petanda PKR bakal hancur dan sebagainya..

Namun sedarkah mereka siapa dan bagaimana parti mereka sendiri? terlupakah mereka tentang 'bala' yang menimpa parti mereka dulu kini dan selamanya?

Maka di atas kesedaran inilah penulis cuba mengambil inisiatif utk menghimpunkan balik artikel/berita2 yang terdahulu yang berkaitan dgn "Umno-rasuah-gaduh" dalam satu entry khas..selain utk tujuan refresh (peringatan) balik pemikiran2 sesetengah golongan yang 'sengaja buat lupa', juga untuk memudahkah rujukan di masa2 hadapan...



Sebelum meneruskan pembacaan, anda di'wajib'kan untuk membaca 3 artikel di bawah yang berhubung kait dengan tagline "Umno-Rasuah-Gaduh"..

1. Koleksi GAMBAR dan VIDEO rasuah, gaduh, tumbuk sesama pemimpin Umno
2. Koleksi ulasan Pemerhati Politik dan Tokoh Akademik ttg rasuah dalam Umno
3. Koleksi ulasan Mahathir tentang barah rasuah/gaduh di dalam Umno

Untuk yang terakhirnya, segala apa yang dipaparkan dibawah adalah fakta yg diperoleh dari pelbagai sumber tanpa sebarang edit (kecuali sebahagian tajuk kes)...ini sebahagian kecil dari sumber yg diperolehi penulis, banyak lagi sebenarnya..jika kalian punyai maklumat berkaitan, sila laporkan pada penulis utk dikemaskini di sini..terima kasih..


BERITA 1

Gaduh, dipukul dan rasuah politik cemari mesyuarat Umno

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Umno yang mengadakan mesyuarat tahunan peringkat cawangan sejak dua minggu lalu dicemari dengan siri pergaduhan dan gejala politik wang di seluruh negara ketika pengurusan parti berusaha untuk mengawal budaya kurang sihat daripada berleluasa.

Insiden terbaru melibatkan Bahagian Kota Tinggi di Johor, Bahagian Gopeng di Ipoh dan negeri Selangor melibatkan kawasan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Di KOTA TINGGI, polis menerima lima laporan mengenai kejadian pergaduhan dalam mesyuarat agung beberapa cawangan Umno dalam Bahagian Kota Tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Osman Mohd Sebot yang mengesahkan tentang kejadian pergaduhan itu hari ini berkata, polis menyiasat satu daripada laporan itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang juga Ketua Umno Bahagian itu dilaporkan oleh akhbar hari ini sebagai berkata, penjalanan mesyuarat cawangan kali ini adalah yang terburuk dan dibayangi dengan unsur-unsur "kemaruk kuasa."

Syed Hamid, yang telah mendapat 10 pencalonan, dijangka menghadapi saingan sengit dalam pemilihan kali ini daripada bekas naib ketua bahagian itu Daing A.Malik Daing A.Rahman yang telah mendapat 13 pencalonan setakat ini.

Sumber: mStarOnline

BERITA 2

(Belasah dengan kayu hoki tu..)

Kena Belasah Dgn Kayu Golf

DI IPOH, seorang anggota jawatankuasa (AJK) Umno Cawangan Pernas Charter Management (PCM) Bahagian Gopeng cedera di kedua-dua kaki akibat dipukul dengan kayu golf selepas seorang rakannya tidak berpuas hati berhubung pencalonan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian itu semalam.

Mangsa, Abdullah Abdul Hamid, 44, yang menyertai Umno sejak 1985, menerima rawatan sebagai pesakit luar Hospital Permaisuri Bainun.

Abdullah berkata, selepas selesai mesyuarat, pukul 4.30 petang, beliau yang singgah di Batu Gajah didatangi seorang lelaki yang tidak berpuas hati apabila abangnya yang juga setiausaha Umno Bahagian Gopeng tidak dicalonkan cawangan PCM untuk bertanding timbalan ketua Umon bahagian itu.

Lelaki itu yang juga AJK Umno cawangan Kampung Pisang itu naik berang lalu mengeluarkan sebatang kayu golf dari keretanya lalu memukul Abdullah, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri Ketua Umno Cawangan PCM Hishamuddin Abdul Rahman.

Abdullah yang bekerja sebagai Eksekutif Tekun Nasional di sini kemudian berlari untuk menyelamatkan diri dan dibantu oleh orang ramai untuk mendapatkan rawatan di hospital Bainun sebelum membuat laporan di Balai Polis Batu Gajah.

Jurucakap Balai Polis Batu Gajah ketika dihubungi mengesahkan laporan yang dibuat oleh Abdullah.

sumber: mStarOnline

BERITA 3

(Sampai terpaksa kerahkah FRU utk jaga mesyuarat Umno..korang fikirlah sendiri...)

Sidang Pemuda Umno Rantau Panjang kecoh, unit antirusuhan dipanggil

[DIKEMAS KINI] RANTAU PANJANG: Persidangan perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang semalam kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

BEBERAPA individu yang bertindak agresif dengan menjerit dan membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah ditenangkan oleh individu yang lain ketika mesyuarat Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Rantau Panjang hari ini.

Suasana kecoh itu bermula pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di sini dan berikutan keadaan itu berlarutan selama sejam, Polis Daerah Pasir Mas terpaksa menggunakan Unit Tindakan Ringan Antirusuhan untuk mententeramkan keadaan.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 4

(Bukan sahaja lelaki, perempuan (wanita) Umno pun pandai baling2 kerusi ni...ish2..)

WANITA UMNO PULA BALING KERUSI

KUALA SELANGOR: Hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Sumber: mStarOnline

BERITA 5

(Ni antara yg paling dahsyat..gambar dan video sepertimana link yg diberikan diatas..)

Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban, Pak Lah kecewa

SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

SUMBER: mstaronline

BERITA 6

(Bukan setakat bergaduh, siapa baling TELUR TEMBELANG lagi..dahsyat umno ni..)

Mesyuarat agung cawangan kecoh

SEREMBAN: Mesyuarat Agung Tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng, dekat sini petang kelmarin kecoh selepas berlaku tolak-menolak di kalangan ahli selain kejadian membaling telur tembelang.

Mesyuarat bermula jam 3 petang yang dirasmikan Naib Ketua Umno Seremban, Md Nor Awang itu, mula kecoh apabila segelintir daripada 127 ahli membantah penyata kewangan, kelewatan menerima notis mesyuarat serta kehilangan 40 borang keahlian cawangan.

Wakil bahagian yang bertindak selaku pemerhati mesyuarat, Kamaruddin Malan, berkata selepas berlaku kekecohan beliau menasihatkan pengerusi menangguhkan mesyuarat kerana bimbang kejadian bertambah buruk.

Sumber: Berita Harian

BERITA 7

(Fuh..siap kene simbah asid lagi..)

Ketua UMNO cawangan parah disimbah asid

KOTA BHARU 3 Sept. – Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, di perkarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Amir Hamzah Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya keluar dari kereta sebaik tiba di rumah.

Sumber: KosmoOnline

BERITA 8

(Seram betul baca pengakuan pemimpin Umno di bawah ni..korang bacalah..)

MT perlu bertindak segera

PUTRAJAYA 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) UMNO digesa melakukan 'sesuatu yang drastik' bagi membendung kejutan-kejutan di luar budaya parti itu yang semakin membimbangkan dan dikhuatiri petanda 'keranapan' parti pejuang kemerdekaan negara itu.

Ahli MT, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil mengeluarkan gesaan itu kerana ahli UMNO kini tidak lagi menampilkan sifat budaya keMelayuan apabila banyak peristiwa tidak diingini berlaku semasa dan menjelang pemilihan tertinggi parti.

Antara yang cukup membimbangkan, kata beliau, ialah penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.

"Bukan itu sahaja, ada ahli UMNO juga melakukan kejutan vandalisme, kalau ada poster parti lawan...ia dipotong.

"Di Segamat pula, ahli UMNO bergaduh hingga patah kerusi semasa mesyuarat cawangan. Pemilihan parti lebih sengit daripada pilihan raya. Ini berlaku di kebanyakan tempat di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

"Yang jelas ialah pengawasan UMNO di peringkat negeri tidak mampu... Jadi, lekas-lekaslah MT ambil tindakan agar semangat silaturrahim ini segera dipulihkan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 9

(Bukan setakat gaduh dan simbah asid, kes bunuh pun ada?..)

Terbaru di Kota Bharu hari ini, Ketua UMNO Cawangan Limau Manis, Datuk Azaha Abdul Rani, cedera parah disimbah asid oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di pekarangan rumahnya di Kampung Chekok, Panji, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, Azaha, 48, yang mengalami lecur di muka dan badan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.

Semalam, Naib Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Noor Awang, 47, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merasuah Ketua Cawangan UMNO Taman Zaiton Indah, Sikamat Rezwat Shahril Zainal Ariffin supaya mencalonkannya untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Semalam juga menyaksikan kejadian pembunuhan Timbalan Ketua UMNO cawangan Bukit Merah, Taib Ali, 61, yang mati ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di hadapan sekolah anaknya di Jalan Gunung Semanggol-Bukit Merah.

Bagaimanapun polis masih menyiasat motif pembunuhan itu.

Beberapa insiden pertelingkahan termasuk kejadian membaling kerusi dan penggunaan wang juga dilaporkan berlaku semasa mesyuarat cawangan baru-baru ini.

Banyak pihak percaya ia akan menjadi semakin hangat menjelang pemilihan peringkat bahagian bulan depan dan pusat Disember ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 10

Gejala ugut-mengugut semakin menjadi-jadi

Mesyuarat perwakilan Pemuda Bhagian itu minggu lalu kecoh apabila perwakilan bertindak menandatangani memorandum membantah mesyuarat berkenaan yang didakwa tidak sah atas sebab-sebab teknikal.

Semalam sembilan ahli jawatankuasa Pemuda bahagian termasuk naib ketua Pemudanya, Mohd Shahruddin Mohd Jamal mengancam untuk meletakkan jawatan jika mesyuarat perwakilan itu tidak diadakan semula.

Norisham berkata, adalah amat penting untuk semua ahli Pemuda Umno bahagian terutama barisan anggota jawatankuasanya menerima keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan Perhubungan Umno Negeri Johor itu.

"Saya difahamkan ada ura-ura beberapa ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian ini mahu meletakkan jawatan, tetapi sebagai ketua Pemuda Umno yang baru dipilih, saya mahu mereka menimbangkan semula keputusan berkenaan," katanya.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 11

(Sempat lagi penyokong Umno buat 'demontrasi' tgh2 mesyuarat'...)

22 cawangan Wanita Umno Pasir Mas bantah mesyuarat

PASIR MAS: Anggota 23 cawangan Wanita Umno Bahagian Pasir Mas hari ini berkumpul secara aman di hadapan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1 di sini, hari ini bagi membantah persidangan perwakilan Wanita Umno bahagian itu.

Wakil kumpulan itu, Zubaidah Awang Chik, berkata mereka menuntut mesyuarat itu dibatalkan berikutan pembatalan mesyuarat 23 cawangan itu yang dikatakan tidak sah.

“Kami berasa cukup tidak puas hati kerana mesyuarat 23 cawangan Wanita dari 25 hingga 31 Julai lalu dibatalkan dengan sebab yang tidak kukuh malahan kami juga tidak diberikan penjelasan yang sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sumber: Agendadaily

BERITA 12

(Bukan setakat PRU, pemilihan parti pun ada kes kertas undi tipu..umno2...)

Kertas undi lebihan 'masuk' lokap polis

ALOR GAJAH: Kertas undi bagi menentukan calon Ketua Umno bahagian Alor Gajah terpaksa dihantar ke Balai Polis Selandar, tengah malam tadi, apabila didapati berlaku lebihan dari segi jumlah.

Berikutan itu, keputusan bagi jawatan berkenaan yang membabitkan perebutan antara Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Ghafarr Atan dan bekas Naib Ketua Umno bahagian itu, Datuk Abdul Kadir Daud, terpaksa ditangguhkan selepas proses pengiraan berlarutan sejak jam 1.30 tengah hari.

Jawatankuasa Pemilih terpaksa menangguhkan keputusan itu dan membawa kertas undi itu ke balai polis selepas jumlah undi didapati bertambah sebanyak tiga, iaitu daripada 395 menjadi 398.

Keputusan menghantar kertas undi itu ke Balai Polis Selandar diputuskan oleh wakil Perhubungan Umno Negeri, Datuk Latiff Tamby Chik, kira-kira jam 12.00 tengah malam.

Semua kertas undi itu yang disimpan dalam sebuah kotak di lokap Balai Polis Selandar jam 12.40 tengah malam tadi dengan disaksikan Abdul Ghafarr dan Abdul Kadir

Sumber: pasbagandatoh

BERITA 13

(Ugut-ugut ni biasa je dlm Umno..siap pemimpin tertinggi lagi berani diugut..)

Shahrir dedah terima SMS ugutan politik

JOHOR BAHARU 26 Okt. — Ketua UMNO Bahagian Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini mendedahkan bahawa ada pihak menghantar mesej berbau ugutan kepadanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sejak bermulanya mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dua minggu lepas.

Penghantar mesej itu dengan angkuhnya menurut Shahrir, meminta UMNO Bahagian Johor untuk mencalonkan dua ahli politik tertentu bagi merebut jawatan tertinggi parti itu pada pemilihan Mac tahun depan.

“Mesej itu meminta kita menyokong dua tokoh itu...kalau tidak dan jika menang kedua mereka, bahagian Johor Baharu tidak akan disokong, akan ditindas dan dikenakan tindakan,” katanya tanpa menamakan siapakan dua ahli politik yang dimaksudkan itu.

Sumber: Bernama

BERITA 14

(Bukan setakat memakihamun parti lawan, memakihamun sesama sendiri pun biasa je bagi Umno...)

Mesyuarat Perwakilan Umno Kota Tinggi kecoh dengan ‘tongong’ dan ‘bangang’ antara dua kumpulan

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kota Tinggi hari ini kecoh apabila beberapa perwakilan mempersoalkan keputusan penggantungan keahlian tiga tahun terhadap beberapa orang pemimpin peringkat bahagian itu baru-baru ini.

Kekecohan itu berlaku sebelum mesyuarat dimulakan dengan rasmi, sebaik ketua bahagian itu Datuk Seri Syed Hamid Albar selesai memberikan ucapan perasmian.
Kata-kata kasar digunakan oleh golongan yang berbeza pendapat sehingga memaksa Syed Hamid naik semula ke pentas merayu agar perwakilan tidak menggunakan apa yang dipanggilnya undang-undang hutan.

Kekecohan itu berlanjutan lebih kurang 40 minit dengan panggilan ‘tongong’ (bodoh) dan ‘bangang’ digunakan oleh kumpulan-kumpulan berbeza.

Mesyuarat perwakilan bahagian itu memang dijangkakan panas berikutan ketidakpuasan hati sebahagian perwakilan terhadap keputusan penggantungan keahlian beberapa pemimpin bahagian setelah disabitkan dengan rasuah politik oleh lembaga disiplin Umno.

Sumber: mStarOnline

BERITA 15

(Bukan 3, bukan 4, bukan 20, tapi 37 mesyuarat cawangan Umno terpaksa dbatalkan..ada pengundi hantu ke?..)

Mesyuarat 37 cawangan Puteri Umno Bayan Baru batal

PULAU PINANG: Mesyuarat kesemua 37 cawangan Puteri Umno dalam Bahagian Bayan Baru diisytihar tidak sah kerana terdapat banyak perkara yang meragukan.

Surat mengenai pembatalan semua mesyuarat itu yang ditandatangani Penolong Setiausaha pergerakan itu, Marina Yahaya, dan yang dihantar kepada Umno Bahagian, turut memaklumkan bahawa Puteri Umno cawangan dan bahagian Bayan Baru akan berstatus penaja sehingga mesyuarat khas Puteri Umno bahagian diadakan.

Menurut surat itu, pengurusan Puteri Umno negeri yang sudah bermesyuarat petang semalam meminta Ketua Puteri bahagian itu Norhayati Fitrah Shahril mengadakan semula mesyuarat Puteri Umno cawangan-cawangan dalam tempoh sekarang hingga Mac depan.

“Ini adalah kerana terdapat banyak perkara yang meragukan dalam laporan perjalanan mesyuarat cawangan-cawangan Puteri Umno terutama status sebenar cawangan, korum kehadiran dan senarai nama yang digunakan adalah diragui,” kata jurucakap Umno Bahagian Bayan Baru di sini hari ini.

Sumber: Bernama

BERITA 16

(Demi kuasa, sanggup rasuah berjuta2..itulah Umno..)

Razaleigh: Ada bahagian minta 'rasuah' pencalonan RM2 juta

KOTA BARU: Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.

Sumber: mStarOnline

BERITA 17

UMNO terima 900 aduan politik wang

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 18

(Rasuah yg sukar dipisahkan dgn Umno sehingga keluar kenyataan "sia-sia buat laporan"...)

Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin

Sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia tertakluk kepada keputusan Majlis Tertinggi (MT), kata seorang pegawai calon presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz menambah, beberapa rakannya telah membuat laporan kepada lembaga disiplin mengenai politik wang tetapi tiada maklum balas yang diterima mengenainya.

"Semua orang bercakap mengenai politik wang... Kita difahamkan ada kira-kira 800 laporan serupa telah dibuat kepada lembaga disiplin Umno.

"Tetapi kita tahu lembaga disiplin Umno bukannya sebuah badan bebas, jadi tidak perlu membuat laporan kepadanya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya lagi, pihaknya dengan kerjasama cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara sedang mengumpul bukti mengenai politik wang.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 19

(Tipu-menipu biasa bagi umno..yg ditipu buat laporan polis..)

Sg Petani: Pemerhati buat laporan polis

Satu laporan polis telah dibuat kerana mendakwa berlaku unsur-unsur penipuan dalam pemilihan ketua bahagian Umno Sungai Petani semalam.

Laporan itu dibuat oleh seorang pemerhati mesyuarat tersebut, Salim Hashim, di ibu pejabat polis Kuala Muda, tengah malam tadi.

Dalam laporannya, Salim mendakwa berlaku unsur-unsur dalam pengiraan undi bagi jawatan ketua bahagian.

Pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu membabitkan dua calon - Datuk Azizan Abdul Rahman dan Ali Yahya.

Azizan adalah ketua Umno cawangan Pekan Tikam Batu manakala Ali adalah bekas setiausaha politik bekas menteri besar Kedah, Datuk Mahadzir Khalid.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 20

Umno perlu ‘ubat kuat’

PUTRAJAYA: ‘Ubat kuat’ diperlukan bagi menyelamatkan Umno yang sakit tenat akibat pelbagai masalah dalaman yang melanda parti itu ketika ini akibat perebutan jawatan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata beliau tidak khuatir sekiranya kenyataan itu menjadikan beliau dibenci sebahagian ahli Umno sendiri demi memastikan parti itu terus kukuh dan diterima masyarakat Melayu.

“Apa saya risau sekarang ialah parti saya iaitu Umno kini dalam keadaan sakit. Justeru, saya akan memberi ubat yang lebih kuat untuk memulihkan kembali bahagian Umno yang bermasalah.

“Jika anda sakit dan ubat berkesan tidak diberikan, macam mana anda nak pulih?

Sumber: HarianMetro

BERITA 21

(Gaduh besar sehingga bawa kes ke mahkamah..namun tak pasal2 kene pecat..demokrasi ala umno..)

Bawa kes ke mahkamah, Umno pecat AJK Tanah Merah

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.

Beliau mendapatkan perintah itu pada 4 November lalu yang berkuatkuasa sehingga esok. Menurut surat dari ibupejabat Umno yang bertarikh 18 November, pemecatan Abdul Rahman berkuatkuasa pada 4 November lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ia antara lain menyebut, mesyuarat jawatankuasa pengurusa Majlis Tertinggi Umno yang bersidang kelmarin memutuskan keahlian Abdul Rahman gugur berkuatkuasa 4 November mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa perkara parti ke mahkamah.

Sumber: Malaysiakini

BERITA 22

(Pemimpi tertinggi Umno pun terlibat rasuah..yg bawah?..)

Lagi kes politik rasuah diterima BPR, UMNO akui kes banyak

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti manakala Setiausaha Agung pula mengakui telah menerima banyak laporan mengenai pergaduhan dan politik wang dari seluruh negara.

Laporan hari ini dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung UMNO, yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.

Kata Mazlan, berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.

Ditanya sama ada apaapa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR.

Sumber: mStarOnline

BERITA 23

(Lagi dan lagi kes 'kerusi terbang'..kini di Sabah..)

Pergaduhan tercetus dalam mesyuarat UMNO Batu Manikar

LABUAN: Mesyuarat Agung Persidangan UMNO Cawangan Batu Manikar yangmu-lanya berjalan dengan lancar bertukar kecoh apabila beberapa ahli UMNO yang hadir berang dengan tindakan pengerusi tetap ya-ng gagal menjalankan tugas dengan cekap.

Kekecohan mesyuarat cawangan UMNO Batu Manikar yang berlangsung di balai raya kampung itu malam kelmarin (Ahad) merupakan kekecohan pertama yang membabitkan pergaduhan sehingga polis terpaksa dipanggil un-tuk menenteramkan keadaan.

Menurut satu sumber, kejadian membaling kerusi turut berlaku apabila pengerusi tetap yang mengendalikan mesyuarat dikatakan cuba melambat-lambatkan perjalanan mesyuarat di samping mencabar salah seorang ahli UMNO untuk mengambil alih tempatnya.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, pengerusi tetap yang mendapat kecederaan di bahagian muka akibat terkena balingan kerusi dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berikutan kejadian itu, pengerusi tetap yang merupakan seorang guru besar yang mengajar di sebuah sekolah rendah di sini turut membuat laporan polis malam kelmarin.

Sumber: NewSabahTimes

BERITA 24

(Gejala rasuah paling terburuk dalam sejarah ketamadunan negara Malaysia..memalukan!..)

Gejala politik wang membimbangkan – Mustapa

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap calon yang mengamalkan politik wang bagi meraih undi supaya pemilihan jawatan dalam parti berlaku secara adil.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan calon berkenaan mengamalkan politik wang untuk meraih undi, Lembaga Disiplin perlu bertindak tegas.

Katanya, gejala itu semakin membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil supaya ia tidak terus merebak.

"Perkembangan politik wang pada tahun ini adalah yang terburuk pernah berlaku dan ia telah pun merebak hingga ke peringkat akar umbi,’’ katanya pada sidang akbar selepas melawat Projek Bumi Hijau di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Muhibbah Puchong, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 25

(Dahsyat, 10 ribu laporan rasuah dlm 6 bulan..itu yg dikira, yg xdikira?...)

BPR terima 10,000 laporan rasuah dalam 6 bulan

MIRI: Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menerima sebanyak 10,000 laporan melalui pelbagai kaedah pada enam bulan pertama tahun ini, kata Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Menurutnya, daripada jumlah maklumat yang diterima itu, hanya 3,000 kes sahaja mempunyai alasan untuk membuka fail siasatan.
Katanya majoriti daripada maklumat yang diterima adalah dalam bentuk surat layang yang tidak mempunyai asas, elemen fitnah atau tidak relevan dengan fungsi agensi itu.

"Bagaimanapun, kita akan membantu menyalurkan aduan yang tidak berkaitan dengan kita kepada jabatan kerajaan dan agensi yang relevan," katanya pada sidang akhbar selepas menutup pertandingan debat antirasuah peringkat negeri bagi pelajar pra universiti di sini hari ini.

Sumber: Bernama

BERITA 26

UMNO dalam zon bahaya - Muhyiddin Yassin

KOTA BHARU 10 Ogos - Gejala politik wang yang kini berleluasa di peringkat mesyuarat cawangan jika tidak dibendung akan meletakkan UMNO dalam zon bahaya.

“Keadaan ini amat menakutkan seolah-olah ia menjadi seperti amalan biasa dan ia merupakan barah yang akan menghakis terus kedudukan politik UMNO dalam negara,” katanya.

Katanya, sebelum ini laporan mengenai politik wang hanya berlaku selepas tempoh pemilihan di peringkat cawangan.

‘‘Tetapi kini adalah sebaliknya apabila ia dilaporkan walaupun tidak rasmi sebelum bermula proses pemilihan. Ini adalah petanda yang amat tidak baik,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

BERITA 27

Rasuah Umno semenanjung merebak ke Sabah..ish2..

Dakwaan sogok cawangan UMNO

KOTA KINABALU: Seorang Ketua UMNO Bahagian bergelar datuk dan setiausaha bahagian itu, disoal siasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam berhubung dakwaan terbabit dalam politik wang.

Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 50-an dikatakan menyogok beberapa pemimpin UMNO cawangan sebanyak RM1,500 seorang bagi mendapatkan pencalonan menjelang pemilihan bahagian itu, Oktober ini.

Mereka dipanggil ke pejabat BPR negeri di Kompleks Persekutuan, Likas, kira-kira jam 10.30 pagi dan sehingga jam 6 petang, kedua-duanya dikatakan masih berada di pejabat berkenaan.

Menurut sumber, sogokan itu diberi sebagai ganjaran mereka dicalonkan tanpa cawangan berkenaan mengadakan mesyuarat masing-masing.

Pengarah BPR Sabah, Latifah Mohd Yatim, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan mengakui pihaknya menerima aduan berhubung politik wang sepanjang mesyuarat cawangan UMNO di Sabah.

Sumber: Berita Harian

BERITA 28

(Nak kaya masuk Umno..bukan penulis cakap, pemimpin Umno sendiri yg cakap...)

Pemimpin amal rasuah politik sekadar nilai kain pelikat

KUALA LUMPUR: Murahnya nilai seseorang pemimpin UMNO jika benar undi pencalonannya ke suatu jawatan dalam parti boleh dibeli dengan harga serendah RM500, kalaupun tidak sekadar sehelai kain pelikat.

Menyedihkan, namun itu antara laporan yang diterima Badan Pencegah Rasuah (BPR) membabitkan senario rasuah politik yang mewarnai pemilihan UMNO kali ini.

Ia menjurus kepada satu kesimpulan iaitu pucuk pimpinan tertinggi parti belum berupaya menangani gejala itu, sekalipun telah mengetatkan peraturan dengan meminda tata etika pemilihan sejurus sebelum mesyuarat cawangan bermula 17 Julai lepas.

Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa berkata, rasuah politik akan tetap berlaku dalam parti itu selagi persepsi bahawa jawatan dan kuasa menjanjikan kekayaan mencorakkan pemilihan.

"Dulu perjuangan nombor satu adalah hendak merdeka. Bila sudah merdeka, hendak membangunkan negara pula. Masa inilah banyak projek pembangunan dan kita tidak boleh nafi yang dapat projek-projek ini kebanyakan orang UMNO.

"Jadi daripada situlah wujud persepsi mahu kaya, hendak projek, masuklah UMNO," katanya kepada Bernama.

Sumber: Bernama

BERITA 29

INSIDEN TUMBUK MENUMBUK- DI MESYUARAT PEMUDA UMNO TITIWANGSA MACAM FILEM "BRUCE LEE"?

Aduhh, selepas berita lontaran "sms" yang melibatkan pemimpin utama UMNO di WP mengamatkan suasana politik di Wilayah Persekutuan baru - baru, kini Wilayahkini dapat satu lagi berita yang panas, tapi kali ini insiden tumbuk - menumbuk macam filem "Bruce Lee". Wilayahkini dengar berlaku pergaduhan di mesyuarat khas Pemuda UMNO Tiitiwangsa pada 23 Oktober lepas yangmelibatkan Ketua Pemudanya Idham Yasser Suleiman dan Naib Ketua Pemudanya Nazir Hussin.

Di fahamkan Idham Yasser yang juga anak kepada Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Datuk Seri Suleiman Mohamad dan Nazir Hussin yang juga merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah membuat laporan polis berikutan insiden tersebut.

Wilayahkini dengar Nazir Hussin dikatakan telah ditumbuk oleh Idham Yasser Suleiman ketika mesyuarat khas sedang berjalan dan di saksikan oleh barisan AJK Pemuda UMNO Titiwangsa. Namun, Wilayahkini tidak dapat pastikan apa yang sebenarnya telah berlaku kerana macam - macam yang kami dengar ?

Sumber: Wilayahkini

BERITA 30

Perbalahan Dalam Mesyuarat UMNO Padang Serai

Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai yang dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kulim Golf Resort, di sini, tercemar apabila berlaku pergaduhan sejurus beliau tiba di pintu hadapan bangunan tersebut.

Pergaduhan berpunca rasa tidak puas hati sekumpulan ahli UMNO bahagian itu yang mendakwa disekat daripada menghantar memorandum dan laporan polis yang dibuat terhadap seorang pemimpin UMNO bahagian itu.

Keadaan bertambah tegang apabila berlaku tumbuk menumbuk melibatkan beberapa orang. Keadaan bagaimanapun dapat dikawal polis tidak lama kemudian.

Sumber: Kedahlanie

Tiada ulasan: