Isnin, 28 November 2011

AHLI UMNO LEBIH TAHU PEMIMPIN YANG BOLEH PAKAI DAN YANG TAK BOLEH PAKAI...MEREKA TAHU UMNO DULU DAN UMNO SEKARANG...MEREKA LEBIH ARIF KERANA IA AHLI

Bersih 3.0 wajar diadakan segera | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Angkatan Warga Aman Malaysia (WargaAMAN) mewakili lebih daripada 20 Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) kaum India merasa terpanggil untuk meneruskan momentum perubahan yang semakin terasa rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Menurut sekretariat itu, Barathidasan Saminathan, beberapa tindakan pihak kerajaan khususnya Perdana Menteri dilihat begitu terdesak untuk melaksanakan perubahan demi menjaga survival pemerintahan Barisan Nasional.

“Perkembangan positif ini perlu digunakan sebaik mungkin bagi membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh pihak kerajaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, WargaAMAN percaya sekiranya gerakan menuntut pilihanraya bersih dan adil diteruskan dengan pembawaan yang konsisten, peluang untuk 8 tuntutan Bersih 2.0 dilaksanakan adalah sangat besar.

“Oleh itu, WargaAMAN menuntut supaya satu lagi perhimpunan Bersih 3.0 diadakan segera untuk menjamin peluang Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya,” katanya.

Tambahnya, objektif sebenar cadangan Bersih 3.0 ialah untuk meneruskan momentum Bersih 2.0 yang telah berlangsung pada 9 Julai dalam menuntut pembaikpulihan sistem pilihan raya bagi mewujudkan sebuah sistem yang lebih bersih dan adil.

Beliau juga memberi respons terhadap Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan proses pilihan raya yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober lalu.

Katanya, PSC tersebut dilihat sebagai alat untuk meredakan tuntutan Bersih dan mengalihkan rakyat daripada memberi fokus terhadap tuntuntan pilihan raya bersih dan adil.


Monorel Melaka hadapi masalah lagi | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Baru tiga hari operasi dimulakan semula, perkhidmatan Monorel Melaka sekali lagi terpaksa dihentikan berikutan masalah hujan lebat, lapor Malaysiakini.

Malaysiakini difahamkan, pada kejadian kira-kira jam 3.45 petang semalam, gerabak monorel berkenaan baru bergerak kira-kira 300 meter dari Stesen Hang Jebat di Pengkalan Rama sebelum ia berpatah balik ke stesen.

Akibat kejadian itu juga telah mengecewakan 18 pelancong Hong Kong kerana terpaksa membatalkan hasrat untuk menyaksikan keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki perkhidmatan monorel.

Sementara itu, tambang RM10 setiap seorang untuk menaiki monorel berkenaan kemudiannya dikembalikan kepada pelancong terbabit.

Difahamkan juga keputusan membatalkan perkhidmatan berkenaan adalah berikutan ketiadaan sejenis cat thermal khas pada landasan yang membolehkan perkhidmatan dijalankan seperti biasa pada waktu hujan.

Tanpa cat berkenaan, roda monorel dikatakan tidak akan dapat mencengkam landasan dengan baik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad berkata, perkhidmatan monorel berkenaan tidak akan dapat berjalan seperti biasa pada waktu hujan, melain pihak pengurusan menggunakan cat thermal pada landasannya.

Menurutnya, keadaan basah yang disebabkan hujan akan mengurangkan cengkaman pada landasan dan roda monorel.

"Sebab itulah kita meminta pihak pengurusan Monorel Melaka supaya tidak mengendalikan perkhidmatan pada waktu hujan," katanya.

Selain itu, katanya, sepasukan jurutera SPAD akan turut dihantar untuk memeriksa monorel berkenaan hari ini.

Jumaat lalu, perkhidmatan Monorel Melaka memulakan semula operasi selepas digantung perkhidmatannya sejak awal bulan ini.

Kebenaran untuk pengendali perkhidmatan itu, Menara Taming Sari Bhd, memulakan semula perkhidmatan dikeluarkan SPAD setelah berpuas hati langkah diambil pengendali perkhidmatan terhadap beberapa isu ditimbulkan sebelum ini.

Bagaimanapun, syarat SPAD mengenai penggunaan cat khas itu masih belum dilaksanakan dan hanya akan dibuat apabila perkhidmatan monorel dihentikan seketika bagi menjalankan penyelenggaraan berjadual Januari depan.

Pada 2 November lalu, dua pelancongan Britain terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Harakahdaily pada 24 November lalu melaporkan, selepas projek monorel Melaka berharga RM15 juta mengudang pembaziran berganda, kini projek bertemakan hiburan, permainan roller coaster pula mengalami nasib yang sama.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian, roller coaster yang bertempat di taman hiburan Sungai Melaka itu tidak pernah berfungsi sejak dua tahun lepas.

“Projek yang bernilai RM10 juta ini sehingga hari ini hanya bertindak sebagai hiasan,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Melaka, Muhamad Aizat Bahrudin.


Perwakilan protes senyap pada perhimpunan Umno? | Print |
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini dijangka menyaksikan satu protes senyap daripada wakil-wakil terhadap pemimpin-pemimpin mereka yang sedia ada.

Ini kerana mereka mempunyai firasat bahawa Umno dan BN akan mempunyai harapan yang sedikit untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, tulis Moaz Nair di dalam laman web Malaysia Chronicle, hari ini.

Baginya, Umno sangat kuat rasuah sehinggalah ke terasnya, kata Mahathir akan kucar-kacir dan pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan parti itu kehilangan lebih banyak kerusi kepada Pakatan.

Menurutnya, terdapat puak dan perbalahan dalaman dalam parti yang mana ramai yang mengintai peluang menjadi pemimpin-pemimpin cawangan kerana terdapat ramai yang mengharapkan Umno untuk membawa masuk wang dan kontrak untuk mereka.

“Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun-tahun yang lepas telah menunjukkan bagaimana wang pembayar cukai telah dengan cuai dibelanjakan. Pesalah rasuah telah dilepaskan untuk memelihara imej Umno dan kerajaan.

“Dana yang sepatutnya digunakan untuk menghasilkan daging lembu berakhir dengan pembelian kondominium untuk 'lembu suci', begitu juga percutian dan melaksanakan Umrah,” tulisnya lagi di bawah tajuk Umno kini parah, akibat buatan pemimpinnya sendiri.

Katanya, kemelut RM250 juta NFC telah menarik minat yang meluas di kalangan orang awam dan kekecewaan mereka tetapi pemimpin mno pula senyap mengenai isu itu.

“Tiada siapa dalam Umno akan mempersoalkan perkara ini kerana setiap ahlinya mempunyai aspirasi untuk menjadi kaya melalui parti,” ujarnya.

Menurutnya, dari membeli mi Maggie ke kapal selam, rakyat melihat wang pembayar cukai telah disalahguna.

Najib pula, katanya terlalu sibuk membina imej peribadinya sehinggakan beliau tiada masa untuk memastikan dana awam dibelanjakan dengan betul.

Beliau menambah, Mahathir juga bukan penyelesaian untuk Umno kerana beliau dilihat sebagai orang di belakang kumpulan ekstrimis - Perkasa.

Baginya, MCA, MIC dan Gerakan tidak menyukai Mahathir kerana dilihat mereka sebagai berdiri di atas nama bangsa.

Justeru, beliau berpandangan Umno juga secara beransur-ansur menjadi lebih tidak relevan kepada nasib orang Melayu tulen atau peribumi disebabkan campuran India Muslim, Arab, Indonesia dan banyak bangsa asing lain.

Beliau mendakwa banyak cawangan Umno kini diketuai oleh mereka yang berfikiran wang dan sesetengah daripada mereka bukanlah Melayu tulen atau yang Asli.

Beliau turut memetik kajian selidik dalam talian yang boleh diambil sebagai penunjuk keadaan, maka Umno akan menghadapi masalah dalam dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejumlah besar responden dari kalangan 1,879 pengundi Melayu yang berpotensi dan 1657 pengundi bukan Melayu di negara ini (limitasi pengajian: Korpus hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai akses kepada Internet) tidak berpihak kepada Mahathir, Perkasa mahupun Ibrahim Ali:

1. Apakah Mahathir masih relevan kepada orang Melayu? Ya (29 peratus) Tidak (68 peratus) No response (3 peratus)

2. Bolehkah Perkasa membantu Umno memenangi Pilihan Raya Umum akan datang? Ya (9 peratus) Tidak (83 peratus) No response (8 peratus)

3. Apakah Perkasa suatu liabiliti kepada Umno? Ya (84 peratus), Tiada (9 peratus), No response (7 peratus)

4. Adakah Umno memerlukan Perkasa untuk memenangi pilihan raya umum akan datang? Ya (3 peratus), No (85 peratus), No response (12 peratus)

5. Adakah parti-parti komponen Barisan Nasional (di luar Umno) selesa dengan Perkasa? Ya (1 peratus), No (94 peratus) No response (5 peratus).

6. Perkasa menjejaskan peluang bukan Melayu mengundi untuk Barisan Nasional (BN)? Ya (87 peratus), Tiada (3 peratus), No response (10 peratus)

7. Apakah Perkasa liabiliti kepada Barisan Nasional (BN)? Ya (93 peratus), Tiada (3 peratus), No response (4 peratus)

8. Patutkah Perkasa menjadi sebuah parti politik? Ya (18 peratus), No (54 peratus), No response (28 peratus)

9. Apakah Perkasa ikhlas dalam peranannya dalam menyatukan orang Melayu? Ya (5 peratus), No (86 peratus), No response (9 peratus)

10. Adakah Perkasa memcahbelahkan orang Melayu lebih daripada menyatukan mereka? Ya (79 peratus), No (11 peratus), No response (10 peratus)

11. Adakah Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (9 peratus), No (79 peratus), No response (12 peratus)

12. Adakah bukan Melayu selesa dengan Perkasa? Ya (2 peratus), No (95 peratus), No response (3 peratus).

PRU13: Generasi muda Sabah turut rasai perubahan | Print |
Mohd Firdaus

KUALA LUMPUR, 28 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mengadakan lawatan kerja seminggu ke negeri-negeri yang dipimpin oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Lawatan yang berteraskan muhibbah dan semangat setia kawan itu akan mengadakan perbincangan dua hala mengenai tawaran Pakatan Rakyat, pilihan raya dan kerjasama ekonomi.

Ketua Penerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) berkata, PAS Sabah sedang berusaha membawa keluar rakyat di negeri itu dari kepompong kekuasaan dan kerakusan pemimpin di bawah kerajaan Barisan Nasional.

“Kita mengadakan lawatan ke negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat ini, bukan sahaja akan mengambil manfaat keseluruhan peluang malah akan membincangkan juga mengenai apa tawaran kita selaku parti dalam komponen Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah,” jelasnya.

Menurutnya, generasi muda pada hari ini sudah mula sedar dengan suasana perubahan yang turut dirasai oleh rakyat Sabah yang berada di Semenanjung.

“Kita melihat ini merupakan mood perubahan dalam diri rakyat, terutama golongan muda.

“Mereka tidak sekadar melihat dan menonton apa yang dihidangkan... tapi apa yang mereka lakukan ialah mencari sebanyak mana sumber isu untuk dijadikan pelengkap kepada sesuatu dakwaan,” ujarnya.

Kata Zulfikar, lawatan itu juga secara langsung akan membincangkan persediaan menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

“Kesediaan pilihanraya pada tahun ini merupakan sesuatu yang amat mencabar.

“Kita akan menggunakan seluruh medium penyebaran yang ada untuk menyebarkan apa sahaja maklumat yang benar mengenai Sabah dan Malaysia kepada rakyat,” katanya.

Katanya, beliau juga tidak menolak kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa pilihanraya pada kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya umum.

“Pemuda akan memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan dengan perlawanan satu lawan satu.

“Kita juga percaya, mereka tidak senang dengan kerja kita. Tapi, apa salahnya kalau kita bekerja dan bersaing secara sihat,” katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar.

Lawatan yang disertai Ketua Pemuda, Lahirul Latigu bersama kepimpinan PAS Sabah itu bermula di Selangor pada 26 Nov lalu hingga 29 Nov akan turut berkunjung ke Kedah (30 Nov – 1 Dis) dan berakhir di Kelantan (2 Dis – 3 Dis).

13. Patutkah Umno berbaik-baik dengan Perkasa untuk mendapatkan semula undi Melayu? Ya (8 peratus), No (83 peratus), No response (9 peratus)

14. Patutkah Umno menjauhkan diri daripada Perkasa? Ya (87 peratus), Tiada (6 peratus), No response (7 peratus).

15. Bolehkah sekiranya Perkasa menjadi satu platform yang lebih baik untuk orang Melayu berbanding Umno, PAS atau PKR? Ya (4 peratus), No (89 peratus) No response (7 peratus).

Sabah digesa selesai penempatan mangsa kebakaran | Print |
Harakahdaily

KOTA KINABALU, 28 Nov: PAS meminta pihak Kerajaan Negeri Sabah membantu mangsa kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru untuk jangka panjang bagi mendapatkan tempat tinggal.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, penyelesaian itu sama ada mangsa-mangsa dibenarkan kembali ke tapak lama untuk membangunkan semula kampung mereka atau dihantar ke rumah-rumah projek kerajaan dengan pertimbangan harga yang munasabah.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuala Krai turut meminta kerajaan negeri membenarkan mereka tinggal di dewan masyarakat di situ untuk sementara sebelum dihantar ke tempat-tempat penempatan alternatif.

“Kami dan rakan-rakan di Sabah melahirkan rasa dukacita di atas musibah yang berlaku dan meminta mangsa yang terlibat bersabar dan menerimanya sebagai satu takdir,” ujarnya selepas menyampaikan sumbangan daripada pihak PAS kepada mangsa kebakaran itu, semalam.

Beliau memberitahu, PAS akan cuba membawa bantuan keperluan harian kepada mangsa-mangsa dan mengenengahkan masalah mereka kepada pihak berkuasa supaya diberikan pertimbangan untuk satu tempoh yang terdekat ini.

Katanya, pihak berkenaan digesa untuk memberikan bantuan makanan kepada mereka yang berada dalam keadaan susah untuk memasak.

Sementara itu, pihak PAS negeri merayu kepada orang ramai agar membantu mangsa-mangsa kebakaran dengan menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Islam di atas nama Tetuan PAS Tanjung Aru bernombor 1001-6010-0259-73.

Pada kejadian Khamis lalu, lebih 1,000 orang kehilangan tempat tinggal apabila sekurang-kurangnya 55 buah rumah di kampung tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku menjelang subuh pada jam 2.15 pagi.

Kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal sepasukan bomba yang menggunakan lima buah jentera daripada Balai Bomba Sembulan, Lintas dan Penampang. Kebakaran itu juga berjaya dikawal pada jam 5.15 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 6.30 pagi.

Dalam kejadian itu, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua penghuni berjaya menyelamatkan diri.

Tiada ulasan: