Isnin, 9 November 2009

tak kenal maka tak cinta 17


Jika bekerja ini disebabkan ijazah serta kelulusan kita dan sebagainya,maka kita pun diberi jawatan yang ada sekarang. Kita pula tidak langsung memikirkan itu adalah anugerah dari Allah swt.Jadi kita memang silap dan tolol agama serta tidak kenal Allah.Ini digelar buta tauhid.Manakan tidak kita lupa kejadian asal usul kita,kedua ibubapa,air mani semuanya anugerah Allah swt.Roh ,akal kehidupan dan segalanya juga dari Allah swt.Bodohlah kita serta sombonglah kita jika tidak mensyukurinya dengan meninggalkan solat dan menentang hukum2 Allah.Lebih2 lagi jika berkuasa, kita langgar segala hukum Allah.Kita ambil yang baik2 sahaja dan yang bertentangan dengan nafsu kita tinggalkan.

Kita kena sedar, hidup kita Allah kurniakan.Akal,fikiran dan kecerdasan pun Allah kurniakan.Bagaimana kalau kita diberi atau Allah takdirkan gila.Kita tidak boleh menolak,tentu kita diberhentikan kerja atau tidak dapat bekerja.Begitu juga jika Allah berikan kita sakit,lumpuh,kemalangan yang menyebabkan kita tidak boleh kerja lagi dan pelbagai penyakit, yang mana menyebabkan kita terpaksa meletakkan jawatan.Begitu juga jika kita ditangkap kerana rasuah,mencuri,merogol dsbnya.Ini semua datang dari Allah.Kalau kita tidak terfikir bermakna kita lupa kekuasaan Allah.Begitu juga tentang kecantikan,suara yang sedap,akal hingga kita jadi terpelajar,ini semua dari Allah.Hingga kehebatan kita itu memberi rezeki kepada kita.Walaupun ada yang menggunakan kehebatan itu dengan mencari rezeki yang tidak dihalalkankan Allah swt.Ini semua kerana tidak kenal dan cinta pada Allah swt.Kita pandai,kita belajar tinggi dan sebagai itu anugerah Allah bukan dari kehebatan kita sendiri.

Sedangkan akal, fikiran dan ilmu kita terbatas dan terhad jadi jangan berlagak serba tahu atau terasa hebat.Tua akan melemahkan segala yang ada pada kita termasuk akal dan ilmu.Banyak yang akan kita lupa dan tersasar cara berfikir diisebabkan tua dan nyanyuk.Kaki pin kadang2 jadi tiga atau empat disebabkan sudah bertongkat atau berkerusi roda.Itu pun jika kita sempat tua.Susah kalau kita berfikir terlalu positif,berfikir sempat tua dan sempat bertaubat.Lagi teruk positifnya kita berfikir,dosa kita yang mengunung dan menentang hukum Allah pun kita rasa akan masuk syorga.Ini kita sandarkan kepada hujjah kita yang Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Tidakkah terfikirkah kita bahawa Allah itu juga Maha Adil,Maha Bijaksana juga Allah itu Maha Besar SeksaanNya.Kalau pun memang kita bijaksana bukan bererti bijaksana itu boleh merangkuli sekali bijakasana hal agama Islam.

Semua ilmu perlu dituntut bukan datang dengan sendiri.Rasullullah saw pun belajar dengan Jibrail a.s.Belajar pun mesti berguru bukan melalui pembacaan sahaja.Kalau tidak berguru,guru kita ialah syaitan dan dibantu oleh hawa nafsu serta ditambah dengan kejahilan kita termasuk kemaksiatan yang mengunung pada diri kita.Sabitkanlah segalanya datang dari Allah supaya tidak sombong,bongkak,berlagak,syok sendiri,terasa sangat hebat dan terasa terlalu pandai dan berasa tak mati2 , tak tua2 serta tak sakit2...Ini disebabkan hidup kita terlalu bermewah2,berkuasa,darjat tinggi,popular dsbnya.Ditambah tak pernah atau jarang sangat2 pergi pengajian atau menuntut ilmu di surau2 atau masjid2.Hanya bergantung pada solat,haji,puasa,zakat sudah terasa memadai.Sedangkan haji boleh batal atau tidak sah begitu juga solat,puasa dan zakat.Islam juga boleh batal.

Makan minum itu makanan untuk jasmani.Hati juga perlu makan dan minum.Makan minum untuk hati ialah hadir majlis pengajian @ilmu agama.Samalah kalau kita tak makan minum kita akan jadi sakit dan mati.Begitu juga hati,bila tidak makan dan minum,hati juga sakit dan mati.Matinya hati menjadikan kita susah nak menerima arahan dan memahami agama juga sukar taat pada Allah.Akhirnya kita rasa betul serta tidak rasa bersalah walaupun kita telah banyak meninggal suruhan agama dan dalam masa yang sama kita banyak membuat perkara yang dilarang agama.Ini berlaku disebabkan hati kita sudah lama mati.

Tiada ulasan: