Selasa, 8 November 2011

SONGLAP..TIPU..CURI...RASUAH..KELEPIT...NERAKALAH TEMPATNYA JIKA SABIT...APA GUNA KAYA RAYA DENGAN SONGLAP...JADI PEMIMPIN DENGAN MENIPU

Amanah sokong p'raya selepas tugas PSC selesai
NGO yang baru didaftarkan, Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, hari ini menyokong tuntutan bagi mendesak kerajaan supaya tidak membubarkan Dewan Rakyat selagi cadangan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen PSC) belum dilaksanakan.

NONEAmanah diterajui oleh pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan dianggota boleh beberapa beks pemimpin utama BN yang lain.

Pada sidang akhbar hari ini, Tengku Razaleigh, yang mengakui bahawa beliau dan pemimpin Amanah memang dipinggirkan oleh parti-parti masing-masing dan oleh itu perlu terus untuk menyuarakan pendapat mereka di atas platform NGO baru itu.

Beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk membentuk PSC yang bertujuan membuat cadangan berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dan berharap pindaan undang-undang yang disyorkan jawatankuasa itu akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

azlan"Kami berpendapat pilihan raya itu harus diadakan selepas jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan kerja-kerja dan syor-syornya dilaksanakan. Jika tidak, tidak ada makna dalam penubuhan jawatankuasa ini," kata bekas menteri pelancongan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, yang merupakan seorang daripada enam timbalan presiden Amanah.

"Jika mereka adakan pilihan raya sebelum kerja-kerja PSC selesai, ia nampaknya seperti main-main dan berdrama, ini adalah tidak baik," katanya, sambil menambah perkara itu adalah pendirian dicapai oleh majlis pusat tertinggil Amanah yang bermesyuarat, hari ini.


Projek lembu: PM, menteri berbohong, dakwa PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berbohong kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka mengenai pinjaman mudah yang diberikan kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), dakwa PKR.

NONEMenurut pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, keseluruhan pinjaman mudah dan pemberian geran berjumlah lebih RM256 juta telah dikeluarkan oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki oleh suami dan anak-anak seorang menteri kabinet itu.

Sambil mengedarkan dokumen daripada Suruhanjaya Syarikat dan penyata akaun untuk menyokong dakwaannya, Rafizi berkata bahawa maklumat transaksi dalam dokumen berkenaan dengan jelas menunjukkan bahawa keseluruhan jumlah telah dikeluarkan pada 31 Mac 2009.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirNoh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR.

Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul.



Keluarga menteri melancong dengan dana NFC
Suami dan anak-anak seorang menteri kabinet, pemegang saham serta ahli lembaga projek kontroversi oleh National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dilaporkan melancong ke luar negara atas dana syarikat itu.

Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli berkata, akaun teraudit syarikat projek ternakan lembu itu menunjukkan mereka membelanjakan lebih daripada RM800,000 untuk lawatan ke luar negara itu.

Parti pembangkang itu mendakwa bahawa pendedahan berkenaan adalah hanya satu daripada perkara bermasalah yang menggunakan wang rakyat yang ditimbulkan oleh mereka.



Kementerian Pelancongan siasat isu beli rak risalah
Kementerian Pelancongan sedang menyiasat isu pembelian 1,000 unit rak risalah Tahun Melawat Malaysia 2007 yang menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bernilai RM1.95 juta.

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Ong Hong Peng dalam satu kenyataan berkata satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan 5 Oktober lalu dan laporan penuh siasatan akan diserahkan kepada beliau pada 18 November.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pembayaran yang diluluskan Kementerian Kewangan ialah sebanyak RM1.7 juta iaitu bagi pembelian 873 unit rak yang diterima saja.

NONELaporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan pembelian 1,000 unit rak risalah berkenaan dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Ia juga menyebut pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada rak risalah berkenaan diedarkan sepenuhnya dengan disertakan risalah pelancongan.

Menyentuh aktiviti pengiklanan 2009 dan 2010, Dr Ong menjelaskan pembelian secara tempahan terus menjimatkan kos komisyen agensi (iaitu 15 peratus daripada kos pembelian media) berjumlah RM19.93 juta pada 2009 dan RM9.2 juta pada 2010, berbanding menggunakan khidmat agensi pengiklanan yang dilantik melalui tender terbuka.

"Langkah ini juga dapat membantu Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia membuat rancangan perbelanjaan bagi 2009 dan 2010 dengan pengurusan kewangan yang lebih baik dan mengurangkan semua defisit tertunggak," katanya.

- Bernama


DAP: Pembaziran dalam ubahsuai Taman Mini M'sia

ADUN DAP dari Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong sekali lagi membangkitkan isu pembaziran dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka apabila mempersoalkan perbelanjaan berjumlah RM3 juta bagi projek pengubahsuaian Taman Mini Malaysia dan Mini Asean (TMMA) di Ayer Keroh.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini MalaysiaBaginya, ada yang tidak kena apabila projek berkenaan diserahkan kepada syarikat swasta lain padahal semua kos berkenaan ditanggung sebuah agensi kerajaan negeri Melaka.

Dakwa Khoo yang tidak berpuashati dengan langkah tersebut, pihak syarikat swasta berkenaan yang sepatutnya melakukan pelaburan dan kemudian mengambil alih TMMA tersebut.

Paling menimbulkan tanda tanya, katanya, setelah disiasat, syarikat swasta yang diberi kepercayaan itu dipercayai milik individu yang berkepentingan dalam kerajaan negeri Melaka.

"Kami mahu kerajaan negeri jelaskan mengapa syarikat ini dipilih. Syarikat ini baru didaftar pada Januari tahun ini dan baru Jun lalu, individu terbabit dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini Malaysia"Kita khuatir ada unsur-unsur salah guna kuasa di sini. Kita rasa kecewa kerana sekali lagi kerajaan negeri tidak gunakan wang rakyat dengan amanah.

"Sepatutnya syarikat terbabitlah yang melaburkan RM3 juta dan ubah cantik-cantik tempat pelancongan ini. Ini tidak, kerajaan negeri pula yang menanggung kos sedangkan syarikat ini buat untung," katanya ketika melawat lokasi itu.

Tunggakan sewa

Sementara itu, Khoo turut mempersoalkan jumlah tunggakan sewa sebanyak 18 bulan oleh syarikat swasta yang menguruskan TMMA sebelum ini sejak 1 Mei 2007 sebelum ia diserahkan kembali kepada kerajaan negeri pada Julai 2010.

"Semasa TMMA diurus syarikat berkenaan, jumlah pungutan sewa yang dikutip hanya sebanyak RM156,500 sedangkan terdapat tunggakan hutang berjumlah RM143,500 yang masih tidak dituntut.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong ,Taman Mini Malaysia"Kita kesal kerana sebelum syarikat itu mengambil alih TMMA, kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan yang tinggi untuk membina taman berkenaan.

"Kita nak tahu mengapa boleh bagi dia berhutang begitu lama sampai 18 bulan tak bayar. Sedangkan peniaga kecil yang susah dan berpendapatan rendah, baru satu atau dua bulan tak bayar sewa sudah mahu ambil tindakan untuk menghalau mereka.

"Adakah kerana pilih kasih, siapakah mereka itu, adakah kerana berkepentingan politik?" soalnya.

NONEMalaysiakini sebelum ini ada melaporkan mengenai isu 11 peniaga kraftangan dan makanan TMMA di Melaka yang membuat laporan polis kerana mendakwa mereka dianiaya setelah diarahkan berpindah bagi projek pengubahsuaian.

Keadaan itu jelas mengundang kemarahan peniaga di kawasan terbabit yang menganggap kerajaan negeri Melaka tidak mendahulukan hal rakyat malah sebaliknya lebih mementingkan keuntungan semata-mata.

Tiada ulasan: