Rabu, 29 Julai 2009

tak kenal maka tak cinta 14


Sudahlah umur pelajar2 itu baru berumur antara 13 ke 14 tahun yang belum sebati dengan ibadah solat.Kita menghalang pula dengan alasan peraturan.Adakah peraturan manusia lebih besar dari peraturan Allah swt.Sudahlah waktu yang diberi itu lewat lagi singkat,atau dihujung-hujung waktu.Kalaulah pelajar itu mati sebelum solat adakah ia mampu menjawab dihadapan Allah swt nanti.Sebagai contoh solat zohor beri 3.20 petang,rehat pula 3.25 petang...mereka terpaksa berebut2 masa untuk solat dan minum atau makan.Cukupkah masa 25 minit untuk solat dan makan...jika seorang atau 50 orang pelajar memang cukuplah agaknya.Bagaimana kalau pelajar yang solat itu antara 400 ke 500 orang,yang telekung ada yang berkongsi,pili paip yang terbatas,malah bila diguna semua air menjadi kecil keluarnya.Mungkin yang pelajar yang tidak dididik agama secukupnya di rumah atau memang tidak solat,ia akan cuba lari dari solat.Jika pelajar yang mengutamakan makan sudah tentu ia akan makan dan meninggalkan solat.Jangan kita buat benda suruhan Allah ini macam melepaskan batuk ditangga.Bukan sahaja datang ke sekolah untuk belajar sahaja,tapi patut juga mereka dididik malah wajib kita mendidik mereka agar mengenal de Penciptanya.Itulah susah juga orang bertauhid atau berihsan diwaktu solat dan bukan diwaktu2 lain.Ia hanya sedar ketika susah baru sibuk mencari pertolongan dari Allah swt.Jangan ingat kita sudah berpelajaran tinggi kita sudah cukup pandai,dan memikirkan kita sudah cukup bagus...cakap kasarnya...'pooodaaah' ini dikatakan orang syok sendiri.Dalam agama dipanggil ujub...salah satu sifat yang dibenci oleh Allah swt.

Tiada ulasan: