Satu konvoi yang diketuai pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman dilaporkan disekat oleh sekumpulan individu ketika cuba memasuki kawasan Felda Lasah di Sungai Siput, Perak.

Laman Harakahdaily melaporkan, Mazlan turut dikasari oleh beberapa orang individu dalam kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu.

“Kemungkinan lebih dari 100 orang yang menghalang dan mengepung kenderaan kami dan jumlahnya bertambah ramai.

“Kebanyakan mereka memakai baju berlogo Umno dan BN,” katanya seperti dipetik Harakahdaily.

Gambar yang disiarkan bersama laporan itu menunjukkan sekumpulan individu berhimpun di antara beberapa buah kenderaan di atas sebatang jalan.

Ia juga menunjukkan kumpulan tersebut membawa bendera BN dan juga poster yang tertera slogan "Mazlan Aliman jangan rosakkan masa depan Felda".

Laman itu juga melaporkan, sekurang-kurangnya 10 orang anggota polis turut berada di tempat kejadian.

Dilaporkan, konvoi bersama 20 kenderaan dalam program Kembara Oren Selamatkan Felda – satu acara anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Perak dengan kerjasama ANAK.

Program yang mensasarkan golongan peneroka itu, menurut Harakahdaily, bertujuan memberi penerangan mengenai isu berhubung Felda.

ANAK sebelum ini giat mengadakan siri bantahan ke atas usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke Bursa Malaysia.

NGO berkenaan juga mengadakan satu perhimpunan disertai 5,000 orang pada pertengahan Julai lalu bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung usaha penyenaraian tersebut.
Rayuan kes bunuh Altantuya ditangguh atas permohonan
4:34PM Nov 3 2012  
Penangguhan pendengaran rayuan oleh duoa orang anggota Unit Tindakan Khas kerana membunuh Altantuya Shaariibuu, yang dijadualkan pada Rabu dan Khamis lalu, dibuat atas permohonan pendakwaan dan peguam pembelaan.
altantuya razak baginda murder 110707 sirul escortedSatu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh unit komunikasi korporat bahagian pentadbiran kehakiman di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan menyebut, pendakwaan dan
peguambela perayu memohon demikian melalui satu surat bertarikh 19 Oktober.

"Pihak tersebut telah memberikan alasan bahawa mereka memerlukan masa lebih panjang untuk meneliti dan mengkaji beberapa isu rumit di dalam rayuan ini.

altantuya trial 160707 azilah"Kedua-dua rayuan ini telah  ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan pada 14  Disember dan tarikh perbicaraan baru akan ditetapkan pada tarikh pengurusan kes tersebut," kenyataan itu dipetik.

Cif inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April 2009 atas kesalaha membunuh wanita Mongolia itu pada malam 19 Oktober 2006 di satu kawasan hutan di Shah Alam.

Khamis lalu Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria dan presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif ditanya mengenai perkara itu namun enggan memberi ulasan.
Trak kempen DAP ghaib di Johor
  • Nigel Aw
  • 5:10PM Nov 3 2012
 
Salah satu daripada tiga trak kempen pilihan raya DAP yang baru dilancarkan didapati hilang pagi ini di Johor, kata ketua DAP negeri Dr Boo Cheng Hau.
Boo berkata trak tiga tan yang diparkir di luar sebuah rumah kedai di Taman Tun Aminah itu dipercayai dicuri.

"Ia diparkir di luar rumah kedai ketua Wanita saya, apabila mereka pulang pada 11 malam, mereka dapati ia masih ada di situ tapi pada jam 7 pagi apabila anak perempuannya keluar, dia dapati trak itu sudah ghaib," katanya.

Boo berkata, trak yang mudah dikenali – dengan gambar besar maskot Ubah itu menjadi sasaran walaupun berada berdekatan dengan trak lain di jalan tersebut.

Oleh yang demikian, beliau menganggap bahawa kejadian itu bermotif politik kerana trak lain di kawasan itu tidak terjejas.
PKR lancar papan iklan, poster kempen baru
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:06AM Nov 3 2012
 
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini melancarkan papan iklan dan poster kempen baru parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Wan Azizah berkata PKR mahu mewarnai pilihan raya dengan idea, harapan, dan wajah-wajah rakyat melalui kempen bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" itu.

NONEKempen itu juga bagi menyaingi kempen pilihan raya BN yang didakwanya penuh dengan "caci nista", katanya.

"Kita tidak ada media lain. Kita tidak dapat menandingi (kempen) BN di TV3 dan Utusan.

"Sebab itu, kita mahu ia disebarluas keseluruh negara sama ada melalui bilboard atau elektronik supaya mesej pilihan raya sampai kepada rakyat dari sekarang," katanya dalam ucapan perasmiannya.
Antara isu yang dimuatkan dalam papan iklan dan poster tersebut adalah berhubung harga harga barang, pendidikan percuma, harga kereta isu martabat wanita.
NONEDalam sidang media selepas majlis perasmian tersebut, Wan Azizah berkata di media berkenaan akan dipasang di "kawasan yang menjadi lalu lalang dan yang boleh melihat mesej tersebut".

Difahamkan, sebanyak 10 papan iklan dilancarkan bagi fasa pertama, dan ia akan bertambah bagi fasa kedua.

Dalam sidang media sama, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata parti itu akan membentuk satu pasukan bagi menguruskan permohonan pemasangan papan iklan dan poster tersebut daripada pihak berkuasa tempatan.

MP Machang itu berkata mesej yang disampaikan melalui media berkenaan "konsisten" dengan isu yang dibangkitkan oleh PKR seperti pendidikan percuma, penurunan harga kereta dan caruman pada wanita.

"Kita konsisten dengan melawan secara polisi (dengan BN). Polisi lawan polisi. Kita ajak politik sihat melalui mesej yang positif kepada pengundi," katanya.
Satu lagi rakaman 'bocor' untuk burukkan Guan Eng
  • Susan Loone
  • 9:26AM Nov 3 2012
 
Pejabat ketua menteri Pulau Pinang menjalankan satu siasatan selepas satu laman web pro-MCA, Souminews menerbitkan satu rakaman audio dengan judul provokatif "Mendedahkan rakaman audio rahsia Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan (Revealing Lim Guan Eng & Cheong Yin Fan's secret audio recording)".

Bagaimanapun, rakaman berkenaan dikenalpasti sebagai rakaman daripada satu sidang media yang diadakan ketua menteri Pulau Pinang itu pada 18 Julai.

NONECheong yang dinamakan dalam rakaman itu berkata, wartawan yang membuat liputan majlis tersebut memiliki rakaman percakapan di antara beliau dan Lim itu.

"Ia adalah mengenai peruntukan untuk pendidikan Cina. Ketua menteri tidak menghadapi apa-apa krisis mengenai (perkara ini)," kata setiausaha akhbar Lim itu dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, perbualannya dengan Lim pada sidang media tersebut juga bukan rahsia kerana disaksikan oleh semua individu yang hadir termasuk petugas media.

Cheong menjelaskan, sidang media itu berlangsung selepas Lim berucap di satu persidangan anjuran Invest Penang di E&O Hotel pada 18 Julai lalu.

Sidang media berkenaan adalah untuk mematahkan hujah timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN "adil" dalam semua peruntukan kepada semua sekolah.
TPM: Jangan buat hukuman awal isu Nazri-Michael Chia
  • Bernama
  • 5:56PM Nov 3 2012
 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam perlu diambil perhatian kerana melibatkan ajaran Islam yang salah.

Beliau berkata ajaran itu telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru ia tidak sepatutnya dihidupkan kembali.

"Ini telah diputuskan oleh Majlis Fatwa kita tidak lama dahulu, diharamkan. Tapi masih ada bunga-bunga (untuk aktif semula)... masih nak teruskan walaupun tidak atas nama Al-Arqam.

"Seperti yang disebut menteri bertanggungjawab di Jabatan Perdana Menteri, ini merupakan sesuatu yang kita perlu ambil perhatian sebab ia adalah ajaran salah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta mengulas usaha menghidupkan semula ajaran sesat Al-Arqam dengan penganjuran konsert khas di Rawang pada Khamis.

Dalam serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada majlis itu, 16 individu turut ditahan termasuk seorang pemimpin pembangkang. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan bon mahkamah semalam.

Mengulas penglibatan anggota pembangkang itu, Muhyiddin berkata: "Ini soal hukum, soal akidah. Tak kira siapa yang terlibat, kalau dia orang Islam, itu satu kesalahan. Sesuatu yang tidak harus dilakukan."

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dengan usahawan balak Michael Chia.

Muhyiddin bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak membuat hukuman awal hanya kerana ada pihak yang membuat tuduhan.

"Banyak pihak yang dituduh tapi akhirnya terbukti tak buat kesalahan dan diputuskan oleh mahkamah juga. Jangan mudah buat' judgement' awal sebelum ia diputuskan pihak berwajib. Ia mesti dilihat secara prinsip, kebertanggungjawaban dan undang-undang," katanya.

Tegasnya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara boleh mengemukakannya kepada pihak bertanggungjawab supaya langkah susulan boleh diambil.

- Bernama
Guan Eng: Najib perlu pertahan AES
5:43PM Nov 3 2012  
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata perdana menteri sepatutnya tampil mempertahankan sistem penguatkuasaan automatik (AES) dan bukannya bergantung kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk memberi penjelasan.

Katanya, perdana menteri perlu berbuat demikian memandangkan parti GERAKAN dan Pemuda Umno sendiri menentang pelaksanaan sistem kontroversi itu.

"DAP kecewa dengan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak kerana enggan menggantung (pelaksanaan) AES tetapi sebaliknya minta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk menjelaskan kenapa kamera 1Malaysia ini diperdagangkan kepada dua syarikat swasta," katanya.

Lim turut membandingkan sistem AES itu dengan Agenda Ekonomi Saksama Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang bertujuan untuk membanteras kemiskinan.

"BN memasang kamera 1Malaysia tanpa tender terbuka yang memanfaatkan syarikat-syarikat kroni tertentu melalui komisyen untuk setiap saman yang dikeluarkan.
"AES PR Pulau Pinang (sebaliknya) akan menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia untuk mencapai taraf bebas kemiskinan menjelang tahun 2013.

"(Ini) menonjolkan pendekatan dasar yang berbeza dalam pembangunan ekonomi," katanya lagi dalam kenyataan itu.
Penyebaran ajaran Al-Arqam terkawal, kata menteri
  • Bernama
  • 12:05PM Nov 3 2012
 
Masyarakat Islam di negara ini diminta supaya berhati-hati dengan pelbagai bentuk penyebaran ajaran sesat yang boleh memesongkan akidah.

Ketika membuat gesaan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata umat Islam wajar merujuk Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa lain di negeri masing-masing sebelum mengikuti sesuatu gerakan ajaran agama.

"Saya nasihatkan masyarakat umum berhati-hati dengan pelbagai pendekatan ajaran agama yang mungkin menyimpang daripada Islam," katanya kepada pemberita pada majlis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Bersama Media 2012 di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau mengulas laporan media berhubung cubaan menghidupkan kembali ajaran Al-Arqam yang menyaksikan serbuan dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor terhadap sebuah konsert sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas  Al-Arqam, Ashaari Muhammad, di Rawang pada Khamis malam.

Jamil Khir menegaskan penyebaran ajaran sesat termasuk Al-Arqam di negara ini masih berada pada tahap terkawal dan Jakim sentiasa membuat pemantauan.

Beliau meminta pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri supaya  memainkan peranan dalam membanteras penyebaran ajaran sesat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

- Bernama
CEO Malaysiakini Premesh menang anugerah
  • Leanne Tan
  • 10:02AM Nov 3 2012
 
Ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran menerima anugerah 'Personaliti Media 2012' oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) dalam satu majlis makan malam pada malam tadi.
Beliau menerima penghormatan itu daripada president 4As Tony Savarimuthu sebagai sebahagian daripada Anugerah Kancil – yang dianggap banyak pihak sebagai anugerah paling berprestij dalam industri pengiklanan.

NONE"Saya ingin mengucapkan penghargaan kepada 4A kerana mengiktiraf sumbangan Malaysiakini kepada media Malaysia.

"Malaysiakini akan terus memastikan golongan berkuasa bertanggungjawab ke atas keadilan dan demokrasi.

"Kami akan terus memainkan peranan kecil kami untuk menghapuskan rasuah dari negara ini, untuk merealisasikan tuntutan bagi pilihan raya adil dan memastikan kerajaan memerintah di peringkat persekutuan dan negeri memenuhi kepentingan rakyat," katanya selepas menerima anugerah itu.

Premesh juga mengucapkan penghargaannya kepada agensi iklan yang menggunakan Malaysiakini untuk mencapai golongan sasaran.

Anugerah personaliti media yang berusia tiga tahun itu adakan untuk menghargai tokoh media di Malaysia yang "mencari kebenaran tanpa gentar mahupun memihak".

Anugerah ini merupakan yang kedua dimenangi Malaysiakini daripada 4As.
Muhyiddin: K'jaan akan bincang tuntutan NUTP
  • Bernama
  • 4:19PM Nov 3 2012
 
Kementerian Pelajaran akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berhubung sembilan tuntutan termasuk berkaitan isu sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pihaknya akan menetapkan tarikh perjumpaan dalam masa seminggu ke dua minggu akan datang untuk pegawai-pegawai kanan kementerian berjumpa dengan wakil NUTP.

"Kita ada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah Pelajaran, kita boleh letak beberapa wakil dari kementerian. Saya hanya akan terima laporan selepas perbincangan itu selesai.

"Ini biasa kita buat. Sebelum ini pun bila ada cadangan ia akan dikemukakan oleh kesatuan, peringkat kementerian memang akan bincang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Guru Malaysia anjuran NUTP di Kuala Lumpur, hari ini.

Muhyiddin berkata tuntutan yang sesuai dilaksanakan akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan sekiranya melibatkan implikasi kewangan, ia akan dibawa kepada perhatian Kementerian Kewangan.

Presiden NUTP Hashim Adnan pada perhimpunan itu mengemukakan sembilan tuntutan melibatkan penambahbaikan profesion perguruan termasuk aspek pengurusan, pentadbiran, gaji dan peluang kenaikan pangkat.

Mengenai cadangan penambahbaikan PBS, Muhyiddin berkata beliau sememangnya menjangkakan perkara itu berdasarkan maklum balas yang diterima kementerian apabila sistem itu dilaksanakan.

Katanya kementerian akan meneliti perkara itu termasuk aspek teknikal yang menyebabkan sistem itu dianggap sebagai 'beban' kepada guru.

Melalui PBS, murid sekolah akan ditaksir guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak bergantung kepada keputusan peperiksaan awam semata-mata.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata kementerian sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan tidak pernah mengetepikan sebarang pandangan atau tuntutan yang dibuat mana-mana pihak.

Ditanya sama ada perkara yang dibangkitkan NUTP akan ditambah ke dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025, Muhyiddin berkata: "Kalau tidak terlewat dan boleh dibuat jika perlu."

Terdahulu, dalam amanatnya pada perhimpunan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau yakin masalah-masalah berkaitan PBS akan dapat diatasi bagi membolehkan sistem itu dilaksanakan sebaik mungkin.

"Bermakna kita dapat beralih kepada satu sistem di mana pencapaian pelajar dapat dinilai atas keupayaan mereka di peringkat sekolah dengan dipandu Lembaga Peperiksaan agar bentuk soalan yang digunakan adalah selaras.

"Saya kira ini dapat mengubah corak sistem pendidikan kita agar menumpukan kepada pencapaian daripada hanya keputusan peperiksaan awam," katanya.

- Bernama