Rabu, 23 November 2011

AGAK2 SAPE YANG DIJADIKAN MACAM LEMBU....

Projek lembu Fidlot: PKR akan buat laporan polis
Wanita PKR merancang membuat laporan polis serentak di 13 lokasi seluruh negara berhubung dakwaan penyelewengan dana awam dalam projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) melibatkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONEKetua pergerakan itu, Zuraida Kamaruddin berkata, anggota wanita PKR akan digerakkan ke 13 ibu pejabat polis daerah untuk membuat laporan polis, antaranya ke atas Shahrizat dan juga suami menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Bercakap pada sidang media di bangunan parlimen hari ini, Zuraida berkata laporan polis juga akan dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan menteri pertanian sebelum ini.

Selain itu, anggota pergerakan berkenaan juga akan membuat laporan serentak, esok ke atas pengganti Muhyiddin di portfolio berkenaan, Datuk Seri Noh Omar, selain perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media sama, ahli parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata tindakan untuk melaporkan kepada polis itu bukanlah satu serangan politik kepada Shahrizat sebagai ketua wanita Umno tetapi lebih kepada soal kebertanggungjawaban.

"Ini bukan soal politik tapi tentang undang-undang, tentang wang pembayar cukai. Ini melampaui daripada soal prestasi (NFC)," katanya.

Tambahnya, Shahrizat perlu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dalam kes ini.

"Tapi kita mahu tindakan (siasatan) dijalankan," katanya lagi.

Penternak lembu: Beri kami dana RM250 juta juga
Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor mencabar kerajaan BN menyediakan dana RM250 juta kepada ahli-ahlinya bagi membuktikan bahawa mereka mampu memanfatkan wang itu lebih baik berbanding apa yang dilakukan oleh Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Menurut persatuan itu, jika dana berkenaan dibekalkan kepada 500 ahlinya, mereka jamin mampu meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus dalam tempoh tiga tahun.

NONEPengerusi persatuan itu, Samad Kassim yang dipetik akhbar berbahasa Melayu, Sinar Harian hari ini, berkata kebanyakan ahlinya yang adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan dan sistem perbankan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan yang sama.

"Ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada akhbar itu.

Menurut Samad lagi, dengan kemudahan dana itu, Malaysia mampu menjadi negara pengeksport produk lembu.

azlan"Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia sepatutnya diberikan kepada penternak yang sudah lama dalam industri ini.

"Persatuan memohon kerajaan untuk memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli-ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negara ini," katanya.
PKR: Keluarga Shahrizat 'guna' dana biayai umrah

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar negara,... dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” katanya.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang.

NONEBeliau juga pada sidang akhbar di lobi parlimen itu mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri.

"Ia (dana awam itu) juga digunakan untuk menubuhkan Biofuture Global (M) Sdn Bhd dan Meatworks Singapore Pte Ltd," katanya.

Sehubungan ini, Saifuddin menggesa polis dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyiasat transaksi dan urusniaga NFC dengan tumpuan diberikan kepada aktiviti perniagaan dengan National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) serta dua syarikat dari Singapura itu.

azlanSebelum ini, PKR juga mendedahkan NFC turut menggunakan wang RM250 juta itu membeli dua buah kondominium mewah, One Menerong di Bangsar (atas, kanan) bernilai RM13.8 juta.

Hadir sama ialah Ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Straregi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Projek lembu: NGO pula cabar Shahrizat berundur

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, berikutan dakwaan penyelewengan wang rakyat oleh projek ternakan lembu, National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki, suaminya.

Dalam satu kenyataan media, presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata, kepercayaan rakyat terhadap Shahrizat yang juga ketua wanita Umno telah hilang akibat dakwaan tersebut dan beliau kini tiada pilihan lain selain meletakkan jawatan.

NONE"Sebagai seorang insan yang dilahirkan di Pulau Pinang beliau juga perlu membersihkan imejnya khususnya kepada orang Melayu di sini.

"Oleh yang demikian pihak KMPP dengan ini dalam situasi tanpa prasangka mencabar beliau supaya meletakkan jawatan sebagai menteri kerajaan pusat disebabkan beliau tidak layak dan telah kehilangan kepercayaan rakyat," katanya.

Sambil menyifatkan skandal tersebut sebagai satu lagi episod malang melanda negara, Rahmad juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan pendirian dan mengambil tindakan tegas jika dakwaan tersebut benar.

NONE"Perkara berbangkit di sini yang menjadi 'crux of the case' tentang kewujudan yang nyata ke atas pembelian kondominium bertempat di One Menerung, Bangsar yang dikatakan pembelian hartanah berkenaan adalah bagi mendapatkan pulangan pelaburan memandangkan projek lembu Feedlot oleh NFC mengalami kelewatan operasi.

"Perlu diingat bahawa modus operandi syarikat NFC untuk mendapatkan pinjaman modal berkenaan adalah bagi tujuan industri penternakan dan bukannya pelaburan hartanah. Secara tidak langsung telah wujud situasi penyelewengan dan pecah amanah yang melampaui keraguan munasabah," kata Rahmad.

Tak boleh nafi lagi

Menurut beliau, walau apapun spekulasi yang timbul Shahrizat tidak boleh menafikan bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan NFC. Begitu juga soal pinjaman modal oleh pihak kerajaan dan pembelian kondominium mewah berkenaan.

"Penafian beliau secara total bakal mengundang padah kepada parti pemerintah dan seterusnya mendatangkan liabiliti yang tidak berharga kepada negara kita.

"Orang-orang Melayu khususnya sedang menilai situasi ini secara serius," katanya.

azlanPakatan Rakyat awal bulan lalu mendakwa kerajaan persekutuan menyalurkan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat NFC berkenaan bagi tujuan industri penternakan lembu.

Bagaimanapun ia didakwa tidak berjaya mencapai sasaran pengeluaran malah Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga menyebut projek berkenaan dalam keadaan 'kucar-kacir'.

Sebelum ini desakan sama, yang menuntut Shahrizat meletak jawatan, turut disuarakan oleh ahli parlimen BN sendiri iaitu Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

bung mokhtar parliament 080708 01Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) mendakwa tindakan menteri itu berkaitan Fidlot telah menyusahkan Umno Barisan Nasional.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," kata Bung.


'Gantung Shahrizat hingga siasatan selesai'
Perdana menteri tidak mempunyai pilihan selain melucutkan jawatan atau menggantung tugas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga siasatan kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui keluarganya selesai, kata Pemuda PAS.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu perlu diambil "demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan".

"Pemuda PAS benar-benar berharap Datuk Seri Najib (Razak) menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji," katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

azlanDihubungi Malaysiakini selepas itu, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat sebagai menteri pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pelucutan jawatan atau penggantungan juga perlu diambil dengan mengambil kira kes yang "amat berat" itu sudah menjadi perbualan umum dan ekoran kedudukan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno.

Sementara itu, dewan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC yang dirujuk pada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sharizat pada 9 November percaya isu NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.


Tiada ulasan: