Ahad, 20 November 2011

PAYUNG EMAS..KEADILAN ITU ADA PADA ISTERI2....REDA ISTERI2 MAKA ADIL LAH...REDA SUAMI SYURGA

Tiada Payung Emas untuk Wanita Bermadu

Entry kali ini, saya lakarkan secara ringkas sahaja memandangkan hambatan masa untuk menyiapkan suntingan buku Fikah Perubatan yang memasuki fasa akhir. Lebih mendesak lagi, saya sekeluarga akan ke Beijing 4 hari lagi, insya Allah. Mohon maaf atas segala kekurangan dalam tulisan ini yang mungkin agak kurang tersusun.

#################

Di bawah ini luahan seorang isteri yang suaminya bernikah lagi secara sorok-sorok. Nikah pun boleh main ‘nyorok-nyorok’ juga. Aduh… di mana kejantanan seorang lelaki jika dengan seorang isteri pun takut. Namun itulah yang banyak berlaku dalam masyarakat hari ini. Akibatnya poligami dipandang serong kerana perlaksanaannya yang agak menyerong.

Objektif poligami sebagai salah satu mekanisme mengatasi masalah sosial juga tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Bukan takut, tapi mahu jaga hati isteri…”

Mungkin ini alasan popular untuk menjustifikasi satu tindakan yang tidak begitu ‘gentleman’.

Oleh kerana sikap tidak ‘gentleman’ ini, seorang isteri kedua menuntut fasakh dari suaminya.

Apabila seorang suami mahu ‘main sorok-sorok’ berterusan, implikasinya ialah isteri kedua tidak mendapat giliran yang adil. Bukan itu sahaja, si suami juga cuai dalam memberi nafkah.

“Sabarlah sayang… Abang tunggu masa yang sesuai untuk beritahu kakak”.

“Abang janji dalam tempoh 3 bulan untuk beritahu ‘kakak’. Sekarang sudah 12 bulan, Abang masih takut berterus terang. Kalau begitu, biar saya beritahu sendiri bahawa saya juga isteri kepada Abang”.

“Sayang, janganlah begitu. Abang bimbang ‘kakak’ mengambil tindakan yang bukan-bukan nanti…”.

Pelbagai alasan diberi si suami. Akhirnya isteri kedua menuntut fasakh.

Bila begini akhir sebuah perkahwinan, maka poligami tidak menjadi usaha menyelamatkan golongan armalah, sebaliknya menambahkan lagi status janda di kalangan wanita.

Jika tidak dapat berlaku adil, maka bernikahlah seorang sahaja. Itulah pesanan Allah sejak awal-awal lagi.

Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepi pantai.

Sudahkah Allah dibawa berbincang sebelum bernikah lagi? Jika mahu tahu kemampuan berlaku adil atau tidak, tanya Allah dulu melalui istikharah dan berbincang dengan mereka yang arif.

Poligami adalah medan untuk memimpin dengan adil antara isteri-isteri. Jika berlaku aniaya kepada mana-mana isteri, maka isteri berhak keluar dari wilayah yang zalim tersebut. Carilah keadilan dari Yang Maha Adil yakni Allah. Wakil Allah di muka bumi ialah qadhi dan hakim yang menunaikan amanah.

Usah biarkan diri dianiayai kerana Allah jadikan kita sebagai insan merdeka dan mengharamkan kezaliman sesama kita.

Jika kita sendiri pernah menganiaya, maka anggaplah ia sebagai kaffarah dosa. Salah satu bentuk isteri menganiaya suami ialah menolak ajakan suami melakukan hubungan intim atau tidak berhias di hadapan suami.

Nabi s.a.w berpesan agar mewar-warkan perkahwinan.

Anas r.a. melaporkan: Tatkala Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin ‘Auf, beliau bertanya, “Apa ini?”

Abdul Rahman menjawab,”Saya telah menikahi seorang wanita dengan mas kahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w mendoakan Abdul Rahman,

Moga-moga Allah memberkati kamu! Adakanlah walimah walau dengan seekor kambing”.

Bab menambah isteri, cepat sahaja si suami menjawab, “Ini hukum Allah. Ini sunnah …” dan bla..bla.. berbuih mulut ingat syariat dan ingat Nabi s.a.w. Kenapa masa mahu bernikah lagi, tidak war-warkan pada isteri dan ahli keluarga yang lain.

Rasulullah mengamalkan perbincangan dengan isteri-isteri, kenapa sunnah berbincang dengan isteri ini tidak dituruti?

Jika benar mahu ikut sunnah Nabi, ikut semua; menundukkan pandangan, tidak ber’sms’ dengan wanita ajnabi tanpa urusan mustahak, tidak ber’couple’, membantu isteri di rumah, mendidik isteri dengan kelembutan dan ketegasan, bermesra dengan anak-anak, solat jemaah di masjid, solat tahajjud, berjuang di jalan Allah, menegakkan politik Islam, melaksana undang-undang Islam dan banyak lagi.

Kenapa memilih-milih dalam menurut sunnah Nabi s.a.w?

Seseorang yang baik niatnya dan betul caranya, biasanya tidak akan takut pada manusia sekelilingnya dan sanggup berdepan dengan risiko. Jika berlaku sebaliknya, maka ada perkara yang perlu diwaspada. Ia menzahirkan ‘jiwa kecil’ si suami yang berangan-angan besar.

Jika lelaki mahu menegakkan hak dirinya bernikah ramai yang hukum asalnya harus, maka mereka harus sedar hak-hak ALlah yang lebih besar terhadap diri mereka bertaraf wajib yakni menyuruh ummat berbuat maaruf dan mencegah dari kemungkaran.

Untuk kes seperti di bawah ini, menjadi tanggungjawab suami memohon kepada Allah agar dikurangkan sifat cemburu si isteri. Pimpinan berbentuk spiritual begini amat-amat berharga buat seorang isteri yang mempunyai 9 emosi dan 1 rasional. Suami juga harus memohon maaf kerana tidak cuba bikin apa yang dicakapkan, “hanya awak di hati saya”. Berbohong dan tidak menepati janji merupakan salah satu sifat munafik. Bab bercakap sahaja, si suami telah gagal menurut sunnah Nabi s.a.w yang terkenal sebagai seorang yang bercakap benar walaupun semasa bergurau.

Jika akhlak Rasulullah s.aw tidak menjadi ikutan, maka dengan akhlak siapa mahu dipimpin isteri-isteri?

Petikan entry bertajuk. “Hiburan Untuk Mereka yang Putus Tunang/Diceraikan/Kematian Pasangan

Lamaran Rasulullah s.a.w itu tidak segera diterimanya. Ummu Salamah mengungkapkan kata-kata, “Sesungguhnya saya seorang wanita yang telah berusia. Saya juga memiliki anak-anak yatim dan saya seorang yang sangat cemburu. Sedangkan anda wahai Rasulullah, memiliki ramai isteri.”

Rasulullah s.a.w lalu berkata, “Adapun tentang sifat cemburu itu, maka Allah akan menghilangkannya. Adapun usia yang telah tua, sesungguhnya saya lebih tua darimu. Manakala anak-anak yatimmu, maka itu menjadi tanggungan Allah dan Rasul-Nya.”

Melalui kisah ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah berdoa kepada Allah agar Ummu Salamah dihilangkan sifat cemburunya. Rasulullah memainkan peranan sebagai pemimpin akal, emosi dan spiritual isteri-isterinya.

Rasulullah tidak cepat menggunakan rasional, “ini hukum Allah” tanpa cuba memahami apa yang dibimbangkan oleh Ummu Salamah.

Rasulullah fokus kepada ‘point’ yang disebutkan oleh Ummu Salamah yakni tentang usianya, anak-anaknya dan sifat cemburunya.

*********************

Luahan Hati Seorang Isteri

Amat berat untuk saya menerima hakikat suami saya telah berkahwin lagi. Apalagi dia berkahwin tanpa pengetahuan saya selama 9 bulan. Jika sebelum ini saya selalu mendengar suami saya berkata ” hanya awak di hati saya”, kata-kata manis itu tak mungkin lagi dapat saya dengar dari mulutnya kerana saya dan dia tahu, ianya tidak lagi benar. Saya rasakan sebahagian dari nikmat bersuami sudah hilang. Setiap sentuhan suami tidak lagi eksklusif kerana dia juga menyentuh perempuan lain. Saya tidak bermaksud untuk melawan takdir, tapi kekecewaan dan kesedihan sukar digambarkan. Hidup bermadu memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin Tuhan menjanjikan payung emas. Saya tidak yakin saya mampu melakukannya. jika saya mampu, alhamdulillah, saya adalah manusia yg amat beruntung. Tapi jika saya tidak mampu untuk menangani perasaan cemburu, saya khuatir hati saya akan amat tersiksa.

SS

Terima kasih atas perkongsian. Saya dapat memahami apa yang diluahkan kerana saya juga perempuan dan seorang isteri. Setiap pengorbanan dan kepahitan hidup pasti ada ganjaran namun idea payung emas tidak terdapat dalam mana-mana nas Quran atau hadis. Saya tidak tahu bagaimana ia bermula. Mungkin ia direka oleh suami yang mahu memujuk isterinya. Wallahua’lam.

Jika ada sesiapa yang pernah menemui hadis tentang ‘Payung Emas’ ini, bolehlah maklumkan kepada saya.

Apa pun, ganjaran pahala bagi mereka yang sabar menghadapi ujian banyak termaktub di dalam al-Quran atau hadis. Ia tidak khusus untuk kes wanita yang dimadukan sahaja. Bahkan bagi suami-suami yang sabar berhadapan dengan kerenah isteri-isterinya.

Antaranya ialah ayat 96 dari Surah al-Nahl,

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Buat diri SS, saya doakan saudari sentiasa diberi kekuatan oleh Allah dan tenang selalu. Fikir yang positif dan lihat masa hadapan. Allah tidak bebankan sesuatu melainkan menurut kemampuan hamba-hambaNya. Saudari seorang yang hebat sebenarnya. Justeru Allah memilih saudari untuk berdepan dengan situasi yang ditakuti ramai wanita.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى.وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَى.ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاء الْأَوْفَى

Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak). Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna.

Al-Najm: 39-41

Ummu Abbas

18 Safar 1431H


Adakah Payung Emas Di Syurga~~~


kalau takde PAYUNG EMAS disahkan hadis, ertinya PAYUNG EMAS itu bermakna KUASA ISTERI PERTAMA dihargai seperti emas olih isteri lain. Bahkan ISTERI PERTAMA diharap memimpin isteri lain SUPAYA satu cara saja diamal/diurus.




Hadis Payung Emas Di Syurga

Asalamualaikum!
Soalan,
Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya
berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?

Jawapan,
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan silek dengan kadar kemampuan yang
ada, Insya-Allah

Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang
mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap
poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran
daripada Allah swt.

Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga.
Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-

"Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan),
mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya :
Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki"
[Hadith Ibn Hibban].

Allah swt amat suka kepada hamba-hambanya yang bersabar dan akan memberi
ganjaran kepadanya. Segala dugaan, rintangan, kekecewaan yang di hadapi dengan
redha, Allah swt tidak mensia-siakan hambanya Dari Abu Hurairah ra.,
Nabi saw bersabda :-
"Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam,
sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya
kesalahan-kesalahan".
[Hadith Riwayat al-Bukhari)

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :-

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka,
anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa
keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya
berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung
emas.

Poligami dan payung emas

Alhamdulillah, dapat juga saya menjenguk blog malam ini. Mula tadi, cuba mengerah idea untuk menyelesaikan satu papancerita yang diberikan oleh majikan lama, tapi dek kerana tak tercapai akalku untuk meng'interaktiviti'kan frame2 berkaitan, so saya ambil langkah, masuk ke blog...

Melihat kepada topik saya, rasanya ramai kaum wanita dah mula berkerut dahi. Yang lelaki pula, dah mula senyum lebar hingga ke telinga. Saya terpanggil untuk bincangkan isu yang sentiasa panas ini setelah menerima satu komen di dalam satu entri siaran blog Resipi Hidup... seorang wanita meluahkan tentang beratnya hati nak benarkan suami berpoligami walau dijanjikan dengan payung emas di syurga...

Ingin saya tegaskan di sini.... pendapat yang mengatakan ada hadis yang menyebut tentang wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga adalah pendapat yang salah dan tidak benar. Tidak ada satu hadis pun yang menyebut sedemikian.

Perlu diingat, hadis ialah sebarang perkataan atau perbuatan atau pengakuan yang datangnya daripada Rasulullah SAW, disampaikan kepada kita hari ini melalui riwayat demi riwayat bermula dgn sahabat, tabien, tabi' tabien dan seterusnya. Masalahnya matan hadis yang menyebut wanita yang membenarkan suaminya berpoligami akan mendapat payung emas di syurga bukanlah bermula daripada Rasulullah SAW dan tidak ada kena mengena langsung dgn baginda Rasul atau sahabat atau tabien atau tabi' tabien.

Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 3 yang bermaksud: “Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan) perempuan-perempuan lain yang kamu berkena;, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.

Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Fathurrahman (1988): “poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat.”

Fakta sebenar tentang poligami seperti yang ditetapkan oleh undang-undang keluarga Islam di Malaysia pula ialah:
1. poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu;
2. permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan;
3. akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa perkahwinan poligami ini patut dan perlu, laporan tentang keadaan kewangan suami dengan memberikan butiran lengkap mengenai segala komitmennya dan tanggungan kewangannya yang patut serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan.
4. pemohon perlu menyatakan sama ada telah mendapat atau tidak, izin atau pandangan isteri atau isteri-isteri mengenai cadangan perkahwinan tersebut.

Saya tidak menentang poligami sebab poligami diharuskan oleh syarak dan mempunyai hikmah yang tersendiri. Walaupun Islam mengharuskan dan ada hikmah yang tersendiri, perlu diingat... TIDAK SEMUA LELAKI LAYAK BERPOLIGAMI dan MEMPUNYAI JANTINA SEBAGAI LELAKI BUKAN SATU SYARAT KELAYAKAN UNTUK BERPOLIGAMI.

Dalam memberikan pertimbangan terhadap sesuatu permohonan poligami pula, Mahkamah akan mengambil kira empat syarat kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang iaitu:
1. perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja engkar mematuhi untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila;
2. pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru;
3. pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri mengikut kehendak hukum syarak;
4. perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri.

Saya faham, antara hikmah poligami ialah bagi membantu golongan ibu tunggal atau wanita berumur yang belum bertemu jodoh namun hikmah tersebut perlu selari juga dgn kelayakan si lelaki.

Kepada mereka yang terjebak dgn cinta suami orang, tak salah jika anda benar-benar ingin berkongsi tetapi nasihat saya, perlu jujur dan telus dan pastikan suami orang tersebut memang layak untuk menguruskan dua atau lebih isteri dan keluarga. Bukan sekadar menguruskan kehendak seksualnya sendiri tetapi menunaikan tanggungjawab yg wajar dan patut sbg seorang suami dan bapa.

Paling penting saudara sejenisku sekelian... jangan gadai hak anda sendiri semata-mata atas nama cinta. Cinta untuk kebahagiaan dan bukan untuk menikmati penderitaan....


payung emas siapa yang empunya?

Everything in this world is about bonding

Itu yang terluah, tatkala bekas pelajar bertanya khabar, adakah saya masih mengajar Kimia dengan segala kisah tentang bonding antara unsur.


Untuk berhubung dengan manusia, kita mestilah berhubung dengan Tuhan terlebih dahulu. Kuatnya hubungan kita dengan Tuhan, maka kuatlah hubungan kita sesama manusia ~ Ustaz Pahrol

Itu antara kata-kata Ustaz Pahrol dalam slot motivasinya di radio Ikim semalam yang sempat saya petik dan lekatkan di fikiran. Selembut suaranya menerjah telinga, selembut itu ia berbekas di hati.

Dalam setiap hubungan, pasti sesekali ada rasa khuatir dan ragu- ragu. Apakah rakan, teman atau kekasih yang berada di hadapan kita ini jujur dalam hubungan. Adakah hatinya tulus memberi dan menerima?

Hubungan yang kuat adalah hubungan yang sudah teruji dengan tribulasi. Setelah tersungkur, biasanya kita akan bertanya apa yang tidak kena hingga terjatuh begitu. Jika bangunnya kita bersama, maka perjalanan yang seterusnya akan lebih terisi dengan kepercayaan.

Saya sentiasa yakin dan percaya, hubungan kita dengan sesiapa pun, dapat terpelihara kalau kita sentiasa memelihara hubungan kita dengan Tuhan. Jika takdirnya kita teruji dengan ujian getir, itu kan tandanya Allah ingin kita lebih dekat denganNya, Allah ingin mendengar rayuan dan rintihan kita. Walau tika itu , saya pasti, beban yang terasa di pundak ibarat tidak terpikul, tapi percayalah, masa yang terisi dengan doa tak putus akan merawatnya.

Doa dari saudara juga amat membantu. Kerana itu, saya mengambil ruang ini memohon doa dari Allah agar hati- hati teman dan saudara yang saya sayangi yang sedang diuji, diberi kekuatan untuk menghadapinya .

Kekuatan hati perlu dicari, ia tidak datang bergolek begitu sahaja ...


* payung emas memang bukan percuma, ia datang bersama air mata dan penyerahan diri yang mutlak

~cikgunormah@klcitizen~


Tiada ulasan: