Selasa, 27 April 2010

tak kenal maka tak cinta 20


Terima kasih kerana sering melayari blog ini.Moga sedikit sebanyak mendapat ilmu@info dan membuka minda.Lama sudah tak menulis sebab kesibukan tugas serta kesuntukan masa.Kali ini kita bincangkan perkara2 yang sering berlaku pada diri kita.Perkara2 ini semua dari hasutan syaitan...perkara pokoknya ialah sifat sombong.....cuma sombongnya tak begitu ketara malah boleh jadi terselindung langsung.Ia seolah bukan sombong tapi lain dari itu.Disitu letaknya bijaknya syaitan.Ia berlaku tak mengira keilmuan atau tahap agamanya,banyak ibadah atau peringkat umur mahu pun apa segala bentuk kebolehan mengelaknya kecuali orang yang ikhlas.

Apa yang maksudkan itu ialah...sifat degil dan tak mahu mengalah,ego memang sudah tentu begitu sombong dan bongkak.Sukar memaafkan,memikirkan diri sentiasa betul,mengadu domba,memikirkan banyak khidmat yang telah diberi,tidak memikir kebaikan orang hanya memikir kebaikan diri sendiri.Lupa budi orang dan sentiasa ingat budi sendiri.Ingat dan mengira jasa2nya dan lupa jasa2 orang lain.Menarik juga ingat jahat orang dan lupa jahat sendiri.Serta segala mak nenek yang sama waktu dengannya.

Harus juga diingat orang begini pandai menilai diri orang lain dan menilai dirinya orang baik dari orang yang dinilai.Memang susah hendak menghalang tipu daya syaitan.Lebih2 lagi beramal tidak berilmu,jarang hadir ke majlis ilmu ditambah tidak ikhlas hanya mengharap pahala dan fadilat2 semata2.

Yang sukarnya ialah kita terasa dizalimi dan betul lagi benar...sebenar mungkin orang telah memohon dan mengaku kesalahan...bumi mana tak ditimpa hujan.Tapi kerana sifat sombong dan dipengaruhi syaitan kita rasa tidak mahu memaafkan.Kita rasa biar Allah sahaja membalas kesalahan orang itu kepada kita.Cuma diingat adakah kita ini manusia jenis maksum tiada buat salah apa2.Inilah kebijaksana syaitan agar kita terus sombong dan terasa betul.Sombong ini berat menyebabkan tidak mencium bau syurga dari maksud hadis.Kesombongan syaitan juga menyebabkan ia masuk neraka dan kekal didalamnya.

Mungkin ini terjadi disebab kejahilan ilmu...banyak sifat terkeji dalam diri kita.Mungkin solat kita ada yang tak kena.Mungkin ikhlas dalam ibadah tiada dan jelas syaitan masih mampu mengoda kita.Itulah sifat riak atau ujub memang boleh merosakkan amalan kita.

Bagaimana hendak mengatasi...hendak merasa diri masih lagi tidak sebaik mana dari ibadah orang lain....atau amalkan perkara ini...iaitu 3 perkara kalau ingat kita lupa2kan...dan 3 perkara ini jika lupa kita ingat2kan.....

3 perkara kita lupa kita ingat2kan....


i. Dosa kita kepada Allah swt.

ii. Nikmat dan kurniaan Allah kepada kita.

iii.Jasa dan sumbangan orang kepada kita......

3 perkara kita ingat kita lupa2kan....

i. Ibadah kita kepada Allah swt.

ii. Jasa dan sumbangan kita kepada orang

iii.Kejahatan orang kepada kita.


Tiada ulasan: