Selasa, 29 November 2011

TAKUT SENJATA MAKAN TUAN...KITA TAK KAN CONFIRM MEMERINTAH SAMPAI DUNIA KIAMAT...

SMS ugut: Bekas s/u politik MB dipenjara setahun
Datuk Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu selepas didapati bersalah menghantar SMS ugutan kepada tiga wakil rakyat BN dan SMS fitnah kepada bekas setiausaha sulit menteri besar Terengganu.

dr ahmad ramzi mohamad zubirHakim Mahkamah Sesyen M Bakri Abd Majid menjatuhi hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan itu.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh itu dijatuhi hukuman penjara masing-masing tiga bulan untuk kesalahan mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, Adun Permaisuri Abd Halim Jusoh dan Adun Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu Wan Ahamad Wan Muda, yang kini timbalan setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu dijalankan berasingan.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan membenarkan Ahmad Ramzi diikat jamin RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Dalam penghakimannya, M Bakri berkata mahkamah perlu mengikuti perkembangan semasa sejajar dengan perkembangan dunia tanpa sempadan yang menyaksikan perbuatan jenayah juga berubah termasuk menggunakan medium baru seperti internet.

"Kecederaan reputasi atau harga diri, tidak kurang pedihnya dengan kecederaan fizikal. Sehubungan itu hukuman perlu dijatuhkan seiring dengan perkembangan ini," katanya.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi, Ooi Chooi Gaik and Nur Azimul Azami.

Pihak pembelaan ketika merayu hukuman diringankan berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan ia juga tidak melibatkan keganasan serta tidak memberi kesan kecederaan kepada mana-mana pihak.

Pihak pendakwaan pula meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dan meminta setiap hukuman dijalankan berasingan.

Dalam hujahnya, Mohd Jazamuddin berkata walaupun perbuatan tertuduh tidak mendatangkan kecederaan fizikal, ia telah menjatuhkan reputasi Wan Ahamad, sekaligus menjejaskan reputasi kerajaan di bawah Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

- Bernama

Bil Perhimpunan Aman akhirnya berjaya diluluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara ketika ketiadaan anggota Pakatan Rakyat yang keluar dewan sebelumnya.

NONERang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikui penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Ahli parlimen Pakatan bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Mereka juga membantah keputusan Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

NONEPada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Bagaimanapun, bil itu menerima bantahan daripada pelbagai pihak dan dikatakan mencabuli semangat sebenar perhimpunan aman.

Ia dikatakan lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.

NONESelain itu, rang undang-undang itu juga memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Jumaah lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.


Pembangkang keluar dewan bantah Bil Perhimpunan
Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan yang enggan membawa rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Kumpulan berkenaan bertindak demikian pada kira-kira jam 3.15 petang ini selepas perbahasan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) dan juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (DAP-Bagan).

Kumpulan wakil rakyat berkenaan juga tidak akan mengundi secara belah bahagi untuk menghalang rang undang-undang berkenaan daripada diluluskan petang ini.

Salah seorang daripada wakil rakyat itu berkata, ahli parlimen pembangkang juga bertindak demikian setelah memutuskan bahawa rang undang-undang berkenaan mengandungi banyak kecacatan dan tidak sepatutnya diluluskan.

Ahli parlimen PAS Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, sekurang-kurangnya undang-undang itu perlu dibawa ke jawatankuasa terpilih parlimen untuk disemak semula.

"Sebaliknya (kerajaan) hanya mahu bulldoze (rang undang-undang perhimpunan) dan bahas selama empat jam," katanya ketika ditemui Malaysiakini di bangunan parlimen.

Kumpulan ahli parlimen berkenaan bagaimanapun memasuki Dewan semula untuk menyertai perbahasan selepas rang undang-undang perhimpunan aman diluluskan untuk bacaan kali ketiga secara undian suara.

Rang undang-undang itu dilulus selepas dibahaskan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) dan juga penggulungan oleh menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz.

Dewan Rakyat turut meluluskan pindaan berhubung tempoh makluman untuk mengadakan perhimpunan dan juga tempoh bantahan serta tempoh rayuan keputusan yang menyekat perhimpunan.
Ribuan berhimpun bantah Bil Perhimpunan Aman

GALERI FOTO

Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia sedang berhimpun di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011.

NONERang undang-undang yang akan dibahaskan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua dijangka akan diundi pada malam ini.

Sambil menyifatkan rang undang-undang itu akan merampas hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan, presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata peguam di seluruh negara tidak sepatutnya hanya menyaksikan kebebasan rakyat disekat tanpa membuat sebarang tindakan.

Justeru, Majlis Peguam Malaysia telah mengerahkan anggotanya supaya berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja dan akan berjalan kaki menuju ke Parlimen sebagai menunjukkan bantahan mereka meskipun bersetuju membuat beberapa pindaan kecil.

NONEPerarakan yang dinamakan ‘Walk for Freedom’, akan menyaksikan peguam-peguam berjalan sejauh kira-kira dua kilometer menuju ke bangunan Parlimen bermula jam 11.30 pagi ini.

Sebuah lagi kumpulan pendesak 'Occupy' juga dilapor akan berhimpun selama tiga hari berturut-turut di hadapan bangunan Parlimen bagi menunjukkan bantahan yang sama.

LAPORAN LANGSUNG

1:20pm Lim Chee Wee keluar dari Dewan Rakyat dan menyertai orang ramai semula sambil diberi tepukan gemuruh.

"Hari ini, kita buktikan kita boleh berhimpun secara aman. Kita mesti tulis kepada semua MP supaya Bil Majlis Pegiuam diberi pertimbangan. Kita mesti berterima kasih kepada polis kerana membantu menjayakan perhimpunan aman ini.

"Ini bukan yang terakhir, kita mesti terus mengetuk pintu Parlimen bagi memastikan rang bil itu tidak menjadi undang-undang.”

NONE1:06pm Lim Chee Wee menyerahkan draf Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang dirangka Majlis Peguam dan nota bantahan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

1:05pm Kumpulan NGO itu berteduh di bawah pokok, sementara hadirin Majlis Pehuam yang jauh lebih besar itu masih lagi bertenaga dan melaungkan 'Hidup Rakyat, Hidup Himpun' beberapa kali, tanpa henti.

Kumpulan NGO itu, membisu tanpa sebarang laungan.

Sebelum itu, kenderaan yang lalu lalang sekitar jalan di sini, turut membunyikan hon kepada hadirin Majlis Peguam sebagai tanda sokongan.

NONEKelihatan juga beberapa ahli parlimen hadir ke sini, antaranya Tian Chua dan Mujahid Yusuf Rawa sebagai tanda sokongan mereka.

12:55pm Peserta kumpulan itu yang sekarang berjumlah kira-kira 100 orang membakar kemeja T berwarna kuning. Polis bertindak menghalang mereka.

12:50pm Wakil NGO yang menentang itu, Zulkifli Sharif memberitahu wartawan mereka melancarkan perhimpunan hari ini bagi membalas perhimpunan Majlis Peguam yang didakwa mempunyai agenda politik.

"Kami nampak kumpulan Majlis Peguam memegang poster yang menggalakkan seks bebas,” katanya.

NONE12:48pm Sekumpulan kecil peguam yang diketuai oleh Lim berjaya sampai di bangunan Parlimen.

Mereka sedang mengadakan sidang akhbar di lobi parlimen.

Bon memberitahu, kumpulan Majlis Peguam akan bersurai secara aman selepas pihaknya mengadakan sidang akhbar berkenaan.

12.45pm: Kumpulan Majlis Peguam dan yang menentang mereka sampai di sebuah jambatan yang menghubungkan pintu masuk ke Parlimen.

Kedua-dua kumpulan berada di jalan bersebelahan. Kumpulan itu dipercayai adalah anggota Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Majlis Ayahanda Malaysia dan Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara.

NONEKumpulan Majlis Peguam terus melaungkan: "Bebas, bebas! Bebas himpun!"

Manakala kumpulan penentang mereka membalas dengan: "Kami tentang seks bebas!" dan “Amar Makruf Nahi Mungkar.”

12:35pm Peguam dan orang ramai yang berarak mula sampai di persimpangan jalan masuk ke Parlimen. Polis mengarahkan mereka untuk memberi laluan kepada kenderaan yang menuju ke parlimen.

Mereka mematuhi arahan itu.

NONELim Chee Wee bersama sembilan lagi wakil Majlis Peguam bersiap sedia untuk memasuki bangunan Parlimen bagi menyerahkan nota bantahan mereka.

Orang ramai yang berkumpul mula bernyanyi. Antaranya, lagu Rasa Sayang dan diselangi dengan laungan “hidup rakyat” berulang kali.

12:27pm Jumlah hadirin kini mencecah lebih 1,000 orang dan ada yang mula berarak ke arah bangunan Parlimen dengan diketuai oleh presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee. Sambil berarak mereka juga melaungkan "bebas himpun, bebas rakyat.

Edmond Bon pula mengucapkan terima kasih kepada polis kerana mengawal keadaan lalu lintas. Beliau juga mengarahkan hadirin supaya bekerja sama dan beredar ke tepi jalan mengikut arahan polis.

NONE12:26pm Sebuah kumpulan yang dipercayai dianggotai beberpa NGO Melayu melaungkan slogan "Kami tentang seks bebas!" Seorang daripada mereka berkata “Balik India” yang mencetuskan rasa kurang senang beberpa orang keturunan India di sini.

12:15pm Sekumpulan belia yang berpakaian hitam kelihatan berkeliran dari jauh berhampiran kumpulan itu. Apabila ditanya tujuan mereka ke mari, mereka enggan mengulas tetapi hanya berkata: “Kami pelindung YB”.

12:07pm Giliran seorang lagi bekas pemimpin Majlis Peguam Yeo Yang Poh berucap. Beliau mengetuai pasukan peguam yang merangka undang-undang alternatif bagi Akta Perhimpunan Aman.

NONE"Kami (rangka Rang Undang-undang alternatif) bukan kerana ia memerlukan ubah-suaian tetapi (kerana) asas-asasnya adalah salah. Jika undang-undang ini diluluskan oleh British pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an, kita tidak akan mencapai kemerdekaan."

11.59am: Setiausaha Majlis Peguam, Tony Woon Yeow Thong memberitahu orang ramai bahawa kerajaan tidak mengotakan janji-janji mereka. Semasa berunding, kerajaan berjanji kepada Majlis Peguam bahawa piawaian antarabangsa berhubung hak asasi manusia akan dipatuhi.

11.56am: Di bangunan Parlimen, ahli parlimen DAP bagi kerusi Sibu, Wong Ho Leng menunggu kehadiran peguam dan orang ramai di pintu masuk.

NONE"Bagaimana Rang Undang-undang ini boleh diluluskan? Gila!,” katanya kepada wartawan dan berkata beliau akan membawa masuk beberpa penunjuk perasaan masuk ke Dewan Rakyat.

Setiap ahli parlimen dibenarkan membawa masuk lima tetamu mereka ke bangunan itu.

11:55am Peguam Edmund Bon mengetuai orang ramai sambil melaungkan "Bebas, bebas, bebas himpun, bebas rakyat." Ini sambut oleh orang ramai yang turut melaungkan slogan sama dan
tepukan gemuruh.

NONE11:50am Jumlah hadirin semakin ramai dan dianggarkan melebihi 500 orang.

11:47am Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusian (Suhakam) kelihatan memantau perhimpunan hari ini.

Di bangunan Parlimen, polis mula mendirikan sekatan jalan di pintu masuk bagi persiapan berdepan dengan peguam dan orang ramai yang akan berarak itu.

11:35am Ketua Jawatankuasa Perlembagaaan, Majlis Peguam Syahrezan Johan berkata kepada kira-kira 300 orang yang kini hadir: Perarakan hari ini bukan kerana politik, tetapi tindakan tergesa-gesa mereka (kerajaan) cuba meluluskan undang-undang itu yang bertentangan dengan hak perlembagaan rakyat.”

NONEMenurut Syahrezan, jika rang undang-undang itu diluluskan, peruntukannya akan disalah-guna.

Beliau menyenaraikan situasi di mana orang ramai tidak dibenarkan berhimpun dan setiap satu situasai yang disebutkannya itu sisambut dengan jeritan ‘boo’ para hadirin.

"Tahukah anda, kita juga tidak boleh berhimpun di ibu pejabat Majlis Peguam kerana ia terletak 50 meter daripada sebuah jambatan?”

"Kami telah gubal Bil alternatif yang lebih baik dan ini dilakukan dalam masa tiga hari. Kami minta kerajaan mempertimbangkannya kerana ia memberi makna kepada ucapan Hari Malaysia oleh PM.”

11:31am Lim Chee Wee memulakan ucapannya kepada hadirin.

NONE11:29am Beberapa poster berwarna kuning dikibarkan. Antaranya berbunyi: 'Kill the Bill' dan 'Bebas Himpun, Bebas Rakyat'.

11:23am Jumlah hadirin bertambah kepada kira-kira 200 orang. Masih tiada kelihatan kehadiran anggota polis kecuali seorang polis trafik.

Antara yang hadir juga termasuk ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng dari DAP yang juga seorang peguam dan Kua Kia Soong dari Suaram. Beberapa aktivis kempen Anti-Lynas juga kelihatan bersama kumpulan ini.

NONE11:20am Anggota Jawantakuasa Pusat PAS, Hanipa Maidin yang juga seorang peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin juga hadir.

11:16am Majlis Peguam mengedarkan draf 18 muklasurat Akta Perhimpunan Aman versinya kepada media.

11:14 am: Lim Wee Chee memberitahu wartawan asing bahawa penubuhan Malaysia juga adalah berdasarkan demonstrasi jalanan.

"Rang Undang-Undang ini bakal merampas akta yang memberikan kita kemerdekaaan negara.”

NONE11.10am: Ambiga memberitahu wartawan: "Saya harap kerajaan akan mengkaji semula Rang Undang-undang itu. Tidak perlu tergesa-gesa.”

Naib presiden PKR N Surendran dan ketua penerangan PKR Latheefa Koya juga kelihatan bersama - kedua-dua mereka adalah peguam.

11:05am:
Seorang anggota polis trafik tiba bagi mengawal lalu lintas.

11:03am Jumlah hadirin semakin bertambah dan kini dianggarkan 100 orang. Peguam berpakaian sut manakala penyokongnya berbaju kuning.

11:01am Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee berkata beliau akan berucap pada hadirin pada jam 11.30 pagi. Perarakan akan bermula pada jam 12.30 tengahari.

NONE11:00am Bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan tiba.

10:56am:
Beberapa kereta peronda melalui kawasan sekitar tetapi tidak berhenti. Jumlah mereka yang berkumpul dianggar sekitar 80 orang.

10:48am Setakat ini, kira-kira 40 orang peguam, sedang berhimpun di luar jalan menunju Kelab Taman Perdana Diraja. Turut menunggu adalah orang ramai yang bercadang untuk berarak bersama Majlis Peguam.

10:45am Seorang anggota sekretariat memaklumkan kepada wartawan bahawa tempat berkumpul telah ditukar ke jalan tempat masuk Kelab Taman Perdana Diraja yang terletak kira-kira 300 meter. Wartawan mula meninggalkan lokasi sekarang.

NONE10:38am Wartawan mula berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja. Hanya bilangan kecil peguam berada di sini.

Tiada anggota polis juga dikesan, meskipun kira-kira 10 orang sebelum ini kelihatan sekitar Tugu Negara yang terletak di jalan bersebelahan.

10:05am Kira-kira 40 anggota polis termasuk pasukan pertahanan awam kelihantan mengawal pintu masuk utama Parlimen.

10:00am Tinjauan Malaysiakini mendapati, belum ada sekatan jalan raya. Trafik lancar termasuk jalan menuju ke Kelab Taman Perdana Diraja.

Anwar: K'jaan tergesa-gesa lulus Bil Perhimpunan Aman
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan kerajaan yang ingin meluluskan rang undang-undang Perhimpunan Aman dengan tergesa-gesa merupakan langkah yang lebih teruk daripada junta tentera Burma.

NONEKatanya, kerajaan Burma sendiri telah membuat rundingan dengan pemimpin pembangkang negara itu, Aung San Suu Kyi sebelum meluluskan undang-undang yang membolehkan perhimpunan dibuat dengan notis lima hari.

"Tapi di Malaysia guna brute force of majority, tanpa debat panjang dan tanpa ambil kira sentimen rakyat," katanya yang menggesa supaya undang-undang berkenaan ditarik balik dan diserahkan kepada jawatankuasa terpilih khas parlimen untuk dibincangkan.

"Tanpa itu sukar bagi kami untuk memberi sokongan," katanya lagi dalam ucapan ketika membahas rang undang-undang berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, peruntukan undang-undang berkenaan yang menetapkan supaya penganjur memberikan notis selama sebulan sebelum sesuatu perhimpunan dijalankan juga lebih teruk daripada amalan kerajaan Zimbabwe, Jepun dan Hong Kong.

"Malaysia lebih minat banding dengan Burma, tapi hari ini Burma juga pinda undang-undang mereka dan diluluskan dan Myanmar juga terasa bahang perubahan rakyat yang mahu prionsip kebebasan dihormati.

"Jadi rang undang-undang Burma perlukan pihak yang anjurkan perhimpunan maklum lima hari sebelumnya. Jadi kita ketinggalan dengan Burma," kata Anwar lagi.

Kerajaan dijangka mengemukakan pindaan ke atas rang undang-undang berkenaan hari ini untuk memendekkan tempoh notis berkenaan kepada sepuluh hari.

"Malaysia dalam soal notis saja sudah terkebelakang, nampak seolah-olah kebimbangan kerajaan yang mengaku (dipilih secara sah) tapi bimbang dengan kebebasn yang mahu diberikan kepada rakyat," katana lagi.

Dalam ucapannya itu, Anwar turut menyeru supaya perhatian diberikan kepada rang undang-undang alternatif yang dikemukakan Majlis Peguam kepada ahli parlimen hari ini.

Tiada ulasan: