Ahad, 13 November 2011

BOLEH KE JUJUR...JUJUR SERTA TAK MENIPU...MUNGKIN MENYUKARKAN...MENANG TAK GUNA JIKA MENIPU...AKHIRAT KENA AZABLAH...

Wakil BERSIH tak diiktiraf PSC
Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Datuk Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

Kecewa dengan tindakan itu, Ambiga berkata helaian muka depan berkenaan boleh saja dikoyakkan sekiranya ia menimbulkan masalah.

Maximus berkeras bahawa Ambiga tidak mewakili pertubuhan tidak berdaftar BERSIH, walau dibantah oleh seorang lagi anggota PSC, Azmin Ali.

Azmin berkata, keputusan berkenaan merupakan tindakan berat sebelah memandangkan PSC semalam turut mendengar keterangan saksi daripada Human Rights Party yang juga merupakan pertubuhan tidak berdaftar.

Ongkili bagaimanapun membenarkan Ambiga meneruskan keterangannya sebagai wakil 80 NGO yang dinaungi BERSIH.

Selain Ambiga, Ongkili turut membenarkan empat lagi wakil BERSIH - PY Wong, Andrew Khoo, Wong Chin Huat, dan Maria Chin Abdullah - untuk turut memberi keterangan selama lebih dua jam.

SPR: Pelajar tak undi pos sebab kedutaan keliru
Kekeliruan di kalangan petugas misi Malaysia sebelum ini menyebabkan ramai pelajar tidak dapat mendaftar sebagai pengundi pos, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) diberitahu hari ini.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha penyelidikan SPR, Harun Che Su ketika disoal oleh anggota PSC dalam pendengaran awam kedua yang berlangsung di bangunan parlimen hari ini.

Isu berkenaan timbul apabila SPR diminta menjelaskan mengenai pendedahan seorang saksi hari ini yang gagal untuk mendaftar sebagai pengundi pos ketika menuntut di United Kingdom pada 2007.

Saksi berkenaan, Shaun Tan berkata, pegawai konsular telah menyatakan kepadanya bahawa beliau tidak layak mendaftar sebagai pengundi pos kerana beliau bukan seorang penjawat awam.

Mengulas perkara itu, Harun berkata kelayakan pelajar untuk mendaftar sebagai pengundi pos dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 2 Peraturan Pilihan Raya.

Katanya, seksyen berkenaan juga tidak menyatakan sama ada pelajar berkenaan perlu menjadi pelajar persendirian atau pelajar tajaan untuk melayakkan diri sebagai pengundi pos.

"Kita dah minta (pegawai kedutaan) buat pembetulan kenyataan. Sekarang kita dah lantik ketua perwakilan (misi Malaysia) sebagai penolong pendaftar," katanya lagi.

Jawapannya itu mengundang komen daripada seorang lagi anggota PSC, Dr Hatta Ramli yang membangkitkan bahawa hanya dua orang pengundi pos dikesan daripada sejumlah warga Malaysia yang berada di Mesir.

"Itu pun bukan pelajar (yang jadi pengundi pos). Hanya duta dan timbalan duta sahaja," tambah ahli parlimen Kuala Krai itu lagi yang menyifatkannya sebagai tidak munasabah.

Sedangkan, kerajaan telah membawa pulang beribu-ribu orang pelajar daripada negara itu ketika krisis politik melanda Mesir sebelum ini.

Katanya lagi, lebih ramai pelajar akan terlepas peluang untuk mendaftar sebagai pengundi sekiranya maklumat sebenar tidak disampaikan kepada kedutaan Malaysia berkenaan.


Proham cadang parlimen lantik pengerusi SPR
Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) mencadangkan supaya pentadbir Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) - termasuk pengerusi dan timbalan pengerusinya - dilantik oleh jawatankuasa parlimen.

Ahli jawatankuasa Proham, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata langkah itu perlu bagi membolehkan SPR dilihat lebih bebas dan berintegriti.

Malang sekali SPR kini dilihat "terlalu pro-kerajaan dan tidak cukup independen," katanya ketika bercakap sebagai saksi dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan pilihan raya hari ini.

Keadaan itu, katanya, berlaku kerana pengerusi dan timbalan pengerusi SPR dipilih dari kalangan penjawat awam yang telah lama berkhidmat.

Secara intrinsik, para penjawat awam ini tidak akan "mematuk tangan yang memberi," jelasnya lagi dalam sesi berkenaan hari ini.

KJ: Ahli tak jadi calon diharap jangan sabotaj
Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau
mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman perdana menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'.

- Bernama


Saksi PSC: Tak perlu pinda perlembagaan guna dakwat kekal
Isu berhubung pindaan perlembagaan menjadi tumpuan pada hari kedua pendengaran awam yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk pembaharuan pilihan raya hari ini.

Persoalan sama ada akta berkaitan perlu dipinda menjadi masalah utama yang sering ditanya oleh anggota jawatankuasa berkenaan kepada NGO dan juga individu yang hadir sebagai saksi hari ini.

Pindaan undang-undang berkenaan adalah berhubung isu penggunaan dakwat kekal.

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Johinty Ongkili sendiri ketika mengemukakan soalan berkenaan beberapa kali melandaskan isu itu dengan kekhuatiran bahawa langkah untuk menggunakan dakwat kekal akan dicabar di mahkamah.

Katanya, beliau tidak mahu isu itu menjadi seperti peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didapati bercanggah dengan perlembagaan oleh mahkamah baru-baru ini.

Tambahnya, mengikut Perkara 119, seseorang boleh menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal menyekat hak mereka untuk mengundi.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika diajukan soalan itu, mengulangi pendiriannya bahawa pindaan perlembagaan untuk menggunakan dakwat kekal tidak diperlukan.

Beliau juga menyifatkan pindaan perlembagaan sebagai tindakan berlebihan seperti "menggunakan bom nuklear untuk membunuh semut" kerana ia hanya perlu melibatkan pindaan kepada peraturan pilihan raya.

Sebaliknya, langkah itu boleh dijalankan dengan mudah melalui Seksyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR untuk membuat peraturan pilihan raya.

Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang "99.9 peratus" yakin bahawa pindaan perlembagaan untuk tujuan itu tidak diperlukan.

Lim ketika memberi keterangan kepada PSC berkata, jika pindaan itu hendak dijalankan, semua kesalahan pilihan raya juga boleh dimasukkan ke dalam perlembagaan.

Wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk Khaw Lake Tee ketika ditanya dalam sesi sebelumnya turut menyetujui pandangan seperti itu.

Jelasnya, SPR perlu memperluaskan kuasa yang diberikan kepada badan itu untuk menjalankan pilihan raya bebas dan adil.

SPR dalam siri penjelasannya sebelum ini sering membangkitkan bahawa penggunaan dakwat kekal dibatalkan di saat akhir sebelum pilihan raya umum 2008 dijalankan atas nasihat Peguam Negara yang bimbang tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

Projek lembu: Beli kondo untuk pelaburan, kata Khairy
Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

NONEPembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasution dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium eksklusif berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

NONEMengulas lanjut, Khairy pula berkata, NLMC telah membeli apartmen mewah itu daripada dana yang disalurkan daripada dana NFC.

"Menurut kajian saya, memang benar NLMC telah membeli apartmen One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC daripada akaun pinjaman khas yang dikawal selia oleh kementerian kewangan dan juga kementerian pertanian dan industri asas tani.

"Daripada sumber ini, NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC," katanya lagi yang menjelaskan bahawa peruntukan itu bertujuan untuk menampung kos operasi NLMC – menyembelih, mengasingkan daging dan tulang, serta pembungkusan dan penghantaran kelewatan projek fidlot.

Khairy juga berkata pengurusan NLMC membuat keputusan untuk melabur dalam aset hartanah yang "boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi" akibat kelewatan operasi berkenaan.

NONE"Sudah pasti mereka mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikan harga apartmen itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.

"Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC," kata Khairy lagi.

Mengulas mengenai kelewatan operasi projek lembu fidlot tersebut pula, Khairy berkata perkembangan itu bukan disebabkan pengurusan NFC tetapi memandangkan kerajaan tidak mempunyai peruntukan mencukupi untuk membangunkan ladang satelit.

"Apabila ladang ini tidak dibangunkan, sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa sepertimana perjanjiannya dengan NFC," katanya lagi.

Dengan panjang lebar, Khairy turut menjelaskan bahawa wang berkenaan tetap disalurkan kepada NFC walau berlaku kelewatan operasi kerana "kerajaan telah meluluskan penggunaan pinjaman dari akaun pinjaman khas kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC."

"Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas," katanya lagi.



  • Shuhaimi Yusop · Pengulas Tertinggi · Beranang
    Bagus pemikiran juak2 BeEnd ni. Sebab tu duit zakat pun sempat juga dia orang guna untuk melabur sementara nak tunggu JKKK sediakan senarai nama orang yang layak terima zakat. Pastu dah seronok tengok duit, terus lupa kat orang miskin. Lagi seronok kira duit kat dalam akaun walaupun bukan duit sendiri. Lepas tu dok seronok cerita kat suratkhabar duit pungutan zakat meningkat. Jumlah orang miskin meningkat tak sedar.
    • Qabla Qulu
      dunia..dunia...dunia....dunia beend....
    • Dzulkafli B Sharif Dzul · Pengulas Tertinggi · UKM Bangi
      Qabla Qulu La macam tu ker? duit NFC ni guna buat projek lembu, lambat buat, duit diguna dulu buat beli kondo...punya lah cerdik akal umno nak songlap...nasib baik beli kondo dibongkar olh PR..kalau tak, jd hak milik sendiri lah bro..aku ingat KJ dan Noh Omar ni mungkin ada juga terpalit kot? sebab bukan main lg dorg ni membela Sharizat Lembu!!!

      cuba bongkar lagi kemana selebihnya duit NFC pergi, dan cuba bongkar juga kondo itu didaftar atas nama sapa?

      penyangak punya UMNO....
    • John Amandes · Pengulas Tertinggi · UIA
      pelaburan... bru rakyat tau bijakpandai beend ni buat alasan, knape x melabur je dalam saham mewah, lagi untung.. stakat beli kondo ape yg untung nye x banyak macam beli saham.. kanpe la org camni dipilih rakyat, pengangakkkkkkkkkkkkkk..
  • Diplomatik Bebas · · Pengulas Tertinggi
    Dari LEMBU ker KONDO dari KONDO ke EKONOMI DUNIA.... kekeke... Yer! Putar, putar... putar lagi... WANG BESAR! WANG BESAR!

    Khairy.. Khairy... bila la ekau nie nak matang...

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!
    • Nurul Azizan · Pengulas Tertinggi
      bodoh betul alasan dia. ladang2 satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa belum dibangunkan? ish3 macam mana mereka buat perancangan ni?
    • Zanirun Baba · Pengulas Tertinggi · umur 57 tahun
      Semakin lama semakin BIOL budak ni...okla kalau mcm tu minta semua kontrektor yg berdaftar dgn MOF siapkan kertas kerja projek ..kementerian akan luluskan bajet tu..LEAPAS TU KAMU MASUKAN DUIT TADI DALAM SIMPANAN TETAP DAN MAKAN LAH BUNGA NYA ..PASTI TAK RUGI..projek tu terbengkalai tak apa sb yg rugu projek BUKAN PEMINJAM...laburkan la sesuka hati dan man hasil nya MAKAN SEISI KELUARGA...ini sistem yg di AJAR DI UNIVERSITI OXFOOT...NI STANDARD PEMIKIRAN PEMIMPIN MELAYU UMNO TAIK AYAM CANDU..BUSUK LAGI MENJIJIKAN..
    • Mam Mu · Pengulas Tertinggi
      ulasan budak KJ ni mcm tahi lembu je... ingat rakyat ni lembu kh.. guna otak lh sekit kj kalau nk ulas.. budak tadika pun tahu ulasan KJ ni mcm tahi lembu ...
    • Razi Ahmad
      pelik gak..sejak bila si khairy ni jadi jurucakap NFC
    • Kang Razzi Armansur · Top Commenter · Suicide Bomber at Suicide Bomberr
      Dia takkan matang, sehabis matang jadi lembu atau taik lembu
    • Sorpig Bangali · Top Commenter · SMK Tinggi Port Dickson
      JIKALAU LEMBU DUDUK KAT KONDO,SUSUANAN YANG BAIK ,AIRCOND YANG SEJUK,MUKIN AKAN CEPATKAN IBU LEMBU MENGANDUNG,WAKAKAKAKA
    • Putra Rayyan · Top Commenter
      Mam Mu pelik kenapa KJ yng sebuk buat penjelasan...mesti ada udang sebalik meee...mangkuk punya KJ...sebab ko confirm BN jadi BEnd
    • Alif Alexander · Ontahmano
      LEMMMMMMMBUUUUUU
    • Hafizah Izz · Sekolah menengah kebangsaan inderapura
      Mam Mu Yaallah kenapa lah manausia yang bernama cerdik bernama pandai yang bernama ahhh macam ni masih bolih di terima pakai di malysiaa ini dan hidopp mewahh dengannn putara lammm inii..
      yaa aaalllllllllllllaaaahhh bodoh benarkah rakyatt malaysiaa ni masih bolih terima pakai aideelll macamm ni..
    • Aziz Kobok Ketemba · Planter at ABC Family
      Budak ini patut dihantar ke neraka JAHANAM selepas PRU nanti,awas RAKYAT PUNYAI KUASA.jawapan tak masuk akal,apa punya budak rakyat muak jawapan sisewel ini
    • M Ganeson Munu · Top Commenter
      Nurulazizan Ahba , mereka merancang dengan betul , tapi untuk songlap diut tu.. kejap lagi mereka akan berkata, setelit dan bangunan itu sudah siap.. itu la pasal kondo dijual balik kat kroni dia, haraga 500.rubu.. harga pasaran dah turun. hahahahaha
    • Jamil Awab · Top Commenter · MPTAA
      Zanirun Baba , KJ cuba nak tutup pekung songlap keluarga kroni pemimpin United Malay No/APCO tetapi alasan bodoh taraf orang tak pi sekolah. KJ dinasihatkan kalau nak popular dan ampu Najib tak payahlah buat cerita ampu sensasi bangang! Memang standard pemimpin umno/APCO, standard lembu-lembu yang hendak disembelih! HANCUR UMNO/BN, SEJAHTERA NEGARA!!
    • Manipulasi Bahasa · Paris, France
      Jamil Awab nak jadikan kondo tu tempat ternak lembu ke yg baru
    • Antong Bin Utoh · Top Commenter · Works at SMK Bunot Payung
      putar lagi kj, wang besar,wang besar, kita tengok sapa yang kena!
    • Teraju Tiga · Top Commenter · Kota Bharu, Perak, Malaysia
      Nurulazizan Ahba ~~Nurulazizan Ahba ~~~Itu BUKAN penyelewengan dana awam. Itu SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL. Ketua Pemuda mahau back up Ketua Wanita Umno...Nanti Ketua Puteri pula akan bela Ketua Pemuda atau Ketua wanita akan bela Ketua Pemuda. I help U, U help me....
    • Adnan Abdul Hamid · Top Commenter · USM Penang
      Mam Mu :
      BETUL TU BRO... KALAU KAT ENGLAND DIA NI HANYA LAYAK KERJA KUTIP TAIK LEMBU JE.. TAPI KAT MALAYSIA.. WAKIL RAKYAT BEBBBB... BODOH MACAM NI PUN JADI MP...
    • Suhawadi Abdullah · Top Commenter · 34 years old
      Putra Rayyan si KJ tu nk menanggguk diair keruh je buat sharijat lembu makin tenat.kah,kah,kah
    • Ramli Asmuni
      M Ganeson Munu u memang pandai mcm khir toyo beli bungalow dialah.kahkahkah. bodohnya penyokong2 umnogok
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      DAH TERNAMPAK BAHAWA KEMUNGKINAN BESAR DUIT2 TU DH DI GUNAKAN SEBAHAGIAN BESARNYA UTK MENJANA KEUNTUNGAN DR PELABURAN LAIN...BUKAN PROJEK LEMBU SGT...MUNGKIN LEMBU YG ADA DI LADANG TU HANYALAH BBRAPA EKOR AJER (UTK MENGABUI MATA PIHAK KERAJAAN), SBB ITU, TAK DIBENARKAN LAWATAN... TAKUT SEMUA TERBONGKAR..
    • Uwais Al Qarni · Top Commenter · UKM Bangi
      PAKAI DUIT TU UNTUK BENDA LAIN DULU TAK SALAH? MEMANG ITU PERANGAI UMPORNO... SBB ITU DULU PERNAH DUIT TABUNG HAJI TINGGAL TABUNG AJE, APABILA DI GUNAKAN UTK DAPAT 'UNTUNG'... KALAU MCM NI, SEMUA ORG KATA BERHAK GUNA DUIT ORG RAMAI/PINJAMAN UTK JANA 'UNTUNG' BELI KONDO, MAIN SAHAM, BELI HARTANAH DLL, UTK LAWAN INFLASI DRPD LETAK AJER DLM BANK... SIFIR DIA, KALU UNTUNG MASUK POKET, KALU RUGI KIRA LUPUS SEMUA DUIT...
    • Ramli Asmuni
      Zanirun Baba,gua respect sama u bro.umnogok ni memang biol
    • Muhd Zairi
      esok khairy akan kata lembu takan makan rumput jadi kena masak nasi
    • Ramli Asmuni
      saya rasa dlm kes NFC ni anak2 mahyudin yassin pun terlibat sama x dpt habuanya? x kan dia bgi kat kak jat je!
    • Nrrm Man · Top Commenter · SKCK at Kg lawang
      KJ mcm tahi lembu..hai jgn main tahi lembu ..banyak khasiat oooi
    • Saif Islam · Top Commenter
      WANG BESAR WANG BESAR...........tipu besar, tipu besar. Ho ho ho habislah duit rakyat.
    • Saharudin Apsk · Smt kuantan 85 -86
      kerajaa suruh ternak lembu bukan beli kondo bengong!
    • Amjah Man · Top Commenter · Works at X-Fab S'Wak
      Itulah KJ.....KAKI JELEK.........hahaha..WANG BESARRRRR>>>WANG BESAR>>>>>>..Khairy!..kenape tak melabur dalam AMANAH SAHAM NASIONAL je...kan lagi untung yang dibagi Pak Najib engkau tuuuu....tak nak support PAK NAJIB kau kee.......WANG BESAR...WANG BESAR.......
    • Diplomatik Bebas · · Top Commenter
      Mana penyokong2 UMNO nie? Nak jugak dengar HUJAH mereka. Ker mereka semua dah TERPIJAK TAHI LEMBU? Kekekeke...
    • Khazim Kak · Top Commenter · UM
      Nurulazizan Ahba satelit akann naik tahun depan jika umno menang pru13..manifesto baru..kah..kah
    • Mohd Zulkhairi Heiriey · Top Commenter · Pegawai Pemasaran Cawangan at Malaysian Building Society Bhd ( MBSB )
      Nrrm Man : lembu2 jugak makan nasi dalam kondo ma.. ada ekon lg ma..
    • Ajin Laskin · Sekolah menengah sultan ismail,johor
      Mentaliti kelas berapakah ini ? Lembu jadi kondo.Pertanian adalah perniagaan !!!!
    • Agaknya La · Top Commenter
      modal diberi utk buat dpt hasil 'lumayan' buat poket sendiri... sepatutnya modal diberi klu tak leh buat, pulang semula.... ntah2 ada 'kandang (aset) lembu' tak pun kroni dlm kondo tuh.. patutla syarikat Lambert cabut dulu...
    • Belalang Juta · Top Commenter · Kuala Terengganu
      Kes ni, bukan sahaja pencacai UMNO, malah pemimpin tertinggi UMNO pun dah tak leh nak defend si kak jat.. sama2 lah kita tunggu.. yg penting PRU13 kasi tumbang UMNO!!!
    • Keladi Kelad · Top Commenter
      kes ini hanyalah satu dari seribu kes yg didedahkan....hanya satu jawapan yg diberi, iaitu jawapan sampah..!!!!
    • Erabaru Mindamuda · Top Commenter · Works at Business
      Si KJ sudah pening la tu nak bg alasan mcm mana pulak.
    • Agaknya La · Top Commenter
      Klu nak tegakkan benang basah gini la... KJ sayang kak jat kot.. spt mana bapanya..ye la.. kalah jd ADUN.. 'panggil' jd menteri... PM Najib pun still 'ok'..
    • Suhaimi Abd Rahim · Top Commenter · Universiti Pertanian Malaysia
      Duit takleh duduk diam- ajaran madet! SEMBELIH antarabangsa... huyu.....
    • Fhame Senyor Sharp · Top Commenter · University Putra Malaysia
      panas ggile dengar alasan budak sekolah mcm nie...abis mcm tu jer duit rakyat
    • Adam Ramli · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai
      dasar lembu betul lah budak kj ni
    • Raja Rimba · · Top Commenter · UC Berkeley
      JAWATAN KOSONG TERKINI- 3 Kekosongan Jawatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), SELURUH MALAYSIA, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) SELANGOR dan banyak lagi http://bit.ly/spYR2U
    • Kamal Arifin · Top Commenter
      kj bagi jawapan macm tu sebab nak bagitau orang2 yg sokong umno...sebab yang sokong umno ni ngok semua.....
    • Amirul Elias · Top Commenter
      Ini le yg dia dpt belajar kat Oxford...brain full of cow dung..twist sana,twist sini..nape skrg baru nk cerite bab2 lembu dah jadi condo..dia org ni anggap rakyat mcm idiot je!! Bila2 suatu isu besar meletus ada plak yg cover up ngan stupid explaination...Bull shit !!
    • Isjamal Nordin
      Nurulazizan Ahba ladang satelit blum ada, duit dah perabih pergi joli...bagus le puak2 BN ni putar alam
    • Akik Desa · Top Commenter · Miri, Sarawak
      Kerajaan lembu diterajui permimpin lembu?? pencacai lembu dicucuk hidung... rakyat sokong UMNO BN hanya dapat taik lembu..
    • Mat Apis · Top Commenter · Technical School,KL
      anak antu(kj) brckp...bleh caye ker?hehehehe
    • Payong Emas · Kuala Terengganu
      bijaknye pemikiran pemimpin UMNGOk melahap duit rakyat.Lepas PRU13,harap rakyat dpt kurung pemimpin camni dlm kandang
      mcm lembu.
    • Bubu Kucing Manja · Top Commenter
      Dia orang ni tak takut api neraka ke - atau buat2 tak kesah je..., Sudah2lah tu..... Bertaubatlah selagi masih ada masa!!!!
    • Repin Puchong
      setuju sangat dgn Zanirun
    • Mohd Zaimi · Top Commenter · Kota Bahru
      ayuh marhaen semua pelihara lembu tak untung kita jual lembu kita beli kondo mewah kelakar paling bahlol dalam abad ni
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Nurulazizan Ahba : NFC : National Fuck Lembu...
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Nurulazizan Ahba : Mitak K'jaan kaji balik tujuan pinjaman diluluskan: Untuk beli kondo atau utk bela lembu??... Kalu mcm ni ropernye semua perjanjian k'jaan dgn entiti/agensi yg terlibat, xubahlah org yg sign perjanjian d pihak k'jaan seghoper dgn lembu jugak...
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Razi Ahmad : Dia nk cr sokongan Shahrizat tuk calon dlm PRU13 nnti...
    • Mnazrima Mdb · Top Commenter · UTM
      Razi Ahmad : Patutnya Shahrizat la yg jwb.. Shahrizah dah mati akal, xde poin nk jwb... Yang Khairy dok melalut tlg bg pnjelasan 2 pasai pe???.. Mcm la projek tu projek dia...Bg jwpan pun makin mnmpakkan kebengongan dr sndiri... Dia xsedar bhw dia sedang dipergunakan BN/UMNO sebelum ditendang skali lg lepas PRU13 nnti...
    • Khairul Anuar · Top Commenter · UITM
      budak2 lagi dia tu
    • Mohd Yuszman Mohd Zain · Sekolah menengah dato mahmud
      KJ dah matang la...matang tahap Lembu....ini duit rakyat la bukan duit mak bapak kau KJ and minah Keling oiiii
    • Mohd Hafiz Hassan · Top Commenter · Kolej Sultan Abdul Hamid
      Nurul Azizan tanya kat depa tu...akaiii ada kaa........lain kali kalau nak cakap tu pikiaq dulu jangan cakap dulu baru nak pikiaq...
Dana projek lembu beli kondo, NGO lapor pada SPRM
NGO Jingga 13 yang dikaitkan dengan PKR, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan pinjaman untuk Perbadanan Feedlot Nasional (NFC) untuk membeli sebuah kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

Jingga 13, dalam satu kenyataan semalam, berkata setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad telah membuat laporan tersebut.

Ia ekoran dakwaan PKR bahawa dana daripada pinjaman NFC kepada National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NLMC) telah digunakan untuk pembelian satu unit berharga RM9.8 juta di projek berprestij One Menerung.

NONENGO itu berkata maklumat yang diperolehi itu menunjukkan bukti jelas berlaku pecah amanah.

Semalam, PKR mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

Tiada ulasan: