Jumaat, 18 November 2011

KALAU KITA JENIS MELUKUT TEPI GANTANG....DAH KALAH MASIH BERLAGAK MASIH CAKAP BESAR...RASA DIRI HEBAT...SYOK SENDIRI LA TU...

Dr M: Koh patut lepas jawatan presiden Gerakan
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul.

NONEBercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.

"Jika beliau memimpin Gerakan dalam pilihan raya kali ini, maka ia mungkin tidak akan membawa kesan yang diingini untuk BN. Beliau telah terlalu lama dan tidak lagi efektif, beliau harus letak jawatan," katanya.

Menurut Dr Mahathir lagi, peluang harus diberikan kepada ahli-ahli Gerakan yang lain kerana parti itu juga mempunyai pemimpin lain yang berkemampuan.

Malangnya, kata beliau, dalam budaya rakyat Malaysia, pemimpin-pemimpin parti dan menteri-menteri tidak meletakkan jawatan atau bertanggungjawab apabila berlaku sesuatu yang buruk tetapi sebaliknya cuba terus mempertahankan kedudukan mereka.

abdullah ahmad badawi mahathirBeliau mencadangkan supaya rakyat meniru budaya urus tadbir Jepun, yang menyaksikan menteri kabinet melepaskan jawatan serta-merta selepas berlakunya sesuatu skandal.

"Kita tidak perlu tinggal melebihi had tempoh. Itulah sebabnya saya letak jawatan kerana tidak mahu untuk tinggal melebihi tempoh saya sebagai Perdana Menteri dan memberi peluang kepada Pak Lah untuk menunjukkan kebolehan beliau.

"Jika tidak siapa yang tahu kredibilitinya (Pak Lah),” katanya.

Amanah saran sistem k'jaan sementara ditubuhkan

Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO baru, mencadangkan sebuah “kerajaan sementara” ditubuhkan untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

NONEDalam satu kenyataan medianya, timbalan pengerusi kumpulan itu, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua, dari kiri) berkata tindakan itu bagi memastikan semua jabatan kerajaan dan badan-badan lain benar-benar berkecuali dari segi politik.

“Tindakan kerajaan sekarang ini yang secara terang dan meluas menggunakan jabatan dan separa jabatan kerajaan dan peruntukkan kewangan mereka untuk membantunya adalah bertentangan sangat dengan keperluan diadakan pilihanraya yang bersih dan adil,” kata Abdul Kadir yang juga adalah bekas menteri pelancongan.

NONEPerkara itu antara enam cadangan yang dikemukakan oleh memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini yang sedang disemak oleh Jawatankuasa Pilihanraya Khas Parlimen (PSC) yang diterajui oleh Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili.

Lima cadangan lain adalah:

  • Menghormati kebebasan rakyat untuk menubuhkan parti-parti politik selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
  • Memastikan daftar pemilih hendaklah benar-benar bersih dan dikekalkan bersih
  • Memberi hak untuk berkumpul dan kempen secara bebassebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara.
  • Menyokong sepenuhnya rayuan supaya semua parti politik dapat ruang dalam media arus perdana, termasuk akhbar, radio dan televisyen.
  • Mengharamkan penggunaan wang untuk membeli undi semasa kempen pilihan raya.
Menurut Kadir, cadangan berkenaan adalah keputusan Amanah yang dibuat selepas perbincangan mendalam di kalangan ahli-ahlinya dan juga orang awam.

Katanya, cadangan itu juga akan dikemukakan kepada PSC dan Amanah sekali lagi mendesak kerajaan agar membuat kenyataan jelas bahawa pilihan raya akan datang akan hanya diadakan selepas reformasi sistem pilihan raya dilaksanakan sepenuhnya.

Bekas kakitangan sabotaj kami, kata NFC

Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Seri Mohammad Salleh Ismail menyalahkan dua bekas kakitangannya yang didakwa menjadi punca tercetusnya kontroversi berhubung kewangan syarikat.

"Isu ini mungkin berpunca daripada tindakan dua bekas pekerja NFC yang belot dan cuba sabotaj syarikat.

NONE"Kami percaya mereka memberitahu semua hal ehwal kewangan syarikat kepada pihak pembangkang atas perasaan tidak puas hati terhadap syarikat," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian.

Mohammad Salleh berkata NFC telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Ditanya, mengenai desakan supaya isterinya, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang juga menteri pembangunan wanita, meletak jawatan, Mohammed berkata beliau tidak berhak untuk komen.

“Ia melibatkan isteri sya dan perdana menteri serta timbalan perdana menteri. Apa-apa pun keputusan Shahrizat, saya akan sokong 100 peratus,” katanya.


Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli sekadar tergelak mendengar perkembangan terbaru isu projek ternakan lembu itu. Beliau bagaimanapun engan mendedahkan sama ada kedua-dua individu berkenaan yang disiasat pihak polis itu adalah sumber maklumat PKR.

"Saya tidak akan mengesahkan atau menafikan (sumber) yang bekalkan maklumat itu... ini akan membahayakan pemberi maklumat itu," katanya.

NONERafizi, yang menjangka polis akan tampil menyiasat tidak lama lagi, bagaimanapun, berkata sebarang siasatan ke atas pemberi maklumat, sebenarnya adalah percubaan melarikan dari isu sebenar.

"Pihak polis sebaliknya harus memberi tumpuan kepada laporan berhubung (pembelian) kondominium itu, bukan menghambar pemberi maklumat itu," katanya kepada Malaysiakini.

Kes projek lembu kini disiasat JSJK Bukit Aman
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman telah memulakan siasatan termasuk kemungkinan wujudnya elemen pecah amanah atau penipuan berhubung pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta, yang dikatakan menggunakan wang Pusat Fidlot Nasional (NFC).

NONEKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang mengesahkan perkara itu hari ini, berkata antara lain pasukan siasatan akan memanggil mana-mana individu yang terlibat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

"Kita baru dapat laporan daripada SPRM semalam. Pengarah JSJK Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan pasukannya sedang meneliti laporan...(tengok) apa kesalahan dia... CBT (pecah amanah), penipuan dan sebagainya. Siasatan awal telah kita mulakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perwakilan asing di Malaysia, di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya selain wujud dakwaan pembelian kondominium mewah di Bangsar yang dikatakan menggunakan wang NFC.

NONESuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk kepada polis berhubung laporan pembelian kondominium itu dan mengklasifikasikannya sebagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan bukannya di bawah bidang kuasa SPRM seperti yang termaktub dalam Akta SPRM (ASPRM 2009).

- Bernama

Noh: K'jaan Selangor takut beri mandat kepada rakyat
Kerajaan Negeri Selangor disifatkan takut memberi mandat kepada rakyat berikutan keengganannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun jika Kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen.

NONETimbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Keadilan Rakyat itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada 529 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor petang ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada hari terakhir persidangan DUN Selangor semalam bahawa kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN pada Januari depan kerana mahu melaksanakan belanjawan negeri 2012 yang baru diluluskan.

Beliau berkata kerajaan Selangor wajar mencontohi kerajaan PAS Kelantan yang membubarkan DUN serentak dengan Parlimen seperti dalam semua pilihan raya umum sebelum ini.

"Kuasa membubar DUN memang bidang kuasa kerajaan negeri tetapi Kelantan tidak timbul masalah seperti di Selangor. Ini menunjukkan kerajaan Selangor lebih pentingkan politik daripada kepentingan negara," kata Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

- Bernama

Tiada ulasan: