Rabu, 16 November 2011

ANTARA MUSUH@LAWAN DAN KAWAN....DOUBLE STANDARD YANG KETARA....DIAKHIRAT NANTI YANG DOUBLE STANDARD AKAN TAHU NASIBNYA PULAK...

Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan | Print |
Muhammad Faizal
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti.

"Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini.

Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen.

Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara menggemukakan draf berhubung pindaan perlembaagaan itu agar dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini.

"Sebelum ini kenyataan Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat kekal hanya dapat dilakukan jika ada pindaan dalam Perlembagaan walaupun secara umum ramai pengamal media tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Walaupun apa jua kenyataan kita tetap mengganggap ia sebagai elak atau dalih Peguam Negara untuk melambatkan proses ini. Saya ingin nyatakan Majlis Pakatan Rakyat bersedia terima kenyataan tersebut dengan syarat ia dilakukan segera," jelasnya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara pada tahun 2008.

Turut serta pada sidang media itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan kanan parti masing-masing.

Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dituntut oleh pembangkang sebelum pilihanraya umum 2008 lagi dan ia juga merupakan salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0 sebelum ini.

Rapat umum PR

Sementara itu Anwar juga memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam.

"Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnya

Mahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara.

152,000 anak luar nikah direkod pada 2008-2010
Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

NONETimbalan Menteri berkenaan, Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.

"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata, enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.

Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.

- Bernama

'Gantung Shahrizat hingga siasatan selesai'
Perdana menteri tidak mempunyai pilihan selain melucutkan jawatan atau menggantung tugas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga siasatan kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui keluarganya selesai, kata Pemuda PAS.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu perlu diambil "demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan".

"Pemuda PAS benar-benar berharap Datuk Seri Najib (Razak) menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji," katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

azlanDihubungi Malaysiakini selepas itu, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat sebagai menteri pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pelucutan jawatan atau penggantungan juga perlu diambil dengan mengambil kira kes yang "amat berat" itu sudah menjadi perbualan umum dan ekoran kedudukan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno.

Sementara itu, dewan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC yang dirujuk pada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sharizat pada 9 November percaya isu NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.


Isu projek lembu: Shahrizat tak perlu undur, kata TPM
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata syarikat yang diterajui anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, perlu tampil memberi penjelasan berhubung isu membabitkan Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan Perdana Menteri berkata penjelasan itu perlu kerana pada masa ini, banyak perkara dan maklumat berkaitan NFC telah didedahkan dan ia menimbulkan persoalan kepada rakyat.

NONE"Sekarang ini telah dijelaskan oleh kerajaan...mungkin satu peringkat, itu terserah kepada pihak yang terlibat untuk memberi penjelasan supaya kedudukannya lebih jelas difahami oleh masyarakat (umpamanya) bagaimana isu itu timbul, bagaimana nak tangani, bagaimana soal situasi industri ternakan dan respon kepada Laporan Ketua Audit Negara...itu terserah kepada mereka," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini selepas diminta mengulas mengenai gesaan Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, supaya Shahrizat meletak jawatan berikutan pembabitan ahli keluarganya dalam isu NFC.

Muhyiddin berkata isu NFC itu telah dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar minggu lepas dan perkara itu sepatutnya diterima baik oleh pihak-pihak berkaitan.

Ditanya mengenai gesaan Bung Moktar supaya Shahrizat meletakkan jawatan atau memberikan penjelasan mengenai isu tersebut, Timbalan Perdana Menteri berkata:

"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (ahli BN) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Pak Lah: Itu soal suami Shahrizat


Di KUALA LUMPUR, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan agar Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail yang merupakan suami Shahrizat, memberi penjelasan kepada Anggota Parlimen mengenai isu itu.

abdullah ahmad badawi pak lah parliament pc 101208 05"Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail perlu beri taklimat, penerangan dan menjawab mengenai isu-isu yang timbul serta tuduhan yang dilemparkan kepada mereka, (umpamanya) berapa banyak duit, ke mana duit itu dibelanjakan...Itu yang diperlu ditanya terus kepada mereka yang terlibat," katanya pada pemberita selepas merasmikan seminar "Sains dan Nilai : Isu-isu Kontemporari dan Jalan Penyelesaian" di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ketika diminta mengulas isu pembelian kondominium mewah menggunakan wang NFC, Abdullah berkata itu antara soalan baik yang perlu ditanya sendiri kepada Mohamad Salleh.

NFC yang dilantik kerajaan sebagai integrator projek ternakan lembu kebangsaan dengan modal dana berjumlah RM250 juta, didakwa menggunakan dana itu untuk membeli kondominium bernilai RM9.8 juta di Bangsar Mengenai desakan agar Shahrizat meletak jawatan, Abdullah berkata itu tidak wajar.

"Apa kena mengena Shahrizat dalam isu ini? Ini soal suami dia. Kalau Sharizat yang jadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, bolehlah tanya tetapi jelas dia tidak terlibat. Tidak adillah melibatkan beliau," katanya.

- Bernama


Video seks: Polis mahu saya sibuk, kata Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tindakan polis yang menjalankan siasatan ke atas dirinya atas dakwaan membuat laporan palsu berhubung tayangan video seks oleh 'Datuk T', semata-mata untuk memastikan dirinya sibuk.

NONEAnwar, yang sedang menghadapi perbicaraan pertuduhan liwat, berkata demikian ketika ditanya sama ada siasatan baru oleh polis itu bagi menghadapi kemungkinan beliau dibebaskan oleh mahkamah.

"Bebas atau tidak, mereka akan terus siasat saya, hanya untuk pastikan saya sentiasa sibuk.

"Saya juga tidak akan terkejut jika mereka tampil dengan pertuduhan baru," kata Anwar yang juga adalah ketua umum PKR.

Siasatan ke atas Anwar dibuka selepas pegawai penyiasat kes 'Datuk T', DSP Shanmugan Moorthy membuat laporan polis bahawa Anwar telah secara disedarinya memberikannya maklumat palsu, suatu kesalahan mengikut Seksyen 182 Kanun Jenayah.

azlanLaporan yang dibuat Anwar pada Mac lalu adalah berhubung tindakan trio "Datuk T" yang menayangkan satu rakaman video seks kepada petugas media dan individu berkepentingan di satu hotel mewah.

Tiga individu berkenaan – bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim – didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur tiga bulan kemudian atas kesalahan menayangkan video seks lelaki mirip Anwar itu.



Edar video seks di masjid, umat Islam buat bantahan
Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di beberapa masjid di Seberang Perai minggu lalu terkejut apabila mendapati salinan rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di tempat-tempat strategik menuju ke masjid-masjid berkenaan.

NONEPengerusi masjid Guar Perahu Abu Bakar Dakilani Abu Hassan, berkata kira-kira 50 salinan pita seks itu ditemui di sekurang-kurangnya lapan masjid.

Katanya, VCD, dengan penutup hijau itu, diletakkan di pintu masuk ke masjid, tetapi tiada sesiapa yang dapat mengenal pasti mereka yang meletakkan pita tersebut di sana.

Beliau berkata ramai jemaah mengambil VCD itu kerana tertipu dengan perkataan ‘Wasiat Tok Guru dan Saksikan’ yang tertera pada VCD. Mereka menyangkakan bahawa ia merujuk kepada amanat oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Tetapi mereka terkejut besar apabila memainkan pita itu di rumah dan mendapati bahawa ia adalah video seks yang didakwa melibatkan Anwar (sedang mengadakan hubung seksual) dengan seorang wanita," katanya kepada Malaysiakini.

sex videos in penang mosques 141111 demo story imageSehubungan dengan pengedaran video itu, kira-kira 100 orang mengadakan perhimpunan membantah tindakan berkenaan.

Perhimpunan selama kira-kira 30 minit itu diadakan di luar masjid Guar Perahu, petang semalam.

Abu Bakar berkata tunjuk perasaan itu adalah untuk menunjukkan bagaimana umat Islam berang dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan video lucah itu di kawasan masjid.

"Kami mahu beri mesej jelas bahawa mereka yang edarkan VCD ini melakukan tindakan yang memalukan serta tidak bermoral,” katanya.

Menurut Abu Bakar, dua lagi pengerusi masjid dari Sugai Lembu dan Kubang Semang juga membuat laporan polis di balai Kubang Semang selepas bantahan itu.

sex videos in penang mosques 141111 vcds in green cover story image"Kami mahu polis siasat dengan serius dan tangkap mereka yang bertanggungjawab mencemarkan nama baik masjid kita,” katanya lagi.

Video seks itu menimbulkan kontroversi apabila ia didedahkan pada bulan Mac lalu. Anwar juga telah menafikan beliau adalah lelaki dalam video berkenaan.

Video itu pertama kali ditayangkan kepada beberapa wartawan oleh sekumpulan tiga individu yang menamakan diri mereka sebagai 'Datuk T'. Mereka adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

azlanKetiga-tiga individu itu kemudiannya didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada bulan Jun dan dikenakan hukuman denda RM5,500.

Namun demikian, ini tidak menghalang beberapa versi lain video seks itu daripada terus disebarkan menerusi Internet.

Anwar, yang berulang-kali menafikan pembabitannya dalam video itu juga telah membuat laporan polis dan kini disiasat oleh polis atas dakwaan memberi "maklumat palsu".

Tiada ulasan: