HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Rabu, 29 Julai 2009
tak kenal maka tak cinta 16
Antara siri 1 hingga 15,ia berkisar kehidupan kita sehari-hari.Mungkin banyak berkisar pengalaman hidup dan persekitaran yang penulis lihat.Rata2 kita hidup dalam keadaan lupa kepada Allah swt yang menciptakan kita.Banyak dalam kehidupan seharian kita tidak mengikut peraturan Allah swt.Seolah-olah kita lupa wujudnya Allah itu sendiri.Mungkin waktu2 tertentu baru kita ingatkan Allah swt.Mungkin malang lagi kalau kita berfikir banyak peraturan Allah swt itu menyekat kehidupan atau aktiviti harian kita.Ini disebabkan kita tidak kenal atau tidak beberapa kenal dengan Allah swt.Mengenal Allah bukan satu perkara yang mudah..kalau kita fikirkan,kita hendak mengenal isteri,suami,anak-anak pun agak sukar ini apalagi Allah swt yang bersifat ghaib.Hanya dengan taufik dan hidayahlah boleh kita mengenalNya.Oleh kerana kita tidak mengenal Allah swt dengan sesungguhnya,menyebabkan berat tubuh badan untuk melaksanakan segala peraturanNya.Malah kita yang mengaku Islam kadang2 bercakap dipentas kafir atau bercakap bagi pihak kafir.Inilah kesan kita tidak mengenal Allah swt.Malah kita benci perkara2 makruf dan menyukai pula perkara2 maksiat.Mari kita renung dan fikir,setakat manalah hidup kita ini...akhirnya mati juga atau kembali juga kita kepadaNya.Kita pun sedar kita akan tua atau akan dimakan usia.Ini menyebabkan makanan kesihatan,awet muda sangat laris dipasaran.Memang tidak salah kita mengambil bahagian kita di dunia,tapi jangan sampai kita lupakan akhirat dan hari ajalnya kita.Bagi orang yang dapat hidup umur 50 ke 60 pun masih ada yang leka dengan dunia lagi. Kalau pun kita hidup sampai 80 ke 90 tahun,adakah kudrat@tenaga sama macam umur ketika 35 atau 40 tahun.Fikirkanlah umur yang sebegitu sudah tentu tidak larat lagi beribadah banyak2 dan kalau membaca quran pun sudah tidak nampak,malang lagi kalau ketika itu kita sudah nyanyuk.Adakah tuan puan tidak memikirkannya.Rebutlah peluang semasa hidup dan selagi kudrat masih kuat.Jangan asyik bertangguh-tangguh,ramai yang sudah mati...mati yang membawa azam atau cita2 hendak beribadah tapi tidak kesampaian.Mengenal Allah swt suatu perkara wajib dan haram jika diabaikan.Kesannya berat...kita terus bergelomang dengan dosa dan jika tidak sempat bertaubat kita akan dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak.Kemanisan iman hanya dapat dirasa oleh individu itu sendiri dan tidak boleh dikongsi2...malah iman ini juga tidak boleh diwarisi macam harta pusaka.Maka eloklah tuan-puan menghadiri majlis2 ilmu dalam rangka untuk mengenal Allah swt.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan