Jumaat, 4 November 2011

JANGAN SATU DASAR ATAU SISTEM MAIN CUBA2@TRY2...GAGAL2 BUAT LAIN..KOS@BELANJA WANG RAKYAT TERKORBAN...LAIN KALI HATI2...BUKAN DASAR KEPENTINGAN DIRI..

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.

Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.

Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.

- Bernama

  • Kong Bu Fenzi · Pengulas Tertinggi
    Kali ini gua sokong kerajaan BN.
    Kerajaan umno sudahmengakui bahasa meayu bahasa tidak bernilai ekonomi.
    Kerajaan umno sudah sokong bahasa melayu itu bahasa anak haram , bahasa kacukan dan bahasa pinjaman , ini kerana bahasa melayu kalau dipulang kepada tuannya... cuma tinggal 4 perkataan asli:
    Babi , ,, salah satu perkataan asli yang dicipta melayu.
    - Terima kasih... kerajaan umno sudah takut , gentar kalah dalam pilihanraya. tiba tiba menteri perlajaran Mat Sembab buat u-turn katakan nak paku keranda PPSMI, tapi kini flip flop.
    - Fikirkanlah kerajaan yang bersikap flip flop.... macam mana layak memimpin nnegara? Elok lah rakyat bangkit dan sapu kering golonan flip flop dari umnoporno.
    • Rais Khalil · Pengulas Tertinggi
      Lu manyak kulang ajar ... lu apa bangsa haa.. lu memang celaka punya olang.. Lu langsi lu mati...
    • Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
      Kah Kah Kah.. Najib dan Muhyiddin Terpaksa Tunduk pada Mamak Kutty! Inilah jahatnya UMNO.. Mamak Kutty mahathir Sudah Sound Muhyiddin.. kalau lu Sokong Mansuh PPSMI.. gua tak tolong lu jadi PM..
    • Dzulkafli B Sharif Dzul · Pengulas Tertinggi · UKM Bangi
      Ipoh Mali betul bro..kalu dulu umno lah yg paling mengutuk BM era mahathir...bukan main lagi mengutuk BM sendiri...tak mau majulah, mundur lah, bodohlah, ketinggalan zaman lah dn macam2 mengutuk BM sendiri...tapi kini apa dah jadi wahai mamak kutty? lihat lah kemusahan kamu sendiri...berapa bilion RM hangus, berapa byk pelajar yg sudah gagal dan kecewa..berapa ramai ibubapa mengutuk dan mengeji kamu!

      kini umno menjilat baik tahi berak mahathr balik...bodo...!! itu pun nasib baik rakyat kini makin celik dan bijak..kalau lah kita bangang mcm dulu, memanjang kena kencing je la kat umno...
  • Zul San
    cikgu nak mengajar dalam bahasa apa? buku teks dibekalkan dalam bahasa apa?
  • Mohamad Zahir · Top Commenter
    kerajaan yg tak bertanggungjawap apabila tun mahathir kata kita perlu menggunakan bahasa inggeris dalam perbelajaran sains dan matematik semua menteri kabinet angguk macam pokka tak siapa pun berani membantah bila dah kalah dalam pru 2008 dibeberapa negeri baru mereka sedar rupa-rupanya rakyat sudah cerdik.
  • Ramankesavan Mariappen · Top Commenter · Klang
    muyudin tin kosong punya...sewakatu dia jadi menteri besar seluruh tanah melayu johor dirampas dan dijualkan kepada rakan-rakan singapura......lepas itu dia dipindahkan ke kerajaan persekutuan.....sekarang di jadi budak suruhan mamak kutty.....sewaktu mamak kutty jadi PM selama 20 tahun dia mempertahankan bahasa malaysia sebagai bahasa ibuanda, bahasa terulung, bahasa basah dan berbagai laungan di mata orang melayu dinegara malaysia bahwa mamak kutty laryang cuba mempertahankan bahasa malaysia sebagai bahasa ibuanda.....selepas mamak kutty dipaksa keluar dari kerusi UMNO dengan rintisan air mata maka dia dah mula tunjuk belang dengan mengiktirafkan bahasa inggeris untuk jadi bahasa pengajaran sains dan methematik.........ini semua adalah kerja politik denagan mempolitikan bahasa dan cuba memperbodohkan rakyat malaysia.....politik boleh buat ape aje....sebab dah tahu rakyat malaysia neee tiada tulang belakang.
  • Kamarudin Musa · Universiti Kebangsaan Malaysia
    GMP dan seluruh bangsa Melayu telah tertipu, isyarat jelas kerajaan akan teruskan PPSMI, kerana apabila dilanjutkan pelaksaan sehingga 2016 dan 2021, itu bermakna akan ada lagi pengumuman selepas ini bahawa PPSMI akan terus dilanjutkan. Jangan percaya kepada Muhyuiddin....
    • Shapiai Mohd Ramly · UPM
      Selepas 2017 kerajaan akan buat kajian lagi, lepas tu didapati ada kemajuan jajdi PPSMI akan diteruskan.
  • Sham Bahri · AFATS Intake 22
    dulu masa nk laksanakan Math n Sains dlm B.I...ramai NGO dan individu bantah..tp on gak siap dpt laptop kalau x silap. Skrg nk guna BM lak...pun ramai gak yg bantah....aku pun x tahu apa nk jadi ngan negara ku ini....bertindak ikut hati aje...tersedik kt hati nk buat...buat. mentang menang lah kuasa di tangan depa..
  • Shahrul Nizam · · Top Commenter · Seri Kembangan
    Flip flop jugak Muhyiddin ni.. kena gertak dgn Che Det, tertanggal paku2 keranda.. tapi ok la tu ada sedikit keberanian..
    • Azman Akab · SEKOLAH ATAP JE
      pergh...2021 baru nak buat...
      Jepun yg english lintang pukang pun boleh menguasai dunia...
      Filipine yg berbangga dgn bahasa english pun tak semaju mana...jurang yang kaya dgn yang miskin bertambah besar ada le....
  • Mohd Rejab Ahmad · · Top Commenter · ICTC
    Bapa kepada semua permasaalahan yang berlaku di Malaysia ada Mahadir Bin Mohamad.
  • Arjuna Kayangan Layangan · Top Commenter
    menteri tidak berpendidikan dengan keputusan yang flip flop.
  • Mahadzir Ibrahim · · Top Commenter · Politeknik ungku omar
    hah lantak..sampai 2021 tak settel2 lagi lah tu...
  • Diga Gamindal · · Top Commenter · IBKL, UNY & UPM
    sekali lagi kita pertahankan bahawa APAPUN BAHASA MANUSIA..IA BOLEH MENJADI ALAT UNTUK MENGALI ILMU DAN MENCIPTA!
    JEPUN
    KOREA
    RUSIA
    GERMAN
    FRANCIS
    CHINA
    MENGUNAKAN BAHASA IBUNDA MEREKA SENDIRI!
    DI SANA (NEGARA DI ATAS, HANYA MELETAKKAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SALAH SATU BAHASA YANG WAJIB DIPELAJARI TETAPI BUKAN BAHASA PENGANTAR!)

    APA SAHAJA BAHASA DI DUNIA BERDAYA SAING JIKA IA DIBERI RUANG! TERMASUK BAHASA MELAYU!

    PROF DAN MAHAGURU DI JEPUN LANGSUNG TAK TAHU INGGERIS...MENURUT ANDA PROF DAN MAHAGURU ITU BODOH, ATAU APA?
  • Ddin Ali · · Top Commenter · UUM
    Ini semua Tun M punya keja!
  • Jaafar Haji Mansor
    Setiap dasar kerajaan seharusnya mengambil kira kepentingan nasional dan pelajar itu sendiri, bukannya untuk politik. Kepincangan ini harus dihentikan. Tukar saja kerajaan yang tidak konsisten kepada Pakatan Rakyat. Selamatkan Malaysia
    • Rais Khalil · Top Commenter
      Pakatan Rakyat lagi hampas, langsung takder guna, takleh harap. Yang pasti kalau PR memerintah, orang melayu akan lenyap dari muka bumi malaysia ini. Bahkan nama Malaysia pun dia orang nak tukar, sebab ada perkataan Malay kat situ. Sedarlah wahai orang-orang melayu, sebelum terlambat.. Menyesal kemudian tiada gunanya.
    • Jaafar Haji Mansor
      Menyokong Bn bermakna menyokong kemungkaran kerana Bn diterajui oleh Pasikun......


PPSMI: Saya telah bincang dengan PM, kata Muhyiddin
Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, berkata keputusan pemansuhan PPSMI yang diambil sebelum ini merupakan keputusan Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.

"Saya telah berbincang dengan perdana menteri (mengenai polemik PPSMI) sebelum beliau berangkat ke Mekah.

"Saya tidak ada kuasa (memansuhkan PPSMI). Keputusan juga tidak dibuat oleh Kementerian Pelajaran sahaja, lebih-lebih lagi ia satu polemik dan banyak pihak terlibat," katanya dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa Perdana Menteri boleh mengubah Muhyiddin berhubung pemansuhan PPSMI.

Dr Mahathir telah memperkenalkan PPSMI pada tahun 2003.

Sementara itu, Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut mengemukakan pandangan-pandangan untuk memperkasakan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

"Beliau (perdana menteri) bertanya sama ada kandungan Kesusasteraan Inggeris dimasukkan lebih daripada apa yang ada sekarang," katanya.

Mengenai kenyataan Tun Mahathir yang berharap rakyat tidak marah berikutan keputusan pemansuhan PPSMi dan terus menyokong Barisan Nasional (BN), Muhyiddin berkata: "Saya pun berharap begitu".

Beliau berkata ibu bapa tidak perlu risau kerana anak-anak yang terlibat dalam PPSMI tidak terjejas dan tiada apa-apa yang tergendala berikutan peralihan penggunaan bahasa dan ia tidak membangkitkan masalah kepada rakyat.

"Saya fikir Tun (Mahathir) pun faham. Dia penyokong kuat BN. Kita buat keputusan bukan kerana kita suka-suka membuat keputusan tetapi saya percaya rakyat sedia terima (keputusan), terutamanya ibu bapa di mana lebih 5.3 juta pelajar terlibat dalam sistem sekarang," katanya.
Bernama
  • Mista Mahesh
    ..hmmm... pelajar lemah nak belajar BI ke pengajar lemah nak ajar BI...hahaha.. agaknya siapa yg lemah BI yea..
    • Mista Mahesh
      Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI....7.15pm : Once step out from border..everything in BI...hahahahaha
    • Khairul Anuar · Bekerja di KPM
      Pengajar (guru) tak lemah untuk mengajar BI. Pengajar (guru) lemah untuk mengajar Sains dan Math dalam BI sebab ajar sekali dalam BI pelajar langsung tak faham2 sains dan Maths. Semuanya ternganga!!! Kena translate BM jugak.
  • Azmir Ishak · Pengulas Tertinggi · Kuala Lumpur, Malaysia
    masa buat PPSMI dulu korang bantah nak jadikan ke BM, bila di hapuskan PPSMI korang bantah jugak... carik publisiti sungguh.. tukar je la ke bahasa siam pulak.... mana satu tah.. buat je sekolah aliran inggeris dan aliran Melayu, lepas tu sekolah inggeris ajar je dlm bahasa inggeris semua mata pelajaran. sekolah melayu ajar dlm bahasa melayu.. sekolah cina dan india dalam bahasa ibunda masing2, (lagi ramai la bukan melayu yg tak reti cakap melayu).
  • Raja Mohd Shahrim · Top Commenter
    PPSMI atau MBMMBI. bermacam alasan untuk menegakkan hujah, yang pro dan kontra, tapi demi masa marilah kita bersatu hati menolak UMNOBN demi survival generasi kita.
  • Azmy Othman · Top Commenter · Universiti Putra Malaysia
    Sejak kebelakangan ni byk result yg memeningkan kepala guek......aduahi Malaysiaku.....

Tiada ulasan: