Selasa, 8 November 2011

TIADA TUA..TIADALAH MUDA...TUA DIHORMATI..MUDA DISAYANGI...ANAK2.. ISTERI SITUA TANGGUNG..KADANG2 CUCU PUN SITUA TANGGUNG...EPF..PAMPASAN KERJA SITUA SIMUDA PINJAM TAK BAYAR....HINGGA SITUA MATI...HARTA SITUA DIFARAID OLEH SIMUDA...SIMUDA DULU PUN SITUA YANG TANGGUNG SEKOLAH HINGGA SIMUDA BERJAYA....DARI SEKECIL TAPAK TANGAN HINGGA DEWASA...PATUT KITA INGAT....JIKA IA TERJADI..KITA KENA REDA SEBAB DAH JADI TAKDIR...ALLAH DAH TAKDIR DI AZALI SITUA AKAN KERJA 60 TAHUN....SIMUDA PUN AKAN TUA....ITU PUN JIKA SEMPAT TUA.....

Ibu kembar Ahmad, Muhammad meninggal dunia
Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi ini selepas setahun bertarung dengan barah payu dara.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di Sungai Besar selepas Zohor.

Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini.

"Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Sungai Besar.

Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya.

"Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.

"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu," katanya.

- Bernama


Ramai setuju umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun
Kebanyakan pencari kerja di negara ini bersetuju dengan cadangan menaikkan umur persaraan, langkah yang mereka jangka akan mengurangkan bebanan simpanan berikutan peningkatan jangka hayat.

azlanDalam kaji selidik yang dijalankan oleh Jobstreet.com pada bulan lalu, 72 peratus daripada responden menyokong gesaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 55 tahun, dengan kebanyakan mereka (34 peratus) menyatakan mereka memilih untuk bersara pada umur 60 tahun.

Sebanyak 15 peratus menyatakan mereka memilih untuk bersara pada usia 65 tahun, manakala 12 peratus berkata mereka lebih suka jika tiada umur maksimum ditetapkan bagi persaraan.

Sebanyak 84 peratus berkata, adalah perlu untuk menaikkan umur persaraan berikutan peningkatan jangka hayat akan memberikan bebanan lebih tinggi kepada simpanan, manakala 73 peratus berkata langkah itu akan memastikan pengekalan pekerja mahir, khususnya dalam profesion yang memerlukan banyak pengalaman.

Bagaimanapun, kaji selidik itu mendapati mereka yang menyokong langkah berkenaan turut bimbang pekerja yang dikekalkan mungkin menjadi kurang efektif akibat semakin berusia (46 peratus) dan juga isu kesihatan akan menghalang mereka daripada bekerja secara berkesan (46 peratus).

budget belanjawan negara civil workersMenurut kenyataan itu, 28 peratus yang tidak bersetuju dengan langkah menaikkan umur persaraan ialah daripada kumpulan umur lebih muda, antara 18 dan 35 tahun berikutan kebimbangan mereka bahawa pekerja akan menjadi kurang efektif apabila usia meningkat.

Sebab kedua ialah tawaran kerja di pasaran semakin sedikit untuk graduan, katanya.

“Sesetengahnya, berpendapat pekerja berusia sepatutnya menikmati persaraan lebih awal daripada memanjangkan tempoh kerja mereka,” menurut Jobstreet.

Sementara itu, 64 peratus responden juga bersetuju skim pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipinda selaras dengan umur persaraan yang baru, dengan majoritinya berharap diberikan pilihan untuk mengeluarkannya pada umur 55 tahun.

Ramai juga mencadangkan pengeluaran simpanan KWSP patut dikawal oleh skim fleksibel yang membenarkan pengeluaran sebahagian bagi mencegah pekerja daripada kehabisan dana pencen mereka.

- Bernama
  • Fakhruddin Mohd · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    fuck...
    dh tu bile aku blh kerja?
    sape yang stuju adalah seekor babi tua yang x reti2 nak mampos...
    • Mohamad Mustapa · Pengulas Tertinggi · Sekolah Sri Garden
      kalau dah tua lebih 55 buat bohong la nak kerja, asyik kat kedai kopi makan duit haram la, selalu aku pergi kakitangan kerajaan kencing , hilang sana macam kolej komuniti x berfaedah saja tengak pensyarah borak2 mengajar apapun xberfaedah, buat rugi duit rakyat maa
    • Ramli Ismail · Bekerja di Jabatan Perikanan Malaysia
      masa umur kita 55 56 57 58 59 60 orang muda yang datang berurusan dengan kita dah menyampah.dia orang pun kalu boleh nak tengok yang muda-muda.rasanya pakcik makcik yg datang berurusan nak tengok yang muda-muda gak.Pegawai yang asyik bermesyuarat je bole la bersara samapai 90tahun kalu mahu.Malaun mana le yg cadang umur bersara dinaikkan ni?
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Ramli Ismail, ni sume pasai kerajaan dah menipis kewangannya, sbb tu la. Bila kerajaan melanjutkan umur persaraan smpai 60, maka dgn sendirinya depa dpt jimat bajet utk byr penjawat awam yg baru. Tu la akibat, asyik dok perabis duit rakyat jer, skrg nak byr gaji penjawat awam pun x ada. Ubah dlm PRU13! Selamatkan Malaysia!...
  • Khamaruzaman Man · · Pengulas Tertinggi · St Mark Butterworth
    Bial laa boleh pi masjid kalau umur emas masih lagi disibukan dengan hal dunia...
    • Susahnya Menjadi Rakyat · Pengulas Tertinggi · University of Michigan
      sekarang duit lebih penting maa.. nak buat ape pegi masjid.. ari duit lagi baik.. hahahahaha.
      "(Mereka melakukan yang demikian) kerana mereka kufur, tidak bersyukur akan nikmat-nikmat yang kami berikan kepada mereka. Oleh itu, bersenang-senanglah kamu (dengan nikmat-nikmat itu bagi sementara di dunia), kemudian kamu akan mengetahui (balasan buruk yang akan menimpa kamu).
      Al-Nahl , 55"
    • Abdulhadi Muhamad · Pengulas Tertinggi · Kolej Islam Kelang
      Sekularisma, materialisma dan hedonisma mengajak manusia lupa diri, lupa selaku hamba Allah dan lupa ukhrawi...kerja hingga tua gogoh!.
    • Raja Rimba · · Pengulas Tertinggi · UC Berkeley
      SAKSIKAN VIDEO PETANDA AKHIR ZAMAN DAN KEDATANGAN IMAM MAHDI http://bit.ly/s8gRWq
  • Azrul Arif Mohd Said · Cashier at Guardian Pharmacy
    agak2 la nk memanjgkan waktu sara. bg la peluang kt graduan2 lua sane ha msk kerja lak. klu la waktu bersara dipanjgkan lg, makin rmi la graduan kita tak bekerja, pas2 lg tinggi la hutng PTPTN yg kne diorg ni tanggung. akhrnya, para graduan2 ni gak dipersalhkn padahl klu kita tgk blek puncanya adalh bila, waktu persaraan dilanjutkan. tak patut, tak patut. pe kt yg dh terlebih umur uh. ddk rumh, lakukan ibadat, tmbh amaln jariah. kn lg bek...
  • Bang Wan Pekida · Top Commenter
    Saya bersetuju dengan keputusan DS Najib tentang pencen had umur dinaikkan kepada 60 tahun kerena zaman sekarang sudah berubah. Ramai orang2 yang berusia 40 tahun dan ke atas makan suppliment. Takkanlah terganggu bekalan akhirat kerana bekerja di umur emas? Bukankah pekerjaan 1 juga salah 1 ibadat? Adakah dalam Al Quran ada menyatakan bahawa hanya di Masjid saja orsng Islam boleh mencari bekalan untuk akhiratt?
    • Bang Wan Pekida · Top Commenter
      banyak lagi pekerjaan yangada di Malaysia. Tak perlulah nak berharap sangat nak bekerja dengan Kerajaan. Bukan hanya bekerja Kerajaan yang ada di Malaysia. Banyak lagi kerja2 yang ada di Malaysia dan ada yangbayar gaji lebih dari gaji seorang penjawat awam. Asalkan jangan memilih bekerja & malu dengan pekerjaan sudah. Aku pun dulu hanya bekerja di Mc Donald tapi aku usaha diri aku untuk mencari peluang yang lebih baik demi masa depan aku.
    • Fakhruddin Mohd · Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
      ramai yang makan suplliment tu brape org?
      kalau betol, tapi kenapa rata2 yg mati sbb masalah jantung dalm lngkungan umur 40-50 tahun?
      ni bkn aku yg reka, tp statistik yg kluar dr kementerian kesihatan..
      sbb org malaysia antara manusia yang kuat isap rokok..

      ...See More
    • Kulwant Singh · Works at My own farm
      ramai suka sebab boleh lama sikit rasa sedap rasuah yang bakal mereka akan dapat.last minit boleh tambah banyak kemasukan wang dalam poket.
  • Mohd Derus Mohd Amri · Top Commenter · Spm
    Alamatnya anak-anak muda tak boleh dapat kerja lagi la..kalau nak ikut dulu dah bagi can dari 55 naik 58 dan sekarang kakitangan awam yg nak bersara 60 thn pula, sedarlah kamu dah pun ada kerja dan pencen.Bagi can pula kat kami anak-anak muda untuk bekerja pula takkan nak tengok kami menganggur, melepak dan merempet tanpa kerja. Kami pun nak juga berkeluarga.Wahai anak-anak muda yang boleh mengundi masa inilah kita ajar pendurjana semasa PRU 13 nanti.....
    • Safuan Karto · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      anak mudah apa nak dirunsingkan sangat, biarlah emak bapa kita bekerja, kita duduk goyang kaki dan merempit. bila mereka marah, katakan "bukan saya tahu kerja, tapi kerja x" kan seronok merempit, makan minum mak bapa tanggung, he!he!he!
      tak payah susah nak kahwin. Tana berkahwinpun kita masih boleh ................. kan ramai cewek yang boleh serahkan body mereka dengan sukarela.
  • Riduan Mohd Noor · Unit Manager at MCIS Zurich Bhd.
    Patut aku dah blh transfer blk kg, dah ada org tua yg patut pencen tahun dpn...ni di smbg lg 2 tahun servis smpai 60 tahun, x jd le org tua tu pencen tahun dpn. Kena berulang le 2 tahun lg...Mat moggol ni buat kerje x kaji dulu ke? Hampeh tul la
  • Izzual Die · Sek Men Keb Simpang
    kalo naek lagi umo persaraan, abeh biler nak bukak jwtan kosong? biler xbkk jawatan kosong, bdk2 grad biler nak dpt keje camni?
  • Amali Munif · Top Commenter · Universiti Pertanian Malaysia
    Tanya le pada MEREKA yang berusia 55 tahun - Nak Keja lagi ke?

    Kalau tanya budak baru keluar U - memang le..
    • Helmi Ismail
      x nak !
    • Safuan Karto · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      gaji nak, tapi kerja sorrylah....! kami orang lama, biarlah orang muda-muda yang buat kerja, kami jadi pengarah dan pemerhati aje. Siapa x bro duduk diam/relax/bersimbang/tidur dll dapat gaji ribu-ribu sebulan. Aku sememangnya dah malas nak bekerja, oleh kerana setiap bulan dapat RM7,800.00 tanpa melakukan sebarang pekerjaa aku teramatlah suka dengan skim pencen baru ni. Aku sokong 1000% kalau umur persaraan dinaikkan sehingga 1,000 tahun.
  • Ddy Fahmin · Top Commenter · Works at Berniaga
    Ramai yang bergaji taraf DG54 ke atas minat untuk terus 60tahun baru bersara. Terutama pangkat pengarah dan taraf JUSA ten tu nak bersara lewat. kerja relek. dok padang golf dan melawat serata dunia kerajaan tanggong; pelbagai kemudahan, driver, kereta , minyak dan lain2 semua perrcumaaa. Mereka ini 99% penyokong BN.. otak dah kemotot....
    • Safuan Karto · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      jangan salahkn mereka, apabila pencen semua keistimewan tu dah x> Lebih baik bersara pada umur 60. Aku nak cadangkan kepada CUEPACS supaya menuntut had umur persaraan selagi hayat dikandung badan. Orang muda-muda mana boleh pegang duit banyak-banyak. Orang macam kami gred 54 keataslah yang sepatutnya pegang duit banyak-banyak.
  • Mat Felda Hensem · Top Commenter
    pedaah .. tak sampai pun 10% yang setuju umur pencen sampai 60... permohinan Cuepacs bukan permohonan dari akar umbi... ketua Cuepacs tu yang gila kuasa.. sayang kuasa ... kalau pencen kena bagi kuasa pada org lain.. lagipon dia banyak hutang... bodoh punya idea... esok banyak lagi kesilapan kakitangan awam kerana yang kerja org dah nyanyuk..
  • Jeffreyson Esley · Top Commenter
    pencen sampai pekerja tu mati lagi bagus...kami pun nak kerja jugak...bagus buat sekolah menengah juga sampai tingkatan 10...sebabnya tamat tingkatan lima dan dapat diploma blum tentu dapat kerja lagi...yang umur 60 tahun pun ada yang dah pakai pampers turun kerja...
  • Kamarudin Ong · Top Commenter · Managing Director & CEO at Self employed
    menaikkan umur pesaraan pada usia 60 pada pendapat saya Xpatut, anak2 muda yg cergas & pantas NAK LETAK DIMANA??? nak letak di kolam ikan keli @ sawah padi ? tolong fikir sikit. anak2 muda kita pon perlu makan . pada usia 55 prestasi pon sudah menurun tak larat lagi dah. asyik dok ingat KWSP AJA. tolong ingat sikit ANAK2 MUDA KITA PELAPIS KEPIMPINAN NEGARA ! !
  • Raja Rimba · · Top Commenter · UC Berkeley
    SAKSIKAN VIDEO PETANDA AKHIR ZAMAN DAN KEDATANGAN IMAM MAHDI http://bit.ly/s8gRWq.
  • Helmi Ismail
    mana dapat statistik tu.. den nak penchen sampe 55 yo ! faham ? limo-limo jo !
  • Ramdhan Mohamad · Top Commenter · Tukang Paip at SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD (SYABAS)
    bagus. biar padan muka anak2 kita yg baru habis belajar x dpt kerja.
  • Peace All · Top Commenter · UUM
    UMUR NO 2! GAJI MINIMA 2 PALING PENTING!
  • Rosihan Cornstar Amri · Top Commenter
    Jangan la generalize. Bukan semua yang malas. Bukan semua yang tua tak mau bekerja. Tapi kerajaan patut la ambil tindakan pada yang tak perform. Jangan lak nak kata tajk leh ibadat kalau dok kerja. Allah suruh ibadat semua umat Islam. Tak pulak sebut umur ke kerja ke. Kalau nak ibadat, sibuk macam mana pun dia akan cari jalan. Kalau tak mau ibadat, pencen umur 25 pun belum tentu mau pi masjid. Jangan salahkan penjawat awam yang tak malas. Salahkan penjawat awam yang malas dan orang politik yang tak reti nak urus penjawat awam bermasalah!
  • Azmi Hashim · Top Commenter · USM
    bagi org muda;lahhhhhhhhhhhh
  • Frankie Tee · Top Commenter
    kajian 72 peratus setuju? ini punya statistic boleh dipercayai ke? nak ketawa saya....itu data job street yg. diperolehi jangan-jangan semua orang BN....saya seorang sendiri pun sudah boeh buat sepuluh kalau nak...ingat kita rakyat buta komputer.
    • Frankie Tee · Top Commenter
      Kalau betul-betul pandai buat selidik hutang negara tak akan sampai tahap begini yang sangat membimbangkan. Selidik pakai duit KWSP rakyat pandai...selidik turunkan hutang negara tak pandai pulak...
    • Frankie Tee · Top Commenter
      sampai umur 100 tahun pun tak apa....janjii duit KWSP mesti boleh dikeluarkan semua 100 peratus pada umur 55. Kerajaan tak pandai jaga kita jadi kita kena pandai jaga kita sendiri.
  • Mohd Saufi · Top Commenter · IAIN SULTHAN THAHA SAIFUDDIN JAMBI,INDONESIA
    sistem negara kite dh mirip kapitalis yg menyebabkan rakyat lebih hubbud dunya kalu boleh nk keja smpi mati.
  • Ipoh Mali · Top Commenter
    Rimas Aku Tengok Staff Gov Tua Tua.. Jenis Pemalas.. Makan Gaji Buta Bekerja.. walaupun bukan semua...Cukup lah takat 55Tahun je.. Bagi Peluang Kat Fresh Grad.. Pekerja Kontrak diserap ke Jawatan tetap.. Cuma keperluan Jawatan dan Kemahiran tertentu diberi keistimewaan untuk Bersara lewat!
    • Safuan Karto · Top Commenter · UKM, Bangi, Selangor
      Bersetuju, masuk saja usia 50 an dah mula berulang alik kehospital, darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung wajib dihidapi oleh penjawat awam
  • Alfakir Ibnullah · Top Commenter · Universiti Malaya
    betul tuuu tapi anak2 masih kecil kerja dgn kerajaan tak pernah kaya2 ..makan pagi cukup utk ke petang kalau berhenti kerja nak sorooo ape yee
  • Adam Danial Adam · USM Pulau Pinang
    Sedar diri lah sikit....umur persaraan memang patut antara 56-58 tahun saje.. jangan dok pikir nak kerja sampai tak nak pencen... bila dah lanjut usia dah tentu tidak produktif lagi.... bagilah peluang kpd orang lain pula....takkan lah nak mati di pejabat kot...kalau mati kat masjid tu bagus juga....
  • Wroy Yowl · Top Commenter · Works at Managing director
    Apahal rakyat malaysia? Rakyat perancis ancam sampai darurat negara mereka kerana kerajaan mrk menaikkan umur persaraan. Kenapa Semua x komen, Seronok pegang duit sampai umur 60 dan kena balun tulang kah?
  • Hikhak Huk Huk
    hahahahaa....at least bila tgk org tua jaga kaunter takdelah kita terhegeh2 nak mengorat sambil berurusan....bijak2, so masa utk proses akan menjadi cpt tanpa sebarang provokasi daripada pengguna...hahahhaaaa
  • Mohd Noor · Ipoh, Perak
    kami tak setuju, cukup le 55th, anak2 muda lain nak kerja juga, dan nak naik pangkat,, bila le nak ibadat keja sampai mati ke../patut ramai yn menggangur.
  • Zain Mzr · · Top Commenter · Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
    mmgla..kl ikut diorg selagi x mati nk kerja..kerja..kerja..bio makin slow n lembab bt kije pon, janji dpt gaji full..bangang! buat polisi utk kebaikan semua la..jgn jd bodoh tanye soalan, nk gaji rm4000 ke rm2000? org bangang je ckp nk rm2000..
  • Zahary Ezanne · Top Commenter · Kaunselor at Guru
    jgn lupa bawak cerut, gobek, dan sireh pinang ke tempat kerja. ubat kencing manis pun jgn lupa. habis kerja pi dialisis tau.....
  • Wasli Fx · Works at Part Of Part Time Forex Trader
    Bygkan nurse yg berumur 50 tahun pun ketar pgg jarum, mata dah rabun.. membahayakan pesakit & menyusahkan bebankan tugas kpd nurse yg muda. Driver 50 tahun sudah rabun mlm, penat jalan jauh... membebankan driver muda. Bygkan polis 50 tahun.. larat ka.. kerja siang malam... bebankan pegawai muda! Byk lagi contoh... Jika 60 tahun? dah byk penyakit... majoriti kakitgn awam >45 tahun sudah berpenyakit darah tinggi, kencing manis, ghout dll. Mengikut kajian... hanya dlm 10-15% sahaja pekerja awam yg dikategorikan "sihat sebenar" dan boleh berpencen dlm keadaan sihat sehingga 60 tahun.
  • Abd Karim Bin Shariff · Top Commenter
    umru persaraan yg akan mengabihkan bogheh jo...nak pencen lagi 55 tahun pun dah malas..mengular inikan 60 tahun...MC tak putus2lah..hasil keje sifar..makan gaji buta..
  • Aida Murni Jasin · Top Commenter
    Kenapa bodoh si pencadang polisi ini. Dah nyanyuk dan sakit segala2nya suruh kerja lagi. Biarlah ikut profession yg tertentu mcm akademik dan konsultan. Banyak rugi tau. Kononnya kerajaan nak jimat belanja. Yg muda2 bila nak naik pangkat? Sampai tua baru nak dpt peluang bila yg tua2 ni mati. Tak setuju semua ni.
  • Mohd Firdaus Bob Ganaz · Top Commenter · Pemuda at Berkhidmat Untuk Negara
    mcm mana dgn graduan y mncr2 kerja?
  • Joe Han · Top Commenter · Universiti Malaya
    Berilah peluang kepada org lain untuk mengisi ruang kerja. Umur 60 tu dh patutnya buat amalan untuk bekalan mati.
  • Aziz Abdul · Top Commenter
    yang sokong tu bukan apa kerana fikirkan desakan hidup/taraf hidup yang semakin meningkat. itu sebenarnya pendapat yang pentingkan diri sendiri, biar pun diri dah tak produktif dalam melakukan tugas janji bulan2 dapat gaji penuh. kesian dengan adik2 yang lepas belajar terutama ipt hutang ptptn tetap nak bayar.
  • Meor Shukri · · Top Commenter · Works at Universiti Sains Malaysia
    Umur pencen 60?
    1. Meningkatkan pengangguran.(org muda susah cari kerja).
    2. Kualiti kerja merosot (dah tua, kerja jadi slow).
    3. Warga emas patut dah beribadah dimasjid/surau... jgn dok fikir pasal dunia jer...
    4. Jalan raya jem, sbb org tua bawak kereta dijalan raya.
  • Keadilan Pha · Top Commenter · Kerja & kerja at Bursa Lowongan Kerja
    baik pencen sampai mati jeer kat pejabat...skg anak2 muda nak cari keje kat kerajaan pon jwbnyer sampai tua leer baru dpt..keje.
  • Absah Awang · Top Commenter · Xkolej
    KALAU BOLEH BEKERJA TAKPA , TAPI KALAU MENGHABEHKAN BOREH, SILA BERHENTI..BERDOSA DATANG TAPI AMBIL DUIT TAK BERKERJA..DUIT HARAM TAU..MACAM TELAN BARA API..
  • Raini Anwar · Top Commenter · Johore Bahru, Johor, Malaysia
    alahai mcm mana la org2 muda nak naik pgkat..yg tua tua sibuk nak kumpul harta lg..nasib..sape yg wat usul ni..pikirla skit.
  • William Yap · Top Commenter
    Gila! Dlu 50 tahun bersara, lepas tu 55 tahun... tak lama 60 tahun baru buleh dapat KWSP, tidak lama kemudian, tunggu kita masuk kubur baru buleh dapat KWSP duit kita.... apa la guna kalo cam gini? Atau memang ada masalah dana dalam KWSP dan disengajakan tuk tunda2?
  • Hisyam Bin Aris · Kuli batak at JHEAINS
    ni smua utk kepentingan penjawat awam yg b'pgkt JUSA & keats je sbb dah t'lalu syok dpt gaji byk.. so xnklah pencen cpt takut xdpt b'mewah..
  • Azyez Rmp · Top Commenter · Los Angeles, California
    Bila lah nak dapat jadi menteri besar kelantan ni?
  • Nizarasa Mohd Isa · · Top Commenter · SMK
    umur 6o tahun tempuh perkhidmatan tak best .... yang bestnya 89.9 tahun semua utang selesai ..?
  • Rashid Hussein · Top Commenter · Mystic, Connecticut
    cantek cadangan tuh... kan lagi bagus kalau dilanjutkan tugas sampai 100thn... atau sampai mati jer.. kalau pakai kereta antiq, cc besar... dari kl belom tentu dpt sampai ipoh... huh.. berbaloi ker nak bayar roadtax mahal.
  • Tho Leq · Kuala Lumpur, Malaysia
    APABILA HAD UMUR PERSARAAN DINAIKKAN KE UMUR 60TAHUN, MAKA SATU KAJIAN PERLU DIBUAT UNTUK MENAIKKAN SYARAT KELAYAKAN PENGAMBILAN UNTUK PENGISIAN JAWATAN KOSANG DARIPADA UMUR 28 TAHUN BAWAH KEPADA UMUR 33 TAHUN KE BAWAH..BARU FAIR...ANDA SEMUA SETUJU PADA CADANGAN INI OR TIDAK SETUJU.
  • Mohd Rejab Ahmad · · Top Commenter · ICTC
    kalau ditanya pada yang bekerja dengan perkhidmatan awam tentulah majoritinya mahu kerja sampai "mati".tapi kalau ditanya pada orang orang yang berurusan dengan kakitangan awam pula, jawapannya :cukuplah setakat 55 tahun.
  • Rlym Ally · Universiteti Politeknik i Tiranes
    kenapa tidak tambah sampai umur 80.itu lagi sya sokong. supaya tidak sempat merasa duit Apf.
  • Mohd Zahri Bakar Klonghoy · Top Commenter · MIHRM
    Kalau dah 60 tahun baru bersara bila pula nak belajar agama dan beribadat?????????
  • Adib Munajaf
    celah mane tah yg setuju nie... hampeh betol.. 55 ckup laa... the tua2 semua malas nak kerja.. kasi pencen duduk rumah tiap2 hari pergi masjid sudah laa... bile masenye anak muda yg taman anggor nie nak kerja..
  • Ahmad Shafei · · Top Commenter · Sekolah atap je
    yang setuju presiden cuepacs jer....dia yang beria-ia nk sampai 60.mgkin ada udang balik mee. aku harap kjn tak tahan wang pencen bagi yg tak pilih 60...
  • Tho Leq · Kuala Lumpur, Malaysia
    BAGI CADANGAN BARU MENAIKKAN KELAYAKAN UMUR BAGI SYARAT KELAYAKAN PENGAMBILAN BARU DARI UMUR 18 TAHUN - HINGGA ATAU TIDAK MELEBIHI UMUR 35 TAHUN DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
  • Jabal Nur · Top Commenter · Works at Penoreh getah
    Helah KWSP terutamanya pemerintah BN kunun mencegah pekerja kehabisan dana pencen atau kerajaan nak pinjam............

Tiada ulasan: